Walaupun harga smartphone murah tapi kebanyakan smartphone ini mesra pengguna dan boleh dikatakan berkualiti.
Semestinya dilengkapi dengan kamera, processor yang baik, ruang penyimpanan besar dan luas serta bateri tahan lama.
Jadi jom lihat senarai di bawah antara pilihan smartphone murah dan berkualiti yang harga bawah RM200.
Senarai 8 Smartphone Murah Dan Berkualiti
Table of Contents

- Chipset: Helio P35
- OS: Android 9.0 (Pie), Funtouch 9
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB, 128GB
- Saiz Skrin: 6.35 inci
- Resolusi: 720 x 1544 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 13MP (utama), 8MP (lebar) 2MP (kedalaman) 20MP (swafoto)
Sebuah lagi smartphone murah terbaik dari jenama Vivo, iaitu Vivo Y17.
Smartphone murah dan berkualiti ini mempunyai tiga lensa pada bahagian belakang iaitu 13MP kamera utama, 8MP untuk lebar dan 2MP untuk kedalaman.
Kamera swafoto pula adalah sebanyak 20MP. Jadi kualiti gambar pada phone ini antara yang terbaik bagi telefon murah.
Untuk bahagian bateri pula, sebanyak 5000 mAh dibekalkan pada Vivo Y17 ini. Agak besar dan mampu untuk bertahan sepanjang hari.
Saiz skrin telefon ini juga agak sebesar, iaitu 6.35 inci. Bagaimanapun, resolusi skrin phone ini dikatakan agak rendah.
Mungkin kualiti paparan phone ini kurang memuaskan bagi paparan yang memerlukan kualiti HD.
Sistem operasi Vivo Y17 ini menggunakan Android 9.0 (Pie) dan anda boleh memilih saiz storan antara 64GB dan 128GB, mengikut kesesuaian penggunaan anda.

- CPU: Quad-core
- OS: Android 7.0
- RAM: 1GB
- Storage: 8GB
- Saiz Skrin: 4.5-inch
- Resolusi: 480x854
- Bateri: 2000 mAh
- Kamera: 5MP (utama) 2MP (swafoto)
Khas buat peminat PUBG, pastikan anda memilih smartphone dengan RAM besar semasa bermain game. Smartphone ini menawarkan RAM 1GB dikuasai unit pemprosesan Quad Core untuk memberi pengalaman gaming yang awesome! Dilengkapi beauty camera, smartphone ini terbaik untuk kegunaan harian anda. Yang murah tak semestinya tidak berkualiti.

- Chipset: MTK 6737 / 1.3 GHZ quad core
- OS: Android 10.1
- RAM: 4GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 6.9 inci
- Resolusi: 540 x 1170 piksel
- Bateri: 4000 mAh
- Kamera: 8MP (utama) 5MP (swafoto)
Myfon F20 Pro merupakan smartphone murah dan berkualiti yang anda boleh miliki sekarang.
Walaupun harganya murah, tetapi ia tetap memiliki feature phone mahal seperti face unlock yang laju dan juga dual sim card slot.
Selain itu, telefon ini juga dijana dengan RAM sebesar 4GB yang mampu melancarkan pemprosesan ke tahap yang optimum.
Saiz skrin smartphone ini juga boleh tahan besar iaitu sebesar 6.9 inci dan terdapat corak water drop pada bahagian atas skrin.
Untuk bateri pula, anda dibekalkan dengan bateri sebesar 4000 mAh.
Memang cukup untuk bertahan sepanjang hari dengan penggunaan yang optimum.

