Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
vacuum kereta terbaik

8 Vacuum Kereta Terbaik di Malaysia 2024

Nak kereta sentiasa bersih memang wajib ada vacuum kereta ni!

Bila dah beli kereta baru ni mestilah kita nak jaga kebersihan kereta kita dan nak sentiasa nampak kemas.

Bukannya apa, sebab kereta yang sentiasa bersih akan terhindar daripada menjadi sarang haiwan perosak seperti lipas.

Jadi sebab itu wajib ada vacuum kereta untuk memudahkan kita membersihkan segala kotoran halus dalam kereta.

Nak cari vacuum kereta terbaik pun senang je sekarang, boleh cari secara online je dan tak perlu susah-susah pergi ke kedai.

Jadi untuk memudahkan anda, kami senaraikan jenama vacuum yang berbaloi untuk dibeli dan tentunya hanya vakum terbaik ada dalam senarai.


Senarai 8 Vacuum Kereta Terbaik

Vacuum kereta terbaik secara keseluruhan
REDBUZZ
REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner
mulai
RM37.87
Semak REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Fungsi kering dan basah
add_circle Hayat bateri yang panjang
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Sedutan kuat
add_circle 5 jenis muncung
remove_circle Kapasiti hanya 0.5L

Sebab menjadi pilihan utama:

Vacuum ini mudah digunakan, mudah dibawa dan mempunyai banyak pilihan aksesori untuk pelbagai kegunaan. 

Ia sesuai untuk membersihkan bahagian dalam kereta, sofa, karpet, katil, menyedut habuk dan cecair.

Ciri-ciri:

Pembersih vakum yang sesuai untuk dalaman kereta, ruang tamu, bilik tidur, dapur, sudut yang sukar dicapai, tepi dinding, dan banyak lagi.

Reka bentuk tanpa wayar dan ringan memudahkan kerja pembersihan serta direka secara ergonomik untuk mengurangkan keletihan.

Dengan 5 jenis muncung, anda boleh menyedut pelbagai jenis kotoran dan habuk termasuk abu rokok, serbuk biskut, serbuk pemadam, rambut, tumpahan cecair, serbuk roti dan rambut haiwan peliharaan.

Dilengkapi muncung duck-billed unik yang boleh membersihkan setiap sudut dengan teliti dan penapis hepa boleh dibasuh.

Selain itu, vacuum ini menggunakan teknologi pengurangan bunyi menghasilkan bunyi sekitar 65dB untuk keselesaan anda sekeluarga.

Suis satu butang memudahkan penggunaan dan mempunyai bateri litium 2200mAh yang boleh dicas semula sepenuhnya dalam 3-4 jam.

Elakkan penggunaan vacuum melebihi 30 minit dalam satu masa kerana ia boleh membakar motor.

Review: 

“Vaccum ini bagus untuk ruang kecil seperti bilik pejabat, rak TV atau di dalam kereta. Ia sangat menjimatkan masa saya untuk membersihkan kereta saya setiap minggu. Mudah alih, saiz sesuai dan sedutan kuat.”

Vacuum kereta terbaik sedutan kuat
Xiaomi
Xiaomi Shunzao Wireless Portable Handheld Vacuum Cleaner
mulai
RM189.00
Semak Xiaomi Shunzao Wireless Portable Handheld Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Sedutan kuat
add_circle Bunyi rendah
add_circle Tanpa wayar
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kecil & ringan
remove_circle Kapasiti kecil

Risau terpijak wayar atau kaki tersadung ketika vacuum kereta? Kami syorkan anda dapatkan vacuum Xiaomi Shunzao tanpa wayar.

Terdapat 2 jenis pilihan vacuum iaitu vacuum putih biasa atau black pro.

Vacuum putih menggunakan teknologi Toyo Jepun dan berus karbon SCHUNK Jerman, manakala black pro menggunakan gasket gelombang teknologi Jepun.

Dengan struktur saluran udara inovasi, ia mempercepat penyejukan bateri dan meningkatkan ketahanan.

Vacuum ini mempunyai sedutan kuat 12000pa, bunyi rendah 60000rpm / min, brushless motor, dua hujung pelbagai fungsi dan double layer filtration yang boleh dibasuh berulang kali.

Dilengkapi bateri litium berprestasi tinggi yang boleh dicas penuh dalam 2.5 jam melalui pengecas Type-C.

Anda boleh vacuum bila-bila masa dengan penggunaan tanpa wayar di rumah dan kereta.

Ringan, bunyi rendah, kuasa vacuum juga cekap dan mempunyai reka bentuk muncung profesional, jadi setiap sudut tidak akan ketinggalan. 

Samu Giken Wireless Rechargeable Portable Car Vacuum Cleaner Dry
mulai
RM55.90
Semak Samu Giken Wireless Rechargeable Portable Car Vacuum Cleaner Dry harga dibawah:
add_circle Ringan (0.52kg)
add_circle Berus penyedut jenis muncung
add_circle Sedutan kuat (3000pa)
remove_circle Masa mengecas lama (3 jam)
remove_circle Bunyi sedikit kuat
remove_circle Cepat panas jika guna lama

Vacuum Samu Giken menggunakan kuasa 50W dan mampu beroperasi selama 23 minit serta mempunyai sedutan kuat 3000 Pa.

Selain membersihkan bahagian tersembunyi dalam kereta, anda juga boleh menggunakan vacuum ini untuk bersihkan papan kekunci komputer, car seat dan sofa.

Dengan reka bentuk turbin aluminium meningkatkan lagi kuasa sedutannya, dan bila pegang pula rasa kukuh, tak berat dan tak ringan sangat.

Vacuum ini mudah dicas, mudah dibersihkan dan cepat kering serta saiznya yang kecil menjimatkan ruang.

Kepala berus vakum pula boleh membersihkan permukaan yang tidak teratur termasuk permukaan lembut dan elastik.

Masa pengecasan cuma 3.5 jam dan cawan habuk serta penapis hepa juga boleh dibasuh.

Setiap pembelian anda akan mendapat kabel, muncung rata, muncung sedutan berus, hos sambungan dan muncung celah.

Beli satu unit dan simpan dalam kereta, senang nak vacuum bila-bila masa.

Vacuum kereta terbaik tanpa wayar (cordless)
KHIND
KHIND VC9678MS Cordless Handheld Portable Vacuum Cleaner
mulai
RM148.00
Semak KHIND VC9678MS Cordless Handheld Portable Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Sesuai untuk kereta dan rumah
add_circle Muncung built-in crevice
add_circle Pegang tangan tanpa wayar
remove_circle Masa mengecas lama

Banyak habuk dan sampah sukar dibersihkan dalam kereta? Vacuum wayar biasa sentiasa tersangkut dan menyusahkan pula?

Jangan risau, beli je vacuum tanpa wayar Khind yang sesuai digunakan di rumah dan kereta. 

Dilengkapi muncung celah dan basah, tangki habuk 400ml serta bateri Li-ion yang dicas penuh dalam 5.5 jam.

Khusus untuk fungsi kering, direka kalis air IPX4 dan mempunyai penapis dengan fabric dan spongedust.

Masa operasi hanya 20 minit dengan kuasa 65W dan kuasa sedutan maksimun 7kPa memudahkan pembersihan kereta dalam masa singkat.

Aksesori vakum termasuk muncung sedutan basah, muncung berus, pendakap dinding dan penapis kain.

Vacuum kereta terbaik untuk hama habuk (dust mites)
SHIMONO Pro Cyclone Corded Car Vacuum
mulai
RM76.00
Semak SHIMONO Pro Cyclone Corded Car Vacuum harga dibawah:
add_circle Penyelenggaraan yang mudah
add_circle Kuasa sedutan kuat
remove_circle Hanya untuk fungsi kering

Vacuum Shimono ini dilengkapi teknologi pro-cyclone yang boleh memisahkan habuk dan udara dengan berkesan sekali gus. 

Dengan penapis nanoteknologi keluli tahan karat, vacuum ini dapat menapis habuk dan bakteria dengan berkesan.

Paling penting, vacuum kereta ini mempunyai motor 12 watt yang boleh menghasilkan daya sedutan yang lebih kuat untuk hasil pembersihan yang sangat baik.

Selain itu, anda juga boleh menjangkau semua sudut termasuk ruangan dalaman kereta yang sempit dengan cengkaman ergonomik yang lebih panjang.

Saiznya yang kecil memudahkan anda untuk menyimpan vacuum ini dalam bonet kereta dan mempunyai soket untuk kereta.

Jika motor vacuum rosak, anda tak perlu risau kerana diberikan jaminan 1 tahun.

Vacuum kereta terbaik nipis dan kompak (slim & compact)
Trapo Cordless Multipurpose Car Vacuum Pro
mulai
RM299.90
Semak Trapo Cordless Multipurpose Car Vacuum Pro harga dibawah:
add_circle Muncung udara boleh ditukar
add_circle Fungsi inflator dan blower
add_circle Penapis mudah dibersihkan
add_circle Dua kuasa sedutan
remove_circle Cawan habuk kecil

Vacuum ini bukan sahaja sesuai untuk kereta, malah rumah dan pejabat dengan mudah tanpa meninggalkan sebarang sudut dan celah. 

Vakum bersaiz padat tanpa wayar yang dilengkapi dengan pelbagai ciri yang membolehkan anda membersihkan dalaman kereta walaupun tempat yang paling sukar dan sempit.

Sedutan kuat pada 8,500 Pa sehingga mampu membersihkan lantai, habuk komputer dan keyboard, jadi boleh gunakan di mana sahaja termasuk dalam rumah, pejabat atau dalam kereta.

Mempunyai reversible air flow dan dwi mod sedutan iaitu mod eco serta mod power. Penapis mesh keluli pula boleh dicuci dan tahan lama.

Turut dilengkapi dengan 4 muncung yang sesuai dengan pelbagai tujuan termasuk menyedut kotoran, membersihkan habuk permukaan atau sisa biskut dengan fungsi blower yang kuat

Percuma beg vakum dan boleh bersihkan kereta anda dengan Cordless Vacuum Pro serba baharu ni.

Black & Decker Car Vacuum Dustbuster NV1200
mulai
RM109.00
Semak Black & Decker Car Vacuum Dustbuster NV1200 harga dibawah:
add_circle Kabel 5 meter
add_circle Ergonomik
add_circle Double action filtration system
remove_circle Tiada fungsi basah

Vacuum kereta jenama Black Decker ini boleh dimuatkan ke dalam soket kereta atau pemetik api rokok dengan adapter 12V.

Selain itu, mempunyai reka bentuk ergonomik untuk keselesaan penggunaan dan double action filtration system untuk prestasi dan ketahanan yang lebih baik.

Ciri-ciri lain termasuk kuasa sedutan 12.5 Watts, aliran udara 1122 l/min dan kapasiti cawan habuk 370 ml serta tanpa cyclonic action

Malah, dilengkapi kabel 5 meter yang boleh menjangkau semua bahagian dalam kereta termasuk bonet. 

Cara penggunaan dan pembersihan cawan habuk juga mudah. 

Jadi, vacuum mudah alih Black & Decker ini sangat sesuai untuk membersihkan kotoran dan habuk dalam bahagian dalaman kereta anda dengan mudah.

Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner
mulai
RM10.50
Semak Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Fungsi kering dan basah
add_circle Ringan
add_circle Kecil
remove_circle Kapasiti terhad

Nak bersihkan kereta tapi harga vacuum mahal? Jangan risau, vacuum kereta ini harganya murah dan boleh membantu membersihkan kereta anda dalam masa singkat.

Dilengkapi hos Eva, berus dan beberapa jenis muncung untuk menyedut habuk serta kotoran di semua sudut kereta dengan berkesan. 

Tambah lagi, vacuum kereta pegang tangan ini boleh guna fungsi kering dan basah untuk menyerap cecair yang tumpah di dalam kereta dengan cepat.

Sesuai untuk semua kereta 12V dan sambungkannya ke soket kereta sebelum digunakan.

Reka bentuk cekap, ringan, mudah alih dan dan saiznya yang padat mudah untuk dibawa kemana-mana. 

Boleh menyedut abu rokok, serbuk cookie, serbuk pemadam, rambut, cecair tumpah dan lain . 

Tersedia dalam warna hitam, biru dan oren.


Bolehkah Anda Menggunakan Vakum Rumah Pada Kereta?

Kebanyakan vakum rumah sebenarnya boleh digunakan untuk kereta, namun beberapa perkara perlu diambil kira terlebih dahulu.

Jenis vakum rumah yang paling sesuai ialah vakum tangan atau 'handheld vacuum'.

Ini kerana saiznya yang kecil dan portable memudahkan anda untuk membersihkan dan mencapai bahagian sempit di dalam kereta.

Pastikan vakum tangan tersebut mempunyai pelbagai jenis muncung untuk melakukan tugas khusus seperti muncung celah untuk bersihkan ruang sempit.

Muncung berus lembut pula untuk alas lantai dan kerusi .

Kuasa motor vakum tangan juga perlu sekurang-kurangnya 10 kPA untuk menyedut bulu haiwan peliharaan, kotoran, sisa makanan, dan habuk yang melekat. 

Tangki habuk juga perlu cukup besar, sekurang-kurangnya 0.5 liter dan ke atas supaya anda  tidak perlu kerap-kerap mengosongkannya semasa vakum kereta. 

Pastikan juga bateri vakum boleh digunakan sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit tanpa pengecasan semula. 

Berhati-hati agar tidak merosakkan bahagian dalam kereta dan jika anda sudah memiliki kereta, beli sahaja satu vacuum kereta yang khusus untuk membersihkan kereta anda. 


Betapa Kuatnya Vakum Kereta?

Kebanyakan vakum kereta datang dengan pelbagai spesifikasi teknikal yang kelihatan membingungkan pada mulanya. 

Antara istilah penting untuk menilai kekuatan vakum kereta ialah kuasa motor dan kuasa sedutan.

Kuasa motor dinyatakan dalam unit Watt (W) atau KiloWatt (kW). Semakin tinggi, semakin kuat motor vakum tersebut beroperasi.

Vakum kereta biasanya mempunyai julat kuasa dari 50W hinggalah 250W. 

Kuasa sedutan pula ditunjukkan dalam unit Pascal (Pa). Semakin tinggi bacaan dalam Pa, semakin kuat keupayaan vakum menyedut habuk dan kotoran. 

Vakum kereta terbaik mempunyai kuasa sedutan sekurang-kurangnya 3000Pa.

Reka bentuk dan saiz muncung vakum juga memainkan peranan penting. Muncung sedutan sempit menyedut dengan lebih kuat berbanding muncung lebar. 

Sesuaikan jenis muncung mengikut bahagian kereta yang ingin dibersihkan sama ada tempat duduk, bahagian bawah alas kaki atau bahagian lain.


Bagaimana Memilih Vakum Kereta Yang Sesuai Untuk Keperluan?

Memilih vacuum kereta yang sesuai bukan perkara yang mudah memandangkan terdapat pelbagai jenis dan model vacuum kereta di pasaran. 

Berikut adalah beberapa tip pemilihan vakum kereta mengikut keperluan:

  • Jenis vakum kereta

Terdapat 2 jenis utama iaitu vakum wayar dan vakum tanpa wayar. Vakum tanpa wayar menggunakan bateri dan mesra pengguna. 

Vakum wayar pula perlu disambung ke soket kereta. Pilih yang ringan, bunyi rendah dan sesuai dengan gaya pembersihan anda.

Ini kerana semakin tinggi tahap bunyi, semakin rendah kualiti enjin. Jadi model yang lebih senyap lebih tahan lama.  

  • Kuasa motor

Semakin tinggi kuasa motor, semakin baik keupayaan menyedut. 100W ke atas disyorkan untuk prestasi optimum. 

Pastikan ia sepadan dengan keperluan. Jika hanya guna mingguan, 70W mencukupi.

  • Kuasa sedut vacuum

Cari vacuum dengan kuasa sedutan sekurang-kurangnya 3000 pA. Ini kerana sudah mencukupi untuk menyedut debu dan kotoran.

Semakin tinggi kuasa, semakin besar tahap sedutan dan semakin cekap pembersihan pembersih vakum. 

  • Kapasiti tangki habuk

Pembersihan kerap atau kenderaan besar memerlukan tangki habuk yang lebih besar. Pilih yang sekurang-kurangnya 0.5 liter, paling optimum adalah 1 liter. 

Elak model tangki kecil yang perlu dikosongkan secara kerap.

  • Jenis aksesori

Aksesori seperti muncung pelbagai guna, muncung sempit, berus lembut dan pemegang dinding amat membantu kerja pembersihan. 

Pastikan aksesori serasi dan senang ditukar. Pilih yang sesuai dengan bajet dan keperluan.


Adakah Vakum Kereta Tanpa Wayar Atau Kord Lebih Sesuai Untuk Kereta Di Malaysia?

Secara umumnya, kedua-dua jenis vakum kereta mempunyai kelebihan tersendiri. 

Namun begitu, vakum kereta tanpa wayar atau cordless lebih praktikal untuk kegunaan di Malaysia.

Ini kerana vakum tanpa wayar lebih fleksibel dan tidak perlu disambungkan ke soket elektrik, justeru memudahkan pergerakan untuk membersihkan ruangan sempit dalam kereta.

Kebanyakan model tanpa wayar juga ringan, saiz kecil dan portable.

Ia mudah dibawa dan disimpan di dalam kereta, sedia digunakan pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, vakum jenis ini mempunyai kuasa motor yang agak rendah berbanding model berwayar. 

Namun, penyedut vakum jenis berwayar juga masih relevan terutamanya jika anda mempunyai garaj sendiri. 

Model berwayar juga menawarkan kuasa penyedutan dan prestasi pembersihan yang lebih konsisten dan baik.

Walaupun vakum tanpa wayar perlu dicas selepas beberapa ketika, cas bateri biasanya mampu bertahan sehingga 30 minit.

Ini memadai untuk menyedut habuk dan kotoran di dalam kereta.

Jom lihat pula cara untuk bersihkan dalaman kereta anda secara pro:


Artikel Berkaitan

End of Article