Pemilihan sport rim motosikal yang baik sangat penting untuk tunggangan yang selamat.
Malah dapat memberi ketahanan pada tayar, kelancaran perjalanan dan keselesaan ketika menunggang.
Tidak hairanlah ada individu yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan jenama sport rim motor terbaik dengan harga rim motor yang berbaloi.
Tapi mungkin ada yang ingin survey harga sport rim motor yang terbaru dengan warna sport rim motor yang sesuai.
Atau mungkin juga anda mencari sport rim motor rare yang sesuai dengan saiz tayar motor anda.
Jadi, jom kita lihat jenama sport rim motor terbaik dan menarik untuk anda pilih ini.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 8 Jenama Sport Rim Motor Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Rim ini sememangnya terjamin kualiti dan memberi tunggangan yang stabil dan selesa, di samping itu ia juga sesuai untuk pelbagai jenis motosikal dan hadir dengan pelbagai saiz baik yang kecil mahupun besar.
Ciri-ciri:
Sport rim jenama Racing Boy sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sememangnya menjadi pilihan utama bukan sahaja di jalanan tetapi juga di litar lumba motosikal professional seperti Cub Prix atau pun ARRC.
Ini kerana sport rim ini ringan tapi tetap memberi kestabilan dan pengendalian yang sangat baik ketika di jalan lurus ataupun di selekoh.
Jika ditambah dengan tayar yang terbaik pasti membuatkan penunggangan anda menjadi lebih selesa dan yakin.
Tambah pula sport rim ini berwarna gold dan matte black pastinya membuatkan motosikal anda nampak lebih seksi dan bergaya.
Sport rim ini dibina untuk PNP pada pelbagai jenis model motosikal baik yang menggunakan drum ataupun brake disc untuk brek belakang.
Jadi, terdapat pelbagai saiz baik yang kecil mahupun besar.
Review:
“Barang terbaik, barang ori RCB ni memang tak rugi beli. Reccomended untuk siapa-siapa yang cari rim motor baru.”
Sport rim ini boleh dikatakan salah satu sport rim yang paling famous di kalangan pengguna motosikal kerana mempunyai reka bentuk yang cantik.
Malah, bukan saja sesuai pakai pada LC atau Lagenda, tapi sesuai digayakan pada pelbagai jenis model motosikal yang lain.
Sport rim ini berukuran lebar 1.6 untuk depan dan 1.8 untuk rim belakang dengan rim depan menggunakan brake disc dan belakang menggunakan brake jenis drum.
Terdapat 6 pilihan warna untuk rim jenis ini iaitu biru, hitam, gold, merah, grey dan kuning.
Sport rim dari model Yamaha 125z dikenali sebagai sport rim 6 batang.
Malah dikatakan antara sport rim yang paling digemari oleh pengguna motosikal di Malaysia.
Sport rim ini berukuran standard 1.6 depan dan 1.85 belakang, menggunakan brake disc depan dan belakang.
Terdapat 3 pilihan warna untuk sport rim ini iaitu hitam, silver, dan biru GP.
Walaupun rim ini dikategorikan sebagai rim harga bangsawan, tetapi tetap menjadi pembelian yang berbaloi.
Ini kerana mempunyai ciri lightweight bagi menambah kelajuan dengan pergerakan yang lebih lancar serta pecutan yang lebih pantas.
Rim ini dibina dengan keluli tuang dalam dengan reka bentuk 5 jejari serta lubang bearing heavy duty pada sport rim.
Ciri ini menjadikan batang rim lebih kuat sekaligus memberi ketahanan yang unggul.
Rim ini dibina untuk pelbagai jenis moto dengan saiz tayar yang lebar, memang sangat sesuai untuk anda yang gemar pakai tayar bersaiz besar.
Boleh dikatakan salah satu sport rim yang sedang trending dikalangan anak muda yang terlibat dalam dunia permotoran.
Rim ini sesuai untuk anda yang inginkan rim yang ringan ataupun ingin bertukar dari rim standard yang besar ke saiz yang lebih kecil baik.
Lagipun rim ini dapat meringankan motosikal serta mengurangkan kos membeli tayar.
Rim ini hadir dengan 4 jenis warna iaitu matt black, gold, merah diamond dan biru diamond.
Untuk anda yang tidak mempunyai bajet terlalu besar untuk membeli sport rim, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli sport rim jenama Kayama ini.
Rim ini hadir dengan saiz 1.6 untuk rim depan dan 1.85 untuk rim belakang sebagaimana ukuran rim standard kebanyakan motosikal kapcai bawah 135cc.
Biarpun murah, motosikal anda tetap nampak menyerlah seakan anda memakai rim original sekiranya anda menggayakan rim ini pada motosikal anda.
Buat pengguna motosikal retro seperti Yamaha RXZ pasti menggunakan rim bersaiz 18.
Sport rim ini antara yang terbaik untuk digayakan ketika anda turun gathering atau konvoi.
Rim ini berasal dari motosikal klasik Kawasaki GTO dengan ukuran lebar 1.4 depan dan 1.8 pada bahagian belakang.
Pastinya motosikal anda akan kelihatan lebih ranggi dan solid dengan rim ini.
Paling penting, rim ini juga diperakui antara sport rim yang tahan lasak.
Kadang-kadang nak tukar rim pun tak ada bajet, tapi jangan risau sebab anda boleh beli sport rim murah dari jenama Demak ini.
Sport rim ini memang sesuai untuk motor besar dan yang terbaik untuk digayakan ketika anda gathering atau konvoi dengan kawan-kawan.
Barulah nampak lebih bergaya dengan sport rim Demak ini.
Walaupun murah, motosikal anda tetap nampak menyerlah seakan anda memakai rim original sekiranya anda menggayakan rim ini pada motosikal anda.
Jenis Rim Motor
Bagi anda yang kurang tahu atau mahir tentang motor, tentu pening kepala nak pilih rim motor baru.
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis rim motor di pasaran dan setiap satunya digunakan pada jenis motosikal tertentu.
Bagaimanapun, berikut adalah beberapa jenis rim yang biasa digunakan pada motosikal di Malaysia:
Rim Spoke (Rim Spoke Tayar Tiub)
Diperbuat daripada banyak jejari (spokes) yang disambungkan antara hab (hub) dan rim.
Rim jenis ini adalah ringan, fleksibel, dan sesuai untuk permukaan yang tidak rata dan sering digunakan terutamanya pada motosikal kembara dan motocross.
Namun, rim ini memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerana jejari boleh menjadi longgar atau patah.
Rim Cast/Alloy
Dibuat daripada aloi (alloy) seperti aluminium atau magnesium melalui proses tuangan.
Kelebihan rim ini adalah ia kukuh, tahan karat, dan menawarkan kestabilan yang lebih baik pada kelajuan tinggi.
Selain itu, rim jenis ini juga mudah dijaga.
Keburukan rim ini adalah ia lebih berat dan kurang fleksibel berbanding rim spoke, dan jika rosak, sukar untuk diperbaiki.
Rim Tubeless
Rim tubless sangat sesuai dengan tayar tanpa tiub dan ia biasanya digunakan pada rim cast atau aloi.
Apa yang bagus tentang rim ini adalah ia mengurangkan risiko pancit, lebih selamat, dan tayar lebih mudah untuk dipasang atau dibaiki.
Kekurangan rim ini pula ia memerlukan rim yang khusus untuk memastikan tayar boleh diikat dengan baik.
Rim Carbon Fiber
Diperbuat daripada gentian karbon, biasanya rim ini digunakan pada motosikal prestasi tinggi.
Sangat ringan dan kuat, rim carbon fiber memberikan kelebihan dalam pengendalian serta prestasi mantap.
Bagaimanapun, rim ini sangat mahal dan boleh pecah jika mengalami hentaman kuat.
Kesimpulannya, setiap jenis rim mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri, bergantung kepada penggunaan dan keutamaan anda menggunakan motosikal.