Perlindungan keselamatan merupakan antara aspek terpenting dalam menjamin kesejahteraan hidup kita.
Bukan apa, dimana-mana boleh berlaku kes kecurian kenderaan atau pecah rumah.
Ini semua disebabkan kunci keselamatan digunakan kurang berkualiti sehingga mudah bagi pencuri untuk melakukan kerja mereka.
Oleh itu pemilihan jenama padlock terbaik atau kunci mangga elok yang berkualiti perlu dititik beratkan.
Jom kita lihat senarai jenama kunci mangga dan padlock terbaik.
Senarai 10 Kunci Mangga Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama;
Kunci mangga dari jenama Globe antara yang paling murah dan mudah didapati di kedai hardware.
Ciri-ciri;
Anda boleh guna mangga ini sebagai kunci keselamatan untuk kunci motor.
Ini kerana badan mangga dan pengeluli kunci diperbuat dari tembaga supaya tahan lama dan tidak mudah rosak oleh pencuri.
Selain itu, padlock ini mempunyai bunyi penggera dan anda juga tidak perlu risau kerana padlock ini water resistant.
Jika anda tidak mahu padlock ini tidak berbunyi, anda boleh menyahaktif sistem penggera
Cara penggunaanya mudah saja. Ikuti langkah dibawah.
- Masukkan kunci, pusing ke arah jam dan buka shackle.
- Masukkan shackle ke mangga.
- Mangga akan berbunyi,
- Kemudian, cabut kunci dan sistem penggera akan ditetapkan selepas 15 saat.
- Apabila mangga bergetar dua kali selama lima saat, penggera akan berbunyi.
- Tempoh lima saat adalah untuk memberi masa kunci dibuka tanpa membunyikan penggera.
- Penggera akan berbunyi dalam jarak masa 10 saat dan penggera akan terus berbunyi sekiranya pergerakan dan getaran berterusan.
Review;
“Bunyi alarm berfungsi dengan kuat, boleh takut pencuri,”

Kunci jenama Tri circle adalah antara kunci mangga yang menjadi pilihan ramai berikutan harga yang berpatutan dan kualiti yang boleh dikatakan terbaik.
Mangga ini boleh digunakan untuk bermacam-macam misalnya mengunci rumah, bilik, luaran dan dalaman rumah atau dijadikan mangga motor.
Badan mangga ini diperbuat daripada tembaga dan bersalut getah bagi memastikan bukan saja kukuh tetapi juga kalis cuaca dan kalis air serta melindunginya daripada berkarat.
Tapi disebabkan warnanya agak gelap, ini menjadikan sedikit sukar sekiranya digunakan pada waktu malam atau tempat yang kurang cahaya
Tambah lagi mangga ini mempunyai sistem penguncian berganda dimana bahagian shackle mangga ini disalut dengan chrome bagi memastikan lebih kukuh.
Produk ini mempunyai tiga pilihan shackle sama ada pendek atau panjang dan tiga pilihan saiz iaitu 38, 50 dan 63mm.

Kalau anda biasa dengar jenama Abloy yang terkenal sebagai mangga yang kukuh dan mempunyai ciri keselamatan tinggi, disini ada pesaing yang mungkin setanding dengannya iaitu Finland Shield.
Mangga ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengunci motor tetapi juga boleh digunakan dengan pelbagai benda.
Jenama ini juga turut diperakui oleh sebuah syarikat Insurans iaitu Kurnia Insurans dan merupakan satu-satunya jenama yang diperakui syarikat berkenaan.
Mangga ini didatangkan dengan set 1 mangga dan 4 anak kunci, jadi anda tak perlu risau sekiranya berlaku kehilangan kunci.
Menariknya, mangga ini mempunyai enam ciri keselamatan iaitu Anti Pry, Anti Drill, Anti Rust, Anti Saw, Anti Cut, Anti Crack dan Anti Acid.
Semua sistem keselamatan di atas ini telah diperakui di peringkat antarabangsa.
Pengeluar turut menyediakan waranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Satu lagi mangga lock jenis premium yang lebih dikenali dengan ciri keselamatan tertinggi setanding dengan harga iaitu Abloy PL/PLM series.
Siri mangga Abloy ini didatangkan dengan pelbagai variasi model mengikut jenis dan berharga sekitar RM219- RM879.
Kunci mangga Abloy menjadi pilihan para rider untuk mengelakkan motosikal mereka dari dicuri.
Selain digunakan untuk motosikal, mangga ini boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti grill rumah.
Mangga Abloy tahan lasak dan terkenal dengan ketahanan dari pelbagai jenis serangan fizikal.
Uniknya lagi, rekaan kunci Abloy tidak mudah untuk ditiru dan sistem kunci hanya beroperasi dari kunci asli sahaja.
Komponen mangga ini juga tahan panas, sejuk, tahan beku, hakisan, karat dan kotor.
Bagi memastikan keaslian kunci mangga setiap set mangga didatangi dengan kad identiti.
Pengeluar memberi warranty sepanjang hayat kepada pengguna

Biarpun mangga St Guchi antara yang termurah di pasaran, tapi tak bermakna ia tidak berkualiti seperti mangga yang berharga ratusan ringgit.
Jenama ini lebih memfokuskan kepada mangga pintu rumah dan grill kerana tahan lasak dari dipotong dan diketuk.
Manakala bahagian shackle kunci ini diperbuat daripada keluli aloi bagi memastikan anti gergaji.
Bahagian keselamatan mangga ini juga diperkuat dengan sistem penguncian double ball bearing bagi memastikan kekuatan tegangan dan kilasan yang tinggi
Malah, mangga ini diperbuat daripada bahan tembaga yang kukuh dan tahan karat.
Jangan risau jika kunci hilang kerana setiap pembelian disertakan dengan 4 anak kunci.

Mangga jenis ini merupakan mangga bersaiz kecil bernombor dengan rekaan warna menarik.
Mangga ini sesuai digunakan untuk anda mengunci bagasi ketika melancong.
Untuk saiz kecil sangat disarankan untuk menggunakan jenis nombor kerana untuk orang yang cuai amat tinggi kebarangkalian untuk menghilangkan kunci.
Bayangkan waktu itu anda sedang bercuti dan kunci bagasi anda hilang dan anda tak dapat mengeluarkan barang keperluan anda, sudah pasti akan merosakkan mood bercuti.
Bahagian badan mangga ini diperbuat dari zink aloi manakala shackle diperbuat dari keluli.
Jadi, untuk membuka kunci mangga ini, pengguna perlu menggabungkan tiga nombor yang telah ditetapkan oleh anda sendiri.
Jangan risau jika anda lupa dengan nombor ditetapkan kerana nombor pengunci boleh ditetapkan semula .
Terdapat eberapa warna menarik iaitu merah, kelabu, kuning, biru, hijau, oren dan merah jambu. Pilih saja!

Merupakan salah satu mangga kunci yang berteknologi tinggi dimana cara penggunaannya hanya menggunakan pengimbas cap jari atau lebih dikenali sebagai kaedah biometrik.
Cap jari boleh di daftar atau dibuang mengikut cara dalam manual pengguna yang disertakan.
Malah, sistem mangga ini boleh menyimpan sebanyak 10 cap jari. Jadi boleh dijadikan kunci rumah.
Sementara itu untuk versi L3+, pengguna akan dapat tambahan sistem bluetooth pada mangga dimana pengguna boleh menghubungkan dengan telefon pintar mereka.
Sistem ini mempunyai bateri berkuasa 300maH dengan masa sedia selama 2 tahun dan boleh dibuka 2500 kali penggunaan.
Cuma anda perlu mengecas bateri menggunakan wayar USB. Jika tidak, mangga ini tidak dapat berfungsi.
Jangan risau, mangga ini juga turut mempunyai indicator untuk pengguna memantau keadaan bateri, sekiranya bateri berada pada paras rendah, indikator lampu berwarna merah akan menyala.
Manakala apabila sudah dicas penuh, indikator lampu warna hijau pula akan menyala.
Bercerita tentang fizikal, badan mangga ini diperbuat dari material zink aloi sepenuhnya dan sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Badan mangga ini diperbuat dengan keluli berlamina yang dilindungi dengan nikel bagi memastikan badan mangg kukuh dan berkualiti tinggi.
Manakala, shackle mangga ini diperbuat daripada keluli yang disalut dengan chrome.
Mangga ini menggunakan sistem penguncian berganda sebagai perlindungan maksimum.
mangga ini sesuai untuk kegunaan industri, komersial, residensi dan pelbagai kegunaan lain.
Cuma anda perlu berhati-hati apabila membuat pembelian kerana terdapat banyak produk tiruan.

Walaupun Solcar telah menukar nama baru kepada Solfili tapi anda tidak perlu risau kerana masih produk yang sama dan mengekalkan kualiti yang sedia ada.
Biarpun jenama ini lebih dikenali sebagai kunci untuk motosikal, tetapi produk ini dilihat mampu digunakan untuk tujuan pelbagai termasuk kegunaan mengunci basikal pintu rumah.
Mungkin kerana kunci mangga ini diperakui lebih baik berbanding mangga kunci rumah biasa.
Selain dari binaan badan yang berkualiti, reka bentuk shackle yang dilindungi agar tidak boleh diakses dengan pemotong dan ia juga anti gerudi dan juga kalis cuaca.
Jika anda ingin mengunci motosikal, dinasihatkan mengunci bahagian sprocket atau piring brek untuk menyukarkan pencuri mencuri motosikal.
Setiap pembelian, anda akan mendapat ebuah mangga berukuran 62x138mm dan tiga anak kunci.

Berbeza dengan padlock jenis tradisional kerana padlock jenis ini direka dengan bentuk 4 segi.
Jika dilihat bahagian luaran, hampir keseluruhan bahagian ditutup agar tidak mudah dirosakkan dengan pelbagai serangan fizikal.
Ketinggian padlock ini juga boleh dilaras mengikut kesesuaian grill rumah anda
Cara penggunaannya lebih mudah berbanding mangga tradisional, anda hanya perlu menutup bahagian tempat letak mangga di grill.
Kemudian menolak shackle dengan jari sahaja untuk menguncinya.
Manakala untuk membukanya anda hanya memusing kunci dan menarik ia keluar
Apakah Jenis-Jenis Padlock?
Mungkin ada yang beranggapan padlock atau kunci mangga tidak mempunyai jenis yang berbeza.
Asalkan boleh dikunci, sudah memadai tapi sebenarnya terdapat beberapa jenis.
Jadi, anda perlu memilih jenis padlock atau kunci mangga mengikut kesesuaian penggunaan.
Jom kita lihat liima jenis padlock yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian kita menurut sebuah laman sesawang.
Antaranya adalah;
-
Combination Padlock
Kebiasaannya padlock jenis ini tidak menggunakan kunci dan hanya menggunakan gabungan nombor untuk membuka atau menguncinya semula.
Jadi, kunci ini boleh dibuka dengan gabungan kod nombor yang telah ditetapkan oleh pengguna sahaja.
Kunci mangga ini boleh menukar kod nombor jika pengguna terlupa atau ingin nombor kod yang baru.
Cuma cara tukar perlu rujuk kertas manual yang telah disediakan sewaktu pembelian.
-
Weatherproof Padlock
Padlock jenis ini bukan sahaja mempunyai ketahanan daripada serangan tetapi mempunyai ketahanan dari keadaan cuaca.
Senang cerita tahan lasak jadi sangat sesuai untuk kegunaan luar rumah tapi sekiranya ingin buat kunci rumah, tak menjadi masalah.
Kebiasaannya padlock ini menggunakan bahan lapisan plastik dan mempunyai penutup di bahagian kunci bagi mengelakkan mangga daripada mudah berkarat.
Pembuatan mangga ini juga menggunakan material yang kukuh bagi memastikan ketahanan dalam pelbagai cuaca.
-
Closed Shackle Padlock
Shackle padlock ini dibuat secara tertutup bagi menyukarkan pencuri untuk memotong padlock menggunakan pemotong seperti gergaji atau apa sahaja alatan untuk mengumpil mangga.
Padlock jenis ini juga adalah padlock yang sangat disaran oleh kebanyakan syarikat insurans.
Selalunya terdapat tempoh warranty lebih dari 5 tahun.
-
Long Shackle Padlock
Jenis shackle yang panjang adalah bertujuan untuk mengunci barang yang lebih panjang.
Sesuai untuk rantai besi, grill kedai atau mengunci dua buah rim tayar bahagian depan basikal.
-
Discus Padlock
Padlock ini mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti Close Shackle dimana ia memberi perlindungan daripada alat pemotong.
Cuma apa yang membezakannya adalah reka bentuk yang lebih bulat.
Padlock jenis ini sesuai untuk kegunaan luar dan kebiasaannya digunakan di industri atau premis perniagaan
Natijahnya, pastikan anda pilih padlock atau jenama padlock terbaik bagi memastikan harta benda anda dalam keadaan selamat.
Artikel Berkaitan
- Lindungi Keluarga Yang Tercinta Dengan 7 Alarm Rumah Terbaik Ini
- Guna Smart Lock Door Agar Pencuri Gagal Akses Rumah Anda