Teknologi

11 Jenama Power Bank Terbaik Untuk Smartphone 2026

Pengguna smartphone mahukan power bank yang bagus tapi tak tahu nak pilih jenama powerbank terbaik. Jom lihat senarai harga powerbank terbaik ini.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Jenama Power Bank Terbaik Untuk Smartphone 2026

Jom lihat senarai pilihan 11 power bank terbaik untuk anda pilih dari jenama powerbank terbaik.

Powerbank sudah menjadi salah satu aksesori yang tidak asing lagi yang dibawa oleh pengguna smartphone untuk mengecas telefon dimana saja.

Kandungan

Malah ada kapasiti powerbank yang bagus sampai boleh diguna untuk mengecas kamera, komputer riba dan tablet. Ya, ia multipurpose! 

Anda mencari jenama powerbank terbaik, powerbank tahan lama atau ingin tambah koleksi powerbank berkualiti?

Lihat je senarai di bawah.


Senarai 11 Power Bank Terbaik

GOOJODOQ Mecha Portable Power Bank
Powerbank murah terbaik 1 daripada 10
GOOJODOQ Mecha Portable Power Bank
Goojodoq
Dari RM28
Reka bentuk futuristik
Dua bateri boleh tanggal
Perlu tukar-tukar bateri
1 lagi
Pengecasan pantas 22.5W
  • Berat: 172g
  • Saiz: 6 x 9 x 2.5 cm
  • Kapasiti bateri: 10000mAh (2 x 5000mAh bateri boleh tanggal)
  • Port: 2x Output Type-C (22.5W)

GOOJODOQ Mecha Portable Power Bank adalah antara powerbank murah terbaik kerana ia menawarkan kapasiti 10000mAh dengan reka bentuk futuristik unik dan pengecasan pantas 22.5W.

Ciri bateri boleh tanggal memudahkan penggunaan berterusan tanpa perlu tunggu cas semula.

Saiznya yang kompak dan tali anti-gelincir membuatkan ia mudah dibawa dan selamat digunakan.

Sesuai untuk anda yang mahukan powerbank berprestasi tinggi dengan harga mampu milik.

@productnation.bm

Ugreen Uno Magnetic Powerbank ni memang best korang jadikan sebagai powerbank on the go. Siap ada tempat stand dekat belakang, senang korang nak tengok movie dekat luar 🥰 #powerbankmini #powerbank #ugreen #productnation

♬ Brunch (Lofi) - Muspace Lofi
Ugreen Uno Fast Charging Power Bank
Powerbank terbaik secara keseluruhan 2 daripada 10
Ugreen Uno Fast Charging Power Bank
Ugreen
Dari RM117.13
Pengecasan pantas 20W
Paparan TFT yang menyeronokkan
Tidak semua peranti dapat pengecasan pantas
2 lagi
Ciri stand boleh dilipat
Magnetic charging yang stabil
  • Berat: 206g
  • Saiz: 108mm x 68mm x 22mm
  • Kapasiti bateri: 5000mAh, 10000mAh
  • Port: 1x Input (Type-C), 1x Output (USB-C, iP Cable)

Sebab menjadi pilihan utama:

Ugreen Uno Fast Charging Power Bank boleh dianggap sebagai powerbank terbaik secara keseluruhan kerana gabungan ciri-ciri praktikal dan reka bentuk yang bijak.

Saiznya yang kompak dan ringan memudahkan untuk dibawa ke mana-mana, manakala reka bentuk magnetik dan stand boleh dilipat memberikan kemudahan tambahan semasa penggunaan.

Kesemua ciri ini menjadikan Ugreen Uno pilihan powerbank yang lengkap, praktikal, dan mudah digunakan.

Ciri-ciri:

Ugreen Uno Powerbank adalah powerbank terbaik untuk iPhone kerana ia menawarkan pengecasan pantas 20W dengan magnetic wireless charging, direka khas untuk memenuhi keperluan pengecasan iPhone anda.

Selain itu, pengecasan tanpa wayar 7.5W menawarkan fleksibiliti pengecasan untuk pelbagai peranti.