- Chipset: Snapdragon 410
- OS: Android v5.1 (Lollipop)
- RAM: 2GB
- Storage: 16GB
- Saiz Skrin: 5.0 inci
- Resolusi: 540 x 960 piksel
- Bateri: 2400 mAh
- Kamera: 8MP (utama) 5MP (swafoto)
Oppo A33 merupakan sebuah smartphone yang simple dan juga sesuai digunakan untuk gaming.
Dikuasakan oleh chipset Snapdragon 410 yang mampu membuatkan phone ini beroperasi dengan sangat baik.
Selain itu, kamera 8MP pada bahagian belakang juga mampu mengambil gambar dengan cantik dengan hanya berbekalkan cahaya matahari.
Kamera hadapan juga mampu mengambil gambar swafoto dengan baik.
Pada bateri pula bersaiz 2400 mAh sahaja tapi tetap mampu membekalkan tenaga sepanjang hari buat phone bersaiz kecil ini.
Jadi, dengan harga smartphone murah ini, sesuai untuk anda yang mencari telefon yang simple.

- Chipset: Snapdragon 460
- OS: realme UI berasaskan Android 10
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB, 128GB
- Saiz Skrin: 6.5 inci
- Resolusi: 720 x 1600 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 13MP (utama), 8MP (ultrawide), 2MP (lensa retro), 2MP (lensa hitam dan putih) 8MP (swafoto)
Dengan bajet lebih kurang RM200, anda boleh memiliki sebuah smartphone murah terbaik yang memiliki empat lensa kamera.
Selain itu, Realme C15 ini juga menawarkan saiz storan dalaman sehingga 128GB.
Antara kelebihan lain pada smartphone ini adalah ia memiliki ketahanan bateri yang lama.
Dengan saiz bateri sebesar 6000 mAh ini anda tak perlu risau bateri cepat habis bila seharian menggunakannya.
Saiz Realme C15 juga agak besar iaitu sebesar 6.5 inci. Memang puas untuk layan movie atau main game.
Paling penting, smartphone murah dan berkualiti dikuasakan dengan chipset Snapdragon 460.

- Chipset: 1.3GHz Quad-core processor
- OS: Android Oreo 8.1
- RAM: 2GB
- Storage: 16GB
- Saiz Skrin: 6.26 inci
- Resolusi: 480 x 1014 piksel
- Bateri: 2800 mAh
- Kamera: 5MP (utama) 5MP (swafoto)
Dengan harga bawah RM200 dan merupakan sebuah smartphone yang baharu.
Bayangkan anda mampu memiliki sebuah smartphone murah terbaik dengan spesifikasi yang mantap.
Myfon S10 Pro menawarkan sebuah telefon murah dengan saiz skrin yang besar, iaitu sebesar 6.26 inci. Memang cukup besar bagi sebuah smartphone masa kini.
Selain itu, sistem operasi yang digunakan pada Myfon S10 Pro ini juga diambil dari Android iaitu menggunakan Android Oreo 8.1.
Jadi tidak lah terasa ketinggalan sangat dan dari segi audio, kualiti speaker telefon ini juga boleh tahan baik.
Apa yang menarik, dengan harga yang murah anda juga dapat memiliki smartphone yang dilengkapi dengan ciri keselamatan Face Unlock.
Harga smartphone murah dan masih memiliki feature pada telefon yang mahal.

- Chipset: Snapdragon 439
- OS: Android 8.1 (Oreo), Funtouch 4.5
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB
- Saiz Skrin: 6.2 inci
- Resolusi: 720 x 1520
- Bateri: 4030 mAh
- Kamera: 13MP (utama), 2MP (kedalaman) 8MP (swafoto)
Vivo Y93 merupakan sebuah smartphone yang dilengkapi dengan spek yang lengkap dan baik bagi sebuah smartphone murah terbaik.
Chipset yang digunakan agak berkualiti iaitu Snapdragon 439 yang akan memastikan phone berfungsi dengan baik.
Saiz RAM juga agak besar bagi sebuah phone murah, iaitu sebanyak 4GB. Manakala saiz storan yang ditawarkan adalah sebanyak 64 GB.
Jika saiz storan tidak mencukupi, anda boleh menambah kad micro SD sehingga 256 GB.
Pada bahagian kamera, terdapat dua lensa kamera pada bahagian belakang (13MP + 2MP) dan satu lensa swafoto (8MP).
Bagaimanapun, kualiti kamera phone ini dikatakan kurang memuaskan.
Ketahanan bateri phone ini juga tidak menjadi masalah dengan adanya bateri sebesar 4030 mAh.
Secara keseluruhan, Vivo Y93 mempunyai spek terbaik bagi sebuah telefon murah.

- Chipset: Snapdragon 210
- OS: KaiOS
- RAM: 512MB
- Storage: 4GB
- Saiz Skrin: 2.4 inci
- Resolusi: 240 x 320 piksel
- Bateri: 1500 mAh
- Kamera: VGA (utama)
Bagi peminat telefon Nokia tentunya anda mencari telefon Nokia yang boleh mengimbas kenangan lalu, tetapi sekaligus dapat berfungsi mengikut keperluan terkini.
Dengan Nokia 6300 4G, anda mampu terus menggunakannya mengikut keperluan terkini.
Smartphone murah dan berkualiti dari Nokia ini mampu untuk menjalankan aplikasi terkini seperti WhatsApp, Youtube dan juga Facebook. Menarik bukan?
Malah bukan sahaja mengekalkan reka bentuk telefon Nokia lama yang mempunyai papan kekunci fizikal, tetapi masih mengekalkan ketahanan sebuah telefon Nokia.
Memang Nokia 6300 4G ini tahan lasak seperti model mereka yang sebelum.
Bagaimanapun, kekurangan pada telefon ini adalah saiz RAM yang disediakan adalah sangat kecil iaitu sebanyak 512MB dan storan dalam pula sebanyak 4GB.
Jika anda ingin mencari telefon untuk orang tua yang masih mampu menampung fungsi WhatsApp, ini mungkin telefon yang paling sesuai dan murah.
Berbaloi Atau Tak Beli Telefon Murah?
Persoalan sama ada berbaloi ataupun tidak untuk membeli telefon pintar yang murah terletak pada tujuan penggunaan anda dan juga bajet. Tidak dinafikan, smartphone bajet kini mudah untuk dimiliki dan terdapat pelbagai model dipasaran. Bagaimanapun, yang mana satu yang paling sesuai untuk anda gunakan. Murah memang murah, tapi pastikan ianya tetap mempunyai kualiti yang baik agar pembelian anda berbaloi.
-
Lihat Review Sebelum Beli
Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan melihat dahulu review tentang telefon yang ingin anda beli itu sebelum buat pembelian. Walaupun anda tidak dapat memegang handphone tersebut, tetapi anda tetap boleh melihat dan mengetahui bagaimana prestasi handphone itu.
-
Bandingkan Harga Untuk Elak Ditipu
Sekarang memang banyak kes penipuan melibatkan pembelian telefon pintar. Jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi. Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana ia mungkin bukan kedai sebenar.
-
Fahami Keperluan Penggunaan Anda
Smartphone murah bawah RM200 kebanyakannya hanya memiliki fungsi yang diperlukan oleh sebuah telefon. Jika anda mahukan telefon pintar yang mampu mengambil gambar berkualiti tinggi dan mahu ianya sentiasa lancar semasa bermain game, mungkin anda memerlukan bajet yang lebih besar dari RM200.
Jadi, jika anda sememangnya cukup dengan handphone yang hanya memiliki 1GB atau 2GB RAM, storan dalaman yang kecil, dan juga tidak memerlukan ketahanan bateri yang luar biasa, maka telefon pintar bajet dan murah ini pasti menjadi pembelian berbaloi anda.
Artikel Berkaitan
- 9 Smartphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti
- 9 Smartphone Murah Bawah RM400 Terbaik di Malaysia
- 9 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik
- 9 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti
- 10 Smartphone Android Terbaik Tahun 2023
- 10 Smartphone Gaming Murah Terbaik di Malaysia
- 12 Mesin Jahit Murah & Berkualiti 2023 (Di Bawah RM500)