Teknologi

12 CCTV Rumah Murah (Bawah RM200) Terbaik di Malaysia 2026

Cari CCTV rumah murah dan bagus di Malaysia? Kami semak harga 12 CCTV WiFi terbaik dari RM107.91 di Shopee Malaysia, harga disemak 25 September 2026.


Editor · Updated 25 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 CCTV Rumah Murah (Bawah RM200) Terbaik di Malaysia 2026
CCTV terbaik secara keseluruhanSriHome 1080P Wifi CCTV IP Security Camera Night Vision SH025
RM98See price at Lazada

Kini, wireless CCTV camera semakin popular di kalangan pemilik rumah kerana mahu jaminan keselamatan terbaik untuk mengawasi rumah selama 24 jam sehari.

Terdapat banyak jenis CCTV rumah tanpa label dijual dengan harga CCTV rumah yang berpatutan dan mampu milik di bawah RM200.

Kandungan

Kalau anda nak cari CCTV murah dan ada WiFi, anda boleh beli CCTV pasang sendiri untuk jimat kos pemasangan dan terus boleh guna untuk awasi keadaan luar dan dalam rumah.

Jom lihat senarai CCTV murah dan bagus, serta brand CCTV yang bagus untuk pasang di rumah anda. 

Jawapan ringkas: CCTV rumah terbaik keseluruhan di Malaysia ialah SriHome 1080P Wifi CCTV SH025, RM98 di Shopee Malaysia (1,252 jualan direkod, harga disemak 25 Sept 2026), CCTV WiFi paling banyak dibeli dalam senarai ini dengan night vision dan rakaman 1080p. Kalau nak pan-tilt yang boleh pusing 360 darjah, TP-Link Tapo C200 pula RM107.91 (disemak 25 Sept 2026).


Senarai 12 CCTV Murah Untuk Rumah Terbaik

ProdukHargaResolusiWiFiCiri Utama
SriHome SH025RM981080pYaNight vision, paling banyak dibeli
TP-Link Tapo C200RM107.911080pYaPan-tilt 360°, audio 2 hala
Dahua Imou Ranger 2CRM991080p/4MPYaPengesanan manusia AI
EZVIZ TY2RM1091080pYaKomunikasi dua hala
Sricam SriHome 360RM1191080p FHDYaPandangan 360°, kalis air IP66
HIKVISION Bullet 2MPRM81.752MP/1080pTidak (wayar)Tahan cuaca, luar rumah
GOQ M1 Mini HiddenRM138720pYaTersembunyi, saiz mini
GOQ Bulb CamRM135960pYaBerbentuk mentol, 360° panorama
Xiaomi Mi 360 C200RM1491080pYaApp Mi Home, jenama dipercayai
South Ocean V380 ProRM50.50FHDYaPaling murah untuk WiFi
A9 Mini CameraRM16.991080pYaTermurah, magnet mudah alih
GOQ Q6 CCTVRM129720pTidakBoleh guna tanpa internet

Cara Kami Pilih CCTV Ini

Setiap CCTV dalam senarai ini disemak secara langsung di Shopee Malaysia pada 25 September 2026: harga sebenar, bilangan jualan direkod, dan rating kedai. Tiga produk yang pautan beli-nya sudah mati digugurkan terus daripada senarai (bukan dikekalkan dengan harga lama), jadi setiap butang beli di sini menuju ke penyenaraian yang benar-benar masih dijual.

Rakaman dan Sudut Pandang

CCTV dengan pan-tilt (boleh pusing 360 darjah dari apps) sesuai untuk bilik atau ruang tamu yang luas; CCTV tetap (fixed) sesuai untuk sudut yang tak berubah seperti pintu depan atau garaj.

WiFi Berbanding Tanpa WiFi

Model WiFi lebih senang dipasang (tiada wayar rangkaian) tetapi bergantung pada liputan WiFi rumah anda. Model tanpa WiFi (guna kad SD/mod AP) lebih sesuai untuk kawasan yang liputan WiFi lemah.

Penyimpanan Rakaman

Kebanyakan model di bawah menyimpan ke kad microSD tempatan; sesetengah (macam Dahua Imou) juga menawarkan storan awan berbayar untuk rakaman jangka panjang.

Jenama Dipercayai Berbanding Jenama Tanpa Label

TP-Link, HIKVISION, Dahua, EZVIZ dan Xiaomi ada waranti rasmi dan sokongan app yang lebih stabil. Jenama tanpa label (macam GOQ) jauh lebih murah tetapi waranti dan sokongan app biasanya terhad.

Terbaik untuk Bajet Tanpa WiFi: GOQ Q6 CCTV

GOQ Q6 CCTV
CCTV rumah tanpa WiFi 1 daripada 12
GOQ Q6 CCTV
COQ
Dari RM129
Harga murah
Ada 2-way audio
Resolusi 720p Sahaja
2 lagi
Mudah dipasang
Ada siren alarm

Anda mencari CCTV yang boleh digunakan tanpa internet? Boleh pertimbangkan untuk beli CCTV dari COQ ini.

Antara ciri-ciri CCTV ini adalah 2-way audio yang membolehkan anda berkomunikasi secara dua hala, dan juga boleh preview kembali rakaman pada CCTV ini.

Selain itu, CCTV ini juga turut boleh digunakan tanpa internet menggunakan mod AP yang tersedia, jadi tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai talian internet tetap untuk menggunakan CCTV.

Bagaimanapun, kualiti rakaman CCTV ini hanya sebanyak 720p sahaja yanng mungkin akan membuatkan rakaman anda kurang jelas pada waktu malam. 

Selain mudah dipasang, CCTV ini juga mempunyai siren alarm untuk menakutkan penceroboh yang masuk atau memberi amaran pada orang sekeliling.

Price
RM129

Terbaik untuk Pandangan 360 Darjah: Sricam SriHome 360 CCTV

Sricam SriHome 360 Degree CCTV
CCTV terbaik untuk luar rumah 2 daripada 12
Sricam SriHome 360 CCTV
SriHome
Dari RM119
Boleh pusing 360 darjah
Ada 2-way audio
Harga sedikit mahal
2 lagi
Night vision
Kalis air

Kalau nak ketatkan lagi kawalan kawasan rumah anda, tidak kira pada waktu siang atau malam, anda boleh dapatkan CCTV dari jenama SriHome ini.

Ini merupakan CCTV terbaik untuk luar rumah kerana ia dapat mengawasi keadaan sekeliling rumah dengan pusing 360 darjah, jadi tidak akan ada pencuri yang terlepas dari rakaman CCTV.

Selain itu, CCTV ini turut mempunyai 2-way audio bagi memudahkan anda berkomunikasi dengan tetamu yang sedang berada di luar rumah.

Kualiti rakaman tidak menjadi masalah dengan rakaman resolusi HD penuh 1080p, jadi setiap rakaman akan kelihatan jelas.

Disebabkan ia direka untuk diletak di luar rumah, maka CCTV ini turut mempunyai ciri kalis air IP66, jadi tidak mudah rosak sekiranya terkena air hujan.

Pada waktu malam, CCTV ini juga turut dapat merakam dengan jelas dengan ciri night vision, memastikan rumah anda sentiasa diawasi dengan selamat.

Price
RM119

Terbaik untuk Kamera Tersembunyi: GOQ M1 Mini Hidden CCTV

GOQ M1 Mini Hidden
CCTV kecil 3 daripada 12
GOQ M1 Mini Hidden CCTV
COQ
Dari RM138
Bersaiz mini
Ada 2-way audio
Kurang sesuai untuk outdoor
1 lagi
Night vision

CCTV bersaiz mini ini memang sangat sesuai sekiranya anda sedang mencari CCTV untuk di pasang dalam rumah anda, dan ianya sangat mudah untuk dipasang (plug and play).

Selain mudah di pasang, ia turut dilengkapi dengan sambungan terus ke WiFi dan telefon anda, jadi anda boleh lihat secara live rakaman CCTV itu.

Lebih menarik, CCTV ini mempunyai audio 2 hala, membolehkan anda untuk berkomunikasi secara dua hala menerusi CCTV ini.

Pada waktu malam pula, anda tetap dapat merakam segala gerak geri di rumah anda kerana ia turut dilengkapi dengan night vision.

Bagaimanapun, CCTV mini ini lebih sesuai untuk diletakkan di dalam rumah berbanding di luar rumah.

Price
RM138

Terbaik untuk 1080p WiFi Asas: SriHome 1080P Wifi CCTV IP Security Camera Night Vision SH025

SriHome 1080P Wifi CCTV IP Security Camera Night Vision SH025
CCTV terbaik secara keseluruhan 4 daripada 12
SriHome 1080P Wifi CCTV IP Security Camera Night Vision SH025
Dari RM98
Resolusi HD 1080P
Mempunyai speaker
Perlu disambung dengan kabel
3 lagi
Menyokong penggunaan SD Card
Video tetap jelas walaupun waktu malam
Mudah dipasang sendiri

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

CCTV SriHome ini sesuai dipasang di dalam bangunan seperti di ruang tamu, bilik anak, pejabat dan di kawasan parkir yang bertutup. 

Ciri-ciri:

Selain mampu berpusing sehingga 355°, juga mempunyai ciri pan, tilt and zoom untuk mengawasi kawasan yang luas. 

Turut direka dengan fungsi voice intercom di mana anda boleh bersuara melalui telefon pintar yang dihubungkan dengan CCTV.

Suara anda akan keluar dari CCTV untuk bercakap dengan sesiapa yang berada berdekatan dengan kamera.

Juga dilengkapi sistem penggera yang diaktifkan melalui fungsi pengesanan pergerakan (motion detection). 

Review:

"Mudah untuk dipasang sebab plug and play je. Boleh awasi anak-anak ketika tiada orang dewasa di rumah. Kualiti imej bagus dan senang untuk setting dengan WiFi dan smartphone".

Price
RM98

Terbaik untuk Luar Rumah Berwayar: HIKVISION CCTV Outdoor Bullet 2MP Analog Full HD

HIKVISION CCTV Outdoor Bullet 2MP Analog Full HD DS-2CE16D0T-EXIF
CCTV outdoor 5 daripada 12
HIKVISION CCTV Outdoor Bullet 2MP Analog Full HD
Dari RM81.75
Lens 3.6MM
Tempoh jaminan 1 tahun
Perlu tambah wayar WiFi
3 lagi
Mempunyai ciri Infrared Night Vision
Kalis cuaca buruk
Harga murah

CCTV keluaran HIKVISION ini memiliki kamera 2 megapiksel dengan resolusi 1920 x 1080. 

CCTV ini mampu merakam video dengan jelas walaupun pada waktu malam atau ketika gelap sehingga jarak IR 30m jauhnya. 

Ciri tambahan kamera litar tertutup ini termasuk boleh dicondongkan sehingga 180° jadi anda boleh laras kedudukannya mengikut kemahuan anda.

Walaupun CCTV ini khas untuk kegunaan outdoor, namun boleh dipasang di dalam kawasan juga.

Anda boleh pasangkannya di kilang dan pusat asuhan kanak-kanak untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Price
RM81.75
TP-Link Tapo C200 Pan Tilt Home PTZ 1080HD
CCTV dan alarm rumah 6 daripada 12
TP-Link Tapo C200 Pan Tilt Home PTZ 1080HD
Dari RM107.91
Mempunyai penggera bunyi & cahaya
Boleh dipasang pada siling
Kad microSD perlu dibeli berasingan
3 lagi
Tempoh jaminan 2 tahun
Diperakui oleh SIRIM
Resolusi 1080P HD

TP-Link TAPO membawakan CCTV yang boleh dihubungkan terus ke peranti pintar dan membolehkan anda mengawasi kediaman atau kucing setiap masa.

Tapi yang penting, CCTV tersebut perlu disambung dengan akses internet. 