Paparan TFT memudahkan anda memantau status pengecasan dan stand boleh dilipat memberikan keselesaan semasa menonton video atau membuat panggilan video sambil mengecas telefon.

Dengan kapasiti 5000mAh atau 10000 mAh dan reka bentuk kompak, ia adalah pilihan terbaik untuk mengecas iPhone anda dengan mudah dan cepat.

Untuk kapasiti 5000mAh memang cukup untuk mengecas iPhone sehingga 0.65 kali, jadi sangat sesuai untuk kegunaan harian dan kecemasan. 

Review:

"Saya suka Ugreen Uno Powerbank sebab saiznya sangat kecil dan ringan, mudah dibawa ke mana-mana. Pengecasan pantas 20W dan pengecasan tanpa wayar sangat praktikal untuk iPhone saya. Paparan TFT comel memudahkan saya tengok baki bateri. Sesuai sangat untuk kegunaan harian dan kecemasan!"

Pineng PN-701PD 22.5W Fast Charge Magnetic Wireless Powerbank
Powerbank tahan lama terbaik 3 daripada 10
Pineng PN-701PD 22.5W Fast Charge Magnetic Wireless Powerbank
Pineng
Dari RM72.90
Pengecasan pantas 22.5W
Magnetic wireless charging
Berat sedikit berbanding powerbank lain
2 lagi
Dilengkapi dengan kabel built-in
Boleh cas Apple Watch
  • Berat: 206g
  • Saiz: 108mm x 68mm x 22mm
  • Kapasiti bateri: 10000mAh
  • Port: 1x Input (Type-C), 1x Output (USB-C, iP Cable), Wireless Charging

Pineng PN-701PD 22.5W Fast Charge Magnetic Wireless Powerbank merupakan powerbank tahan lama terbaik kerana kapasiti 10000mAh yang besar dan pengecasan pantas 22.5W.

Ia dilengkapi dengan kabel built-in dan pengecasan tanpa wayar magnetik, menjadikannya sangat mudah dan praktikal untuk digunakan.

Bukan sekadar boleh cas telefon secara magnetik, tetapi boleh juga digunakan untuk cas Apple Watch!

Dilengkapi paparan LED untuk memudahkan pemantauan status bateri, dan reka bentuk kompak dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.

Dengan semua ciri ini, ia adalah pilihan yang sempurna untuk anda yang memerlukan powerbank yang tahan lama dan berfungsi dengan baik.

Amgras PowerWorld822 Mini Powerbank 5000mAh
Powerbank mini terbaik 4 daripada 10
Amgras PowerWorld822 Mini Powerbank 5000mAh
Amgras
Dari RM54.34
Pengecasan pantas dan cekap
Reka bentuk minimalis dan padat
Kapasiti bateri kecil
2 lagi
Port terbina yang boleh dilipat
Teknologi EnergyShield untuk keselamatan
  • Berat: 102g
  • Saiz: 81.3 x 34.5 x 29mm
  • Kapasiti bateri: 5000mAh
  • Port: 1x Input (Type-C), 1x Output (USB-C, iP Cable)

Amgras PowerWorld 822 Mini Powerbank 5000mAh boleh diletakkan sebagai powerbank mini terbaik kerana reka bentuknya yang kompak dan fungsinya yang sangat efisien.

Dengan port terbina yang boleh dilipat dan kapasiti 5000mAh, ia memberikan pengecasan pantas tanpa memerlukan kabel tambahan.

Sementara itu, teknologi EnergyShield memastikan keselamatan pengecasan dan memperpanjang lagi jangka hayat bateri.

Diperbuat dengan bahan berkualiti dan tersedia dalam warna elegan, ia adalah pilihan terbaik untuk anda yang memerlukan powerbank mini yang praktikal dan bergaya.

