Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
powerbank

13 Jenama Power Bank Terbaik Untuk Smartphone 2024

Tak perlu risau lagi tentang bateri smartphone, powerbank ada!

Kini powerbank sudah menjadi salah satu aksesori yang tidak asing lagi yang dibawa oleh pengguna smartphone untuk mengecas telefon dimana saja.

Malah ada kapasiti powerbank yang bagus sampai boleh diguna untuk mengecas kamera, komputer riba dan tablet. Ya, ia multipurpose! 

Anda mencari jenama powerbank terbaik, powerbank tahan lama atau ingin tambah koleksi powerbank berkualiti?

Jom lihat senarai pilihan power bank terbaik untuk anda pilih dari jenama powerbank terbaik.


Senarai 13 Power Bank Terbaik 

Powerbank terbaik secara keseluruhan
Aukey
Aukey PD QC 3.0 Fast Charging Power Bank
mulai
RM169.00
Semak Aukey PD QC 3.0 Fast Charging Power Bank harga dibawah:
add_circle Pengecasan nirwayar
add_circle Rekaan nipis dan cantik
add_circle Ada stand boleh lipat
remove_circle Tidak hadir dengan kabel USB-C
  • Berat: 242g
  • Saiz: 14.6 x 6.83 x 1.95cm
  • Kapasiti bateri: 20,000 mAh
  • Port: 1 input (USB-C) 2 output (USB-C & USB-A)

Sebab menjadi pilihan utama:

Power bank Aukey ini boleh melakukan pengecasan tanpa wayar pada telefon dengan baik, jadi anda tidak perlu risau jika tertinggal kabel charger dan gunakan powerbank ini secara on the go.

Ciri-ciri:

Power bank ini dilengkapi dengan foldable stand yang membolehkan anda meletak telefon semasa mengecas, jadi telefon pintar anda kukuh semasa dicas.

Teknologi quick charge dari power bank ini sangat sesuai digunakan untuk mengecas iPhone dan juga Samsung.

Bagaimanapun, jika 2 peranti dicas dalam masa yang sama, fungsi pengecasan pantas akan dinyah aktifkan secara automatik.

Ia juga boleh melakukan pengecasan pantas pada telefon yang menyokong fungsi tersebut, jadi anda tidak perlu tunggu lama semasa mengecas telefon.

Untuk cas penuh powerbank ini, anda cuma perlukan masa 3.5 jam sahaja dan mempunyai lampu LED sebagai indikator peratusan bateri powerbank.

Review:

"Dah guna setahun lebih, masih tahan dan elok. Powerbank Aukey ni memang terbaik, sesuai dengan harga."

Powerbank terbaik 20000mAh
Pineng
mulai
RM40.80
Semak Pineng 20,000mAh Quick Charge Power Bank (PN962) harga dibawah:
add_circle Mempunyai pengecsan pantas
add_circle Harga murah
remove_circle Saiz agak besar
  • Berat: 415g
  • Saiz: 197x 93.5 x 14.3mm​​​​​​​
  • Kapasiti bateri: 20,000 mAh
  • Port: 3 Input (Micro USB / Type C / Lightning) 3 USB output

Walaupun harganya murah, powerbank Pineng PN-962 ini mampu memberi sokongan pengecasan pantas dengan baik.

Bahan yang digunakan pada powerbank yang bagus ini adalah daripada Lithium Polymer.

Bahan ini merupakan bahan yang lebih baik berbanding powerbank yang diperbuat daripada Lithium-Ion.

Apa yang pasti, berat powerbank ini boleh dikatakan agak ringan untuk dibawa ke mana sehaja. 

Bagaimanapun, saiznya sedikit besar untuk dimasukkan ke dalam beg yang kecil jadi pastikan anda memakai beg yang bersesuaian apabila menggunakan powerbank ini. 

Selain boleh mengecas tiga peranti dalam satu masa, powerbank ini juga mempunyai paparan LED untuk melihat peratusan bateri yang tinggal pada powerbank ini.

