Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Aqara Home

Guna Smart Lock Door Agar Pencuri Gagal Akses Rumah Anda

Kes pecah masuk rumah berlaku disebabkan keadaan rumah yang kurang ciri keselamatan

Tahukah anda sebanyak 16,452 kes pecah rumah dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pertengahan tahun 2021?

Kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, daripada jumlah keseluruhan yang diberkas, sebanyak 3,572 individu merupakan tidak bekerja.

Bagaimanapun, statistik bagi kesalahan pecah rumah menurun sebanyak 21.2 peratus (4,423) berbanding tempoh sama sebelum PKP dilaksanakan iaitu sebanyak 20,875 kes.

Tapi kita tak boleh nak rasa selesa walaupun peratusan kes pecah rumah menurun dari tahun 2020 dan 2021.

Jadi, kita semua perlu sentiasa waspada dengan memastikan rumah sentiasa kunci walaupun terdapat sistem keselamatan yang ketat di kawasan perumahan anda 



Apakah Punca Kecurian Harta?

Menurut satu kajian, kes pecah masuk rumah berlaku disebabkan keadaan rumah yang kurang ciri keselamatan. 

Misalnya, kunci pintu utama atau tingkap mudah dikopak supaya misi mereka menjadi lebih mudah dan cepat.

Jadi secara umumnya, pecah rumah tidak semestinya berlaku di kawasan bandar saja, boleh berlaku di luar bandar dan di mana-mana asalkan boleh masuk dengan mudah.

Malah, sebelum melaksanakan misi ini pun pencuri tidak memilih rumah secara rawak tapi akan membuat pemerhatian terlebih dahulu kawasan dan rumah yang menjadi sasaran mereka.

Apa yang harus dilakukan bagi mengelakkan berlaku pecah masuk rumah adalah dengan cara;

1. Mendedahkan bahagian dalam rumah anda terdedah.

Walaupun pintu dan tingkap anda terkunci tapi langsir terbuka luas sehingga mendedahkan apa yang ada dalam rumah, ini akan jadi tarikan mata pencuri.

Mereka boleh lihat selok-belok keadaan rumah dan merancang bagaimana cara lebih mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.

Malah, mereka juga boleh tahu di mana kedudukan barang berharga jadi lebih mudah untuk mereka merancang untuk misi pecah masuk.

2. Lampu rumah ditutup

Kebiasaanya kita semua akan tutup lampu seluruh rumah apabila tidur waktu malam tapi tahukah anda tabiat ini membahayakan rumah anda?

Ini kerana pencuri akan fikir tiada penghuni dalam rumah dan kehadiran mereka sukar dikesan kerana keadaan gelap walaupun rumah anda mempunyai CCTV.

Jadi sebaiknya, buka lampu kecil pada ruangan paling besar supaya rumah anda tidak menarik perhatian pencuri.


Jadi Inisiatif Apa Yang Sepatutnya Diambil?

Langkah terbaik adalah pemasangan kunci pintu pintar (smart door lock) kerana anda boleh mengunci pintu dengan cara lain tanpa menggunakan kunci fizikal.

Tapi anda boleh guna fizikal kunci jika anda mahu kerana pencuri tetap tidak boleh mengumpil tombol pintu dengan mudah.

Lagipun rekaan kunci pintu ini, secara tidak langsung beri pandangan kepada pencuri yang mereka akan sukar masuk rumah kerana kunci rumah terlalu berteknologi.

Cara lain untuk kunci guna smart door lock ini adalah menggunakan kod akses, pengimbas cap jari dan kad. Pilih saja cara yang anda inginkan.

Malah, boleh dikawal dari jauh hanya menggunakan aplikasi menerusi telefon pintar kerana kunci pintu pintar ini boleh disambungkan dengan Wi-Fi atau Bluetooth.


Apa Kelebihan Kunci Pintu Pintar?

Ingin kami ingatkan, menukar kunci pintu biasa ke kunci pintu pintar memang menelan kos yang banyak.

Tapi berpadanan dengan kos kerana kunci pintu biasa menggunakan teknologi pintar yang dapat beri penguncian yang pelbagai cara.

Malah lebih efisien untuk menjaga rumah anda dari diceroboh pencuri dengan mudah.

Tapi mungkin ada segelintir yang beranggapan semua kunci pintu sama je, kenapa perlu habiskan duit yang banyak pada kunci pintu pintar?

Jawapan hanya tiga perkataan saja, fikiran lebih tenang.

Masih belum menyakinkan? Apa kata kita lihat sebab utama pasang kunci pintu pintar untuk rumah anda.

  • Senang nak masuk = Mudah digunakan

Apa yang dimaksudkan dengan senang nak masuk dan mudah digunakan adalah untuk pengguna tapi bukan untuk pencuri.

Bayangkan anda berada dalam situasi ini, anda baru pulang dari kerja dalam keadaan memenatkan kemudian menghadap kesesakkan lalu lintas berjam lamanya.

Bila sampai depan pintu, kunci rumah pula letak dalam beg yang tak tahu dekat celah mana.

Nak mencari dengan barang yang banyak dan penat, sangat lah memeningkan nak mencari.

Tapi kalau ada kunci pintu pintar dipasang, situasi kunci rumah salah letak boleh dielakkan kerana anda membuka kunci pintu dengan menggunakan cara lain. 

Antaranya menggunakan kod akses pada pad kekunci, pengimbas cap jari atau menggunakan telefon pintar atau Apple Watch melalui HomeKit Apple.

Anda juga boleh menikmati kemudahan membuka kunci pintu dari jauh menggunakan telefon pintar.

  • Guna kata laluan berbeza

Bayangkan anda duduk bersama ahli keluarga atau rakan serumah yang menggunakan kunci pintu pintar.

Tak perlu nak berkongsi kata laluan yang sama, anda boleh set kata laluan berbeza untuk setiap individu.

Jangan risau, jika salah seorang rakan serumah berpindah keluar, kata laluan boleh ditukar atau dipadamkan jika tidak digunakan 

Dengan pintu kunci pintar tidak perlu tinggalkan kunci ganti di dalam pasu bunga, di bawah rak kasut atau di tempat tersembunyi.

  • Pemberitahuan & menghantar maklumat

Pernah tak berlaku satu situasi dimana anda terlupa sama ada sudah kunci pintu rumah ke belum.

Nah! Itu berlaku jika anda menggunakan kunci biasa tapi dengan kunci pintu pintar ini, akan beritahu anda engan menghantar amaran menerusi telefon pintar.

Malah, sekiranya berlaku pecah masuk dimana seseorang cuba merosakkan kunci pintu pintar, notifikasi akan masuk untuk pemberitahuan.

Aqara Smart Door Lock A100 Zigbee
Aqara Smart Door Lock A100 Zigbee
mulai
RM1,599.00
Semak Aqara Smart Door Lock A100 Zigbee harga dibawah:

Sekarang dah tahu betapa bagusnya sistem keselamatan kunci pintu pintar kan? Tapi masalah sekarang ramai tak tahu jenama mana satu yang terbaik.

Jadi kami syorkan penggunaan smart lock door dari jenama Aqara Smart Door Lock A100 Zigbee.

Secara keseluruhan;

Ini kerana pengunci pintar ini mempunyai sembilan kaedah membuka kunci yang berbeza dimana anda boleh menetapkan kata laluan secara sekali, berkala atau kekal.

Maknanya jika untuk keluarga atau rakan sebilik, anda boleh menetapkan dengan kata laluan kekal.

Manakala menetapkan kata laluan sekali saja bagi pelawat misalnya kawan dan kata laluan berkala boleh disediakan untuk pelawat biasa seperti pembersih rumah mingguan.

Cuma untuk kata laluan berkala hanya boleh digunakan untuk tempoh tertentu saja.

Contohnya anda menetapkan setiap hari isnin jam 9 pagi hingga 11 pagi. Jadi mereka hanya boleh masuk hanya pada waktu itu saja. 

Selain daripada mengunci menggunakan kata laluan, anda juga boleh guna cap jari dan Aqara mempunyai kadar pengecaman berketepatan 98.6%.

Lebih menarik lagi, anda boleh mengawal sistem kunci pintu pintar  Aqara A100 Zigbee ini dari jauh dengan menggunakan aplikasi Aqara Home yang terdapat di Google Play dan App Store.

Menariknya lagi, dengan ciri terbaru Home Key yang ada pada Apple Wallet, anda juga boleh membuka pintu Aqara ini dengan hanya mengetik iPhone atau Apple Watch.

Malah, anda boleh guna pembantu suara seperti Siri atau Google Assistant untuk meminta membuka pintu jika anda sedang sibuk di dapur atau menjijit barang yang banyak.

Bagusnya lagi, sistem Aqara ini akan menghantar amaran dengan segera melalui telefon pintar anda jika seseorang sedang cuba mengusik kunci atau pintu dibiarkan terbuka terlalu lama.

Cuma, anda perlu sambungkan pengunci pintu Aqara dengan telefon pintar anda jika ingin gunakan sistem ini.

Reka bentuk pengunci pintu ini sangat minimalis dan jika dipasang di rumah anda akan kelihatan rumah moden dan pencuri pun fikir banyak kali nak pecah masuk.

Butiran terperinci:

  • 9 Kaedah buka kunci: Terdapat 9 cara untuk anda mengunci pintu antaranya kata laluan kekal, sekali atau berkala, cap jari, kad NFC, kunci fizikal, aplikasi, HomeKit dan Siri atau Google Assistant.
  • Pengesan berganda: Dapat mengesan dan memberitahu pengguna tentang makluman keadaan pintu sama ada ada orang cubaan memecah kata laluan atau mengumpil mana-mana bahagian kunci pintu.
  • Zigbee 3.0 Aqara Hub: Menyambungkan Aqara dengan telefon pintar supaya anda dapat memantau atau mengawal pintu dari jauh sama ada menerusi telefon pintar atau suara.
  • Rekaan yang memudahkan penyambungan dengan semua aksesori smart home yang lain.
  • Mudah untuk buka kunci pintu dengan hanya menggunakan aplikasi Aqara menerusi telefon pintar, Home Key di Apple Wallet, Apple Watch atau iPhone.
  • Teknologi yang jimat tenaga elektrik bagi membolehkan penggunaan dalam jangka masa panjang tanpa menggantikan bateri. 
  • Jika terdapat kerosakan pada mana-mana sistem, anda tetap boleh buka kunci dengan mudah menggunakan kunci mekanikal atau mengecas kunci dengan powerbank wayar port-C.

Aqara Smart Door Lock A100 Zigbee dapat bertahan selama setahun setengah tanpa menggantikan bateri dengan kerap kerana menggunakan teknologi jimat tenaga.

Malah bateri kunci pintu pintar ini menggunakan 8 bateri AA sebagai bateri pek dan dibahagikan kepada dua bahagian.

Fungsi bateri pek ini akan diaktifkan apabila kunci pintu pintar ini tidak mampu menjana kuasa untuk sistem.

Jadi anda tidak perlu risau tentang pintu anda tiak berfungsi atau tidak jika tiada bekalan elektrik.

Artikel Berkaitan 

End of Article