PINERGY PD20W 20000mAh Fast Charge
Powerbank 20000mah terbaik 5 daripada 10
PINERGY PD20W 20000mAh Fast Charge
Pinergy
Dari RM41.10
Kapasiti 20000mAh besar
Sokongan pengecasan pantas
Tidak ada pengecasan tanpa wayar
1 lagi
Paparan LED memaparkan status
  • Berat: 520g
  • Saiz: 148 x 68 x 34mm
  • Kapasiti bateri: 20000mAh
  • Port: 1x Input (USB-C), 1x Output (USB, Type-C, iP cable)

Powerbank dari Pinergy ini merupakan powerbank 20000mAh terbaik kerana ia menawarkan pengecasan pantas 165W dengan kapasiti yang besar.

Dengan port output USB dan Type-C, ia memberikan fleksibiliti yang tinggi untuk mengecas pelbagai peranti secara serentak.

Paparan LED membantu anda menjejak baki kuasa, dan dengan kabel pengecas terbina, ia sangat mudah digunakan.

Selain itu, material tahan api ABS dan kualiti binaan yang kukuh menjadikannya pilihan yang tepat untuk anda yang mencari powerbank dengan prestasi cemerlang dan kemampuan pengecasan pantas yang sangat boleh diharapkan.

Xiaomi 165W Power Bank 10000mAh
Powerbank 10000mah terbaik 6 daripada 10
Xiaomi 165W Power Bank 10000mAh
Xiaomi
Dari RM219
Pengecasan 165W pantas
Kabel USB-C terbina
Harga mungkin lebih tinggi
3 lagi
Dua port output serentak
Kapasiti 10,000mAh besar
Tiada sokongan pengecasan tanpa wayar
  • Berat: 580g
  • Saiz: 143 x 48 x 36mm
  • Kapasiti bateri: 10000mAh
  • Port: 1x USB-C Input, 2x Output (USB-C)

Powerbank Xiaomi ini boleh dikatakan sebagai powerbank 10000mAh terbaik kerana ia menawarkan pengecasan pantas 165W untuk pelbagai peranti, termasuk komputer riba.

Dengan kapasiti besar 10,000mAh, ia mampu mengecas lebih banyak peranti dan tahan lama.

Selain itu, reka bentuk kompak dan USB-C terbina menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.

Tambahan lagi, ada dua port output, jadi anda boleh mengecas dua peranti serentak, termasuk telefon pintar, tablet, atau komputer riba. 

Dengan ciri keselamatan canggih, ia adalah pilihan tepat bagi mereka yang mencari powerbank berkualiti tinggi dan berkuasa.

MCDODO Built-in Connector USB-C Cable PD 20W 5000mAh Fast Charging Power Bank Phone Stand MC 6281 6301
Powerbank terbaik untuk iphone 7 daripada 10
MCDODO Built-in Connector 5000mAh Fast Charging Power Bank
MCDODO
Dari RM109.90
Menyokong pengecasan pantas PD
Saiz mini, mudah dibawa
Tidak menyokong port tambahan
1 lagi
Berat ringan, hanya 102g
  • Berat: 102g
  • Saiz: 81.3x34.5x29mm
  • Kapasiti bateri: 5000mAh
  • Port: 1 Input (Type-C ) & 1 Output 

Power Bank Portable 5000mAh 20W dengan Penyambung USB-C Built-in ini direka untuk memudahkan anda mengecas phone tanpa memerlukan wayar.

Dengan penyambung Type-C dan juga Lightning, ia menyokong pengecasan pantas PD 20W, memastikan peranti anda dicas semula dengan cepat dan efisien.

Bateri lithium polymer memberikan kapasiti 5000mAh dengan saiz padat 81.3 x 34.5 x 29mm, memudahkannya untuk dibawa dalam poket atau beg.

Dengan reka bentuk pendakap terbina, power bank ini membolehkan anda menonton video sambil mengecas dengan meletakkannya di atas permukaan rata.

Bahannya yang kukuh dari PC+ABS menjamin ketahanan, sementara reka bentuknya yang ringan, hanya 102g, menambah keselesaan.

