Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Minyak Hitam Terbaik Kereta 2024

Pastikan beli yang betul dan sesuai untuk kereta anda.

Setiap kereta perlu tukar minyak hitam kereta atau minyak pelincir yang sesuai dengan enjin agar setiap bahagian enjin dapat berfungsi dengan optimum. 

Nak tukar minyak kereta pula kena ikut jenis minyak hitam kereta yang sesuai, dan mengikut level minyak hitam kereta untuk elak kereta cepat rosak.

Barulah kenderaan anda boleh bertahan lama dan tidak rosak secara tiba-tiba di tengah jalan, dan ini boleh elak daripada minyak hitam kereta bocor.

Kos tukar minyak hitam kereta dan servis minyak hitam kereta tidaklah mahal kalau nak dibandingkan perlu repair kereta sebab tak menjaga servis minyak hitam kereta.

Untuk elakkan tersalah pilih minyak hitam, jom tengok harga minyak hitam kereta dan jenama minyak hitam kereta terbaik yang ada di pasaran agar prestasi enjin kereta anda lebih cemerlang dan pemanduan juga lebih lancar.


10 Minyak Hitam Terbaik Kereta 2024

Minyak hitam kereta terbaik secara keseluruhan
VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil Car
VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil Car
mulai
RM47.77
Semak VTAG 10W40 4L Semi Synthetic SP Engine Oil Car harga dibawah:
add_circle Untuk kereta buatan Eropah & Jepun
add_circle Melindungi enjin dari kesan haus akibat geseran
add_circle Mengurangkan pembentukan kotoran pada enjin
add_circle Jarak pemanduan 10,000km
add_circle Enjin senyap
remove_circle Perlu ikut kesesuaian jenis kereta

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Minyak enjin VTAG separa sintetik ini memastikan pelinciran optimum untuk kereta Proton, Perodua, Honda, Toyota dan Nissan. 

Ciri-ciri:

Ia dirumus untuk menjimatkan penggunaan petrol kerana minyak hitam ini mampu mengurangkan geseran pada bahagian dalam enjin. 

Formula khasnya pula boleh mengurangkan masalah kebocoran minyak. Bagus bukan? 

Paling penting, pelepasan asap dari ekzos kereta juga dapat dikurangkan dengan penggunaan  minyak hitam jenama terbaik ini. 

Review:

“Setakat ni, baguslah minyak ni, harga murah. Memang kurang bunyi bising enjin dan perjalanan lebih lancar. Boleh pakai lama sebab untuk servis kereta seterusnya ialah pada 10,000 km.”

Minyak hitam untuk kereta lama
CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil 4L
Castrol
CASTROL Magnatec 10W-40 SNCF Semi Synthetic Engine Oil 4L
mulai
RM55.99
Semak CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil 4L harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kereta petrol & diesel
add_circle Isipadu 4 liter
add_circle Boleh digunakan untuk kereta buatan selepas tahun 1990
add_circle Menghalang pembentukan kotoran
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Mungkin kurang sesuai untuk kereta terbaru

Buat anda yang memiliki kenderaan yang dibuat sekitar tahun 1990-an, disarankan untuk guna minyak hitam Castrol semi sintetik dengan tahap kelikatan 10W-40 ini. 

Ia mampu melindungi enjin dalam pelbagai jenis cara pemanduan, keadaan jalan dan suhu. 

Molekul dalam minyak enjin ini juga akan melekap dengan baik pada komponen penting enjin untuk membentuk lapisan perlindungan tambahan ketika enjin dipanaskan agar tidak cepat haus. 

Barulah enjin kereta dijaga dengan baik dan anda boleh nikmati pemanduan yang lebih lancar.

Minyak hitam kereta 10W-40
MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil
Mizu
MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil
mulai
RM66.02
Semak MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil harga dibawah:
add_circle Penggunaan 100% bahan mentah asli
add_circle Sesuai untuk kenderaan buatan Eropah & Jepun
add_circle Mengurangkan kadar pengumpulan kotoran pada enjin
add_circle Sesuai dengan enjin kereta buatan Eropah & Jepun
add_circle Memanjangkan jangka hayat enjin
remove_circle Harga mahal

Minyak hitam kereta Mizu semi sintetik ini yang diformulasikan di Jepun ini sesuai digunakan pada kereta Perodua, Proton, Toyota, Honda, Nissan, Mazda dan Hyundai. 

Malah, kenderaan jenama BMW dan Ford juga boleh guna minyak hitam ini tanpa masalah. 

Diformulasikan dengan kelikatan yang tinggi agar dapat memberikan pemanduan yang lancar dan melindungi kereta dari kesan bahaya akibat pembakaran bahan api dalam enjin.

Isipadu 4 liter minyak ini cukup untuk pertukaran minyak untuk jarak 7,000 kilometer atau tempoh 6 bulan. 

Ia turut memudahkan pemandu untuk menghidupkan kereta ketika enjin dalam keadaan sejuk. 

