Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
phone 5g

8 Telefon Pintar Rangkaian 5G Terbaik 2024

Kelebihan memiliki phone 5G anda dapat menikmati kelajuan internet yang lebih laju dari 4G.

Rangkaian 5G mungkin masih belum meluas lagi di Malaysia tapi apa yang pasti akan menjad rangkaian ganti 4G pada masa akan datang. 

Antara kelebihan memiliki phone 5G anda dapat menikmati kelajuan internet yang lebih laju dari sebelum ini. 

Jadi, phone 5G yang mana yang patut anda miliki? Jom lihat 6 senarai phone 5G terbaik ini.


Isi Kandungan


8 Senarai Telefon Pintar Rangkaian 5G Terbaik

Phone 5g untuk fotografi
iPhone 13
iPhone
iPhone 13
mulai
RM4,199.00
Semak iPhone 13 harga dibawah:
add_circle Kamera terbaik untuk fotografi
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Agak berat dipegang
  • CPU: Apple A15 Bionic
  • OS: iOS 15, boleh naik taraf ke iOS 15.3
  • RAM: 4GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.1-inch
  • Resolusi: 1170 x 2532 piksel
  • Bateri: 3240 mAh
  • Kamera: 12 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 12 MP (depan)

Sebab menjadi pilihan utama;

“Jenama iPhone sememangnya menjadi perhatian ramai bila terdapat keluaran model baru. Bukan sahaja dilengkapi sistem pengoperasian yang stabil, tetapi mempunyai kamera berkualiti tinggi bersama feature yang menarik.”

Ciri-ciri;

iPhone 13 hadir dengan penambahbaikan kapasiti bateri. 

Model ini mampu bertahan lebih lama berbanding model iPhone sebelum dan mampu memainkan balik video sehingga 19 jam.

Dari segi cipset, A15 Bionic dapat meningkatkan pemprosesan iPhone 13 menjadikan smartphone lebih seronok digunakan. 

Bahagian paparan skrin, anda akan mendapat satu paparan yang terbaik kerana ia dilengkapi dengan paparan Super Retina XDR bersaiz 6.1 inci.

Untuk kamera pula, dilengkapi dengan sistem kamera dual yang canggih dan paling terbaik untuk fotografi. 

Ciri-ciri tambahan lain yang menyeronokkan adalah seperti MagSafe dan juga pengecasan pantas. 

Review;

‘iPhone 13 lebih baik secara keseluruhan kerana ia mempunyai jangka hayat bateri dan kamera utama yang lebih baik, serta mendapat lebih banyak sokongan perisian. Cipset A15 Bionic memang buatkan pengalaman menggunakan iPhone seronok.’

Phone 5g dengan wireless charging
iPhone SE 2022
iPhone
iPhone SE 2022
mulai
RM2,099.00
Semak iPhone SE 2022 harga dibawah:
add_circle Dikuasakan dengan cipset A15 Bionic
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Rakaman video 4K
remove_circle Tidak hadir bersama palam pengecas
remove_circle Kapasiti bateri rendah
  • CPU: Apple A15 Bionic
  • OS: iOS 15.3
  • RAM: 4GB RAM
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 4.7-inch
  • Resolusi: 750 x 1334 piksel
  • Kamera: 12MP (belakang) 7MP (depan)

Antara naik taraf yang dilakukan terhadap iPhone SE model tahun 2022 ini adalah dilengkapi dengan cipset A15 Bionic. 

Dengan cipset baru ini dapat beri lebih kuasa pemprosesan dan meletakkannya setanding dengan iPhone 13. 

Selain itu, smartphone baru dari Apple ini juga dilengkapi dengan sambungan kepada rangkaian 5G menjadikan iPhone SE 2022 antara smartphone kelas pertengahan yang dilengkapi dengan rangkaian 5G. 

Untuk size paparan skrin, iPhone SE 2022 memiliki saiz yang sama dengan model terdahulu tahun 2020 iaitu paparan skrin sebesar 4.7 inci. 

Bagi mereka yang sukakan smartphone bersaiz kecil, ini mungkin smartphone yang sesuai untuk anda.

Jika anda gemarkan smartphone yang berkebolehan dicas tanpa wayar, iPhone SE 2022 ada ciri tersebut. 

Tambah lagi, dilengkapi dengan pengecasan pantas 18W dan boleh mencapai peratusan pengecasan sebanyak 50% dalam masa 30 minit.

Phone 5g untuk gaming
Samsung Galaxy S21 Ultra
Samsung
Samsung Galaxy S21 Ultra
mulai
RM4,899.00
Semak Samsung Galaxy S21 Ultra harga dibawah:
add_circle Menyokong fungsi S pen
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kamera sangat berkualiti
remove_circle Harga mahal
  • CPU: Exynos 2100 / Snapdragon 888
  • OS: Android 11
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.8-inch
  • Resolusi: 1440 x 3200
  • Bateri: 5,000mAh
  • Kamera: 108MP + 10MP + 10MP + 12MP (belakang) & 40MP (depan) 

Samsung Galaxy S21 Ultra menawarkan kamera berkualiti tinggi dengan 108MP, 10MP, 10MP dan 12MP. Manakala, untuk kamera belakang dan 40MP kamera depan.

Bagi anda yang inginkan phone gaming terbaik dan memiliki kamera yang cantik, inilah handphone gaming yang sesuai untuk anda. 

Chipset dan resolusi skrin yang di lengkapkan pada fon ini pasti melancarkan lagi pengalaman anda bermain game. 

Bagaimanapun, masalah utama bagi fon ini mungkin pada harganya yang agak mahal tapi kalau ada bajet lebih, Samsung Galaxy S21 Ultra merupakan telefon pintar yang sesuai buat anda yang sukana spesifikasi kamera dan gaming yang terbaik. 

Phone 5g dengan kamera terbaik
OnePlus 9 Pro
OnePlus 9 Pro
mulai
RM2,888.00
Semak OnePlus 9 Pro harga dibawah:
add_circle Kamera Oneplus terbaik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tiada slot storage luar
  • CPU: Snapdragon 888
  • OS: Android 11
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.7-inch
  • Resolusi: 1440 x 3216
  • Bateri: 4500mAh
  • Kamera: 48MP + 50MP + 8MP + 2MP (belakang) 16MP (depan)

OnePlus 9 Pro merupakan antara peranti 5G yang berkuasa tinggi. Ia dilengkapi dengan sistem kamera canggih dengan hasil kerjasama bersama syarikat kamera popular Hasselblad. 

Sekaligus menjadikan OnePlus 9 Pro sebuah phone 5G terbaik dengan kemera berkualiti tinggi. 

Selain itu, resolusi skrin setinggi 1200 x 3216 piksel dengan skrin jenis AMOLED menjadikan paparan di smartphone ini sangat menarik. Sistem refresh juga adalah pada kadar 120Hz.

Phone 5g termurah
Realme 8 5G
Realme
Realme 8 5G
mulai
RM1,099.00
Semak Realme 8 5G harga dibawah:
add_circle Paparan Skrin besar dan cerah
add_circle Harga murah
remove_circle Prestasi kurang memuaskan
  • CPU: Dimensity 700 5G
  • OS: Android 11
  • RAM: 4GB, 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.5-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400
  • Bateri: 5000mAh
  • Kamera: 48MP + 2MP + 2MP (belakang) 16MP (depan)

Realme 8 5G merupakan model telefon yang menyokong rangkain 5G paling murah dan  dilengkapi dengan saiz skrin yang besar.

Malangnya kualiti kameranya tidak begitu mengujakan, tapi dari segi ketahanan bateri amat  memuaskan kerana mampu bertahan lama.  

Jika anda mahu mencari smartphone 5G pada harga paling murah, ini adalah pilihan yang patut anda pertimbangkan.

Phone 5g untuk fotografi
iPhone 12 Pro Max
Apple
iPhone 12 Pro Max
mulai
RM3,800.00
Semak iPhone 12 Pro Max harga dibawah:
add_circle Kualiti skrin terbaik
add_circle Kamera sangat memuaskan
remove_circle Sedikit besar di tangan
remove_circle Harga sangat mahal
  • CPU: A14 Bionic
  • OS: iOS 14
  • RAM: 6GB
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.7-inch
  • Resolusi: 1284 x 2778
  • Bateri: 3,687mAh
  • Kamera: 12MP + 12MP + 12MP (belakang) 12MP (depan)

iPhone 12 Pro Max dilengkapi dengan saiz skrin sebesar 6.7 inci dan menggunakan skrin jenis OLED dimana dapat memberikan kualiti yang baik. 

Kualiti kamera pada iPhone memang tidak dapat dinafikan. Untuk iPhone 12 Pro Max,  ia menawarkan kamera ultra wide, wide dan telephoto. 

Selain itu, ia juga mempunyai zoom optik 2.5 × dan sistem OIS (Penstabilan Imej Optik) baru, yang menstabilkan sensor daripada lens yang lebih berat. 

Dalam masa yang sama, kualiti gambar diambil dalam persekitaran malap akan kelihatan menarik dan cantik.

Bagi mereka mempunyai bajet yang tinggi dan mencari phone 5G terbaik yang boleh melakukan fotografi, iPhone 12 Pro Mox adalah pilihan terbaik.

Bagaimanapun, di shopee anda boleh membeli model second hand yang masih dalam kondisi yang baik.

Phone 5g storan dalaman besar
Xiaomi Mi 11 Ultra
Xiaomi
Xiaomi Mi 11 Ultra
mulai
RM3,755.00
Semak Xiaomi Mi 11 Ultra harga dibawah:
add_circle Pengecasan pantas 67W
add_circle Resolusi paparan skrin jelas dan terang
add_circle Kamera terbaik
remove_circle Harga mahal
  • CPU: Snapdragon 888 5G
  • OS: Android 11, MIUI 12.5
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB
  • Saiz Skrin: 6.81-inch
  • Resolusi: 1440 x 3200
  • Bateri: 5000mAh
  • Kamera: 50MP + 48MP + 48MP (belakang) 20MP (depan)

Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 888 5G, telefon 5G ini mampu memproses aplikasi dengan baik tanpa sebarang lagging. 

Xiaomi Mi 11 Ultra antara phone 5G yang memiliki paparan skrin yang terbaik. Kejelasan yang ada pada smartphone ini besar-benar memberikan anda pengalaman yang hebat semasa menggunakannya. Menonton video atau movie dan bermain game kini lebih memuaskan.

Jika anda seorang yang kerap menggunakan telefon untuk melakukan tugas harian, Xiaomi Mi 11 Ultra pasti dapat bertahan sepanjang hari dengan bateri berkapasiti sebesar 5000 mAh. 

Dari segi kamera pula, kualiti yang ditawarkan cukup mantap bagi kamera belakang dan juga hadapan. Anda pasti akan berpuas hati pada setiap gambar yang diambil menggunakan telefon ini.

Phone 5g bateri tahan lama
OnePlus Nord CE 5G
OnePlus
OnePlus Nord CE 5G
mulai
RM1,099.00
Semak OnePlus Nord CE 5G harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Selesa dipegang
remove_circle Prestasi kamera yang biasa
  • CPU: Snapdragon 732G
  • OS: Android 11
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400
  • Bateri: 5020mAh
  • Kamera: 108MP + 8MP + 5MP + 2MP (belakang) 16MP (depan)

OnePlus Nord CE 5G antara smartphone 5G yang murah.

Kelebihan utama ada pada OnePlus Nord CE 5G adalah prestasi bateri yang sangat baik kerana mampu bertahan lebih kurang 117 jam dengan pelbagai guna.

Kualiti kamera, tidak sehebat smartphone lain tapi memadai untuk mengambil gambar.


Kelebihan Model Telefon Pintar 5G

Sekarang sudah makin banyak negara-negara luar mengeluarkan model telefon yang menyokong rangkaian 5G.

Malaysia pun tidak ketinggalan, tapi apa sebenarnya kelebihan yang ada pada phone 5G ni?

#1 Panggilan Video Sangat Jelas

Ini kerana data berkelajuan tinggi yang dapat dicapai akan membuatkan panggilan video berkualiti tinggi. 

Tidak ada lagi isu video pecah melainkan kamera hadapan kurang berkualiti.

Sekiranya smartphone anda memiliki Eye Autofocus Dual Front Camera, kualiti panggilan video anda pasti akan sangat jelas seperti ciri 4K selfie video. 

#2 Berkongsi Data Besar Dengan Pantas

Antara masalah yang sering hadapi sekarang adalah masa yang diambil untuk berkongsi data yang besar yang menjadikan sistem sangat lambat atau sangat perlahan. 

Bukan sekadar berkongsi, untuk memuat naik video yang panjang di media sosial pun perlukan masa yang lama. 

Dengan wujudnya phone 5G, anda tidak akan mengalami masalah untuk berkongsi data yang besar bersama rakan-rakan anda.

#3 Video Lebih Lancar

Ini antara kelebihan yang menarik dan diperlukan ramai orang. Pengalaman anda menonton video atau filem kini lebih lancar dengan adanya phone 5G. 

Anda akan dapat menikmati tontonan video pada resolusi tinggi tanpa buffer. 

Kelajuan 5G dijangka akan 100 kali lebih pantas berbanding 4G untuk memuat turun atau menyiarkan video dalam beberapa saat sahaja. 

#4 Main Game Lebih Menyeronokkan

Kini ramai yang menggunakan smartphone untuk bermain game. Jadi dengan rangkaian 5G, anda boleh menikmati pengalaman bermain game dengan lebih lancar. 

Dalam masa yang sama, data berkelajuan tinggi ini akan memberi kepuasan buat kaki gamers kerana kurang masalah lagging. 

Seronok bukan?


Artikel Berkaitan

End of Article