Teknologi

9 Handphone Gaming Terbaik 2026

Gaming phone untuk kaki gamers yang murah ada je, tapi yang mahal lebih baik! Ini senarai phone gaming terbaik dan juga telefon gaming mampu milik.


Editor · Updated 21 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Handphone Gaming Terbaik 2026

Jawapan ringkas: telefon gaming terbaik di Malaysia pada 11 Ogos 2026 ialah Asus ROG Phone 9 Pro (dari RM3,790 di Shopee Malaysia, cip Snapdragon 8 Elite, paparan AMOLED 185Hz, bateri 5,800mAh). Kalau bajet korang bawah RM1,500, POCO X7 Pro 5G (dari RM1,340, Dimensity 8400) beri prestasi gaming paling tinggi untuk harga tersebut. Untuk bajet paling ketat, Redmi 14C (dari RM429) masih boleh main Mobile Legends dan PUBG Mobile pada tetapan sederhana.

Semua harga di bawah disemak terus di Shopee Malaysia pada 11 Ogos 2026. Harga telefon di Malaysia berubah cepat, jadi kami semak semula setiap bulan.

Kandungan

Korang nak cari telefon gaming terbaik, boleh tengok senarai gaming phone lengkap daripada kitaorang ni.

Semua range harga ada, yang penting kitaorang tak selek!

Inovasi teknologi sekarang membolehkan kita main game hanya menggunakan smartphone tidak kira di mana kita berada.

Bagaimanapun, korang kenalah tahu telefon pintar yang mana sesuai untuk bermain game sebab tak semua boleh dijadikan gaming phone.

Tapi macam mana nak tahu handphone gaming yang mana satu sesuai digunakan untuk main game atas talian?

Jom lihat senarai phone gaming terbaik sediakan khas untuk kaki gamers.

Mungkin harga telefon dalam senarai ni agak 'keras' tapi ada je telefon gaming bajet yang kitaorang letak.


Senarai 9 Smartphone Gaming Terbaik

Xiaomi Poco X7 Pro
Smartphone gaming terbaik secara keseluruhan 1 daripada 9
POCO X7 Pro
Xiaomi
Dari RM1,699
Lihat harga di Lazada
Juga di Shopee Malaysia
Kamera utama 50MP OIS
Bateri besar tahan lama
Tiada pengecasan tanpa wayar
1 lagi
Skrin AMOLED sangat jelas
  • Chipset: Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.67 inci
  • Resolusi: 1220 x 2712 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra lebar) 20MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

POCO X7 Pro menggabungkan prestasi moden dengan reka bentuk yang praktikal, menjadikannya pilihan seimbang untuk anda yang menghargai telefon laju dan style.

Dengan spec yang ada, telefon ini sangat sesuai dijadikan sebagai telefon gaming terbaik secara keseluruhan.

Ciri:ciri:

Dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 8400 Ultra, ia memberikan prestasi yang lancar, terutamanya untuk gaming berat dan multitasking.

Dengan RAM 8GB atau 12GB dan storan hingga 512GB, korang tak perlu risau tentang lagging atau ruang simpanan.

Paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1220 x 2712 piksel dan kadar segar semula 120Hz memastikan visual yang tajam dan lancar, sesuai untuk pengalaman gaming yang terbaik.

Bateri 6000mAh pula memastikan jangka masa permainan lebih panjang tanpa gangguan, manakala kamera 50MP dan lensa sudut lebar memberi hasil gambar yang memukau.

Dengan sokongan 5G dan Android 15 yang responsif, ia juga sangat sesuai untuk kegunaan harian selain gaming.

Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik, POCO X7 Pro menyerlah dalam reka bentuk dan prestasi.

Review:

"Cip Dimensity 8400 Ultra memberikan prestasi yang sangat lancar untuk gaming, dan bateri 6000mAh membuatkan saya tak risau untuk cas sepanjang sesi gaming panjang."

Realme 15 Pro
Handphone gaming bateri besar 2 daripada 9
Realme 15 Pro
Realme
Dari RM1,549
Lihat harga di Lazada
Juga di Shopee Malaysia
Skrin AMOLED 144Hz yang lancar
Kamera dual 50MP terbaik
Tiada jack audio
2 lagi
Bateri 7000mAh tahan lama
Pengecasan pantas 80W
  • Cipset: Snapdragon 7 Gen 4
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.8 inci OLED, 1080 x 2400 piksel, 144Hz
  • Bateri: 7000 mAh, 80W wired
  • Kamera: 50MP (utama) + 50MP (ultrawide), 50MP swafoto

Realme 15 Pro sesuai dijadikan sebagai smartphone gaming dan fotografi kerana ia menggabungkan prestasi tinggi dengan kemampuan fotografi yang versatil dalam satu peranti.