Sama ada untuk kegunaan harian atau perjalanan, power bank ini menawarkan keseimbangan fungsi dan gaya.

powerbank samsung
Powerbank terbaik untuk Samsung 8 daripada 10
Samsung 10000 mAh Dual USB Type-C Battery Pack
Dari RM79.20
Pengecasan pantas
Boleh mengecas dua peranti serentak
Hanya menyokong input dan output max 15W
4 lagi
Rekaan ergonomik
Menyokong pengecasan arus rendah
Melindungi dari arus berlebihan
Wayar kabel pendek
  • Berat: 220g
  • Saiz: 71x141.8x14mm
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 2x Micro USB & 1x Type C 

Bagi yang masih lagi mencari power bank untuk mengecas peranti dengan cepat dan selamat, beli je power bank Samsung 10000mAh ni.

Ia mempunyai pengecasan Type-C, sokongan Samsung AFC (15w), dan Quick Charge 2.0 yang membolehkan anda mengecas dua peranti sekaligus. 

Dicas sepenuhnya dalam masa 220 minit dan serasi dengan banyak peranti Samsung serta iPhone 10.

Tambahan pula, powerbank Samsung dilengkapi fungsi OCP yang melindunginya daripada arus pengecasan berlebihan.

Dengan reka bentuk yang slim, ringan dan ergonomik, anda boleh membawanya ke mana-mana tanpa perlu risau tentang hayat bateri smartphone. 

Jangan risau, powerbank ini memang original produk Samsung dan mempunyai jaminan 6 bulan dari Samsung Malaysia.

powerbank remax
Powerbank 50000mAh terbaik 9 daripada 10
REMAX Fast Turbo Charging 22.5W 80K Powerbank
Dari RM156
Boleh mengecas 5 peranti serentak
Pengecasan pantas
Berat
3 lagi
Ada lampu kecemasan LED & penunjuk status bateri
Bateri tahan lama
Mempunyai pemegang
  • Berat: 180g
  • Saiz: 108.5x69.2x16.3mm
  • Kapasiti bateri: 80000mAh
  • Port: 4 Input (Micro USB / Type C / iPH) & 5 Output (Micro USB / Type C)

Adakah anda suka melakukan aktiviti outdoor dan camping bersama rakan, tapi bateri telefon sukar nak cas?

Jangan risau, beli je powerband Remax model RPP-566-2023 untuk standby.

Bukan apa, powerbank ni mempunyai bateri kapasiti sebesar 8000mAh dan anda boleh berhubung sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri.

Di samping itu, ia mempunyai paparan LED yang menunjukkan status bateri dengan jelas dan lampu kecemasan luar yang dapat menerangi persekitaran anda dalam gelap.

Ciri-cirinya yang lain termasuk boleh mengecas pantas sehingga 2.1 A, ada pemegang dan kabel USB boleh tanggal yang memudahkan anda mengecas telefon pintar dengan cepat.

Gunakan di sisi meja katil pada waktu malam untuk melindungi mata anda ketika melihat telefon.

Paling penting, boleh mengecas 5 peranti serentak dan sesuai untuk Android atau iPhone.

Menurut seorang pengguna, powerbank ini tahan lama kerana hanya menggunakan separuh bateri selama 4 hari guna untuk camping.

Baseus Power Bank 10000mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging
Powerbank besar terbaik 10 daripada 10
Baseus Power Bank 10000mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging
Dari RM109
Menyokong pengecasan tanpa wayar
Two-way Quick Charge
Tidak sesuai iPhone 11 ke bawah
1 lagi
Mempunyai fungsi auto wake-up charging
  • Berat: 400g
  • Saiz: 104.6×68.9×20mm​​​​​​​ 
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 2 Input (Micro USB / Type C / Wireless) 3 USB output

Anda pengguna iPhone 12, 13 atau 14 dan mahukan powerbank MagSafe yang selamat? Jom dapatkan Baseus Power Bank 10000mAh ini!

Power bank ini dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar yang cepat jadi anda hanya perlu meletakkan peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar pada powerbank ini untuk memulakan pengecasan.

Ciri Auto-Wake pula akan membolehkan power bank menyedari apabila peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar diletakkan di atasnya dan akan beralih ke mod pengecasan dengan sendiri.

Reka Bentuk power bank ini kecil dan mudah alih menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana serta boleh disimpan di dalam poket tanpa terasa beban.

Dengan adanya unsur magnetik akan memudahkan penyambungan antara dan peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar ini dengan mudah.

Selain daripada pengecasan tanpa wayar, powerbank ini dilengkapi dengan pelbagai port sambungan seperti USB-A atau USB-C, membolehkan anda mengisi semula pelbagai jenis peranti.

Turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti perlindungan terhadap pengecasan berlebihan, kerosakan haba dan tidak mudah panas bagi melindungi peranti anda.


Apakah Kelebihan Dan Kekurangan Power Bank?

Pelbagai jenis dan jenama power bank di pasaran membuatkan ramai masih tertanya-tanya, apa sebenarnya kelebihan memiliki power bank?

Ada juga yang menganggap power bank hanya berikan kekurangan untuk aktiviti hariannya.

Untuk bantu anda membuat pilihan bijak, jom kita huraikan kelebihan dan kekurangan power bank.

Jika anda sentiasa on the go, power bank akan menjadi satu kelebihan kerana anda boleh mengecas semula telefon pintar di mana-mana sahaja. 

Dengan pelbagai pilihan saiz, anda boleh membelinya mengikut keselesaan penggunaan anda.

Saiznya yang sekecil lipstick hinggalah sebesar sebuah buku nota!

Ada beberapa jenama power bank tawarkan ciri pengisian cepat atau fast charging yang dapat mengisi bateri smartphone anda dengan cepat.

Ada juga power bank dapat digunakan untuk charge smartphone, tablet, kamera dan beberapa elektronik lain. 

Bagaimanapun, antara kekurangannya adalah kapasiti power bank limited dan anda perlu charge powerbank semula apabila selesai penggunaan.

Kualiti jenama powerbank yang tak popular mungkin boleh mengakibatkan bateri smartphone anda mudah rosak. 

Selain itu, powerbank tahan lama dan bagus dijual dengan harga yang sedikit mahal. 

Ini kerana memiliki ciri extra seperti pengecasan lebih pantas, perlindungan overheating, dan perlindungan litar pintas.

Penting juga untuk mengetahui tempoh pengecasan penuh powerbank untuk mengelakkan terlebih cas atau mengambil masa lama untuk penuh.


Bagaimanakah Cara Pilih Power Bank Terbaik?

Setiap power bank ada ciri dan kualiti yang berbeza jadi anda haruslah membelinya mengikut kegunaan harian anda. 

Ada beberapa tips beli power bank yang bagus anda perlu ambil kira, antaranya:

Pilih power bank yang ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan sama ada di rumah, pejabat atau perkhemahan.

Periksa kapasiti yang diperlukan oleh telefon pintar anda untuk memastikan bahawa power bank dapat dicas sepenuhnya dan dapat digunakan berulang kali.

Sebagai contoh, powerband untuk iphone atau powerband untuk android.

Satu lagi faktor penting ialah jenis bateri powerbank. Nasihat kami pilih Lithium-ion untuk ketahanan yang lebih lama.

Pertimbangkan jenama power bank kerana kualiti power band berjenama lebih terjamin.

Antara jenama power bank yang popular ialah Xiaomi, Anker dan Remax.

Tip seterusnya, cari powerbank yang ada ciri tak akan overcharge dan overheat untuk keselamatan semasa penggunaan.

Anda juga boleh beli power bank yang milik ciri tambahan seperti lampu LED, pengisian cepat dan banyak pilih jenis port input.

Akhirnya, pastikan harga powerbank sesuai dengan ciri dan kapasiti yang dinyatakan bagi memastikan ia berbaloi.


Apakah Ciri-Ciri Power Bank Yang Bagus?

Sebelum memilih powerbank yang sesuai keperluan anda, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kapasiti bateri powerbank tersebut. 

Cari yang boleh memberikan kuasa pengecasan yang mencukupi sekaligus. 

Selepas itu, barulah lihat ciri-ciri lain seperti:

  • Port Input & Output

Pilih powerbank dengan sekurang-kurangnya satu port USB Type-C sebagai port input dan pelbagai port output untuk mengecas peranti Android atau iPhone pada masa yang sama.

