Teknologi

8 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti 2026

Pilihan terbaik bawah RM1,500 di Malaysia ialah HONOR X9c 5G dari RM899, disemak 2 Oktober 2026. Lapan model turut disenaraikan, dari RM698.89 hingga RM1,499.


Editor · Updated 2 Oct 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti 2026
Terbaik keseluruhanHONOR X9c 5G
RM899See price at Lazada

Jawapan ringkas: telefon terbaik bawah RM1,500 di Malaysia, disemak 2 Oktober 2026, ialah HONOR X9c 5G (dari RM899 di Shopee Malaysia), yang menggabungkan skrin AMOLED besar, bateri 6,600mAh dan reka bentuk premium pada harga ini. Jika mahukan telefon gaming pula, Infinix GT 30 Pro (dari RM1,399) menawarkan RAM 24GB dan skrin 144Hz.

Kandungan

Bagaimana kami memilih senarai ini

Disemak oleh Hamka Rosli. Kami menyemak harga semua 8 telefon terhadap penyenaraian langsung di Shopee Malaysia pada 2 Oktober 2026. Tiga model (HONOR X9c 5G, POCO X7 Pro, Redmi Note 14 Pro 5G) yang dahulunya dipautkan telah luput daripada penyenaraian asal dan telah digantikan dengan penyenaraian baharu bagi model yang sama; Samsung Galaxy A35 5G turut ditukar kepada Samsung Galaxy A16 5G selepas penyenaraian asalnya didapati kini menjual model A36 pada harga melebihi RM1,500. Kami mendapat komisen jika anda membeli melalui pautan pada halaman ini, tanpa kos tambahan kepada anda, dan ini tidak menentukan susunan senarai.

Telefon pintar merupakan alat teknologi yang sangat penting sekarang sebab boleh dikatakan semua urusan menggunakan smartphone.

Kini ada smartphone yang berharga bawah RM1500 dan boleh berfungsi sama seperti smartphone mahal yang lain.

Selain itu, smartphone juga kini dijadikan sebagai alat utama untuk gaming dan fotografi, jadi banyak juga phone yang sesuai untuk gaming dan phone camera cantik di pasaran.

Kini, dengan bajet yang rendah pun anda boleh beli phone bawah RM1,500 dari pelbagai model telefon, dan beli handphone secara ansuran pun boleh.

Ini apa kata Expert kami mengenai telefon bawah RM1,500.

Expert avatar
Tech & Gadget Content Creator

Azee

Sejujurnya, kalau bajet RM1,500 atau atas daripada tu anda boleh dapatkan telefon yang bagus, jadi tak perlukan pun telefon flagship.

Kalau bawah RM1,000 tu mungkin sesuai untuk budak-budak, dan dia tak tahan lama sangat.

Tapi kalau tanya saya, lebih baik beli beli yang mahal sikit untuk pakai lama daripada beli yang murah tapi boleh pakai sekejap je.

Bagi saya, it’s ok to spend more on a smartphone rather than spend less and regret it later.

Jadi bagi membantu anda mencari telefon terbaru, kami senaraikan beberapa phone terbaik bawah RM1,500 dan juga harga telefon Malaysia.


Tips Memilih Telefon Terbaik Bawah RM1,500

Mungkin anda tak tahu macam mana nak pilih telefon midrange yang terbaik sebab memang banyak sangat pilihan di pasaran.

Kalau salah pilih, takut nanti kita akan menyesal beli dan rasa tak berbaloi buat pembelian tersebut.

Jom lihat apa kata Expert kami mengenai ini:

Expert avatar
Tech & Gadget Content Creator

Azee

Pertama sekali kena tengok software atau perisian di dalamnya.

Itu antara benda yang paling penting tapi tak ramai yang perasan.

Sebabnya, bila software bermasalah, dia akan mengurangkan prestasi telefon tu.

Secara teknikalnya, software untuk bawah RM1,500 semuanya okay.

Perlu lihat pada berapa tahun kemas kini software yang diberikan, macam Xiaomi akan dapat 3 tahun kemas kini, manakala Infinix 2 tahun.

Jadi kalau nak pakai lama mestilah nak cari yang sekurang-kurangnya ada 3 tahun software update.

Lepas tu perlu lihat juga chipset, kamera, dan specs yang ditawarkan secara keseluruhan.