Skrin OLED 6.8 inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan sehingga 6500 nits menawarkan pengalaman visual yang lancar dan terang, sesuai untuk permainan berasaskan grafik tinggi serta menonton video.

Dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 dan pilihan sehingga 12GB RAM, telefon ini mampu mengendalikan multitasking, permainan dan aplikasi berat dengan lancar, sementara storan sehingga 512GB memastikan ruang cukup untuk semua fail, aplikasi dan games.

Dari segi kamera, Realme 15 Pro hadir dengan sistem dual 50MP belakang, satu untuk gambar lebar dengan OIS dan satu ultrawide.

Manakala kamera hadapan 50MP memudahkan swafoto berkualiti tinggi dan panggilan video jelas.

Bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W menjamin penggunaan sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri, jadi boleh dikatakan ia juga sebagai handphone gaming bateri besar.

Tambahan lagi, peranti ini hadir dengan ciri kalis air dan debu IP68/IP69 serta standard MIL-STD-810H untuk tahap ketahanan yang lebih baik.

Sambungan lengkap seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC dan sensor cap jari bawah skrin memberikan pengalaman pengguna yang serba mudah dan pantas.

Secara keseluruhan, Realme 15 Pro merupakan pilihan sesuai untuk mereka yang perlukan telefon pintar mampu menampung keperluan gaming dan fotografi dalam satu peranti dengan pengalaman visual dan prestasi yang lancar.

realme 14 5G
Handphone bagus untuk gaming 3 daripada 9
realme 14 5G
realme
Dari RM1,294
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cipset Snapdragon 6 Gen 4 untuk prestasi stabil
Skrin AMOLED 120Hz sesuai untuk gaming
Kualiti zum sangat terhad
3 lagi
Bateri besar 6000mAh
GT Mode yang optimasi prestasi untuk game
Harga agak tinggi berbanding pesaing terdekat
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 (4nm)
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 12GB + hingga 14GB RAM tambahan
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.673 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (belakang) 16MP (swafoto)

Cipset Snapdragon 6 Gen 4 (4nm) bukan sekadar cukup, ia direka untuk memberi prestasi tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih efisien.

Selain itu, dengan GT Mode, segala sumber sistem akan difokuskan sepenuhnya untuk gaming tanpa gangguan.

Realme 14 5G direka bukan untuk peminat fotografi, tetapi untuk mereka yang lebih gemar bermain game di telefon.

Dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4 dan mod khas GT Mode, telefon ini mampu menjalankan game popular dengan lancar dan stabil.

Skrin AMOLED 120Hz pula menambah kelancaran semasa bermain dan menonton video.

Bateri pula, 6000mAh memastikan pengalaman gaming lebih lama tanpa perlu kerap dicas.

Bagaimanapun, kamera pada telefon ini biasa-biasa je – cukup untuk kegunaan ambil gambar secara santai, tetapi bukan untuk pengguna yang gemar fotografi.

Jika mahu telefon dengan kamera lebih mantap, Realme 14 Pro+ 5G adalah pilihan yang lebih sesuai.

Tapi kalau mahu fokus mobile gaming, Realme 14 sudah memadai.

iPhone 16 pro max
Handphone gaming dan kamera terbaik 4 daripada 9
Apple iPhone 17 Pro Max
Apple
Dari RM5,556
Lihat harga di Shopee Malaysia
Paparan Super Retina XDR
Video 4K 120fps Dolby Vision
Harga mahal
3 lagi
Cip A19 Pro untuk gaming lancar
Bateri tahan lama
telefon agak berat
  • Cipset: Apple A18 Pro (3 nm)
  • OS: iOS 18
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.9 inci LTPO Super Retina XDR OLED
  • Resolusi: 1320 x 2868 piksel
  • Bateri: Li-Ion, tidak boleh ditanggalkan
  • Kamera: 48MP (lebar), 12MP (telefoto), 16MP (swafoto)

iPhone 16 Pro Max menawarkan prestasi luar biasa dengan reka bentuk titanium yang tahan lasak dan paparan 6.9 inci Super Retina XDR OLED yang jelas dan terang.

Dikuasakan oleh cip A18 Pro, telefon ini mengendalikan ciri-ciri foto dan video canggih, termasuk kawalan kamera yang membolehkan pengguna merakam gambar dengan ketepatan tinggi.

Kamera belakang 48MP dengan lensa Ultra Wide dan 5x telefoto memberikan hasil foto yang menakjubkan, sementara keupayaan video 4K 120fps Dolby Vision memberikan pengalaman rakaman video profesional.

Dilengkapi dengan prestasi hebat, iPhone 16 Pro Max juga menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang dengan 33 jam main video dan pengecasan pantas menggunakan USB-C atau MagSafe.

Dengan iOS 18, korang boleh sesuaikan skrin utama, cari foto kegemaran dengan lebih cepat dan menambah kesan animasi dalam iMessage.

Selain itu, ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memastikan korang sentiasa selamat.

Sesuai untuk gaming dan fotografi, iPhone 16 Pro Max adalah telefon pintar serba lengkap.

Nubia Neo GT 3
Handphone terbaik untuk mobile legends 5 daripada 9
Nubia Neo GT 3
Redmagic
Dari RM1,199
Lihat harga di Lazada
Juga di Shopee Malaysia
Performance cip Dimensity 9200 mantap
Paparan AMOLED 120Hz
Kamera swafoto 20MP kurang canggih
2 lagi
Bateri 6000 mAh tahan lama
Sistem penyejukan terbaik untuk gaming
  • Cipset: Mediatek Dimensity 9200 (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB (extendable dynamic RAM)
  • Storage: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
  • Resolusi: 1080 x 2392 (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 20MP (swafoto)

Nubia Neo 3 GT merupakan telefon pintar yang direka khas untuk para gamers yang mahukan prestasi tinggi.

Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 9200 dan 12GB RAM (dengan RAM dinamik 12GB), telefon ini menjanjikan pengalaman gaming yang lancar dan multitasking yang mudah.

Skrin AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz memberikan paparan yang jelas dan terang, ideal untuk permainan seperti Mobile Legends.

Kamera utama 50MP memastikan gambar yang tajam dan berkualiti tinggi, sementara kamera 8MP ultra-lebar dan kamera swafoto 20MP menawarkan kualiti gambar yang menarik.

Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 45W, memastikan korang boleh bermain lebih lama dengan masa pengecasan yang minimum.

Ditambah pula dengan sokongan 5G dan sistem penyejukan yang hebat, Nubia Neo 3 GT mampu menangani permainan berintensiti tinggi tanpa prestasi yang terjejas.

Dengan semua ciri ini, ia adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang mencari handphone terbaik untuk Mobile Legends.

Asus ROG Phone 9 Pro
Handphone gaming grafik terbaik 6 daripada 9
Asus ROG Phone 9 Pro
Asus
Dari RM5,199
Lihat harga di Lazada
Juga di Shopee Malaysia
Paparan 185Hz AMOLED
Cip Snapdragon 8 Elite prestasi mantap
Harga agak premium
1 lagi
Pengecasan 65W cepat dan cekap
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, One UI 6
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: 6.78 inci LTPO AMOLED, 185Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel (~388 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 32MP (telefoto), 13MP (ultra-lebar)

ROG Phone 9 Pro merupakan pilihan utama bagi gamers yang mementingkan grafik terbaik dan prestasi luar biasa.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan GPU Adreno 830, telefon ini memastikan pengalaman gaming yang lancar dan tanpa gangguan.

Dengan paparan LTPO AMOLED 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 185Hz, setiap aksi dalam permainan akan kelihatan lebih tajam dan jelas.

Ditambah dengan kecerahan puncak 2500 nits, telefon ini berfungsi dengan baik walaupun di bawah cahaya matahari yang terang.

Kamera utama 50MP dengan penstabilan gimbal OIS menjadikan setiap gambar dan video lebih stabil dan terperinci, sementara lensa telefoto 32MP memberikan zum optikal 3x yang sangat berguna untuk rakaman jarak jauh.

Sistem pengecasan 65W dan bateri 5800mAh memastikan korang boleh terus bermain tanpa gangguan dan pengecasan pantas membolehkan korang kembali ke permainan dalam masa yang singkat.

ROG Phone 9 Pro boleh dilihat sebagai telefon gaming yang sangat sesuai untuk mereka yang mengutamakan grafik, kelajuan dan prestasi cemerlang.

 

RedMagic 10 Pro
Handphone gaming bateri tahan lama 7 daripada 9
RedMagic 10 Pro
RedMagic
Dari RM3,295
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada
Cip Snapdragon 8 Elite untuk gaming terbaik
Sistem penyejukan terbaik
Kualiti kamera tidak konsisten
3 lagi
Bateri 6500mAh tahan lama
Pengecasan pantas 80W
Audio kurang bass
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, Redmagic OS 10
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: 6.85 inci AMOLED, 144Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel (~431 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (ultra-lebar), 2MP (makro)

REDMAGIC 10 Pro adalah pilihan utama untuk gamer yang mencari telefon pintar dengan prestasi tinggi dan bateri tahan lama.

Dengan cip Snapdragon 8 Elite dan RAM 12GB, telefon ini memberikan pengalaman gaming yang lancar tanpa gangguan.

Paparan AMOLED 6.85 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits memastikan visual permainan jelas dan tajam, walaupun di bawah cahaya matahari.

Ia dilengkapi dengan sistem penyejukan terbina yang berfungsi dengan kipas penyejuk untuk memastikan telefon tetap sejuk walaupun ketika bermain permainan berat.

Bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W memastikan anda tidak perlu risau tentang kehabisan kuasa semasa sesi gaming panjang.

Kamera belakang 50MP memberikan hasil gambar yang sangat tajam, manakala kamera depan 16MP di bawah skrin memberikan selfie yang jelas.

Dengan reka bentuk badan aluminium dan kaca, REDMAGIC 10 Pro bukan sahaja kuat dan tahan lama, tetapi juga bergaya.

Ini adalah telefon yang sesuai untuk mereka yang memerlukan prestasi tinggi dan ketahanan bateri yang luar biasa.

Samsung Galaxy S25
Handphone gaming untuk kanak-kanak 8 daripada 9
Samsung Galaxy S25
Samsung
Dari RM2,809
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada
Skrin Dynamic AMOLED 6.2 inci, 120Hz, jelas dan lancar
kualiti kamera terbaik untuk fotografi
Bateri 4000mAh agak kecil untuk penggunaan berat
3 lagi
Cip Snapdragon 8 Elite 3nm, prestasi tinggi
Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6, NFC dan 5G
Tiada slot kad memori luaran

 

  • Cipset: Qualcomm Snapdragon SM8750-AB 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, One UI 7
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB / 512GB
  • Paparan: 6.2-inch AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar), 10MP (telefoto), 12MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25 adalah pilihan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang memerlukan telefon pintar dengan prestasi baik untuk bermain permainan dan penggunaan harian.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon SM8750-AB 8 Elite dan 12GB RAM, telefon ini menawarkan pengalaman permainan yang lancar dan responsif.

Paparan 6.2 inci memberikan visual yang jelas dan tajam, sementara kamera belakang 50MP dan 10MP memastikan gambar yang jelas, menjadikannya pilihan tepat untuk menangkap gambar dalam aktiviti harian.

Dengan storan sehingga 512GB, ia menawarkan ruang yang mencukupi untuk menyimpan aplikasi permainan dan data peribadi.

Selain itu, dengan bateri 4000mAh dan pengecasan 25W, ia memastikan penggunaan lebih lama tanpa gangguan.

Dengan sistem operasi Android 15 dan One UI 7, Galaxy S25 memberikan antaramuka yang mesra kanak-kanak, memudahkan mereka mengakses aplikasi dan permainan kegemaran mereka.

 

HONOR 400 Pro
Handphone gaming tahan lasak 9 daripada 9
HONOR 400 Pro
HONOR
Dari RM2,352
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada
Paparan 120Hz yang lancar
Pengecasan 100W pantas
Tiada sokongan kad memori luar
3 lagi
Reka bentuk tahan lasak (IP68/IP69)
Bateri 6000mAh tahan lama
Tiada bicu audio 3.5mm
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 8 Elite (3nm)
  • OS: Android 15, MagicOS 9.0
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 2800 x 1280 (~386 ppi)
  • Kamera: 200MP (lebar), 50MP (telefoto), 2MP (makro)

HONOR 400 Pro adalah pilihan tepat bagi mereka yang mencari handphone gaming tahan lasak dengan prestasi cemerlang.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite dan 12GB RAM (dengan 12GB RAM Dinamik), ia mampu memberikan pengalaman gaming yang lancar dan cepat.

Paparan AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz menawarkan visual yang tajam dan jelas, sesuai untuk sesi permainan yang panjang.

Kamera belakang 200MP dan kamera depan 50MP memastikan gambar dan video yang sangat jelas.

Bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas 100W memastikan korang boleh bermain tanpa gangguan sepanjang hari.

Disokong oleh pengisian tanpa wayar 50W, ia memastikan kemudahan pengecasan tanpa perlu kabel.