  • Kualiti Binaan

Bahagian luar powerbank yang terbaik biasanya diperbuat daripada plastik keras untuk lebih tahan lama. 

Namun, terdapat juga powerbank yang diperbuat daripada aluminium untuk nampak lebih futuristik & moden. 

Tapi apa yang penting, pilih powerbank yang menjanjikan ketahanan untuk kegunaan jangka panjang.

  • Jaminan (warranty)

Disyorkan pilih power bank yang menawarkan warranty sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih lama.

Jadi, sebarang kerosakan yang mungkin berlaku dapat dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Ciri Tambahan

Ciri tambahan lain seperti lampu, skrin penunjuk bateri, kabel yang terbina di dalam, casing atau travel pouch.

Aksesori ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan terakhir sebelum membuat pembelian.

Apa pun, jom saksikan video dibawah bagaimana memilih kapasiti power bank yang bagus.



Kenapa Kena Beli Powerbank Yang Original?

Power bank memang kecil tetapi amat berguna dalam kehidupan digital masa kini buat mengecas telefon bimbit dan peranti lain bila tiada punca kuasa. 

Ramai yang tertanya-tanya, apa beza power bank original dengan tiruan? Mengapa perlu beli yang original sedangkan harganya agak mahal?

Jawapannya mudah sahaja. Power bank original menggunakan bateri dan litar berkualiti tinggi yang selamat untuk digunakan. 

Ia dilindungi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian seperti kebakaran atau letupan akibat litar pintas.

Selain itu, kapasiti dan prestasi power bank original biasanya jauh lebih baik.

Ia mampu mengecas dengan pantas dan berkali-kali tanpa menjejaskan hayat bateri. Menjimatkan masa dan tenaga anda.

Walaupun agak mahal sedikit berbanding tiruan yang lebih murah, power bank original sememangnya berbaloi dari segi kualiti, hayat bateri yang panjang dan demi keselamatan diri sendiri serta smartphone yang anda sayangi.


Apa Saiz Kapasiti Untuk Powerbank Terbaik Yang Berbaloi?

Kebanyakan pakar teknologi mengesyorkan powerbank berkapasiti 10,000mAh sebagai pilihan paling versatail. 

Saiz ini cukup untuk mengecas telefon bimbit sebanyak 2-3 kali, bergantung model telefon pintar.

Jika kerap bergerak, travel, seharian di luar dan memerlukan banyak kuasa simpanan, pilihlah power bank 20,000mAh. 

Kapasiti ini boleh mengecas kebanyakan telefon sekitar 5-6 kali sebelum perlu dicas semula.

Bagi pengguna biasa yang jarang melakukan perjalanan jauh, power bank 5,000mAh mungkin sudah memadai. 

Harganya paling murah, senang dibawa tapi muat hanya 1-2 cas penuh sahaja. 

Jangan lupa, pastikan power bank yang anda pilih mempunyai ciri keselamatan tertentu seperti perlindungan litar pintas, kawalan suhu, dan sebagainya.


Apakah Powerbank Yang Sesuai Untuk Saya?

Jangan risau, ikuti tips di bawah untuk memilih powerbank terbaik untuk diri sendiri;

  • Pertama, fikirkan peranti apa yang selalu anda cas menggunakan power bank. Adakah hanya telefon bimbit atau ada tablet, jam pintar dan kamera yang perlu dicas sekali? Ini penting untuk tentukan kapasiti power bank.
  • Kedua, adakah anda kerap bergerak atau lebih banyak menggunakan power bank di rumah/pejabat? Jika selalu keluar, dapatkan power bank dengan kapasiti lebih besar seperti 20,000 mAh.
  • Ketiga, fikirkan bajet anda. Power bank kapasiti dan ciri-ciri tertentu harganya berbeza. Bandingkan dengan keperluan dan pilih yang paling berbaloi.
  • Akhir sekali, pastikan power bank selamat digunakan. Periksa sama ada ia mempunyai sijil atau laporan ujian standard keselamatan.

Elakkan membeli power bank murah tak berkualiti.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation