Automotif

11 Steering Lock Kereta Terbaik di Malaysia 2026 - Paling Selamat

Nak cari lock steering kereta paling selamat? Ini senarai steering lock terbaik untuk elak kecurian. Jangan lupa guna stereng kereta lock!


Editor · Updated 22 Aug 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Steering Lock Kereta Terbaik di Malaysia 2026 - Paling Selamat

Siapa yang tidak sayangkan kereta, kan? 

Kereta yang setia membawa kita untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan mudah dan selamat.

Kandungan

Tetapi, kadang-kadang risau juga untuk parkir kereta di tepi jalan sebab takut kalau kereta dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga kita digalakkan untuk guna stereng kereta lock pada steering kereta untuk tambah keselamatan kereta anda.

Tak tahu jenis steering lock mana yang terbaik di pasaran?

Kali ini kami senaraikan lock steering kereta paling selamat yang boleh anda dapatkan untuk kereta kesayangan anda.


Senarai 11 Steering Lock Terbaik

Little Wagon Steering Lock Universal Auto
Steering lock Toyota 1 daripada 11
Little Wagon Steering Lock Universal Auto
Little Wagon
Dari RM29.90
Material besi tahan lasak
Kunci boleh laras
Tiada jaminan kerosakan
1 lagi
Mudah digunakan

Little Wagon Steering Lock Universal Auto merupakan kunci stereng yang mudah digunakan dan sesuai untuk kebanyakan model kereta di Malaysia.

Ia diperbuat daripada keluli chrome yang tahan lasak, kunci stereng ini menyediakan keselamatan yang kukuh dengan mengunci stereng kepada pedal brek. 

Selain itu, kunci yang boleh laras ini mudah digunakan, hanya tarik bahagian kepala ke atas untuk mengunci kereta anda. 

Salutan getahnya memastikan kenderaan anda dilindungi daripada calar dan kerosakan semasa digunakan. 

Little Wagon Steering Lock turut dilengkapi dengan dua kunci, memberikan ketenangan fikiran dengan adanya kunci simpanan. 

Sesuai untuk pelbagai model kenderaan, kunci universal ini adalah alat penting untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan keselamatan kereta tanpa rumit dan dengan kos yang rendah.

RASLOK - Steering Lock
Hilux steering lock 2 daripada 11
RASLOK - Steering Lock
Raslok
Dari RM398
Sesuai untuk semua model kereta
Mudah dipasang
Harga yang mahal
1 lagi
Tahan lasak & sukar dipecahkan

RASLOK Steering Lock merupakan kunci steering keselamatan bertaraf tinggi yang direka dengan teliti di Singapura dan dibuat khas untuk pasaran Malaysia. 

Bahagian luar steering lock ini disaluti kulit asli yang mewah, menawarkan penampilan yang elegan tanpa menjejaskan ketahanan. 

Ia juga mempunyai rekaan universal yang sesuai dengan semua model kereta, jadi tiada masalah apa jua jenis model kereta yang anda pakai.

Kunci stereng boleh laras ini sangat kukuh dan tahan lasak, menghalang pencuri amatur dan juga profesional untuk memecahkan kunci ini. 

Dibina daripada struktur keluli super keras yang diperkuat, ia tidak mudah dipotong, dipecah dan digerudi, memberikan perlindungan yang tiada tandingan untuk kenderaan anda. 

Teras kunci 12-pin yang inovatif meningkatkan keselamatan kenderaan anda, menjadikannya lebih selamat daripada kunci biasa. 

Sebarang cubaan membuka atau memecahkan secara paksa akan triggered hon kereta anda, menambahkan lapisan keselamatan tambahan. 

Mudah dipasang dan selamat, RASLOK Steering Lock ini turut disokong jaminan pembekal selama 1 tahun, memastikan perlindungan yang boleh dipercayai untuk kenderaan anda.

Baseball Bat Car Steering Lock
Steering lock Persona 3 daripada 11
Baseball Bat Car Steering Lock
Dari RM18.90
Harga murah
Senang dipasang
Saiz panjang
3 lagi
Kuat & tahan lama
Rekaan double lock
Saiz compact

Steering lock yang direka seperti kayu besbol ini boleh berfungsi sebagai alat mempertahankan diri apabila berdepan dengan penjahat. 

Selain itu, alat ini boleh digunakan untuk memecahkan cermin tingkap kereta ketika anda berada dalam kecemasan seperti kemalangan. 

Steering lock ini diperbuat daripada keluli yang kuat, jadi akan menyukarkan pencuri untuk melakukan ‘kerja’ mereka. 

Saiz yang compact membuatkan stereng lock ini mudah disimpan bawah tempat duduk anda dan tidak berat.

Sesuai dengan kebanyakan jenis kereta seperti Perodua Bezza, Kancil, Nissan, Proton dan banyak lagi. 

Universal Car T Shape Steering Lock
Steering lock Honda City 4 daripada 11
KENTRADE Universal Heavy Duty T Shape Anti-theft Steering Wheel Lock
Dari RM49
Percuma 2 kunci
Mudah untuk dipasang
Tiada waranti
2 lagi
Warna kuning terang
Sesuai untuk semua jenis kereta

Steering lock berbentuk huruf T ini akan menggagalkan cubaan pencuri untuk melarikan kereta anda kerana stereng tidak boleh dipusingkan apabila steering lock dipasang. 

Turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terbaik kerana jika pencuri potong stereng sekali pun, kunci yang dipasang tetap tidak akan terbuka. 

Steering lock ini juga telah disalut dengan bahan vinyl agar bahagian dalaman kereta tidak tercalar.

Boleh dipasang pada kebanyakan jenis kereta termasuk stereng kereta yang dilengkapi airbag.  

Jangan lupa untuk ikuti langkah-langkah pemasangan yang disediakan dengan betul agar kereta selamat daripada kecurian. 

Y Shape Steering Wheel Lock Kunci Kereta CM42
Steering lock murah 5 daripada 11
Y Shape Steering Wheel Lock Kunci Kereta CM42
Dari RM19.90
Boleh digunakan untuk mempertahankan diri
Senang dipasang
Kurang sesuai untuk stereng yang ada cover
1 lagi
Harga murah

Tingkatkan keselamatan kenderaan anda dengan steering wheel lock berbentuk Y ini!

Apabila steering wheel lock ini dipasang, stereng kereta anda tidak akan boleh dipusingkan kerana pergerakannya akan terhalang oleh tingkap dan tempat duduk kereta. 

Lepas ini, tidak perlu risau lagi jika nak parkir kereta di tepi jalan untuk tempoh yang lama kerana sudah tentu sukar untuk pencuri untuk curi kereta kesayangan anda.  

Untuk para wanita, anda boleh gunakan steering lock jenis ini untuk kereta anda sebab senang digunakan dan ringan. 

Cara penggunaan, anda hanya masukkan lock ini pada stereng kereta, tarik batang tersebut dan kunci! Siap!

Universal Auto Security Steering Wheel Lock 520mm
Steering lock Axia 6 daripada 11
Universal Auto Security Steering Wheel Lock 520mm
Dari RM20.80
Tidak mencalarkan kereta
Sangat senang untuk dipasang
Kurang sesuai untuk kereta besar
1 lagi
Mempunyai 2 kunci

Agar keselamatan kereta lebih terjamin terutamanya ketika anda tiada di rumah, anda boleh kunci stereng kereta dan pedal brek sekali gus dengan steering wheel lock ini. 

Walaupun harga murah, namun kualitinya tidak mengecewakan kerana diperbuat dari bahan yang kukuh dan berkualiti tinggi bagi menjamin kekuatan.

Perlu diingatkan, panjang steering lock ini adalah sekitar 520-670mm, jadi jangan lupa ukur jarak dari stereng anda ke pedal brek agar tidak tersalah beli. 

Sesuai digunakan pada kereta bersaiz kecil seperti Kancil, Mini Cooper dan Honda Jazz.

T-REX Steering Wheel Lock Baseball Type
Steering lock Myvi 7 daripada 11
T-REX Steering Wheel Lock Baseball Type
Dari RM39.90
Sepadan dengan pelbagai jenis kereta
Tempoh jaminan 2 tahun
Harga mahal
2 lagi
Mudah terlihat dari jauh
Tahan lasak

Rekaan steering wheel lock jenama T-Rex ini telah ditambah baik kerana kini mempunyai 2 levels gear locking system. 

Sistem ini yang akan menyukarkan pencuri untuk melarikan kereta anda tau!