Minyak hitam yang sesuai untuk kereta lebih 10 tahun
Perodua Genuine Engine Oil 10W30 3L
Perodua
Perodua Genuine Engine Oil 10W30 3L
mulai
RM60.00
Semak Perodua Genuine Engine Oil 10W30 3L harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Isipadu 3L
add_circle Boleh digunakan juga pada kereta Perodua lain
add_circle Jarak perjalanan hingga 7000 km
remove_circle Kurang sesuai untuk kereta selain jenama Perodua

Kualiti minyak hitam Perodua ini pula setanding dengan minyak enjin jenama mahal lain yang ada di pasaran kerana enjin kereta akan dilindungi bagi memastikan prestasi pemanduan sentiasa di tahap optimum. 

Diperbuat dari 100% minyak mineral tulen, di mana ia sangat bagus untuk enjin-enjin kereta lama keluaran Perodua seperti Kancil, Kelisa atau Kenari. 

Bukan itu sahaja, ia turut mempu membersihkan enjin kereta dari sebarang hakisan kotoran. 

Pergerakan enjin juga dijamin lebih berkuasa sekali gus pemanduan anda lebih efisien. 

Minyak hitam kereta Wira
PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil
Petronas
mulai
RM56.99
Semak PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil harga dibawah:
add_circle Elakkan kereta 'breakdown' dengan teknologi CoolTech
add_circle Minyak lebih likat & pengoksidaan enjin tahan lama
add_circle Sesuai untuk anda yang kerap melakukan perjalanan
add_circle Sesuai dengan kebanyakan kereta Proton
add_circle Minyak lebih likat
remove_circle Perlu tukar dengan kerap

Diformulasikan dengan Cooltech Technology, minyak hitam Petronas Syntium ini boleh menjaga enjin daripada haba yang terlalu tinggi. 

Ia cukup bagus untuk menjaga enjin kereta agar tahan lama kerana minyak enjin ini cekap dalam mengawal kotoran sekaligus memberikan pemanduan yang lancar dan terbaik. 

Boleh mengelakkan kereta anda dari mengalami kerosakan di tengah jalan. 

Untuk kenderaan Proton, gunakanlah jenama minyak hitam kereta terbaik buatan Malaysia ini!

Minyak hitam kereta murah
Shell Helix HX5 15W40 Engine Oil
Shell Helix HX5 15W40 Engine Oil
mulai
RM44.00
Semak Shell Helix HX5 15W40 Engine Oil harga dibawah:
add_circle Halang pembentukan kotoran dalam enjin
add_circle Menjaga kebersihan enjin kereta
add_circle Harga murah
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk trak

Untuk pemilik kereta jenama Toyota, Honda atau Lexus pula, anda boleh guna minyak enjin Shell Helix ini untuk kenderaan kesayangan anda. 

Selain harganya yang mampu milik, ia juga sesuai digunakan pada kereta lama tanpa menimbulkan masalah.

Kereta jenama Proton, Perodua dan Kia juga boleh guna minyak hitam premium ini dan pasti akan membantu kelancaran enjin kereta. 

Pemanduan juga lebih lancar walaupun kereta anda kereta tua. 

Harganya yang murah pula membantu anda untuk menjimatkan kos tukar minyak hitam kereta.

Minyak hitam kereta Perodua
Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine Oil
Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine Oil
mulai
RM52.87
Semak Perodua Semi Synthetic 5W-30 Engine Oil harga dibawah:
add_circle Terbaik untuk keadaan pemanduan normal & ekstrim
add_circle Perlindungan enjin pada suhu rendah
add_circle Jarak perjalanan 7000km
add_circle Jimat minyak
remove_circle Hanya sesuai untuk kereta keluaran Perodua

Minyak pelincir separa sintetik Perodua ini diformulasikan khas untuk semua kereta keluaran Perodua seperti Myvi dan Alza.

Lagi terbaik, ia juga boleh digunakan pada kereta Perodua lama termasuklah model Kancil, Kenari, Kelisa dan Viva. 

Ia melindungi enjin dari kesan kehausan setiap kali enjin dipanaskan dan dihidupkan. 

Selain itu, minyak enjin Perodua mempunyai pengoksidaan yang baik dan kestabilan termal untuk tempoh penggunaan yang lama. 

Bagi anda yang ingin menjimatkan penggunaan petrol dan memastikan prestasi enjin yang baik, jenama ini adalah pilihan tepat bagi kereta Perodua. 

Minyak hitam kereta semi synthetic
Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine Oil
Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine Oil
mulai
RM35.90
Semak Brooklyn API Semi Synthetic 10W-40 Ester C60 Super Racing Engine Oil harga dibawah:
add_circle Berkesan menyingkirkan kotoran yang melekat pada enjin
add_circle Sesuai dengan kereta Proton, Toyota, Honda, Perodua
add_circle Mengurangkan getaran pada enjin
add_circle Pemanduan lebih senyap
remove_circle Minyak separa sintetik

Inginkan prestasi pemanduan yang luar biasa ketika memandu? Minyak enjin separa sintetik Brooklyn mempunyai kestabilan pengoksidaan yang padu. 

Sekali gus mampu menjaga kualiti minyak agar tak cepat merosot.  

Mampu juga untuk mengekalkan kelikatan minyak dan mengurangkan kadar pemeruapan minyak, jadi anda tak perlu tambah isipadu minyak hitam dengan kerap. 

Enjin kereta juga lebih terjaga, sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin kereta kesayangan anda. 

Minyak hitam kereta 1 liter
Mizu 10W30 1L Mineral Engine Oil
Mizu 10W30 1L Mineral Engine Oil
mulai
RM12.44
Semak Mizu 10W30 1L Mineral Engine Oil harga dibawah:
add_circle Mengekalkan kebersihan enjin
add_circle Enjin mudah dihidupkan walaupun ketika sejuk
add_circle Mengurangkan pembentukan lapisan mendapan pada enjin
remove_circle Jarak perjalanan hanya 5000 kilometer

Harga minyak hitam kereta jenama Mizu ini murah, jadi anda boleh berjimat banyak untuk servis minyak enjin kereta. 

Kualitinya tetap premium kerana diperbuat daripada minyak mineral yang didapati dari minyak mentah yang telah ditapis dan diproses untuk menyingkirkan kekotoran.

Jangka hayat enjin kereta juga dijamin tahan lebih lama kerana ia melindungi enjin daripada kesan kehausan. 

Sekaligus prestasi enjin dapat dikekalkan walaupun kereta dipandu pada permukaan jalan yang teruk.

Diformulasikan di Jepun, minyak pelincir Mizu juga telah mengikut piawaian antarabangsa API. 

Boleh digunakan pada kereta Toyota, Honda, Perodua, Proton, Mazda, Nissan, Naza, BMW dan Hyundai.

Minyak hitam kereta fully synthetic terbaik
Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine Oil
Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine Oil
mulai
RM54.90
Semak Bold 5W40 4L Fully Synthetic SP Engine Oil harga dibawah:
add_circle Perlindungan suhu tinggi
add_circle Minyak enjin premium & sintetik penuh
add_circle Enjin kereta mudah dihidupkan walaupun ketika sejuk
add_circle Sesuai untuk kereta Honda & Nissan
remove_circle Harga agak mahal

Minyak enjin sintetik penuh Bold ini dicipta khas untuk memastikan enjin kereta anda sentiasa di prestasi yang terunggul. 

Ia boleh menghalang pembentukan kotoran di bahagian penting enjin dan penggunaannya sesuai untuk semua jenis pemanduan.

Direka dengan tahap kelikatan yang rendah dan tidak menyebabkan geseran sekaligus membantu menjimatkan minyak petrol. 

Malah, minyak hitam ini menjamin perjalanan yang lebih lancar dan senyap tanpa bunyi getaran. 

Antara kereta yang sesuai digunakan dengan minyak hitam ini termasuklah kereta Proton dan Toyota.


Cara Check Minyak Hitam Kereta

Ikuti langkah-langkah berikut untuk periksa minyak hitam kereta:

  • Buka bonet atau bahagian depan kereta terlebih dahulu. 
  • Setelah itu, cari bahagian dipstick atau alat pencelup minyak enjin kereta. 
  • Tarik keluar dipstick tersebut dan bersihkannya dengan kain buruk. 
  • Kemudian, celupkan semula disptick ke dalam minyak untuk ketahui level minyak hitam kereta. 
  • Keluarkan semula dipstick yang telah dicelup itu dan tengok sekiranya paras minyak hitam kereta melebihi paras sepatutnya, anda patut keluarkan sebahagian darinya agar tidak menganggu enjin. 
  • Manakala jika paras minyak hitam berada di bawah low level, jangan lupa untuk tambah isipadunya agar enjin tidak rosak. 
  • Calit juga dipstick pada kain putih untuk lihat tahap kelikatan minyak hitam. 

Boleh tonton video YouTube ini untuk lebih faham tentang cara check minyak hitam. 


Tempoh Tukar Minyak Hitam Kereta

Buat anda yang baru sahaja mula memandu, mesti ada yang tak tahu bila tempoh anda perlu servis minyak hitam kereta. 

Sebenarnya minyak hitam kereta perlu ditukar atau diselenggara setiap 5,000 atau 10,000 kilometer perjalanan. 

Namun, untuk anda yang sering memandu jarak dekat sahaja atau jarak perjalanan kereta tak sampai 10,000 km pula, disarankan untuk tukar minyak hitam kereta setiap enam bulan. 

Jangan lupa juga untuk sentiasa periksa kenderaan anda sebab risau jika minyak hitam kereta bocor. 

Pastikan anda ikut tempoh pertukaran minyak hitam bagi mengekalkan pemanduan yang lancar serta menjaga enjin daripada cepat rosak.


Artikel Berkaitan

End of Article