Terdapat banyak pilihan minyak pelincir di pasaran sehingga tak tahu nak pilih jenis minyak hitam mana satu yang sesuai untuk kereta.
Kalau main pilih je, nanti rosak pula enjin kenderaan, tambahan pula banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan minyak hitam kereta.
Nak tak nak, kena pilih jenama minyak hitam yang terbaik bagi memastikan prestasi enjin kenderaan lebih tahan lama dan terjamin.
Jadi kami bantu anda senaraikan jenis minyak enjin terbaik supaya keadaan enjin kereta dalam keadaan baik dalam tempoh masa yang lama.
Senarai 16 Minyak Enjin Terbaik di Malaysia
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
“Minyak ini dapat melindungi enjin daripada cepat rosak walaupun kereta digunakan terlalu lama terutamanya dalam kesesakan jalan raya”.
Ciri-ciri;
Tak perlu perkenalkan lagi jenama Castrol dalam industri automotif sebab memang popular dalam kalangan pemilik kenderaan.
Jenama ini boleh dikatakan minyak hitam paling bagus kerana molekul Dualock dari Castrol melekat pada bahagian-bahagian enjin yang penting
Sekali gus membentuk kuasa terbaik untuk melindungi enjin.
Minyak hitam ini juga mampu mengurangkan kesan kehausan pada enjin akibat proses warm-up dan stop-start sehingga 50 peratus.
Dalam masa yang sama, ia memang direka untuk melindungi enjin agar tahan lebih lama terutamanya untuk pemanduan di zaman moden ini.
Selain telah diuji keberkesannya, prestasi minyak pelincir ini juga telah mengikut piawaian antarabangsa API.
Review;
“Kualiti minyak Castrol memang mantap. Minyak pula tulen, jadi prestasi kereta akan semakin bagus dengan penggunaan minyak hitam ini”.

Minyak ini sesuai untuk semua motosikal 4-stroke dan sudah terbukti meningkatkan prestasi perjalanan kenderaan anda.
Tambah pula minyak pelincir dari Shell ini mempunyai teknologi khas Active Cleansing Technology dimana dapat membersihkan enjin sisa kotoran yang melekat pada enjin.
Hasilnya prestatsi enjin bergerak dengan lancar sekaligus melindungi enjin dari risiko kerosakan.
Selain memberi kuasa dan tindak balas yang tinggi, minyak enjin ini juga mengurangkan bunyi dan gegaran.
Sekaligus dapat melindungi serta memanjangkan jangka hayat enjin motorsikal anda.
Pilihan tepat untuk penunggang motorsikal yang kerap mengikuti aktiviti konvoi motor.

Minyak enjin semi sintetik premium ini berprestasi tinggi dicipta khas untuk mencuci dan melindungi enjin kereta anda di tahap maksima.
Terbaik untuk semua jenis pemanduan dan menghalang daripada pembentukan kotoran dan sludge yang melekat pada enjin.
Selain itu juga ia sangat baik menstabilkan injap keluar masuk minyak supaya dapat mengurangkan isi padu penggunaan minyak.
Dilengkapi teknologi pembersihan khas sehingga 20% pada enjin kereta dan meminimakan getaran pada enjin agar bunyinya senyap serta pemanduan lebih lancar.

Minyak enjin semi sintetik ini direka khas untuk enjin kenderaan buatan Eropah dan Jepun.
Minyak utamanya mempunyai kualiti premium dicampur dengan pengawet untuk memberi kuasa minyak enjin lebih baik.
Menjamin kebersihan enjin dengan mengurangkan kadar kotoran sekaligus melindungi dan memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan.
Isipadu 4 liter botol minyak pelincir Mizu ini cukup untuk pertukaran minyak untuk tempoh 6 bulan atau 7000 kilometer.
Penggunaan minyak ini juga memudahkan lagi penghidupan kenderaan ketika enjin berada dalam keadaan sejuk.

Diperbuat dari 100% minyak mineral tulen, dimana sangat bagus untuk enjin-enjin kereta lama model Perodua seperti Kancil, Kelisa atau Kenari.
Kualitinya setaraf dengan minyak enjin jenama tersohor dan mahal yang lain kerana melindungi enjin bagi memastikan pemanduan sentiasa di tahap prestasi optimum.
Minyak enjin ini mampu membersih enjin kereta dari sebarang hakisan kotoran.
Sekaligus mengoptimumkan pergerakan enjin supaya pemanduan lebih efisien.
Boleh digunakan sehingga 7000km pada satu-satu masa untuk mengurangkan kadar penukaran minyak enjin.
Tidak perlu lagi setiap kali balik dari perjalanan jauh, anda menghantar untuk menukar minyak pelincir.

