Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
bateri kereta terbaik

12 Bateri Kereta Terbaik Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Kami membantu anda memilih bateri kereta terbaik untuk kenderaan anda.

Bateri kereta yang bagus dan berkualiti tinggi akan memberikan anda jaminan pemanduan yang selamat kerana kereta tidak mudah rosak secara tiba-tiba sehingga memerlukan anda jumper bateri kereta.

Orang kata sediakan payung sebelum hujan, jadi setiap kereta perlu ada sekurangnya satu jumper kereta dan pastikan sebelum perjalanan jauh periksa air bateri kereta dan tahu jenis bateri kereta yang digunakan.

Tidak kira anda menggunakan kereta jenama Proton, Perodua atau Honda, anda perlu tahu bateri kereta terbaik untuk kereta anda dan menggunakan bateri kereta yang tahan.

Kami yakin, masih ada antara pemilik kereta terutamanya yang baru memiliki kenderaan sendiri pening memikirkan brand atau jenama bateri kereta yang bagus dan bateri kereta mana yang bagus untuk kenderaan.

Tidak semua kedai bateri kereta buka setiap hari, harga bateri kereta pula bukanlah murah tapi kalau anda ada kemahiran tukar bateri kereta sendiri memang boleh jimat banyak.

Jadi, jom tengok 12 jenama bateri kereta terbaik  dan bateri kereta yang elok dalam senarai yang kami sediakan ini.

Buatlah keputusan yang bijak sebelum dapatkan bateri kereta yang berkualiti dan paling sesuai dengan bajet.


Senarai 12 Jenis Bateri Kereta Terbaik

Bateri kereta terbaik secara keseluruhan
Amaron Go NS40 38B20L
Amaron
Amaron GO
mulai
RM212.00
Semak Amaron Go NS40 38B20L harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk pelbagai jenis kereta Perodua
add_circle Tak perlu penyelenggaraan rumit
add_circle Tahan lama
remove_circle Harga mungkin agak mahal bagi sesetengah orang

Sebab menjadi pilihan utama:

Bateri jenama Amaron Go ini merupakan antara yang terbaik dalam pasaran kerana sesuai untuk mereka yang memiliki kereta buatan Malaysia iaitu jenama Perodua. 

Ciri-ciri:

Bateri ini bukan hanya untuk kereta Alza, tapi untuk pemilik kereta Axia, Bezza, Myvi, Viva, Kembara, Kancil dan Kelisa juga.

Malah, sesuai juga diguna pada kereta Honda dan Proton seperti Honda Jazz, BR-V, KIA Picanto dan Proton Ertiga. 

Pengguna jalan raya yang memiliki model kereta ini tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari bateri yang terbaik. 

Bateri Amaron Go direka khas untuk kenderaan yang menggunakan kuasa elektrikal yang agak rendah.

Tempoh waranti pula sehingga 12 bulan atau sehingga kereta anda mencapai 30,000 kilometer perjalanan.

Review:

"Lepas buat pesanan, wakil seller akan chat kita untuk mengesahkan model bateri yang kita pilih sesuai atau tidak. Dah pasang dekat kereta, berfungsi dengan baik. Harap kali ni pun tahan 5 tahun macam sebelum ni."

Bateri kereta untuk Honda Accord
Bosch Battery NS60LS Car Batter
Bosch
Bosch Battery NS60LS Car Batter
mulai
RM185.00
Semak Bosch Battery NS60LS Car Batter harga dibawah:
add_circle Teknologi perlindungan anti tumpah
add_circle Kuasa yang optimum
add_circle Spesifikasi voltan 12V
add_circle Sesuai juga untuk Proton Waja & Savvy
remove_circle Perlu pasang sendiri

Adakah sudah tiba masanya untuk kereta Honda Accord anda ditukar baterinya? Jangan risau, dengan harga bawah RM200, anda boleh dapatkan produk jenama Bosch.

Selain sesuai untuk kereta Vios, bateri jenis ini juga boleh digunakan untuk kereta Toyota Altis, Nissan Grand Livina dan Almera. 

Malah, jika anda pemilik kereta Honda Civic, Accord, CR-V atau HR-V, bateri kereta yang berkualiti ini juga sesuai untuk kenderaan anda. 

Bateri berdimensi 128mm x 224mm x 238mm ini direka khas untuk anda yang kurang gemar penyelenggaran yang kerap serta dilengkapi perlindungan penuh daripada berlakunya kejadian percikan api atau letupan.

Hal ini kerana bateri Bosch mempunyai ciri flame arrestor tau!

Tambah pula, bateri kereta jenis kering ini mampu bertahan lama kerana boleh meminimumkan kehilangan air. 

Anda juga tidak perlu risau jika mengalami kerosakan selepas memasang bateri baru kerana bateri Bosch ini mempunyai waranti selama 12 bulan.

Bateri kereta Myvi
Oursun EFB Car Battery
Oursun EFB Car Battery
mulai
RM235.00
Semak Oursun EFB Car Battery harga dibawah:
add_circle Mempunyai voltan 12V
add_circle Bateri jenis kering
remove_circle Hanya sesuai untuk Myvi jenis Eco

Tarikan utama bateri kereta ini jenis kering, jadi anda tak perlu susah-susah tambah air pada bateri sekaligus menjadikan perjalanan anda lebih lancar. 

Jenis bateri Oursun EFB sesuai untuk  kereta Perodua Myvi yang digelar King of the Road.

Tapi, mereka yang memiliki kereta Perodua lain seperti Bezza dan Aruz juga boleh dapatkan bateri jenama ini.

Diingatkan bateri ini lebih sesuai untuk kereta yang butang push start & stop.

Jadi, kalau kereta anda merupakan model Perodua lama, sebaiknya tanya terlebih dahulu mekanik sama ada sesuai atau tidak untuk guna bateri jenis ini. 

Bateri ini menggunakan voltan 12V dan untuk tempoh waranti pula ada beberapa jenis; 6 bulan atau 12 bulan.

Jika kereta anda digunakan untuk tujuan komersial atau menggunakan diesel, anda hanya boleh untuk menuntut waranti enam bulan. 

Kalau anda menggunakan minyak petrol untuk kereta atau merupakan kereta persendirian, anda boleh menuntut waranti 12 bulan. 

Paling bagus, waranti ini tidak mengambil kira jarak mileage anda sepanjang penggunaan bateri dalam tempoh tersebut.

Bateri kereta Saga FLX
Motolite Heavy Duty MF NS60S Car Battery
Motolite
Motolite Heavy Duty MF NS60S Car Battery
mulai
RM215.00
Semak Motolite Heavy Duty MF NS60S Car Battery harga dibawah:
add_circle Waranti 12 bulan
add_circle Bateri jenis Maintenance Free (MF)
remove_circle Waranti hanya 6 bulan untuk kereta yang guna diesel

Dengan harga yang murah, bateri kereta Motolite Heavy Duty ini sesuai untuk pelbagai jenis model kereta Proton seperti Saga BLM, Saga FLX, Wira, Satria dan Iriz. 

Diingatkan untuk kereta Persona dan Perdana, produk ini sesuai untuk model terbaru (2016 dan ke atas) sahaja. 

Apa yang bagus tentang bateri ini adalah jenis kering, jadi tak perlukan penyelenggaran berlebihan seperti tambah air atau sebagainya. 

Bateri kereta Motolite Heavy Duty menggunakan voltan 12V manakala mempunyai saiz terminal yang besar. 

Bateri yang dikilangkan di Filipina ini mempunyai saiz yang berdimensi 235mm x 128mm x 203 mm dan beratnya pula 11.9 kilogram. 

Turut dilengkapi 320 CCA iaitu Cold Cranking Amps di mana digunakan untuk mengukur kebolehan bateri menghidupkan kereta ketika suhu sejuk. 

Kesimpulannya, bateri kereta ini memang elok untuk kenderaan Proton mahupun Toyota Vios (1st).

Bateri kereta untuk Viva
Varta Black Dinamic Car Battery NS40ZL
Varta
Varta Black Dinamic Car Battery NS40ZL
mulai
RM189.00
Semak Varta Black Dinamic Car Battery NS40ZL harga dibawah:
add_circle Mengikut standard tertinggi Eropah
add_circle Teknologi Labyrinth Lid untuk lebih keselamatan
remove_circle Harga agak mahal

Bateri jenama Varta Black Dinamic ini direka khas untuk pelbagai model kereta, termasuk kereta model lama dan baru seperti Viva, Alza, Axia dan Kelisa. 

Tempoh jaminan produk juga lama, sehingga 12 bulan atau 20,000 kilometer jarak perjalanan untuk kereta persendirian yang menggunakan petrol manakal enam bulan atau 20,000 kilometer untuk kereta persendirian yang menggunakan diesel. 

Selain itu, bateri ini merupakan jenis maintenance free (MF) battery, jadi pemilik kenderaan tak perlu menyelenggara seperti tambah air ke dalamnya. Mudah penggunaanya.

Walaupun harganya agak mahal, namun pembelian produk ini memang berbaloi kerana ia berkualiti tinggi. 

Bateri ini juga menggunakan voltan 12V manakala ia mempunyai ciri 315 CCA. Malah, sesuai digunakan dengan kereta Honda seperti Honda City dan Honda Jazz.

Bateri kereta terbaik untuk Proton Persona
Yokohama Gold NS60S Car Battery
Yokohama
Yokohama Gold NS60S Car Battery
mulai
RM194.00
Semak Yokohama Gold NS60S Car Battery harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kereta Proton, Toyota, Nissan & Honda
add_circle Bateri tak perlu penyelenggaran rumit
remove_circle Hanya sesuai untuk kereta Persona keluaran 2016 & ke atas

Pengguna jalan raya yang memilki kereta nasional Proton memang digalakkan untuk mendapatkan bateri jenama Yokohama buatan Malaysia. 

Lagipun, kedua-dua jenama ini memang kombinasi yang bagus dan kualitinya tidak akan mengecewakan anda. 

Hadir dalam saiz yang berdimensi 235mm x 130mm x 220mm, produk ini sesuai untuk kenderaan keluaran Proton, antaranya Persona, Saga, Iriz, Satria, Perdana mahupun kereta model lama seperti Wira dan Iswara. 

Malah, boleh digunakan untuk mengganti bateri lama pada kereta Avanza serta Vios dan tak dilupakan juga kereta Honda Civic, Stream dan CRV turut boleh menggunakan produk keluaran Yokohama ini. 

Paling best, bateri ini merupakan jenis maintanance free (MF) battery, jadi anda tak perlu tambah air bateri.

Bateri kereta untuk Vios
Century Marathoner Max NS60LS Car Battery
Century Marathoner Max NS60LS Car Battery
mulai
RM253.00
Semak Century Marathoner Max NS60LS Car Battery harga dibawah:
add_circle Waranti 12 bulan
add_circle Kebolehan cas semula
remove_circle Harga mahal

Perlukan bateri kereta yang tahan lama? Bateri brand Century ini adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai kitaran ketahanan yang tinggi dengan formula New Denxita. 

Malah, bateri dengan berat 11.9 kilogram ini mempunyai saiz berdimensi 236mm x 128mm x 221mm. 

Selain itu, bateri ini menggunakan voltan 12V dan saiz terminal pula besar sebab merupakan jenis NS60LS. 

Paling penting, bateri ini merupakan jenis kering, jadi tak perlu penyelenggaraan yang terlalu rumit. 

Sesuai untuk pelbagai jenis model kereta Honda, Toyota dan Proton di mana kereta-kereta ini merupakan jenama kereta yang paling banyak digunakan di Malaysia. 

Oleh itu, jenama bagus ini boleh digunakan pada kereta Civic, Accord, CRV, HRV, Vios, Estima, Yaris dan Altis.

Diingatkan juga bahawa hanya sesetengah kereta Proton sahaja sesuai dengan bateri model ini seperti Iswara dan Waja.

Bateri kereta Bezza
Amaron Hi Life Duro M42 EFB
[ M42 EFB  50B20LR  B20L ] Amaron Hi-life Duro
mulai
RM278.00
Semak Amaron Hi Life Duro M42 EFB harga dibawah:
add_circle Tak perlu penyelenggaraan rumit
add_circle Boleh trade-in bateri lama
add_circle Boleh pilih servis pemasangan percuma
remove_circle Cas tambahan pemasangan kali pertama

Bateri jenama Amaron merupakan produk berkualiti tinggi dengan prestasi dan ketahanan yang luar biasa. 

Bateri ini direka untuk menahan suhu dan getaran yang melampau serta haba tinggi. 

Jadi kemungkinan untuk berlaku letupan yang tidak diingini atau kerosakan fizikal pada kenderaan adalah sangat rendah.

Tambahan pula, kapasiti bateri lebih tinggi dan terdapat patent BIC vents yang dapat menghalang kebocoran serta mengelakkan kerosakan berlaku pada bahagian bateri.

Jangan risau tentang penyelenggaraan bateri kerana bateri kereta Amaron memerlukan sedikit penyelenggaraan, berbeza dengan bateri lain. 

Untuk pengetahuan, warranty bateri ini berbeza mengikut penggunaan jenis minyak enjin.

Jika anda guna minyak diesel, warranty bateri diberikan selama 6 bulan dan jika petrol, warranty diberikan selama 12 bulan.

Bateri kereta besar
VARTA DIN80
VARTA
varta bateri kereta besar.jpeg
mulai
RM1,045.00
Semak VARTA DIN80 harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Mudah dijaga
add_circle Sesuai untuk kereta bersaiz besar
remove_circle Harga mahal

Bateri Varta DIN80 sesuai untuk digunakan pada pelbagai jenis kereta yang memerlukan bateri jenis DIN80 dengan spesifikasi yang sesuai.

Anda jangan risau, bateri kereta dari jenama Varta ini bukan sahaja sesuai untuk kereta berukuran sederhana malah sesuai juga untuk kereta besar tau.

Lebih lagi untuk kenderaan yang dilengkapi dengan sistem elektronik dan elektrik yang canggih seperti kereta sedan, kereta SUV, trak ringan dan kenderaan komersial.

Bateri kereta ini mempunyai daya tahan yang baik, dengan kemampuan untuk mempertahankan kapasiti dan performance yang lancar dalam jangka waktu yang cukup lama.

Jika anda pemilik kenderaan mewah seperti BMW, Range Rover atau Mercedes, anda boleh cuba pakai bateri ini. 

 

Bateri kereta murah
NS40ZL Otopower Maintenance
Otopower
NS40ZL Otopower Maintenance
mulai
RM109.00
Semak NS40ZL Otopower Maintenance harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Boleh trade-in
remove_circle Hanya untuk kenderaan kecil

Disebabkan bateri kereta NS40ZL Otopower Maintenance murah, jadi sesuai untuk kenderaan kecil.

Antaranya kereta Axia, Kancil, Myvi, Axia, Alza, Kenari, Kelisa dan lain-lain yang bersaiz kecil.

Cuma terdapat 2 jenis bateri yang berlainan dimana anda boleh pilih sama ada yang ada warranty atau tidak.

Jangan risau, anda boleh dapat harga lagi murah jika anda membuat trade-in bateri lama dengan pembelian bateri baru.

Kalau anda menggunakan kereta model compact, boleh beli bateri kereta murah ini dan jimatkan duit anda.

Bateri kereta kering
Bateri Astra DIN55L/R
Astra
Astra DIN55L/R
mulai
RM328.00
Semak Bateri Astra DIN55L/R harga dibawah:
add_circle Jenis bateri kering
add_circle Sesuai untuk semua jenis kereta
add_circle Saiz besar
remove_circle Hanya satu pembekal sahaja

Kebanyakkan bateri kereta sekarang menggunakan bateri jenis kering, dan jenama Astra menawarkan bateri kering yang terbaik dari pembekal Bateriku.

Apa yang bagus tentang bateri ini adalah tersedia dengan 12V battery voltage dan sesuai untuk semua jenis dan model kereta.

Untuk model ini, anda akan dapat warranty sehingga 18 bulan, 6 bulan lebih lama berbanding dengan warranty bateri lain.

Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal, dan anda akan dapat perkhidmatan pemasangan secara percuma daripada pihak Bateriku selaku pembekal tunggal bateri Astra.

Bateri ini mungkin sedikit berat, iaitu 14.9 kg kerana saiznya sedikit besar dengan bateri lain dengan dimensi 242 x 175 x 189.

Sangat sesuai untuk kenderaan moden yang mempunyai fungsi Auto Idle yang tidak akan memendekkan jangka hayat bateri sekiranya banyak redah jalan jem.

Bateri kereta air
Yuasa Conventional (Wet) Heavy Duty Car Battery
Yuasa
Yuasa Conventional (Wet) Heavy Duty Car Battery
mulai
RM305.00
Semak Yuasa Conventional (Wet) Heavy Duty Car Battery harga dibawah:
add_circle Berkapasiti besar 75Ah
add_circle Bateri jenis air
add_circle Hanya akan diaktifkan selepas order
remove_circle Perlu tambah air untuk jaga hayat bateri

Kalau anda lebih suka menggunakan bateri kereta jenis basah, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menggunakan bateri dari jenama Yuasa ini.

Bateri ini mempunyai kapasiti yang besar iaitu 75Ah dan juga hadir dengan 15 plate untuk ketahanan jangka hayat bateri.

Antara kelebihan menggunakan bateri basah ini adalah anda boleh menambahkan air ke dalam bateri ini untuk tambah jangka hayat penggunaannya.

Bagaimanapun, untuk kereta yang mempunyai mod Auto Idle, hayat bateri akan berkurang dengan laju sekiranya terlalu kerap terperangkap dalam jem.

Bagi menjamin kualiti bateri yang diterima, bateri hanya akan diaktifkan selepas anda membuat pembelian, jadi bateri yang anda terima masih lagi fresh dan boleh mencapai kapasiti penuh.

Harga bateri kereta air atau bateri basah ini juga tidak terlalu mahal dan tidak terlalu jauh dengan bateri kereta kering, jadi masih berbaloi untuk beli bateri kereta ini.


Bateri Kereta Tahan Berapa Lama? 

Jika anda baru sahaja memiliki kereta sendiri dan masih buntu tentang seberapa kerap anda harus menukar bateri kereta, jangan risau sebab bateri kereta lazimnya akan bertahan sekitar satu hingga tiga tahun dan bergantung pada jarak pemanduan anda dan prestasi kereta itu sendiri. 

Namun terdapat sesetengah jenis bateri mampu bertahan sehingga lima atau enam tahun dan ada juga yang perlu segera ditukar selepas dua tahun penggunaan. 

Bateri kereta juga dapat bertahan lebih lama jika kita tahu cara yang betul untuk menjaganya dengan baik. 

Walaupun anda boleh menghantar ke bengkel jika rosak, namun sebagai pemilik kenderaan, kita sepatutnya ambil tahu sedikit sebanyak tentang kereta terutamanya pada bahagian bateri. 

Bagi mengelakkan kereta rosak atau mati di tengah jalan, anda perlu sentiasa menghantar kereta ke bengkel automobil yang boleh dipercayai dan diiktiraf setiap kali sudah tiba masa agar anda tahu apa yang perlu dibaiki dan ditukar.

Apa-apa pun, tanya dulu mekanik anda sebelum mereka menukarkan bateri kereta anda. 


Tanda Bateri Kereta Kong

Bateri kereta biasanya bertahan antara satu hingga dua tahun dan paling lama boleh bertahan sehingga tiga tahun.

Tapi ini bergantung pada jenama bateri kereta dan cara anda memandunya.

Oleh itu, kami akan kongsikan tanda bateri kereta kong atau lemah. 

  • Alarm kereta berbunyi tanpa sebab. Semestinya anda akan panik jika kereta berbunyi dengan sendiri tapi itu sebenarnya petanda bateri kereta anda perlu ditukar.
  • Tetapan radio dan jam perlu disetkan semula setiap kali kereta dihidupkan.
  • Susah hidupkan kereta danm lampu malap atau enjin kereta mengambil lebih masa dari biasa untuk dihidupkan.
  • Penunjuk meter minyak (rpm) menjadi tidak seragam, tidak menentu dan tidak seperti biasa.
  • Kotak bateri kereta anda kelihatan sedikit membengkak atau kembung.
  • Anda mengisi minyak penuh tapi meter minyak tidak “full bar”.
  • Perlukan bantuan jump start untuk menghidupkan kereta pada waktu pagi dan hujan.

Jadi, jika tanda ini muncul selepas bateri kereta telah beroperasi selama 1-2 tahun, terus ke kedai bateri kereta supaya bateri kereta anda boleh diperiksa.


Cara Pasang Bateri Kereta

Sebenarnya sangat mudah untuk memasang bateri kereta dengan betul.

Jika anda memiliki kereta, sekurang-kurangnya anda harus mengetahui beberapa butiran penting tentang bateri seperti saiz bateri, lokasi dan cara menukar bateri sendiri.

Siapa tahu, anda mungkin perlu memasang sendiri bateri kereta seperti apabila ia mati, kedai bateri tutup atau tiada orang lain yang mahu membantu.

Jom baca cara tukar bateri kereta, panduan berguna untuk anda.

  1. Cabut sambungan dari terminal bateri kereta.
  2. Keluarkan bateri lama dari kereta dan jangan lupa longgarkan screw pada pemegang bateri.
  3. Masukkan bateri baru dengan perlahan-lahan dan pastikan terminal (-) serta (+) berada pada sisi yang betul.
  4. Sambungkan semula terminal bateri yang baru. Mulakan dengan terminal positif dulu, kemudian terminal negatif.
  5. Tutup bonet kereta dan test enjin kereta anda untuk memastikan bateri berfungsi dengan baik.

Untuk panduan yang lebih jelas, anda boleh tonton video cara pemasangan bateri di bawah ini.


Cara Jumper Bateri Kereta

Jika anda pernah mengalami kesukaran untuk menghidupkan kereta pada waktu pagi, ini petanda bateri anda perlu ditukar kerana voltan sudah lemah.

Tapi terdapat situasi di mana anda mungkin hanya memerlukan jumper bateri kereta.

Anda dinasihatkan mengikut garis panduan dan mengamalkan langkah berjaga-jaga semasa jumper bateri kereta.

Di sini ada sedikit pesanan, jangan sambungkan negatif (-) kabel ke positif (+) terminal dan sebaliknya. Ini kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup.

Berikut merupakan panduan jumper kereta yang selamat dan mudah untuk membantu anda.

  1. Letakkan kedua-dua kereta berdekatan antara satu sama lain tapi tidak bersentuhan. Pastikan enjin kedua-dua kenderaan dimatikan dan buka bonet hadapan kereta.
  2. Sambungkan terminal positif (+) bateri kereta "penderma" dengan kabel jumper merah. Kemudian, sambungkan hujung kabel jumper merah yang lain ke terminal positif bateri yang rosak.
  3. Sambungkan klip kabel jumper berwarna hitam negatif (-) ke terminal negatif bateri kereta 'penderma'. Seterusnya, pasangkan hujung satu lagi klip kabel jumper kereta pada blok enjin kereta yang rosak atau benda logam yang tidak dicat.
  4. Matikan enjin kedua-dua kenderaan dan tunggu 3 minit. Selepas itu, hidupkan enjin dan biarkan enjin kedua-dua kereta tersebut beroperasi selama 10 minit.
  5. Jika berjaya dihidupkan, dalam arah yang bertentangan dari tempat ia dipasang pada asalnya, cabut kabel jumper hitam dari kereta yang rosak dahulu. 
  6. Kemudian, kabel hitam dari kereta penderma dan cabut kabel merah dari kedua-dua kereta tersebut.

Kalau masih tak jelas nak buat macam mana, boleh lihat cara jumper bateri kereta yang betul di bawah.


Jangka Hayat Bateri Kereta

Bateri adalah bahagian terpenting dan komponen utama yang mesti ada untuk menghidupkan kenderaan.

Selain bertindak sebagai sumber cas elektrik yang boleh digunakan untuk menghidupkan enjin kenderaan, ia juga berfungsi sebagai lokasi penyimpanan cas tersebut apabila enjin dimatikan. 

Adakah anda tahu jangka hayat bateri kereta bergantung kepada jenis bateri kereta, jenama bateri kereta, jenis kereta dan beberapa faktor lain?

Berikut panduan untuk mengetahui jangka hayat bateri kereta.

Jenis bateri kereta:

  1. Bateri kereta jenis dry (kering) - Kadar jangka hayat bateri ini selama satu tahun setengah untuk semua saiz bateri termasuk 40L dan 60L.
  2. Bateri kereta jenis wet (basah) - Kadar jangka hayat dalam tempoh 2 hingga 2 tahun setengah. Tapi, bergantung kepada cara anda menjaga bateri kereta seperti memeriksa kadar air dalam bateri.
  3. Bateri gel - Jangka hayat bateri ini agak lama berbanding bateri lain, iaitu sehingga 5-10 tahun. Tapi kosnya agak mahal kerana bateri ini dilengkapi dengan gel elektrolit yang lebih tebal dan lebih selamat.
  4. Bateri jenis Absorbed Glass Mat (AGM) - Jangka hayat lebih lama berbanding bateri biasa dan bebas daripada kebocoran kerana penggunaan teknologi pengkapsulan asid. Selain berfungsi dengan baik dalam suhu sejuk, bateri jenis ini juga mempunyai kadar rintangan yang lebih rendah dan tindak balas yang lebih cepat terhadap perubahan.

Kadar penggunaan kereta:

Tempoh bateri kereta juga dipengaruhi oleh faktor ini. Jangka hayat bateri kereta semakin lama jika anda kerap menggunakan kereta.

Selain itu, enjin kereta akan menjadi lemah dari semasa ke semasa jika kereta sering ditinggalkan tanpa pengawasan (diparkir) dan tidak dipanaskan setiap hari.

Maintenance mengikut waktu:

Anda perlu membuat maintenance pada waktu yang tepat. Ini kerana jangka hayat bateri kereta akan cepat habis jika anda tidak menjaga bahagian enjin kereta dan menukar minyak hitam pada kereta.


Artikel Berkaitan

End of Article