Boleh digunakan pada kereta bersaiz besar dan kecil seperti Ativa, Myvi, Ford dan Nissan. 

Uniknya, bahagian pemegangnya pula diperbuat daripada bahan EVA yang selesa untuk dipegang.

Sangat mudah untuk dipasang, anda hanya perlu masukkan kunci untuk buka penutup klip dan letakkan lock ke atas stereng kereta. 

Kemudian, tekan penutup bawah steering lock ke atas untuk kunci alat tersebut. 

Jika nak unlock pula, masukkan kunci yang disediakan, pusingkan ke arah kanan dan bahagian penutup bawah steering lock akan terbuka.

HC-Cargo Universal Car Steering Wheel Anti-Theft Strap Lock
Steering lock terbaik secara keseluruhan 8 daripada 11
HC-Cargo Universal Car Steering Wheel Anti-Theft Strap Lock
Dari RM65
Muat disimpan dalam laci dashboard kereta
Sesuai dengan semua jenis kereta
Bahagian kain kuning ada bau
2 lagi
Mempunyai 2 anak kunci
Senang dipasang

Sebab menjadi pilihan utama:

Steering wheel lock HC-Cargo ini lain daripada yang lain kerana anda hanya perlu dipasangkannya pada tali pinggang keledar. 

Selain itu, strap steering lock ini diperbuat daripada keluli yang tahan lasak dan kuat, jadi dapat menjaga keselamatan kereta anda tanpa ragu.

Ciri-ciri: 

Bukan sahaja boleh memastikan keselamatan kereta daripada dicuri, malah tiada masalah jika anda nak pasangnya pada beg komputer riba yang diletakkan dalam kereta.  

Selain sesuai untuk kereta seperti Honda, Perodua, Toyota dan Proton, kunci stereng ini juga boleh berfungsi dengan baik pada van dan kereta SUV kerana jenis universal. 

Steering lock berwarna kuning ini juga mudah terlihat dari luar kereta, jadi akan mematahkan cubaan pencuri untuk mencuri kereta anda.

Paling penting, ia mudah disimpan di dalam compartment simpanan dashboard dengan hanya menggulungkannya sahaja, tidak seperti steering lock konvensional yang mempunyai bentuk memanjang.

Review:

"Mudah untuk buka kunci. Security terbaik steering tak boleh gerak. Walaupun kepala dia plastik, tapi pencuri sukar nak pecahkan sebab kepalanya masuk ke dalam celah kerusi."

SOLEX Steering Lock Model 19080
Steering lock Bezza 9 daripada 11
SOLEX Steering Lock Model 19080
Dari RM210
Diperbuat daripada keluli berkualiti
Rekaan lain daripada yang lain
Harga mahal
1 lagi
Tidak menggunakan anak kunci

Tidak seperti jenama lain, alat kunci stereng jenama SOLEX ini pula tidak menggunakan kunci fizikal, sebaliknya boleh dikunci menggunakan kod kombinasi seperti peti besi. 

Jadi, anda tidak perlu risau tentang kehilangan anak kunci lagi selepas ini. Menarik bukan?

Saiznya yang berat juga membolehkan anda untuk menggunakannya sebagai alat mempertahankan diri ketika kecemasan atau berdepan dengan orang berniat jahat. 

Walaupun harganya mahal, namun pembelian kunci stereng ini berbaloi kerana keluli yang digunakan berkualiti tinggi.

TRENY Car Steering Security Lock A8
Steering lock stainless steel 10 daripada 11
TRENY Car Steering Security Lock A8
Dari RM48.99
Rekaan anti kecurian
Kunci kukuh & solid
Berat
2 lagi
Sesuai dengan semua jenis kereta & van
Mudah dikunci & dibuka dengan anak kunci dalam masa beberapa saat

Diperbuat daripada keluli dan aluminium yang berkualiti tinggi, steering lock ini mampu bertahan daripada digergaji atau ditukul. 

Nak simpan alat ini pun mudah, boleh diletakkan di bawah kerusi penumpang jika tidak digunakan. 

Apa yang menarik tentang alat kunci stereng kereta ini ialah mempunyai tukul di bahagian hujung yang boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta.

Anda boleh gunakannya untuk menyelamatkan diri ketika berhadapan dengan kecemasan. 

Review pengguna mengatakan lock ini sesuai digunakan pada kereta jenis SUVs atau mana-mana kereta yang menggunakan sport steering.

SOLEX Steering Wheel Lock T2401
Steering lock Ativa 11 daripada 11
SOLEX Steering Wheel Lock T2401
Dari RM190
Tahan lasak
Rekaan kompak, mudah disimpan
Harga mahal
2 lagi
Sesuai dengan kebanyakan kereta & trak
Mempunyai 3 anak kunci

Mahukan steering wheel lock yang heavy duty dan kukuh agar keselamatan kereta anda lebih terjaga? Boleh guna kunci stereng jenama SOLEX ini. 

Kunci stereng mempunyai pemegang yang boleh dipusingkan untuk memudahkan pengguna memasang dan membuka kunci stereng. 

Saiz maksimum stereng yang muat dengan kunci ini ialah 33mm dan membuatkannya bersesuaian dengan kebanyakan kereta termasuklah kereta Toyota dan Perodua Ativa. 

Jangan lupa untuk rujuk cara pemasangan yang telah disediakan agar anda tidak tersalah guna.


Cara pasang steering lock 

Bagi anda yang belum pernah guna steering lock pada stereng kereta, mesti rasa susah nak pasang steering wheel lock. Jangan risau, mudah sahaja sebenarnya!

Cara pemasangan alat keselamatan ini berbeza mengikut jenis-jenis lock kereta. Namun, secara umumnya boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan ini. 

  • Klipkan steering lock pada stereng kereta 
  • Kemudian, pusingkan bahagian pemegang steering lock untuk menguncinya. 
  • Untuk membuka kunci steering wheel lock pula, guna kunci yang disediakan 

Nak lebih mudah, boleh rujuk tutorial pemasangan steering lock di YouTube ini. 


Kebaikan Dan Keburukan Menggunakan Steering Lock

Mungkin menggunakan kunci stereng ini seperti perkara yang bagus untuk elak kenderaan kita dicuri, tapi adakah ia mempunyai keburukannya tersendiri?

Sebelum kita beli sesuatu barang, research dahulu barang tersebut sama ada ianya lebih banyak kebaikan dari keburukan untuk kita atau ia berbaloi atau tidak.

Jom lihat apakah kebaikan dan keburukan menggunakan steering lock ini.

Kebaikan

Steering lock menambah lapisan keselamatan tambahan, menjadikannya lebih sukar bagi pencuri untuk mencuri kenderaan anda. 

Ia menghalang pergerakan stereng, yang merupakan langkah pertama yang biasanya dilakukan oleh pencuri.

Selain itu, kebanyakan steering lock direka untuk mudah digunakan. 

Anda hanya perlu memasang dan mengunci, tanpa memerlukan masa yang lama.

Steering lock juga merupakan alat keselamatan yang berpatutan harganya berbanding dengan sistem keselamatan kereta yang lebih canggih. 

Ia menawarkan perlindungan tambahan tanpa perlu melabur banyak wang.

Kehadiran steering lock yang kelihatan pada stereng boleh bertindak sebagai pencegah kepada pencuri yang mencari sasaran yang lebih mudah.

Akhir sekali, steering lock tersedia secara meluas di kedai aksesori kenderaan dan mudah dibeli secara online.

Keburukan

Walaupun steering lock meningkatkan keselamatan, ia tidak menjamin perlindungan 100%. 

Pencuri yang mahir dan berpengalaman mungkin masih dapat mengatasi kunci ini dengan peralatan yang betul atau canggih.

Memasang dan membuka steering lock setiap kali anda memandu mungkin memerlukan masa dan menjadi beban bagi sesetengah orang, terutama jika mereka nak cepat bergerak.

Selain itu, steering lock yang lebih besar mungkin mengambil ruang dalam kenderaan anda ketika tidak digunakan, menyebabkan sedikit kesulitan dalam penyimpanan.

Tambahan lagi, jika tidak dipasang dengan betul, steering lock mungkin boleh menyebabkan calar atau kerosakan pada stereng atau bahagian lain.

Secara keseluruhan, steering lock adalah alat yang berguna untuk meningkatkan keselamatan kenderaan, tetapi ia harus digunakan sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan yang lebih komprehensif.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation