Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
best lock motorcycle

13 Jenama Lock Motor Terbaik 2024 (Paling Selamat)

Pilih lock motor bagus supaya motor lebih selamat.

Motosikal merupakan salah satu kenderaan utama rakyat Malaysia untuk pelbagai tujuan dan kegunaan harian seperti pergi kerja atau bersiar-siar.

Tapi bak kata pepatah, malang tak berbau kerana pemilikan dan penggunaan motosikal juga mempunyai risikonya tersendiri.

Selain daripada risiko kemalangan, pengguna motosikal juga sering terdedah dengan risiko kecurian kerana gagal kunci tayar motor dengan baik.

Langkah terbaik adalah pilih motor lock atau padlock motor paling bagus untuk memastikan motosikal anda kurang risiko kecurian.

Berikut adalah senarai jenama kunci motor terbaik bagi memastikan motor anda sentiasa dalam keadaan selamat. 


Senarai 13 Jenama Lock Motorcycle Terbaik

Lock motor terbaik secara keseluruhan
Tonyon Fork Lock Heavy Duty
Tonyon
Tonyon Fork Lock Heavy Duty
mulai
RM28.90
Semak Tonyon Fork Lock Heavy Duty harga dibawah:
add_circle Material yang kuat dan berkualiti
add_circle Mempunyai penutup tempat kunci
add_circle Tahan lasak
add_circle Sesuai untuk semua jenis motosikal
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Saiz yang besar dan berat
remove_circle Sukar untuk disimpan

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk ini sudah lengkap set 1 pengunci fork serta dua anak kunci, dan anda tak perlu risau lagi sebab pengunci lock ini mempunyai material yang sangat kukuh dan berkualiti.

Ciri-ciri:

Saiz berukuran 29cm x 10 cm membuatkannya bersesuaian dengan semua jenis motosikal.

Cara penggunaan lock ini mudah saja, kunci bahagian fork depan melalui jejari rim yang akan menghalang roda depan dari berpusing apabila dikunci.

Jenis heavy duty dan juga tahan lasak, jadi sukar untuk pencuri membuka atau memecahkan kunci motor ini.

Jadi, motorsikal anda selamat dan pencuri sukar untuk melakukan ‘kerja’ mereka.

Review:

"Solid build quality, kunci pun solid and smooth tidak sekat-sekat. Untuk Honda Wave Alpha Fi 2023, saya fork depan memang senang nak lock dan masih ada ruang. Bahagian belakang boleh dan agak ngam, tapi kena effort sikit. Nak simpan dalam storage pun muat-muat je untuk model seperti dalam gambar. Sangat berpuas hati dengan kualiti produk."

Lock motor anti acid
Padlock Finland Shield
Padlock Finland Shield
mulai
RM169.00
Semak Padlock Finland Shield harga dibawah:
add_circle Ciri keselamatan yang terbaik
add_circle Badan yang kukuh
add_circle Kalis potong, gerudi, dan asid
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Harga mahal

Lock ini pernah dibuktikan melalui video yang viral di media sosial dimana ia tidak boleh dipotong.

Mangga ini bukan saja boleh digunakan untuk mengunci motor tapi boleh digunakan untuk pelbagai benda.

Jenama ini turut diperakui oleh sebuah syarikat Insurans iaitu Kurnia dan satu-satunya jenama diperakui oleh syarikat berkenaan.

Setiap pembelian, terdapat set 1 mangga dan 4 anak kunci, jadi anda tak perlu risau sekiranya berlaku kehilangan kunci.

Uniknya, mangga ini mempunyai enam ciri keselamatan iaitu Anti Pry, Anti Drill, Anti Rust, Anti Saw, Anti Cut, Anti Crack dan Anti Acid.

Semua sistem keselamatan di atas ini telah diperakui di peringkat antarabangsa.

Pengeluar turut menyediakan waranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Untuk motosikal, mangga ini anda boleh guna untuk kunci pada bahagian disc atau sprocket.

Lock motor padlock mangga
Abloy PL/PLM Series Padlock
Abloy PL:PLM Series
mulai
RM219.00
Semak Abloy PL/PLM Series Padlock harga dibawah:
add_circle Sistem keselamatan tahap tinggi
add_circle Tahan lasak
add_circle Kunci tidak boleh ditiru
add_circle Warranty sepanjang hayat
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kunci boleh dipesan dari pengeluar sekiranya hilang

Satu lagi mangga lock jenis premium yang lebih dikenali dengan ciri keselamatan tinggi iaitu Abloy PL/PLM series.

Siri mangga Abloy ini mempunyai pelbagai variasi model mengikut jenis dan berharga sekitar RM219- RM879.

Mangga Abloy mempunyai ciri tahan lasak dan terkenal dengan ketahanan dari pelbagai jenis serangan fizikal.

Uniknya, rekaan kunci Abloy tidak mudah untuk ditiru dan sistem kunci hanya beroperasi dari kunci asli sahaja. 

Komponen mangga ini juga tahan panas, sejuk, tahan beku, hakisan, karat dan kotor. 

Bagi memastikan keaslian kunci mangga setiap set mangga didatangi dengan kad identiti. 

Pengeluar memberi warranty sepanjang hayat kepada pengguna.

Lock motor fork
Solfili (Solcar) Fork Lock
Solfili (Solcar) Fork Lock
mulai
RM35.00
Semak Solfili (Solcar) Fork Lock harga dibawah:
add_circle Material yang berkualiti dan kukuh
add_circle Mempunyai penutup kuncI
add_circle Mudah digunakan
add_circle Sesuai untuk semua jenis motosikal
remove_circle Saiz yang agak besar dan berat
remove_circle Sukar untuk disimpan

Setiap pembelian, anda akan dapat sebuah Fork Lock dan dua anak kunci berbentuk silinder.

Jangan risau, lock motosikal jenis ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. 

Untuk pengetahuan, shackle kunci lock ini diperbuat daripada aloi aluminium bagi menjamin kekuatan dan ketahanan.

Manakala rumah kuncinya diperbuat daripada silinder stainless steel dan bersalut chrome dengan lubang kunci pada bahagian tengah bawah.

Lock ini mempunyai dua pilihan ukuran mengikut kesesuaian motosikal anda iaitu 100 x 290mm dan juga 100 x 328mm.

Cara penggunaan lock ini adalah dengan mengunci bahagian fork depan motosikal melalui jejari rim kerana akan menghalang roda depan dari berpusing.

Lock motor kabel
Solfili (Solcar) cable lock
Solfili (Solcar) cable lock
mulai
RM40.00
Semak Solfili (Solcar) cable lock harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan dengan pelbagai cara
add_circle Sesuai untuk semua jenis motosikal
remove_circle Penyimpanannya memakan ruang yang besar

Produk ini merupakan lock jenis kabel yang berukuran 100cm atau 135cm.

Lock jenis ini boleh digunakan pelbagai cara dan boleh berfungsi sebagai fork lock dan lock tayar belakang.

Disebabkan pengunci motor ini jenis kabel, jadi anda boleh tambatkannya pada besi atau tiang untuk menyukarkan lagi pencuri mencuri.

Bahagian kabel disaluti dengan lapisan material yang kukuh dan berkualiti tinggi, pasti pencuri sukar untuk mencuri motosikal anda.

Lock motor alarm
Veison DX19 V2 Disc Lock
Veison
Veison DX19 V2 Disc Lock
mulai
RM53.33
Semak Veison DX19 V2 Disc Lock harga dibawah:
add_circle Material yang berkualiti dan kukuh
add_circle Terdapat sensor pergerakan dan hentakan
add_circle Terdapat sistem penggera
add_circle Ringan dan mudah dibawa
add_circle Kalis air
remove_circle Sistem penggera tak berfungsi sekiranya bateri habis

Lock jenis ini adalah disc lock dan lock jenis ini diperkuatkan dengan material zink aloi bagi menjamin kekuatan dan mengurangkan berat.

Lock ini mempunyai berat sebanyak 440 gram jadi mudah untuk dibawa ke mana saja.

Bagusnya lagi, lock ini mempunyai sistem penggera, sensor pergerakan dan hentakan sebagai ciri keselamatan tambahan.

Bahagian sistem penggera diperkuatkan lagi dengan bunyi yang agak kuat sehingga 130 db jika berlaku kecurian.

Jangan risau, anda boleh mengawal sistem tersebut tapi hanya ada pada versi V2.

Lock motor Y15ZR
Yamaha Disc Lock
Yamaha
Yamaha Disc Lock
mulai
RM43.00
Semak Yamaha Disc Lock harga dibawah:
add_circle Material yang kukuh
add_circle Anti potong dan ketuk
add_circle Mempunyai reminder cable
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Hanya boleh digunakan pada motosikal yang guna brake disc

Lock ini merupakan salah satu produk rasmi daripada Hong Leong Yamaha yang dikhususkan untuk mengunci disc motosikal.

Lock ini bukan saja dikategori berkualiti tapi reka bentuknya ringkas, menarik dan solid.

Material lock ini diperbuat daripada aloi yang kukuh dan mempunyai ciri lain seperti anti gergaji dan anti hammer.

Saiz pengunci pin lock ini ialah 10mm dan terdapat sistem penguncian one push locking.

Apa yang menarik lagi, lock ini mempunyai reminder cable.

Kebiasaannya diikat pada pemegang motosikal untuk mengelakkan anda dari terlupa yang motosikal anda masih kunci.

Jadi dengan reminder cable anda pasti dapat mengelakkan daripada perkara yang tak diingini.

Cara penggunaannya:

  1. Masukkan kunci, pusingkan kunci.
  2. Kapitkan pada disc motosikal.
  3. Tekan dan pusing kunci.
  4. Untuk buka semula, tekan dan pusingkan kunci kemudian tarik lock daripada disc.
Lock motor anti cut
Solex 9040 Motorcycle Disc Lock & Shutter Lock
solex disk lock motor
mulai
RM78.00
Semak Solex 9040 Motorcycle Disc Lock & Shutter Lock harga dibawah:
add_circle Anti-cut, anti-picking, dan anti-skeleton
add_circle Kombinasi kunci 300,000 kod
add_circle Push down locking system

Lock motor jenama Solex memang tahan lama kerana diperbuat dari besi pepejal yang padu dan berat.

Kunci ini mempunyai solid brass cylinder, Inox Spring System dan diameter bolt pengunci 6 mm.

Dengan kombinasi kunci 300,000 kod dan push down locking system, kunci ini sangat selamat.

Tambahan lagi, tiga solid brass keys yang memberikan perlindungan maksimun dari anti-cut, anti-picking, dan anti-skeleton.

Berukuran 5.5 x 5 x 2 (L x W x H) cm dan boleh didapati dalam lima warna berbeza: perak, merah, kuning, biru dan hitam.

Lock motor disc
Abus 300 10mm Steel Bolt Motorbike Brake Disc Lock
abus lock motor
mulai
RM264.00
Semak Abus 300 10mm Steel Bolt Motorbike Brake Disc Lock harga dibawah:
add_circle Berat
add_circle Tahan hentaman
add_circle Kunci boleh balik yang mudah digunakan
add_circle Penutup lubang kunci tahan kotoran dan hakisan
remove_circle Harga sedikit mahal

Salah satu pilihan kunci motor terbaik ialah lock motor Abus dengan berat hanya 620g.

Dilengkapi dengan pembawa tanpa bracket dan boleh didapati dalam lima warna yang berbeza iaitu merah, oren, kuning, hijau dan chrome.

Bolt pengunci berukuran 10 mm dan saiz brake disc lock inner clearance pula 60mm.

Selain itu, bolt pengunci diperbuat daripada keluli yang dikeraskan khas dan badan kunci diperbuat daripada logam tuang tahan hentaman.

Ciri-ciri lain termasuk silinder kualiti ABUS dengan kunci boleh balik yang mudah digunakan.

Penutup lubang kunci yang dikendalikan secara manual untuk melindungi daripada kotoran dan hakisan.

Jika meninggalkan motosikal lebih lama, disarankan ikat pada objek tetap dengan lock motor tambahan.

Lock motor berbunyi
AKIRO Motor Alarm Disc Lock
AKIRO Motor Alarm Disc Lock
mulai
RM10.00
Semak AKIRO Motor Alarm Disc Lock harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Sangat tahan lasak
add_circle Operasi ringkas dan mudah
add_circle Bunyi alarm kuat
remove_circle Perlukan penukaran bateri

Lock motor Akiro mempunyai badan yang diperbuat daripada bahan aloi super hardness.

Kunci anti-kecurian kalis air yang sesuai untuk motosikal, skuter dan basikal.

Cukup hanya klik silinder kunci untuk mengunci cakera brek, dan ia akan memasuki mod penggera dengan bunyi "DU".

Dilengkapi pin kunci 0.7 cm dan fungsi bunyi amaran 110 db yang kuat.

Sekiranya seseorang cuba mengganggu kunci, ia akan mengeluarkan bunyi penggera "DU DU DU" selama 10 saat.

Terdapat dalam warna hitam, biru, kuning, dan perak.

Jika anda mendengar " Ge, Ge, Ge..."atau penggera berbunyi kurang dari 10 saat, itu tandanya bateri perlu ditukar.

Lock motor paling selamat
HIFAST Motorcycle Alarm Disc Lock
HIFAST Motorcycle Alarm Disc Lock
mulai
RM53.80
Semak HIFAST Motorcycle Alarm Disc Lock harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk basikal, scooter dan motosikal
add_circle Mudah dibawa
add_circle Penggera sangat kuat
remove_circle Tidak kalis air
remove_circle Tidak muat piring y15

Bagi mereka yang pernah kehilangan motosikal kesayangan, beli je lock motor Hifast.

Bukan apa, bunyi penggera sangat kuat sehingga dapat didengar mereka yang parking motosikal bawah flat dan duduk di tingkat 2.

Jadi, anda tak perlu risau lagi nak tinggal motosikal dan yakin dengan keselamatannya.

Keyless locking bersaiz kecil, ringan dan berfungsi dengan mengunci brek cakera.

Diperbuat dari logam tahan lama dan mempunyai ciri movement & shock sensor.

Ini bermakna ia sangat sensitif dan akan mengeluarkan bunyi amaran apabila berlaku perlanggaran atau getaran, bunyinya menjadi lebih kuat apabila gangguan meningkat.

Matikan fungsi peringatan amaran dengan mengeluarkan atau membuka kunci bateri.

Pengguna akan dapat lock motor termasuk bateri dan 2 kunci motor 6mm.

Lock motor U
Peeos PX13 Passcode U-Lock Motor
Peeos PX13 Passcode Lock Motor
mulai
RM39.99
Semak Peeos PX13 Passcode U-Lock Motor harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Bunyi kuat
add_circle Kukuh
add_circle 10000 kod laluan
remove_circle Perlu ingat kod kombinasi

Kunci mudah hilang, terlupa tempat letak, atau mudah dibuka? Jangan risau, beli je lock motor Peoos ni.

Bukan sahaja boleh guna untuk motosikal, malah basikal, pintu pagar, tingkap dan pagar rumah pun boleh.

Lock motor ini agak berat dan boleh mengunci objek dengan diameter 19mm dan jarak 50 mm.

Diperbuat dari aloi zink pepejal berkualiti premium yang cukup keras, kuat, anti karat dan anti rosak.

Dengan 10,000 kemungkinan kombinasi, motosikal anda kekal selamat.

Direka dengan ciri anti-gerudi, anti-karat, anti-shear, anti-smash, anti-saw, anti-asid dan anti-potong untuk keselamatan maksimum.

Lock senang nak tukar passcode, ada manual di bahagian belakang yang anda boleh rujuk.

Lock motor pemegang
DM Anti-Theft Motorcycle Lock Handlebar
DM Anti-Theft Motorcycle Lock Handlebar
mulai
RM16.90
Semak DM Anti-Theft Motorcycle Lock Handlebar harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Anti karat
add_circle Tahan lasak
remove_circle Hanya untuk handle motor sahaja

Kalau anda mencari kunci motor yang boleh digunakan pada handle motor, anda boleh dapatkan lock motor ini untuk tambah lagi keselamatan motor anda.

Kunci motor ini jenis tahan lasak, tahan karat dan tidak mudah untuk dipecahkan atau dirosakkan, jadi agak susah untuk pencuri membuka kunci ini.

Selain itu, ia juga mudah digunakan dan mudah disimpan dalam storange motor anda kerana saiznya kecil dan juga ringan.

Lock motor ini banyak digunakan pada motosikal, motor jenis skuter dan juga boleh digunakan pada ATV.

Paling penting, harganya tidak terlalu mahal untuk anda dan ia hadir dalam pelbagai warna yang anda boleh pilih.


Jenis Lock Motosikal Terbaik

Setiap pengguna motosikal digalakkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu atau lebih jenis lock motor. 

Lagipun di pasaran terdapat pelbagai jenis lock motor dengan pelbagai harga dan kualiti mengikut kesesuaian motosikal anda.

Antara jenis-jenis lock motorsikal adalah:

  • Fork Lock

Lock jenis ini digunakan untuk mengunci bahagian fork motosikal.

Fungsi ini bagi memastikan roda bahagian depan tidak dapat berpusing ketika dicuri.

Lock ini sesuai digunakan untuk semua jenis motosikal.

  • Cable Lock/Chain lock

Fizikal lock ini kebiasaannya jenis kabel atau rantai gelung.

Lock ini boleh digunakan untuk pelbagai cara.

Erti kata lain, anda boleh mengunci pada bahagian fork, tayar belakang atau menambat pada besi.

Disebabkan pengunci motor ini jenis kabel, jadi lock ini sesuai untuk semua jenis motosikal.

  • Disc Lock

Kecil, simple dan solid, itu merupakan ciri-ciri fizikal disc lock.

Lock ini digunakan dengan cara mengapit pada bahagian disc motosikal.

Apa yang lebih penting, saiz yang kecil menjadikan lock ini mudah disimpan dan dibawa kemana-mana.

Cuma lock ini sesuai untuk motosikal yang menggunakan brake disc sahaja.

  • Padlock mangga

Lock ini merupakan lock jenis konvensional dan universal.

Bukan saja digunakan untuk mengunci motor tapi digunakan untuk pelbagai kegunaan lain.

Lock ini memiliki saiz kecil, mudah disimpan dan dibawa kemana-kemana.

Cuma diingatkan, pemilihan mangga yang berkualiti tinggi boleh menjamin keselamatan motor anda.

  • Alarm lock

Kebiasaannya terdapat dalam bentuk padlock ataupun disc lock.

Lock ini bukan sahaja mempunyai keupayaan mengunci tetapi turut mempunyai ciri keselamatan tambahan.

Antaranya sistem penggera yang akan berbunyi dan menarik perhatian orang ramai apabila cuba disentuh.


Cara Pilih Lock Motor

Sebagai pemilik motosikal, pastinya anda bimbang tentang keselamatannya.

Salah satu cara untuk mengelakkan kecurian motosikal adalah dengan memasang lock motorcycle.

Ikuti tips kami kongsikan di bawah untuk memilih lock motor terbaik.

  • Jenis lock motor

Terdapat beberapa jenis kunci motor yang boleh anda pilih. Antaranya jenis fork lork, cable lock, disc lock, dan series pad lock.

Pilih kunci yang mudah digunakan tanpa memerlukan banyak tenaga untuk mengunci atau membuka kunci terutama jika tergesa-gesa atau dalam cuaca buruk.

  • Saiz lock motor

Pastikan saiz kunci motosikal ringan dan mudah dibawa semasa dalam perjalanan.

Tambah lagi, pastikan lock motor sesuai dengan model motosikal.

  • Tambahan keselamatan

Pertimbangkan kunci dengan ciri keselamatan tambahan seperti susah diketuk, kunci tidak boleh dipalsu, dua mekanisme penguncian, atau bunyi alarm, terutama jika tinggal di kawasan jenayah tinggi.

Lagi selamat, beli kunci motor yang lebih canggih seperti motor kunci elektronik atau guna sensor cap jari.

  • Jenama

Pilihlah jenama lock motor terbaik yang dikenali ramai, boleh dipercayai dan berkualiti agar lebih tahan lama dan sukar dipecahkan.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Lock Motor?

Semua pemilik motosikal anda perlu mempunyai lock motor. 

Bukan sahaja dapat mengunci motosikal dengan selamat, malah melindungi motosikal daripada kecurian. 

Dengan menggunakan kunci motor, anda tentu lebih tenang apabila meletakkan motosikal di tempat awam. 

Kunci motor juga senang dan cepat dipasang pada motosikal. 

Sebagai contoh, beberapa kunci direka untuk dipasang pada brek cakera motosikal anda, sementara yang lain boleh dipasang pada bahagian pemulas (handle).

Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama kunci motor ialah agak sukar untuk menggerakkan motosikal jika kehilangan kunci atau terlupa kombinasi. 

Lebih-lebih lagi, jika lock motor rosak, mungkin lebih sukar untuk dibuka dan memerlukan kos pembaikan tambahan dan masa pembaikan yang lebih lama.

Secara ringkas, lock motor masih pelaburan penting untuk memastikan keselamatan motosikal, cuma pastikan untuk simpan kunci seeloknya.


Apakah Kunci Terbaik Untuk Motor Saya?

Lock motor jenis U adalah pilihan popular kerana ia sukar dipatahkan dan harganya berpatutan. 

Pilih kunci U dari jenama terkenal seperti ABUS untuk kualiti lebih baik.

Kunci rantai turut disyorkan kerana ia memberi perlindungan tambahan dengan mengunci bahagian tayar atau bingkai motosikal. 

Pilih rantai yang tahan karat dan tidak mudah dipotong.

Selain itu, kunci disk brakelock juga sesuai untuk motosikal. Ia mengunci brek belakang dan tidak mudah dibuka. 

Pastikan saiz kunci disk sepadan agar tidak terlepas atau rosak.

Jangan sekali-kali meninggalkan kunci pada bawah tempat duduk dan selalu periksa kunci untuk pastikan ia berfungsi dengan baik. 


Tips Berguna Elak Motosikal Anda Dicuri 

Berikut tips berguna cara elak motosikal kena curi:

  1. Gunakan kunci berkualiti tinggi seperti kunci U kalis patah atau rantai kunci motosikal yang kuat. 
  2. Sentiasa kunci motorsikal walaupun untuk masa yang singkat dan sekurang-kurangnya kunci handle motosikal atau brek hadapan (disc brake).
  3. Pasang alarm atau peranti GPS untuk mengesan lokasi motosikal jika dicuri. Ini dapat membantu pihak polis mengesan motosikal dengan lebih pantas.
  4. Letakkan motosikal di tempat yang selamat, terbuka dan pandangan mudah dilihat oleh orang sekeliling walaupun hanya untuk tempoh waktu yang singkat.
  5. Jika menggunakan kabel, besi atau rantai kunci, ikatkan pada objek tetap seperti tiang atau palang besi untuk menghalang motorsikal diseret pergi. 
  6. Catat nombor enjin, nombor chassis dan ciri-ciri unik motosikal. Ini memudahkan pihak polis mengenal pasti motosikal jika ditemui.
  7. Pasang alarm berbunyi kuat jika motosikal digoyang atau disentuh tanpa kebenaran. Ini dapat menghalau pencuri.
  8. Simpan resit dan dokumen motosikal sebagai bukti pemilikan di tempat selamat.

Artikel Berkaitan

End of Article