Selain itu, reka bentuk tahan lasak dengan penarafan IP68 dan IP69 memastikan ia tahan terhadap debu dan air, sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan.

Dilengkapi dengan sistem penyejukan, telefon ini sesuai untuk mereka yang ingin bermain permainan dengan grafik tinggi dan tanpa terjadinya masalah pemanasan.


Soalan lazim

Apakah telefon terbaik untuk bermain game?

Asus ROG Phone 9 Pro, dari RM3,790. Cip Snapdragon 8 Elite dan paparan 185Hz memberi kelebihan paling besar dalam game yang perlukan tindak balas pantas.

Apakah telefon gaming terbaik di bawah RM1,000?

Pada bawah RM1,000, pilihan terbaik ialah Redmi 14C pada RM429 atau Infinix Hot 50 sekitar RM649. Kedua-duanya boleh main Mobile Legends dengan lancar. Redmi Note 14 Pro+ 5G pada RM1,199 sedikit melebihi RM1,000 tetapi jauh lebih laju.

Apakah ada telefon gaming yang harganya di bawah RM700?

Ya. Redmi 14C pada RM429 dan Infinix Hot 50 sekitar RM649 adalah dua pilihan yang benar-benar ada stok di Malaysia sekarang. Jangan harap cip gaming khusus pada harga ini.

Apakah telefon gaming terbaik untuk tahun 2026?

Untuk 2026, Asus ROG Phone 9 Pro kekal pilihan terbaik keseluruhan, dan POCO X7 Pro 5G pada RM1,340 adalah pilihan nilai terbaik. Model ROG Phone 7 yang masih disebut di banyak laman lain sudah dua generasi lama.

Apakah Tips Beli Gaming Smartphone Terbaik?

  • Untuk memilih handphone gaming terbaik, fokus pada beberapa perkara utama.
  • Pertama, pastikan CPU telefon cukup berkuasa seperti Snapdragon 8 Elite untuk prestasi tanpa lag.
  • Selain itu, GPU seperti GPU Turbo 2.0 juga penting untuk grafik game yang lancar.
  • Pastikan juga telefon mempunyai sistem penyejukan yang baik untuk mengelakkan kepanasan.
  • Akhir sekali, pilih telefon dengan bateri besar untuk sesi gaming yang lebih lama.

Bagaimana Mencari Spesifikasi Handphone Gaming Terbaik?

Pilih handphone dengan chipset berkuasa seperti Snapdragon 8 ke atas atau Mediatek Helio G90 untuk prestasi lancar.

Pastikan juga ada sistem penyejukan seperti liquid cooling atau supercool.

Pilih RAM 4GB ke atas dan storan lebih 128GB.

Untuk pengalaman terbaik, pilih paparan dengan refresh rate 144Hz.


Apakah Aksesori Terbaik Untuk Meningkatkan Pengalaman Bermain Game Pada Smartphone?

  • Pengawal Permainan - Pengawal bluetooth tanpa wayar memberikan kawalan lebih tepat, seperti pengawal Xbox atau PlayStation.

  • Headset Permainan - Audio berkualiti tinggi dengan mikrofon terbina untuk komunikasi jelas dan pengalaman bunyi dalam permainan.

  • Gaming Grip Cases - Kes ergonomik untuk keselesaan dan pegangan yang lebih baik semasa bermain.

  • Papan Kekunci Permainan - Sambungkan papan kekunci untuk kawalan lebih tepat, sesuai untuk permainan strategi atau simulasi.

  • Gaming Mouse - Memberikan kawalan lebih tepat berbanding skrin sentuh, sesuai untuk permainan strategi atau MOBA.

  • Powerbank Mudah Alih - Pastikan telefon sentiasa dicaj semasa sesi permainan panjang tanpa gangguan.

  • Kipas Penyejuk/Pad Penyejuk - Membantu menyejukkan telefon untuk prestasi yang optimum semasa sesi permainan sengit.

  • Pelindung Skrin dan Kit Pembersihan - Lindungi skrin daripada calar dan pastikan paparan jelas semasa bermain.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2026, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone terbaik untuk tujuan gaming:


Kalau anda membeli telefon untuk merakam video, kameranya bukan penghalang seperti yang disangka. Kami merakam semula sebuah video muzik menggunakan telefon sahaja, tanpa bajet, dan ia mengatasi semua yang pernah kami siarkan kira-kira lapan puluh kali ganda. Lihat bagaimana ia dirakam.

Artikel berkaitan

Lagi daripada ProductNation