Minyak enjin dengan Cooltech Technology boleh mengelakkan kereta anda mengalami ‘breakdown’ di tengah jalan.
Jenama ini juga cekap dalam mengawal kotoran dalam memberikan pemanduan yang terbaik dan lancar.
Minyak ini cukup bagus kerana tahap kelikatan sangat tinggi, kawalan suhu dan pengoksidan supaya enjin tahan lama tanpa kompromi terhadap prestasi.
Gunakannya untuk kenderaan dari jenama kebanggaan rakyat Malaysia ini!

Minyak enjin ekonomi ini sesuai untuk kegunaan enjin Axia dan Bezza kerana mampu memberi perlindungan luar biasa pada enjin tanpa mengira suhu.
Minyak ini juga boleh membantu menahan haus semasa cold-start.
Jadi bagi mereka yang ingin memastikan penjimatan minyak kereta, minyak pelincir ini adalah pilihan yang tepat.
Tambah pula, minyak ini mampu mengawal penggunaan tenaga enjin sekaligus dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol
Perodua fully synthetic ini mempunyai kestabilan haba dan pengoksidan yang baik untuk tempoh pemakaian lebih lama.
Sangat selamat untuk enjin kenderaan anda terutama kereta Viva, Axia dan Bezza.

Kualiti minyak enjin ini mendapat kelulusan daripada bahagian Honda Research & Development (R&D) di Jepun, terbaik digunakan untuk semua jenis kereta Honda.
Ianya berkualiti untuk memberi perlindungan yang maksima dan jangka hayat enjin kereta Honda akan tahan lebih lama daripada biasa.
Dengan mengandungi bahan aditif pembersih, enjin kereta anda akan kekal bersih berpanjangan serta dapat beroperasi dengan lebih senyap.
Jadi selepas ini, anda tak perlu selalu singgah ke pusat servis, semuanya boleh dilakukan dengan sendiri.

Minyak enjin dari Liqui Moly ini sesuai untuk enjin petrol dan diesel tanpa gas turbocharging serta caj penyejukan udara.
Malah, minyak enjin dari jenama ini terkenal di pasaran kerana mempunyai kelikatan dan mampu membantu enjin kereta lebih stabil.
Minyak ini bertindak dalam suhu rendah serta mempunyai ciri cold-start yang baik.
Maksudnya, anda tidak perlu menukar minyak enjin dengan kerap kerana diperbuat dari mineral terpilih dan dasar minyak sintetik.

Minyak enjin dari USA ini diformulasikan dengan campuran bahan minyak sintetik dan bahan tambahan.
Sangat sesuai digunakan pada kereta moden yang menggunakan gasolin dan petrol untuk bergerak.
Seperti kebanyakan jenama minyak enjin lain, minyak hitam ini dapat menyingkirkan kotoran yang melekat pada enjin seperti enap cemar atau sludge dan varnish.
Jadi, kereta anda tidak akan cepat mengalami masalah enjin haus.
Selain sesuai untuk kereta Toyota dan Honda, minyak hitam Valvoline jenis sintetik penuh ini juga boleh digunakan pada kereta keluaran BMW, Mercedes, Nissan dan Proton.
Menariknya lagi, minyak ini boleh menghidupkan kereta anda ketika cuaca sejuk kerana mempunyai fungsi perlindungan cold start.
Kereta Eropah dan Asia juga boleh guna minyak pelincir jenama ini tanpa masalah sebab boleh menjimatkan minyak.

Minyak hitam paling bagus ini sesuai untuk kegunaan kenderaan lasak seperti four wheel drive atau 4x4 seperti kereta Triton, Navara dan Hilux.
Kereta Fortuner pun boleh guna minyak hitam ini tanpa masalah.
Ini kerana minyak ini diformulasikan dengan teknologi perlindungan enjin.
Memang terbaik untuk kereta yang menggunakan enjin petrol atau diesel.
Malah, isipadunya sebanyak 7 liter, lebih dari cukup untuk tukar minyak hitam pada kenderaan beroda 4x4.
Walaupun enjin diesel akan mengeluarkan jelaga, namun jelaga itu tidak akan keluar menerusi ekzos kerana bahagian minyak enjin akan menyerap jelaga tersebut.
Minyak hitam terbaik Pennzoil ini turut bakal meneutralkan asid sekali gus mengurangkan kesan hakis (corrosive).