Dari situ kita boleh tahu sama ada telefon tu bagus ataupun tidak.

Tapi macam saya sendiri akan tengok pandangan dekat internet, tengok apa orang cakap seperti di Reddit atau Forum.

Dekat situ sekadar nak lihat model yang nak dibeli tu ada masalah ataupun tidak.

Bila anda dah tahu tips yang terbaik sebelum buat pembelian, barulah tak rasa rugi beli dan dapat buat pilihan yang tepat.


Apa Anda Akan Dapat Untuk Telefon Bawah RM1,500?

Dengan bajet RM1,500, sudah tentu anda mahukan sebuah telefon yang boleh dipercayai dan boleh pakai lama. 

Tapi biasanya apa yang ditawarkan kepada pengguna untuk model telefon midrange ini?

Expert avatar
Tech & Gadget Content Creator

Azee

Sebenarnya telefon bawah RM1,500 ni adalah range telefon paling popular, ramai golongan-golongan muda yang suka dengan telefon mid-range ni.

Tawaran pertama yang anda boleh dapat sekarang untuk telefon bawah RM1,500 yang berbaloi adalah sokongan rangkaian 5G.

Memang penting ciri ni sebab kalau tak ada 5G memang tak disarankan untuk beli, dan ia juga menjadikan telefon tu boleh pakai lama.

Kemudian chipset untuk telefon bawah RM1,500 juga banyak yang bagus-bagus.

Anda juga akan dapat kualiti paparan yang bagus untuk telefon bawah RM1,500.

Selain daripada itu adalah ciri tambahan kepada telefon mid-range sahaja, jadi untuk phone bawah RM1,500 anda boleh perhatikan tiga ciri utama ini.

TelefonHarga (RM)Terbaik untukCipDisemak
HONOR X9c 5GRM899Terbaik keseluruhanSnapdragon 6 Gen 12 Okt 2026
Infinix GT 30 ProDari RM1,399Terbaik untuk gamingDimensity 8350 Ultimate2 Okt 2026
POCO X7 ProRM698.89Terbaik untuk riderDimensity 8400 Ultra2 Okt 2026
Samsung Galaxy A16 5GRM869.80Terbaik untuk kameraMediaTek 5G2 Okt 2026
Redmi Note 14 Pro+ 5GRM1,399Terbaik untuk semua gunaDimensity 7300 Ultra2 Okt 2026
Nubia Neo GT 3RM1,499Terbaik Mobile LegendsDimensity 92002 Okt 2026
INFINIX Zero 40 5GRM1,139Terbaik RAM besarDimensity 8200 Ultimate2 Okt 2026
OPPO A6 Pro 5GRM1,299Terbaik untuk warga emasDimensity 63002 Okt 2026

Setiap harga disemak terhadap penyenaraian rasmi di Shopee Malaysia pada 2 Oktober 2026, bukan harga runcit disyorkan. Harga berubah mengikut stok dan jualan.


Senarai 8 Smartphone Terbaik Bawah RM1,500

PERHATIAN: Jenama smartphone yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Azee, kecuali dinyatakan.

Terbaik untuk gaming: Infinix GT 30 Pro

Infinix GT 30 Pro
Phone gaming bawah RM1500 terbaik 1 daripada 8
Infinix GT 30 Pro
Infinix
Dari RM1,399
Paparan AMOLED 144Hz
Kamera utama 108MP
Tiada pengecasan tanpa wayar
2 lagi
Sokongan NFC
IP64 tahan debu dan air
  • Cipset: Mediatek Dimensity 8350 Ultimate
  • OS: Android 15, XOS 15
  • RAM: 24GB (12+12GB dinamik)
  • Storage: 256GB / 512GB
  • Paparan: AMOLED, 144Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 (~387 ppi)
  • Kamera: 108MP (lebar), 2MP (makro), 2MP (kedalaman), 13MP (swafoto)

Infinix GT 30 Pro 5G adalah smartphone gaming bawah RM1500 yang menawarkan prestasi luar biasa tanpa membebankan bajet korang.

Dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 8350 Ultimate, telefon ini hadir dengan RAM 24GB (12GB + 12GB dinamik) yang memberikan prestasi pantas dan lancar untuk gaming berat.

Paparan FHD+ AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz menjanjikan pengalaman visual yang memukau, memberikan keseronokan bermain game tanpa gangguan.

Kamera belakang 108MP memastikan setiap gambar yang diambil terperinci dan jelas, manakala kamera depan 13MP menawarkan selfie yang terang dan tajam.

Dengan bateri 5500mAh dan pengecasan pantas 45W, anda tidak perlu risau tentang kehabisan bateri semasa sesi permainan yang panjang.

Selain itu, sokongan NFC dan perlindungan IP64 menjadikan telefon ini lebih praktikal untuk penggunaan harian.

Infinix GT 30 Pro 5G adalah pilihan hebat untuk gamers yang mencari telefon dengan prestasi tinggi pada harga mampu milik.

Price
RM1,399

Terbaik untuk warga emas: OPPO A6 Pro 5G

OPPO A6 Pro 5G
Smartphone untuk orang tua 2 daripada 8
OPPO A6 Pro 5G
OPPO
Dari RM1,429
Skrin terang dan jelas
Bateri tahan lama
Tiada port audio jack
3 lagi
Kamera belakang 50MP mantap
Kalis air IP68/IP69
Tidak sesuai untuk gaming
  • Cipset: Mediatek Dimensity 6300 (6 nm)
  • OS: Android 15, ColorOS 15
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.57 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1080 x 2372 piksel
  • Bateri: 7000 mAh, pengecasan 80W wired
  • Kamera: 50 MP (lebar) + 2 MP (depth), 16 MP (swafoto)

OPPO A6 Pro sesuai untuk orang tua kerana ia menawarkan penggunaan mudah dengan skrin AMOLED 6.57 inci yang terang, jelas, dan selesa untuk membaca atau menonton kandungan harian.

Dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 6300 dengan 8GB RAM dan 256GB storan, ia cukup lancar untuk aplikasi asas seperti panggilan video, media sosial dan navigasi.

Bateri 7000 mAh yang besar memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa risau untuk cas berulang.

Kamera belakang 50MP dan 2MP memudahkan rakaman gambar atau video dengan kualiti baik, manakala kamera hadapan 16MP memudahkan panggilan video yang jelas.

Peranti ini juga kalis air dan debu IP68/IP69, sesuai untuk kegunaan seharian tanpa risiko kerosakan.

Dengan reka bentuk ringan 185g dan ciri-ciri sambungan moden seperti 5G, Wi-Fi, Bluetooth, NFC dan USB Type-C, OPPO A6 Pro adalah pilihan bijak untuk pengguna yang mahukan telefon pintar mudah digunakan, tahan lasak dan boleh dipercayai.

Price
RM1,429

Terbaik untuk Mobile Legends: Nubia Neo GT 3

Nubia Neo GT 3
Terbaik Mobile Legends 3 daripada 8
Nubia Neo GT 3
Redmagic
Dari RM1,499
Performance cip Dimensity 9200 mantap
Paparan AMOLED 120Hz
Kamera swafoto 20MP kurang canggih
2 lagi
Bateri 6000 mAh tahan lama
Sistem penyejukan terbaik untuk gaming
  • Cipset: Mediatek Dimensity 9200 (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB (extendable dynamic RAM)
  • Storage: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 1000 nits HBM
  • Resolusi: 1080 x 2392 (~386 ppi)
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra-lebar) 20MP (swafoto)

Nubia Neo 3 GT merupakan telefon pintar yang direka khas untuk para gamers yang mahukan prestasi tinggi.

Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 9200 dan 12GB RAM (dengan RAM dinamik 12GB), telefon ini menjanjikan pengalaman gaming yang lancar dan multitasking yang mudah.

Skrin AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz memberikan paparan yang jelas dan terang, ideal untuk permainan seperti Mobile Legends.

Kamera utama 50MP memastikan gambar yang tajam dan berkualiti tinggi, sementara kamera 8MP ultra-lebar dan kamera swafoto 20MP menawarkan kualiti gambar yang menarik.

Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 45W, memastikan korang boleh bermain lebih lama dengan masa pengecasan yang minimum.

Ditambah pula dengan sokongan 5G dan sistem penyejukan yang hebat, Nubia Neo 3 GT mampu menangani permainan berintensiti tinggi tanpa prestasi yang terjejas.

Dengan semua ciri ini, ia adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang mencari handphone terbaik untuk Mobile Legends.