Powerbank sesuai untuk cas laptop
mulai
RM489.00
Semak RAVPOWER 20,100mAh Built-in AC Outlet harga dibawah:
add_circle Boleh guna untuk cas laptop
add_circle Power Delivery yang tinggi
remove_circle Tidak kalis air
  • Berat: 630g
  • Saiz: 6 x 2 x 2 inci
  • Kapasiti bateri: 20,100 mAh
  • Port: 2x USB-C, USB-A & AC (Output) 1x USB-C (Input)

Powerbank ini mempunyai outlet AC yang seperti di rumah anda jadi boleh menggunakan pelbagai peralatan elektrik dan juga mengecas laptop!

Tenaga maksimum yang boleh dijana oleh powerbank ini adalah 65W.

Di samping itu, powerbank ini juga mempunyai port USB-A dan juga port USB-C untuk mengecas telefon anda pada masa yang sama.

Powerbank terbaik untuk gaming
Pineng
PINENG PN-899PD 30000mAh
mulai
RM77.00
Semak Pineng PN-899PD 30000mAh harga dibawah:
add_circle Waranti setahun
add_circle Bateri kapasiti besar
add_circle Pengecasan pantas
remove_circle Tebal dan berat untuk dibawa
  • Berat: 642g
  • Saiz: 150 x 74 x 37.7mm
  • Kapasiti bateri: 30,000 mAh
  • Port: 2x USB-A & USB-C (Output) 3x Mikro, Lightning & USB-C (Input)

Satu lagi pilihan powerbank dengan pengecasan pantas terbaik ialah PINENG PN-899PD 30000mAh. 

Jenama terkenal ini didatangkan dengan kapasiti bateri yang besar dan menggunakan bateri jenis Polimer Litium 30000mAh.

Dengan reka bentuk yang simple dan berat sebanyak 642 gram, model dari jenama power bank berkualiti.

Malah merupakan salah satu powerbank terbaik untuk iPhone kerana kuasa pengecasan pantas boleh dikatakan antara yang terbaik. 

Mempunyai 3 port input iaitu Lightning, Micro & USB-C, dan 2 port output iaitu USB-A dan juga USB-C.

Setiap pembelian powerbank ini, anda turut akan diberi kabel percuma, travel pouch dan jaminan selama setahun.

Powerbank terbaik untuk android
UGREEN 20W PD
mulai
RM89.99
Semak UGREEN 20W PD harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Bersaiz kecil dan mudah dibawa
add_circle Waranti setahun
remove_circle Kapasiti bateri kecil
  • Berat: 181g
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 2x Type C & USB (Output) 1x Type C (Input)

Powerbank dari jenama UGREEN ini menawarkan sebuah powerbank pada harga berpatutan.

Berat powerbank ini adalah sebanyak 181 gram dan direka sesuai dengan saiz poket anda jadi mudah untuk dibawa semasa berjalan.

Walaupun kapasiti powerbank ini kecil, iaitu sebanyak 10,000 mAh dan sesuai untuk kegunaan harian anda. 

UGREEN 20W PD ini didatangkan dengan 1 port input (Jenis C) dan 2 port output (USB & Jenis C). I

Menyokong fungsi Quick Charge 3.0 dan 20W USB Power Delivery 3.0.

Dengan penyesuai Power Delivery 18W, hanya mengambil masa 3 jam untuk mendapatkan cas penuh. 

Power bank terbaik untuk iPhone 12
Xiaomi Mi
Xiaomi Mi Powerbank 3
mulai
RM65.00
Semak Xiaomi Mi Powerbank 3 harga dibawah:
add_circle Berkapasiti tinggi
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Menyokong pengecasan pantas
add_circle Harga murah
add_circle Boleh cas pelbagai peranti serentak
remove_circle Tebal dan berat untuk dibawa
remove_circle Tidak menyokong MagSafe
  • Berat: 200g
  • Saiz: 14.78 x 7.39 x 1.53cm 
  • Kapasiti bateri: 10000mAh 
  • Port: 2 Micro-USB + 1 Type-C Outputs and Micro-USB & Type-C Inputs

Xiaomi Mi Powerbank 3 direka dalam pelbagai kapasiti, dengan teknologi pengecasan pantas dan pelbagai port pengecasan. 

Antara kelebihannya, harganya mesra pengguna, juga ada dua jenis port input dan menjimatkan masa pengecasan anda.

Sementara kekurangannya pula tak dilengkapi dengan kabel pengecasan, memerlukan anda untuk beli extra kabel. 

Secara keseluruhannya, Xiaomi Mi Powerbank 3 adalah pilihan yang boleh dipercayai dan berpatutan bagi mereka yang memerlukan pengecas mudah alih dengan kapasiti yang tinggi.

Powerbank terbaik untuk fast charging
Xiaomi
Xiaomi Mi Powerbank Pro 3
mulai
RM173.90
Semak Xiaomi Mi Powerbank Pro 3 50W harga dibawah:
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Boleh cas sesetengah notebook
add_circle Ada Type-C port
remove_circle Tiada indikator LED
  • Berat: 400g
  • Saiz: 153.5 X 73.5 X 27.5mm
  • Kapasiti bateri: 20,000 mAh
  • Port: 2x USB (Output), 1x Type C (input)

Xiaomi Mi Powerbank Pro 3 merupakan sebuah powerbank dengan kuasa pengecasan pantas dan super pantas terbaik. 

Merupakan powerbank tahan lama dengan kapasiti bateri sebanyak 20,000 mAh. 

Model ini mempunyai 1 port input (Type-C) dan 3 port output (USB & Type-C).

Powerbank ini boleh mengecas dua peranti dalam satu masa.

Dengan berat sebanyak 400 gram, ianya tidaklah begitu berat untuk dibawa ke mana sahaja.

Harga powerbank ini pula tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah.

Namun dengan bajet bawah RM200 anda boleh memiliki powerbank yang berkualiti dan tahan lama.

Powerbank terbaik tahan lama
Pineng
Pineng PowerBank Wireless Charger PN853PD
mulai
RM65.80
Semak Pineng PowerBank Wireless Charger PN853PD harga dibawah:
add_circle Boleh cas tanpa wayar
add_circle Tahan lasak
add_circle Ringan
remove_circle Wireless port susah detect peranti
  • Berat: 266g
  • Saiz: 157 x 73 x 21mm 
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 2x USB-A & USB-C (Output) 3x Mikro, WIRELESS OUTPUT 15W & USB-C (Input)

Pineng PowerBank Wireless Charger PN853PD adalah alat penjagaan bateri mudah alih yang tidak hanya berfungsi sebagai power bank tetapi juga sebagai pengecas tanpa wayar. 

Kemampuannya untuk mengecas peranti mudah alih tanpa menggunakan kabel menjadi ciri utamanya dan anda hanya perlu meletakkan peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar di atas powerbank, ia akan mula mengecas secara automatik.

PN853PD juga mempunyai kapasiti bateri yang besar, yang membolehkan anda mengecas peranti mudah alih berulang kali sebelum perlu mengisi semula.

Menarik lagi, peranti ini turut menyokong pengecasan pantas yang akan membantu mengisi bateri peranti anda dengan lebih cepat.

Saiznya yang compact dan reka bentuk yang mudah alih menjadikan PN853PD mudah dibawa ke mana-mana dan menyokong pelbagai jenis sambungan untuk mengecas peranti, termasuk USB, USB-C dan lain-lain. 

Powerbank ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti perlindungan daripada kerosakan bateri, pengecasan berlebihan dan tidak mudah panas.

Baseus Power Bank 10000mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging
mulai
RM139.99
Semak Baseus Power Bank 10000mAh Mini Magnetic Wireless Fast Charging harga dibawah:
add_circle Menyokong pengecasan tanpa wayar
add_circle Two-way Quick Charge
add_circle Mempunyai fungsi auto wake-up charging
remove_circle Tidak sesuai iPhone 11 ke bawah
  • Berat: 400g
  • Saiz: 104.6×68.9×20mm​​​​​​​ 
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 2 Input (Micro USB / Type C / Wireless) 3 USB output

Anda pengguna iPhone 12, 13 atau 14 dan mahukan powerbank MagSafe yang selamat? Jom dapatkan Baseus Power Bank 10000mAh ini!

Power bank ini dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar yang cepat jadi anda hanya perlu meletakkan peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar pada powerbank ini untuk memulakan pengecasan.

Ciri Auto-Wake pula akan membolehkan power bank menyedari apabila peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar diletakkan di atasnya dan akan beralih ke mod pengecasan dengan sendiri.

Reka Bentuk power bank ini kecil dan mudah alih menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana serta boleh disimpan di dalam poket tanpa terasa beban.

Dengan adanya unsur magnetik akan memudahkan penyambungan antara dan peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar ini dengan mudah.

Selain daripada pengecasan tanpa wayar, powerbank ini dilengkapi dengan pelbagai port sambungan seperti USB-A atau USB-C, membolehkan anda mengisi semula pelbagai jenis peranti.

Turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti perlindungan terhadap pengecasan berlebihan, kerosakan haba dan tidak mudah panas bagi melindungi peranti anda.

Powerbank terbaik untuk camping
powerbank remax
mulai
RM156.00
Semak REMAX Fast Turbo Charging 22.5W 80K Powerbank harga dibawah:
add_circle Boleh mengecas 5 peranti serentak
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Ada lampu kecemasan LED & penunjuk status bateri
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Mempunyai pemegang
remove_circle Berat
  • Berat: 180g
  • Saiz: 108.5x69.2x16.3mm
  • Kapasiti bateri: 80000mAh
  • Port: 4 Input (Micro USB / Type C / iPH) & 5 Output (Micro USB / Type C)

Adakah anda suka melakukan aktiviti outdoor dan camping bersama rakan, tapi bateri telefon sukar nak cas?

Jangan risau, beli je powerband Remax model RPP-566-2023 untuk standby.

Bukan apa, powerbank ni mempunyai bateri kapasiti sebesar 8000mAh dan anda boleh berhubung sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri.

Di samping itu, ia mempunyai paparan LED yang menunjukkan status bateri dengan jelas dan lampu kecemasan luar yang dapat menerangi persekitaran anda dalam gelap.

Ciri-cirinya yang lain termasuk boleh mengecas pantas sehingga 2.1 A, ada pemegang dan kabel USB boleh tanggal yang memudahkan anda mengecas telefon pintar dengan cepat.

Gunakan di sisi meja katil pada waktu malam untuk melindungi mata anda ketika melihat telefon.

Paling penting, boleh mengecas 5 peranti serentak dan sesuai untuk Android atau iPhone.

Menurut seorang pengguna, powerbank ini tahan lama kerana hanya menggunakan separuh bateri selama 4 hari guna untuk camping.

Powerbank terbaik dan ringan
powerbank amgras
mulai
RM199.00
Semak Amgras PowerMeta 10K Wireless Powerbank harga dibawah:
add_circle Menyokong fast charging, lightning charge & wireless charging
add_circle Boleh mengecas 3 peranti serentak
add_circle Ada stand dan penunjuk lampu LED
add_circle Mengecas telefon 3x lebih pantas
add_circle Ringan dan kecil
remove_circle Harga sedikit mahal
  • Berat: 180g
  • Saiz: 108.5x69.2x16.3mm
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 1x USB & 1x Type C

Powerbank Amgras hadir dalam tiga pilihan warna: Diamond Gray White, Obsidian Black dan Forest Green.

Pilih sahaja untuk mengecas peranti secara wireless melalui magnet belakang telefon atau menggunakan kabel USB Type-C.

Dengan reka bentuk stand boleh lipat, pengguna boleh melihat paparan telefon atau menonton filem secara menegak atau mendatar, dan pegang telefon sambil cas.

Ia mengecas dengan cepat, sehingga 60% penuh dalam masa 30 minit sahaja, dan boleh melekat dengan kuat pada bahagian belakang telefon secara magnetik. 

Walaupun kapasiti bateri kecil, powerbank ini boleh mengecas iPhone 13 Pro sebanyak dua kali dengan penuh.

Ringan, slip-proof, dan mudah dimasukkan ke dalam beg semasa travel atau dalam kapal terbang.

Turut dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti perlindungan litar pintas, overvoltage, perlindungan pengecasan, perlindungan bateri dan kawalan suhu. 

Malah, powerbank boleh mengesan objek asing supaya anda tidak tersalah letak kunci atau logam yang boleh menyebabkan powerbank menjadi panas. 

Boleh cas headphone, tablet atau telefon pintar anda dan juga rakan anda.

Powerbank terbaik untuk Samsung
powerbank samsung
mulai
RM199.00
Semak Samsung 10000 mAh Dual USB Type-C Battery Pack harga dibawah:
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Boleh mengecas dua peranti serentak
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Menyokong pengecasan arus rendah
add_circle Melindungi dari arus berlebihan
remove_circle Hanya menyokong input dan output max 15W
remove_circle Wayar kabel pendek
  • Berat: 220g
  • Saiz: 71x141.8x14mm
  • Kapasiti bateri: 10,000 mAh
  • Port: 2x Micro USB & 1x Type C 

Bagi yang masih lagi mencari power bank untuk mengecas peranti dengan cepat dan selamat, beli je power bank Samsung 10000mAh ni.

Ia mempunyai pengecasan Type-C, sokongan Samsung AFC (15w), dan Quick Charge 2.0 yang membolehkan anda mengecas dua peranti sekaligus. 

Dicas sepenuhnya dalam masa 220 minit dan serasi dengan banyak peranti Samsung serta iPhone 10.

Tambahan pula, powerbank Samsung dilengkapi fungsi OCP yang melindunginya daripada arus pengecasan berlebihan.

Dengan reka bentuk yang slim, ringan dan ergonomik, anda boleh membawanya ke mana-mana tanpa perlu risau tentang hayat bateri smartphone

Jangan risau, powerbank ini memang original produk Samsung dan mempunyai jaminan 6 bulan dari Samsung Malaysia.

Power Bank Yoobao
mulai
RM89.00
Semak Yoobao D10Q 10000mAh 22.5W Super Fast Charge Slim Power Bank harga dibawah:
add_circle Kecil
add_circle Perlindungan pengecasan berlebihan
add_circle Perlindungan litar pintas
add_circle Pengecasan cepat
  • Berat: 242g
  • Saiz: 146x68x18mm
  • Kapasiti bateri: 10000mAh
  • Port: 1 Input (Type-C ) & 3 Output 

Powerbank jenama Yoobao memang tahan lama dengan bateri li-polimer berkualiti tinggi yang dapat memberikan output kuasa sehingga 22.5 W. 

Dengan kapasiti 10000mAh dan super slim design, powerbank ini sangat mudah dibawa bersama anda dengan ketebalan hanya 18mm.

Selain itu, mempunyai keupayaan pengecasan pantas dan boleh mengecas peranti anda dengan cepat. 

Dilengkapi output Type-C dan dual USB, dan port input Type-C yang menyokong quick charge.

Power bank ini mempunyai beberapa ciri perlindungan seperti pengecasan berlebihan, perlindungan litar pintas, over-discharging, dan perlindungan ketegangan rendah. 

Boleh mengecas telefon pintar, tablet dan laptop dalam keadaan kecemasan. 


Apakah Kelebihan Dan Kekurangan Power Bank?

Pelbagai jenis dan jenama power bank di pasaran membuatkan ramai masih tertanya-tanya, apa sebenarnya kelebihan memiliki power bank?

Ada juga yang menganggap power bank hanya berikan kekurangan untuk aktiviti hariannya.

Untuk bantu anda membuat pilihan bijak, jom kita huraikan kelebihan dan kekurangan power bank.

Jika anda sentiasa on the go, power bank akan menjadi satu kelebihan kerana anda boleh mengecas semula telefon pintar di mana-mana sahaja. 

Dengan pelbagai pilihan saiz, anda boleh membelinya mengikut keselesaan penggunaan anda.

Saiznya yang sekecil lipstick hinggalah sebesar sebuah buku nota!

Ada beberapa jenama power bank tawarkan ciri pengisian cepat atau fast charging yang dapat mengisi bateri smartphone anda dengan cepat.

Ada juga power bank dapat digunakan untuk charge smartphone, tablet, kamera dan beberapa elektronik lain. 

Bagaimanapun, antara kekurangannya adalah kapasiti power bank limited dan anda perlu charge powerbank semula apabila selesai penggunaan.

Kualiti jenama powerbank yang tak popular mungkin boleh mengakibatkan bateri smartphone anda mudah rosak. 

Selain itu, powerbank tahan lama dan bagus dijual dengan harga yang sedikit mahal. 

Ini kerana memiliki ciri extra seperti pengecasan lebih pantas, perlindungan overheating, dan perlindungan litar pintas.

Penting juga untuk mengetahui tempoh pengecasan penuh powerbank untuk mengelakkan terlebih cas atau mengambil masa lama untuk penuh.


Bagaimanakah Cara Pilih Power Bank Terbaik?

Setiap power bank ada ciri dan kualiti yang berbeza jadi anda haruslah membelinya mengikut kegunaan harian anda. 

Ada beberapa tips beli power bank yang bagus anda perlu ambil kira, antaranya:

Pilih power bank yang ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan sama ada di rumah, pejabat atau perkhemahan.

Periksa kapasiti yang diperlukan oleh telefon pintar anda untuk memastikan bahawa power bank dapat dicas sepenuhnya dan dapat digunakan berulang kali.

Sebagai contoh, powerband untuk iphone atau powerband untuk android.

Satu lagi faktor penting ialah jenis bateri powerbank. Nasihat kami pilih Lithium-ion untuk ketahanan yang lebih lama.

Pertimbangkan jenama power bank kerana kualiti power band berjenama lebih terjamin.

Antara jenama power bank yang popular ialah Xiaomi, Anker dan Remax.

Tip seterusnya, cari powerbank yang ada ciri tak akan overcharge dan overheat untuk keselamatan semasa penggunaan.

Anda juga boleh beli power bank yang milik ciri tambahan seperti lampu LED, pengisian cepat dan banyak pilih jenis port input.

Akhirnya, pastikan harga powerbank sesuai dengan ciri dan kapasiti yang dinyatakan bagi memastikan ia berbaloi.


Apakah Ciri-Ciri Power Bank Yang Bagus?

Sebelum memilih powerbank yang sesuai keperluan anda, perkara pertama yang perlu dilihat adalah kapasiti bateri powerbank tersebut. 

Cari yang boleh memberikan kuasa pengecasan yang mencukupi sekaligus. 

Selepas itu, barulah lihat ciri-ciri lain seperti:

  • Port Input & Output

Pilih powerbank dengan sekurang-kurangnya satu port USB Type-C sebagai port input dan pelbagai port output untuk mengecas peranti Android atau iPhone pada masa yang sama.

  • Kualiti Binaan

Bahagian luar powerbank yang terbaik biasanya diperbuat daripada plastik keras untuk lebih tahan lama. 