Sesuai diletakkan di bilik bayi anda kerana boleh merakam pandangan dalam keadaan gelap. Jadi, keadaan ketika si comel tidur sentiasa boleh diawasi. 

Dilengkapi juga dengan pengesanan gerakan di mana akan memberikan notifikasi serta merta jika ada gerakan yang dicurigai.  

Turut mempunyai mikrofon dan pembesar suara untuk komunikasi audio 2 hala.  

CCTV juga boleh dicondongkan sehingga 114° dan berpusing 360 darjah. 

Price
RM107.91

Terbaik untuk Pengesanan Manusia AI: Dahua Imou Ranger 2C 2MP 1080P Wireless IP Camera CCTV

Dahua Imou Ranger 2C 2MP 1080P Wireless IP Camera CCTV
CCTV untuk bayi 7 daripada 12
Dahua Imou Ranger 2C 2MP 1080P Wireless IP Camera CCTV
Dari RM99
Video tetap jelas walaupun dalam gelap
Mempunyai ciri penggera & bunyi siren
Tempoh jaminan hanya 1 tahun
3 lagi
Boleh berkomunikasi 2 hala
Pandangan 360 darjah
Resolusi HD penuh

Pantau anak-anak atau haiwan peliharaan ketika anda berjauhan dari rumah dengan mudah menggunakan CCTV Dahua ini. 

CCTV ini tidak memerlukan pemasangan yang sulit, kalau nak letak atas meja atau rak pun tiada masalah. 

Dengan ciri Smart Tracking, CCTV akan secara automatik berpusing mengikut pergerakan. 

Menariknya, CCTV ini mampu mengesan bunyi luar biasa seperti kaca pecah atau anak menangis dan notifikasi akan terus dihantar ke telefon pintar anda. 

Dengan ciri ini, sangat mudah untuk awasi anda anak bermain walaupun ketika berada di dapur.  

Price
RM99

Terbaik untuk WiFi Paling Murah: South Ocean FHD Wifi CCTV IP Camera Security V380 Pro

South Ocean FHD Wifi CCTV IP Camera Security V380 Pro
CCTV untuk teras rumah 8 daripada 12
South Ocean FHD Wifi CCTV IP Camera Security V380 Pro
Dari RM50.50
Boleh kesan sebarang pergerakan
Tetap jelas walaupun waktu malam
Review pengguna mengatakan ia sukar disambung dengan Wi-Fi
2 lagi
Mempunyai ciri Night Vision
Boleh zoom & dengar suara

Model CCTV yang comel ini jenis wireless, jadi anda tidak perlu pening kepala fikirkan cara pemasangannya. 

Bagi pengguna telefon pintar, anda boleh hubungkan kamera ini dengan peranti anda dengan mudah.

Jadi rakaman CCTV boleh ditonton dari jauh dan boleh menjadikan pengawasan keselamatan rumah atau anak lebih mudah. 

Selain boleh berpusing 355° & 90°, CCTV pasang sendiri ini juga dilengkapi ciri penggera (alarm) untuk waktu kecemasan. 

Turut direka dengan built-in mic dan speaker untuk komunikasi dua hala walaupun ketika anda tiada di rumah.

Price
RM50.50

Terbaik untuk Komunikasi Dua Hala: EZVIZ TY2 1080P Full HD Two Way Talk CCTV

EZVIZ TY2 1080P Full HD Two Way Talk CCTV
CCTV untuk kucing 9 daripada 12
EZVIZ TY2 1080P Full HD Two Way Talk CCTV
Dari RM109
Mempunyai mikrofon
Tiada titik buta (blind spot)
Perlu langgan jika mahu guna Cloud Storage
3 lagi
Boleh disambung dengan Wi-Fi
Ciri komunikasi 2 hala
Waranti 2 tahun

Risau nak tinggalkan haiwan peliharaan di rumah ketika bercuti atau balik kampung?

Usah takut, dengan kamera ini, keadaan haiwan kesayangan anda dapat dipantau dengan mudah secara live dari telefon. 

Ciri menarik yang turut ditawarkan ialah Smart Tracking dan Motion Detection yang boleh mengesan subjek dengan tepat.