Masih pening cari minyak hitam berkualiti untuk motosikal Honda model RS150?
Dapatkan saja minyak keluaran Vitron jenis sintetik penuh ini.
Dengan isipadu 1.2 liter, minyak ini dapat melancarkan penunggang untuk menukar gear ketika memandu motosikal.
Tambah pula, milleage yang ada pada minyak enjin Vitron sehingga 3,000 KM.
Ini bermaksud, penunggang motosikal boleh bawa motosikal dengan pemanduan yang jauh tanpa halangan.
Lagipun jenama ini memang jenama minyak hitam motor untuk jalan jauh.
Paling best, motor juga akan lebih laju jika pedal minyak ditekan sebab akan menjadi lebih responsif.
Sekali gus boleh menjimatkan masa perjalanan anda ke tempat kerja. Barulah sampai pejabat on time lepas ni.

Penunggang skuter yang mahukan minyak enjin terbaik untuk kenderaan mereka boleh dapatkan jenama dari Yamalube ini.
Minyak ini diformulasikan khas untuk motosikal YAMAHA jenis automatik dan scooter.
Perjalanan anda ke tempat kerja atau pasar raya akan menjadi lebih lancar.
Selain itu, minyak hitam ini sesuai digunakan untuk motor dengan enjin 4-stroke.
Nilai kelikatan minyak jenis sintetik ini juga cukup bagus, iaitu 40.
Harga minyak bawah RM20 ini dijamin prestasi skuter anda akan jadi lebih baik selepas ni.

Diformulasikan dengan bahan kimia ester berganda dan teknologi aditif HeatPro.
Jadi, minyak hitam ini dapat melindungi enjin motosikal jenis 4-stroke dengan baik.
Malah, boleh juga digunakan pada ATV dan basikal jenis off road.
Minyak ini turut mampu melindungi motosikal daripada berlaku masalah haus terutamanya jika anda menunggang dalam keadaan yang lasak.
Tahap kelikatan minyak juga sangat stabil pada suhu yang tinggi. Bila nak tukar gear ketika menunggang motor juga akan menjadi lebih lancar.
Selain itu, bunyi enjin yang dihasilkan juga tidak terlalu bising seperti sesetengah jenama minyak hitam yang lain.

Minyak ini sesuai digunakan pada pelbagai jenis kereta dengan enjin moden seperti BMW, Saga, Audi dan Honda kerana ia telah mendapat pengiktirafan ISO.
Walaupun harga agak mahal tapi isipadu mengandungi sebanyak 4 liter. Itu memadai untuk kenderaan anda.
Selain itu, minyak jenis sintetik penuh ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini dan dapat melindungi enjin daripada berkarat, hakis, dan haus.
Tahap prestasi minyak yang diformulasikan di Jepun ini pula ialah API SN/CF.
Hasilnya, anda tak perlu meragui keberkesanannya pada prestasi kereta anda.
Malah, minyak hitam ini mempunyai bahan tambahan yang bagus untuk pembersihan enjin.
Jadi sebarang mendapan bahaya tidak akan terbentuk. Enjin juga kekal lancar, barulah anda akan cepat sampai ke destinasi yang dituju.

Minyak enjin Eneos ini dicipta dengan menggunakan minyak asas yang telah dicampurkan dengan bahan sintetik dan bahan tambahan yang dipilih khas untuk meningkatkan prestasi enjin kereta pada tahap maksima.
Hasilnya, enjin akan menjadi lebih senyap dan dapat melindunginya daripada geseran yang berlebihan.
Tambahan pula, jenama minyak hitam kereta terbaik dan nombor 1 di Jepun ini sesuai untuk semua jenis kenderaan yang menggunakan gasolin atau petrol.
Memang bagus untuk kebanyakan kenderaan terbaru keluaran Jepun seperti Daihatsu, Honda, Mitsubitshi, Nissan dan Toyota.
Isipadunya juga banyak iaitu sehingga 4 liter. Kereta dengan enjin jenis turbo juga boleh guna minyak hitam ini tanpa halangan.
Apakah Jenis Minyak Hitam?
Terdapat 3 jenis minyak hitam yang perlu anda ketahui.
Antaranya jenis semi-syntethic, fully synthetic dan mineral. Pemandu kereta jenis lasak selalunya lebih disarankan untuk guna minyak semi-sintetik atau fully synthetic kerana prestasinya lebih baik.
Namun, minyak hitam jenis mineral pula dikatakan lebih murah sebab ia tak mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama.
Kami sarankan anda rujuk manual pemilik pada kenderaan atau tanya saja pada mekanik, mereka pasti akan sarankan yang terbaik untuk kereta atau motor.
-
Minyak sintetik penuh (full-synthetic)
Minyak jenis ini dihasilkan menggunakan gabungan 2 bahan iaitu Polyalphaolefins dan Ester.
Malah, beberapa bahan tambahan lain turut dimasukkan, jadi enjin jadi lebih lancar.
Dijual agak mahal, minyak ini sesuai digunakan pada enjin kereta moden.
-
Minyak semi-synthetic
Minyak hitam ini pula dihasilkan setelah minyak asas mineral dan sintetik dicampurkan.
Hasilnya, ia tahan lebih lama dari minyak jenis mineral.
Tapi, dari segi harga, ia lebih murah dari minyak pelincir sintetik penuh.
-
Minyak pelincir mineral
Minyak jenis ini dibuat daripada petroleum mentah tanpa campuran apa-apa bahan lain.
Bagaimanapun, minyak ini telah ditapis terlebih dahulu sebelum dipasarkan.
Apa pun jom lihat penerangan video ringkas tentang bagaimana mengetahui minyak pelincir sesuai untuk kenderaan anda.
Apa Maksud & Perbezaan Gred API 10W-40?
Mesti ramai pemandu baru yang belum arif dengan kod unik minyak hitam.
Untuk pengetahuan anda, setiap minyak hitam dalam pasaran perlu memenuhi tahap standard yang telah ditetapkan oleh American Petroleum Institute atau API.
Pada bahagian botol minyak hitam terdapat kod dari gabungan huruf dan nombor, contohnya 10W-40.
Maksud huruf W adalah Winter dan merujuk kepada suhu 10 darjah celcius.
Ini bermakna enjin kereta boleh dihidupkan jika suhu di luar kereta ketika musim sejuk adalah di tahap itu..
Tapi, disebabkan Malaysia bukan negara sejuk, simbol W tersebut tak perlu diambil kira.
Manakala, nombor kedua pada kod pula ialah aliran minyak hitam ketika suhu biasa.
Jika nilai nombor tersebut semakin tinggi bermakna semakin tinggi jugalah kelikatan minyak itu.
Bagaimanakah Cara Pilih Minyak Hitam Motor Dan Kereta?
Anda yang baru sahaja memiliki kenderaan sendiri boleh ikuti cara dan tips yang kami kongsikan ini untuk beli minyak hitam terbaik untuk kenderaan masing-masing.
-
Jenis & model kenderaan
Pastikan anda mengetahui model kereta kerana pemilihan minyak hitam atau minyak enjin perlu dibuat mengikut jenis kereta.
Kereta yang baru dikeluarkan oleh syarikat kenderaan semestinya menggunakan teknologi terkini.
Jadi, minyak hitam pun perlulah dipilih yang dibuat dengan formulasi terbaru.
-
Kelikatan minyak hitam
Perhatikan kod unik iaitu gabungan nombor dan huruf pada botol minyak pelincir untuk mengetahui tahap kelikatannya.
Bagi pemanduan yang terbaik, selalunya mekanik akan mengesyorkan jenis minyak dengan tahap kelikatan yang tinggi tapi bergantung pada jenis kereta juga.
Jika ingin mengetahui tahap kelikatannya, tengok sahaja nilai nombor selepas huruf W pada kod tersebut.
Contohnya, minyak 20W-50 adalah lebih bagus kelikatannya berbanding minyak 15W-40.
Apa Kelebihan & Kekurangan Minyak Enjin?
Minyak enjin mempunyai sifat pelinciran yang baik dan membantu mengurangkan geseran antara komponen enjin yang bergerak, seperti bearing.
Selain itu, ia juga boleh meningkatkan prestasi enjin dan mengurangkan pengumpulan bahan atau kotoran yang boleh menyebabkan masalah enjin.
Bukan sahaja melindungi enjin daripada terlalu panas dan pengoksidaan, malah minyak enjin juga membantu mengurangkan geseran, haus dan kerosakan pada enjin akibat suhu dan tekanan yang tinggi.
Tapi kekurangan utama minyak enjin ialah ia perlu diganti secara berkala. Ini memerlukan kos tambahan dan kesabaran pemilik kenderaan untuk memastikan minyak enjin sentiasa dalam keadaan baik.
Tidak semua minyak enjin juga sesuai untuk semua jenis kenderaan.
Jadi, pemilik kenderaan perlu memilih minyak enjin yang sesuai dengan jenis kenderaan mereka dan mengikut spesifikasi pengeluar kenderaan.