Namun, terdapat juga powerbank yang diperbuat daripada aluminium untuk nampak lebih futuristik & moden. 

Tapi apa yang penting, pilih powerbank yang menjanjikan ketahanan untuk kegunaan jangka panjang.

  • Jaminan (warranty)

Disyorkan pilih power bank yang menawarkan warranty sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih lama.

Jadi, sebarang kerosakan yang mungkin berlaku dapat dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.

  • Ciri Tambahan

Ciri tambahan lain seperti lampu, skrin penunjuk bateri, kabel yang terbina di dalam, casing atau travel pouch.

Aksesori ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan terakhir sebelum membuat pembelian.

Apa pun, jom saksikan video dibawah bagaimana memilih kapasiti power bank yang bagus.



Kenapa Kena Beli Powerbank Yang Original?

Power bank memang kecil tetapi amat berguna dalam kehidupan digital masa kini buat mengecas telefon bimbit dan peranti lain bila tiada punca kuasa. 

Ramai yang tertanya-tanya, apa beza power bank original dengan tiruan? Mengapa perlu beli yang original sedangkan harganya agak mahal?

Jawapannya mudah sahaja. Power bank original menggunakan bateri dan litar berkualiti tinggi yang selamat untuk digunakan. 

Ia dilindungi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian seperti kebakaran atau letupan akibat litar pintas.

Selain itu, kapasiti dan prestasi power bank original biasanya jauh lebih baik.

Ia mampu mengecas dengan pantas dan berkali-kali tanpa menjejaskan hayat bateri. Menjimatkan masa dan tenaga anda.

Walaupun agak mahal sedikit berbanding tiruan yang lebih murah, power bank original sememangnya berbaloi dari segi kualiti, hayat bateri yang panjang dan demi keselamatan diri sendiri serta smartphone yang anda sayangi.


Apa Saiz Kapasiti Untuk Powerbank Terbaik Yang Berbaloi?

Kebanyakan pakar teknologi mengesyorkan powerbank berkapasiti 10,000mAh sebagai pilihan paling versatail. 

Saiz ini cukup untuk mengecas telefon bimbit sebanyak 2-3 kali, bergantung model telefon pintar.

Jika kerap bergerak, travel, seharian di luar dan memerlukan banyak kuasa simpanan, pilihlah power bank 20,000mAh. 

Kapasiti ini boleh mengecas kebanyakan telefon sekitar 5-6 kali sebelum perlu dicas semula.

Bagi pengguna biasa yang jarang melakukan perjalanan jauh, power bank 5,000mAh mungkin sudah memadai. 

Harganya paling murah, senang dibawa tapi muat hanya 1-2 cas penuh sahaja. 

Jangan lupa, pastikan power bank yang anda pilih mempunyai ciri keselamatan tertentu seperti perlindungan litar pintas, kawalan suhu, dan sebagainya.


Apakah Powerbank Yang Sesuai Untuk Saya?

Jangan risau, ikuti tips di bawah untuk memilih powerbank terbaik untuk diri sendiri;

  • Pertama, fikirkan peranti apa yang selalu anda cas menggunakan power bank. Adakah hanya telefon bimbit atau ada tablet, jam pintar dan kamera yang perlu dicas sekali? Ini penting untuk tentukan kapasiti power bank.
  • Kedua, adakah anda kerap bergerak atau lebih banyak menggunakan power bank di rumah/pejabat? Jika selalu keluar, dapatkan power bank dengan kapasiti lebih besar seperti 20,000 mAh.
  • Ketiga, fikirkan bajet anda. Power bank kapasiti dan ciri-ciri tertentu harganya berbeza. Bandingkan dengan keperluan dan pilih yang paling berbaloi.
  • Akhir sekali, pastikan power bank selamat digunakan. Periksa sama ada ia mempunyai sijil atau laporan ujian standard keselamatan.

Elakkan membeli power bank murah tak berkualiti.


Artikel Berkaitan

End of Article