Price
RM1,499

Terbaik RAM besar: INFINIX Zero 40 5G

INFINIX Zero 40 5G
Phone RAM besar bawah RM1500 4 daripada 8
INFINIX Zero 40 5G
INFINIX
Dari RM1,139
Paparan AMOLED 144Hz yang lancar
Kamera 108MP dengan OIS
Kecerahan Skrin Kurang Memuaskan
2 lagi
Pengecasan pantas 45W
Prestasi bateri sederhana
  • Cipset: Mediatek Dimensity 8200 Ultimate (4nm)
  • OS: Android 14, XOS 14.5
  • RAM: 12GB (Expand hingga 24GB)
  • Storage: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 144Hz
  • Resolusi: 1080 x 2400 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 108MP (lebar), 50MP (ultra-lebar), 2MP (makro)

INFINIX Zero 40 5G adalah telefon dengan RAM besar yang sesuai untuk mereka yang mencari peranti berprestasi tinggi pada harga bawah RM1500.

Dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 8200 Ultimate 5G dan dilengkapi dengan 12GB RAM yang boleh dipertingkatkan sehingga 24GB, telefon ini menawarkan pengalaman yang lancar untuk multitasking, gaming dan aplikasi berat.

Paparan 6.78 inci FHD+ Curved AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz memastikan tontonan yang jelas dan responsif, sempurna untuk hiburan dan gaming.

Untuk penggambaran, telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan OIS dan lensa ultra-lebar 50MP, serta kamera depan 50MP yang menghasilkan swafoto berkualiti tinggi.

Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan telefon ini dapat bertahan sepanjang hari, sementara pengecasan tanpa wayar 20W memberi kemudahan tambahan.

Dijalankan dengan Android 14 dan XOS 14.5, INFINIX Zero 40 5G menawarkan sistem operasi yang stabil dan sokongan kemas kini hingga Android 16.

Ini menjadikan INFINIX Zero 40 5G pilihan terbaik bagi mereka yang mencari telefon dengan prestasi hebat, kamera luar biasa dan harga yang berpatutan.

Price
RM1,139

Terbaik untuk semua guna: Redmi Note 14 Pro+ 5G

Redmi Note 14 Pro 5G
Telefon 5G bawah RM1500 terbaik 5 daripada 8
Redmi Note 14 Pro+ 5G
Xiaomi
Dari RM1,399
Prestasi pantas dengan 12GB RAM
Kamera 200MP dengan OIS
Tiada sokongan pengecasan tanpa wayar
1 lagi
Sokongan 5G dan NFC
  • Cipset: Mediatek Dimensity 7300 Ultra (4nm)
  • OS: Android 14, HyperOS
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 1220 x 2712 piksel (~446 ppi)
  • Bateri: 5110 mAh
  • Kamera: 200MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 2MP (makro)

Redmi Note 14 Pro 5G adalah pilihan yang sangat baik untuk pengguna yang mencari telefon 5G bawah RM1500 dengan prestasi yang mengagumkan.

Dikuasakan dengan cip Mediatek Dimensity 7300 Ultra (4nm), telefon ini menawarkan kelajuan pemprosesan yang pantas dengan sokongan 12GB RAM dan 256GB ROM.

Paparan 6.67 inci AMOLED dengan resolusi tinggi 1220 x 2712 memberikan pengalaman visual yang jelas dan tajam, menjadikannya ideal untuk hiburan, gaming dan kerja harian.

Kamera belakang triple 200MP, 8MP ultra-lebar dan 2MP memberikan gambar yang berkualiti tinggi dengan pelbagai pilihan penggambaran.

Kamera depan 16MP pula memastikan swafoto yang terang dan jelas.

Bateri 5110 mAh menyokong penggunaan yang lebih lama dengan pengecasan pantas.

Dengan harga yang sangat berpatutan, Redmi Note 14 Pro 5G juga menyokong rangkaian 5G untuk kelajuan internet yang lebih pantas dan sokongan NFC, menjadikannya pilihan yang sangat bernilai bagi mereka yang mencari telefon dengan prestasi terbaik pada harga bawah RM1500.

Price
RM1,399

Terbaik untuk rider: POCO X7 Pro

Xiaomi Poco X7 Pro
Smartphone untuk rider 6 daripada 8
POCO X7 Pro
Xiaomi
Dari RM1,699
Kamera utama 50MP OIS
Bateri besar tahan lama
Tiada pengecasan tanpa wayar
1 lagi
Skrin AMOLED sangat jelas
  • Chipset: Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4 nm)
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.67 inci
  • Resolusi: 1220 x 2712 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 8MP (ultra lebar) 20MP (swafoto)

Poco X7 Pro menggabungkan prestasi moden dengan reka bentuk yang praktikal, menjadikannya pilihan seimbang untuk korang yang nak ride malam minggu.

Dikuasakan cip Mediatek Dimensity 8400 Ultra (4nm), ia menawarkan prestasi cekap bersama RAM 8GB atau 12GB dan storan dalaman 256GB hingga 512GB.

Paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi tinggi 1220 x 2712 memberikan pengalaman visual yang jelas dan terang, sesuai untuk menonton video dan bermain game.

Kamera belakang dilengkapi lensa utama 50MP dengan sokongan OIS untuk gambar lebih stabil dan cerah dalam cahaya rendah, serta lensa sudut lebar 8MP.

Peranti ini dijalankan menggunakan Android 15 dengan antara muka HyperOS 2 yang responsif dan terkini.

Dari segi sambungan, ia menyokong 5G, 4G LTE, WiFi, Bluetooth, NFC dan GPS menyediakan kemudahan penuh dalam penggunaan harian.

Bateri berkapasiti 6000mAh memberikan hayat penggunaan yang lama tanpa menambah saiz terlalu besar, dengan ketebalan hanya 8.3mm dan berat 195g.

Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik, Poco X7 Pro menyerlah dalam reka bentuk dan prestasi.

Price
RM1,699

Terbaik keseluruhan: HONOR X9c 5G

Honor X9C
Terbaik keseluruhan 7 daripada 8
HONOR X9c 5G
Honor
Dari RM899
Skrin AMOLED yang terang
Kamera 108MP rakam 4K
Kamera hadapan biasa sahaja
3 lagi
Cip Snapdragon berprestasi baik
Reka bentuk ringan dan nipis
Tiada pengecasan tanpa wayar
  • Chipset: Snapdragon 6 Gen 1
  • OS: Android 14, Magic OS 8
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.78-inch
  • Resolusi: 1224 x 2700 pixels
  • Bateri: 6600 mAh
  • Kamera: 108MP (lebar) 5MP (ultra-lebar) 16MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Telefon Honor X9C menjadi terbaik secara keseluruhan kerana ia menggabungkan prestasi yang hebat dengan reka bentuk premium.

Dengan harga yang berpatutan, ia menawarkan prestasi dan ciri-ciri yang menarik untuk semua pengguna.

Ciri-ciri:

Honor X9C hadir dengan paparan AMOLED 6.78 inci yang luas serta rekaan nipis dan ringan.

Dengan ketinggian 162.8mm dan berat sekitar 189g, ia menempatkan cip pemproses Snapdragon 6 Gen 1 yang cekap untuk kegunaan harian dan permainan ringan.

Sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14 menawarkan antara muka yang kemas serta sokongan mod kawalan satu tangan dan navigasi yang mudah.

Bahagian kameranya mengenakan lensa utama 108MP dan kamera sudut lebar 5MP, menyokong rakaman video 4K dan zum digital sehingga 10x.

Kamera hadapan pula 16MP dengan sokongan rakaman video HD penuh serta ciri-ciri AI untuk selfie.

Sesuai untuk pengguna yang gemar mengambil gambar beresolusi tinggi atau menghasilkan content.

Bateri 6600mAh jenis silikon-karbon dengan pengecasan pantas 66W memberikan ketahanan lama untuk penggunaan seharian.

Sokongan sambungan termasuk WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.1, NFC, GPS dan OTG menjadikannya serba lengkap.

Sensor seperti pengimbas cap jari, giroskop, kompas dan sensor cahaya menjadikannya peranti yang pintar dan responsif terhadap keperluan pengguna.

Review:

"Telefon ni mudah digunakan dan juga bateri tahan lama. Kualiti phone ni memang tak ada keraguan lagi, sama macam apa yang ditunjukkan dalam video. Sangat berpuas hati."

Price
RM899

Terbaik untuk kamera: Samsung Galaxy A16 5G

Samsung Galaxy A35 5G
Terbaik untuk kamera 8 daripada 8
Samsung Galaxy A16 5G
Samsung
Dari RM869.80
Super AMOLED 90Hz screen at this price is rare
50MP triple rear camera
MediaTek chip is fine for daily use, not for heavier gaming
1 lagi
5,000mAh battery with 45W fast charging
  • Chipset: MediaTek (5G)
  • OS: Android 15, One UI 7
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Saiz Skrin: 6.7-inch Super AMOLED, 90Hz
  • Bateri: 5000 mAh, pengecasan pantas 45W
  • Kamera: 50MP (lebar, triple camera)

Samsung Galaxy A16 5G menggantikan Galaxy A35 5G dalam senarai ini selepas kami dapati stok A35 baharu semakin sukar dicari di bawah RM1,500, manakala A16 kekal turun harga dan lebih mudah didapati.

Skrin Super AMOLED 90Hz pada harga ini jarang ditawarkan oleh jenama lain, menjadikannya pilihan kukuh untuk menonton video dan media sosial.

Kamera belakang triple 50MP memberikan hasil gambar yang tajam untuk kegunaan harian, walaupun cip MediaTek yang digunakan lebih sesuai untuk kegunaan asas berbanding permainan berat.

Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W memastikan telefon ini boleh bertahan sepanjang hari.

Price
RM869.80

Jenama Smartphone Terkenal Di Malaysia

Sememangnya sudah menjadi lumrah untuk orang Malaysia memiliki smartphone dari jenama yang dikenali ramai. 

Antara sebabnya adalah kerana mahu mengikuti trend terkini dan tidak mahu rasa ketinggalan. 

Namun apakah jenama paling ramai dibeli di Malaysia sehingga menjadikan jenama tersebut popular dalam kalangan pengguna?

Mungkin ada yang akan kata iPhone daripada Apple merupakan jenama paling terkenal.

Mengikut pemerhatian, iPhone boleh dikatakan sebuah smartphone yang popular dan dikenali oleh semua orang di Malaysia. 

Tapi data menunjukkan jenama Apple bukanlah smartphone yang paling banyak dibeli di Malaysia. 

Selain itu, smartphone jenama lain juga banyak menawarkan features, kualiti kamera dan kuasa pemprosesan, serta reka bentuk telefon yang terbaik. 

Jadi, jika anda tidak pasti nak beli jenama telefon yang mana satu, boleh lah pilih salah satu model dari jenama terkenal di Malaysia ini. 

Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara pilih smartphone terbaik.


Artikel Berkaitan

Soalan Lazim

Apakah terdapat telefon Samsung dengan harga di bawah RM1500?

Ya. Samsung Galaxy A35 5G disenaraikan dalam panduan ini sebagai salah satu pilihan bawah RM1,500, sesuai untuk pengguna yang mahukan jenama mapan dengan sokongan kemas kini perisian yang panjang. Semak harga terkini pada kad produk di atas kerana harga runcit berubah dari semasa ke semasa.

Apakah telefon pintar yang mempunyai kamera cantik di bawah RM1000?

Pada bajet di bawah RM1,000, telefon dengan kamera yang baik biasanya datang daripada siri Redmi Note atau Infinix Note dengan sensor OIS. Julat harga ini berada di bawah skop senarai bawah RM1,500 ini; panduan phone camera cantik kami menyenaraikan pilihan khusus pada julat harga yang lebih rendah.

Apakah telefon gaming yang ada di bawah RM800?

Pada julat RM800 ke bawah, cari telefon dengan cip gaming pertengahan (contohnya siri Dimensity atau Snapdragon 6-series) dan RAM sekurang-kurangnya 6GB. Panduan handphone gaming terbaik kami menyenaraikan pilihan mengikut bajet, termasuk pilihan bawah RM800.

Apakah telefon pintar terbaik untuk tahun 2026?

Pilihan terbaik bergantung kepada keperluan dan bajet anda. Dalam julat bawah RM1,500, Infinix GT 30 Pro (dari RM1,399, disemak 2 Oktober 2026) menawarkan prestasi gaming terbaik pada harga ini berdasarkan cip dan RAM yang ditawarkan berbanding pesaing lain dalam senarai ini.

editor avatar
Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Expert avatar
Pakar
Tech & Gadget Content Creator

Azee chevron_right

Dikenali sebagai Azee di media sosial, mula berkecimpung dalam dunia penciptaan kandungan semasa berusia 19 tahun dan sehingga kin ...

Lagi daripada ProductNation