Anda akan terima notifikasi serta merta ke app EZVIZ di telefon pintar anda. 

Dengan ciri Infrared LED Lights pula, CCTV ini mampu merakam imej dalam gelap sehingga 10 meter dari posisi CCTV murah WiFi ini.   

Menariknya, CCTV ini juga boleh memantau kawasan sehingga 360° secara mendatar.

Price
RM109

Terbaik untuk Kamera Mentol Tersembunyi: GOQ Bulb Cam IP Security Camera Wifi Surveillance CCTV

CCTV rumah tanpa kabel 10 daripada 12
GOQ Bulb Cam IP Security Camera Wifi Surveillance CCTV
Dari RM135
Boleh pantau secara live
Mempunyai built-in mic & speaker
Lampu pada CCTV kurang cerah
2 lagi
Boleh dihubungkan dengan app
Mudah dipasang sendiri

Jika anda perlukan kamera litar tertutup yang tersembunyi, boleh guna CCTV yang direka persis mentol lampu ini. 

CCTV ini boleh digunakan dengan atau tanpa sambungan internet. Bagus bukan?

Kamera yang tersorok dalam mentol ini mampu merakam imej panorama pada sudut 360°. 

Jenis CCTV ini juga berfungsi sebagai lampu agar rakaman pada waktu malam tetap terang walaupun keadaan gelap. 

Anda hanya perlu pasangkan kamera CCTV ini seperti anda pasang mentol lampu biasa, jadi tidak perlu risau tentang kabel tambahan. 

Turut lengkap dengan ciri penggera siren agar penceroboh dapat ditakutkan.

Price
RM135

Terbaik untuk Kamera Mini Termurah: A9 Mini Camera 1080P HD Ip Camera

A9 Mini Camera 1080P HD Ip Camera
CCTV mini untuk rumah 11 daripada 12
A9 Mini Camera 1080P HD Ip Camera
Dari RM16.99
Hubung melalui app di telefon pintar
Sudut pandangan lebar hingga 150°
Kualiti video yang dirakam kurang jelas
3 lagi
Boleh kesan pergerakan
Mudah dipasang
Harga murah

Apa yang menarik tentang CCTV mini ini ialah mempunyai magnet pada bahagian belakang kamera, jadi boleh dilekatkan pada mana-mana tempat yang mempunyai besi. 

Anda tidak perlu pening kepala tentang cara pemasangan. Sangat senang! 

CCTV ini juga jenis wireless dan menggunakan bateri yang boleh dicas semula untuk berfungsi. 

Menarik lagi, saiznya yang kecil akan memudahkan anda untuk sorokkan CCTV agar tindakan penceroboh rumah dapat dirakam tanpa halangan. 

Selain itu, CCTV ini juga mempunyai ciri night vision dan penggera. 

Jangan lupa untuk cas kamera sehingga penuh sebelum menggunakannya.

Price
RM16.99

Terbaik untuk Jenama Xiaomi Dipercayai: Xiaomi Mi 360 C200 IP Camera Home CCTV 1080 Resolution

Xiaomi Mi 360 C200 IP Camera Home CCTV 1080 Resolution
CCTV wifi terbaik untuk rumah 12 daripada 12
Xiaomi Mi 360 C200 IP Camera Home CCTV 1080 Resolution
Dari RM149
Resolusi 1080P HD penuh
Boleh dikawal dengan app Mi Home
Tempoh jaminan terhad 1 tahun sahaja
2 lagi
Boleh berkomunikasi secara 2 hala
Pergerakan dapat dikesan

Walaupun rekaan CCTV compact, namun kemampuannya untuk mengawasi rumah anda sangat hebat.

Ini kerana CCTV ini boleh merakam pandangan panorama sehingga 360° secara mendatar dan 108° secara menegak. 

Lengkap juga dengan ciri infrared night vision yang menjanjikan rakaman menyeluruh dan jelas walaupun pada waktu malam. 

Rakaman video CCTV pula boleh dimainkan semula (playback) agar mudah untuk anda periksa keadaan rumah ketika bercuti.

Price
RM149

Tips Beli CCTV Murah Dan Bagus 

  • Ketahui sama ada anda ingin pasang CCTV di dalam atau luar rumah

CCTV yang ingin dipasang di luar rumah mempunyai rekaan yang berbeza dengan CCTV jenis indoor.

CCTV outdoor selalunya direka untuk bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca. 

Kamera CCTV juga ada pelbagai bentuk, antaranya bentuk dome, bullet, PTZ dan Covert. 

  • Pertimbangkan ciri-ciri kamera CCTV yang diinginkan

Perhatikan terlebih dahulu resolusi kamera dan jenis lensa. 

Kebanyakan CCTV zaman kini mempunyai kamera HD dan ada juga guna Internet Protocol (IP). 

Ada juga kamera CCTV yang boleh berpusing 360 darjah, zoom jarak dekat, pan and tilt untuk memudahkannya memantau kawasan yang luas.  

  • Ketahui sama ada CCTV itu boleh mempunyai infrared night vision 

Jika anda mahukan CCTV anda boleh merakam pergerakan dengan baik ketika waktu malam, pastikan  mempunyai ciri infrared night vision. 

  • Berapa GB data yang boleh kamera CCTV anda simpan?

Lazimnya, kamera CCTV atau IP Camera boleh menyimpan data video yang dirakam menggunakan kad memori. 

Jadi, penting untuk anda ketahui berapa jumlah maksimum data yang boleh disimpan oleh CCTV pilihan anda. 

  • Pilih sama ada anda mahukan CCTV jenis berwayar atau wireless 

Lazimnya, CCTV jenis berwayar adalah lebih murah dan mempunyai sambungan yang lebih stabil berbanding wireless CCTV kamera.

Namun, wireless CCTV pula lebih mudah dipasang berbanding jenis wayar dan video rakamannya boleh ditonton walaupun anda tidak berada di rumah. 


Anggaran Harga CCTV Rumah Yang Bagus Dan Murah 

Anda tak semestinya perlu berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan kamera litar tertutup (CCTV) yang terbaik. 

Ini kerana terdapat beberapa jenama CCTV yang tetap menawarkan kualiti yang bagus dengan harga yang murah. 

Antara brand CCTV yang bagus dan murah ialah TPLINK, Xiaomi dan Hikvision.

Kebanyakannya boleh didapati dengan harga sekitar RM80 hingga RM180 sahaja.


CCTV Yang Mana Sesuai Untuk Anda?

Nak pilih mana satu CCTV yang sesuai untuk anda memerlukan beberapa pemahaman mengenai fungsi CCTV, lokasi anda letakkan CCTV dan juga keperluan penggunaan CCTV anda. 

Pertama anda perlu tahu tujuan pemasangan CCTV, sama ada untuk keselamatan rumah, untuk pantau pejabat atau premis perniagaan anda, anda untuk mengawasi pergerakan penghuni di dalam rumah.

Selain itu, anda perlu tentukan sama ada mahu gunakan CCTV tersebut secara indoor atau outdoor, dan jika guna untuk outdoor pastikan anda beli yang jenis kalis air.

Dari segi resolusi pula, jika anda mahu gunakan untuk awasi premis perniagaan anda, lebih baik untuk guna CCTV beresolusi tinggi seperti full HD.

Paling penting, dari segi penyimpanan rakaman CCTV tersebut perlulah mengikut keperluan anda, sama ada untuk disimpan dalam tempoh yang panjang atau pendek.

Pilih je CCTV yang sesuai dengan bajet dan juga tujuan anda menggunakan CCTV tersebut, dan jangan sampai tersilap beli.


Dikemas kini 25 September 2026: semua harga disemak semula di Shopee Malaysia, 3 produk (Prolink DS-3101, D-Link DCS-6101LH, Tenda Auto Patrol) digugurkan kerana pautan beli sudah mati, senarai dikurangkan daripada 15 kepada 12 produk yang disahkan masih dijual.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation