Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Loceng rumah terbaik

11 Wireless Doorbell (Loceng Rumah) Terbaik di Malaysia 2024

Ting tong! Ada tetamu dekat depan rumah ni..

Anda selalu tidak perasan kehadiran tetamu atau rider delivery yang datang ke rumah untuk menghantar barang yang dipesan secara atas talian? 

Jika jawapannya ya, anda perlu pasang doorbell atau loceng rumah berbunyi sendiri di pintu atau pagar kediaman agar lebih alert dengan kehadiran tetamu. 

Ada banyak jenis doorbell yang bagus seperti WiFi doorbell, dan doorbell daripada jenama yang bagus seperti Panasonic, Schneider, dan Xiaomi.

Oleh itu, kali ini kami kongsikan senarai jenama doorbell terbaik dan harga loceng rumah untuk dipasang pada kediaman anda.


Senarai 11 Doorbell Rumah Terbaik

Doorbell terbaik secara keseluruhan
Waterproof Wireless Doorbell
mulai
RM28.90
Semak Waterproof Wireless Doorbell harga dibawah:
add_circle Senang dipasang tanpa perlu pendawaian
add_circle Bunyi loceng kuat & jelas
add_circle Lebih 30 pilihan melodi loceng
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Tiada fungsi interkom

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Untuk anda yang tinggal di kediaman yang besar, kami sarankan untuk guna loceng rumah yang mempunyai jarak operasi hingga 300 meter ini. 

Ciri-ciri:

Apa yang menarik lagi tentang doorbell ini ialah lengkap dengan 4 tahap kelantangan bunyi loceng yang boleh diubah mengikut keperluan. 

Jadi, jika anak anda sedang tidur, boleh tukar kelantangan bunyi yang lebih rendah agar tidur bayi tidak terganggu. 

Anda juga tidak perlu panggil orang technician untuk pasang doorbell ini kerana tiada pendawaian yang diperlukan.

Paling penting, loceng rumah ini sangat mudah dipasang kerana receiver loceng hanya perlu diplug pada soket dinding sahaja. 

Review:

"Bunyi loceng sangat jelas, attach je dekat plug dah boleh guna. Sound pun macam-macam boleh pilih. Memang recommended!"

Doorbell dengan kamera
SINOVISION X9 Door Bell Wireless
mulai
RM47.33
Semak SINOVISION X9 Door Bell Wireless harga dibawah:
add_circle Senang dipasang
add_circle Tidak perlu guna kad memori
add_circle Boleh disambung dengan telefon pintar
add_circle Visual jelas walaupun pada waktu malam
add_circle Mempunyai 38 pilihan melodi loceng
remove_circle Hanya sokong sambungan WiFi 2.4hz

Dengan doorbell Sinovision ini, anda tidak perlu lagi mengintai di celah pintu atau tingkap untuk ketahui siapa yang datang ke rumah kerana doorbell ini ada kamera.  

Loceng rumah ini juga boleh disambung ke peranti anda dengan mudah tau!

Loceng akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar yang telah disambung dengan alat ini jika ada yang menekan doorbell.  

Turut lengkap dengan ciri interkom yang membolehkan tuan rumah berinteraksi dengan individu di pintu rumah seperti penghantar barang tanpa membuka pintu. 

Selain itu, suara tuan rumah juga boleh diubah menjadi lelaki, jadi tidak perlu takut jika anda seorang wanita tinggal berseorangan ketika ada orang datang. 

Baterinya pula boleh dicas semula dan selepas dicas penuh dan akan bertahan sehingga 3 bulan. 

Namun, doorbell ini tidak kalis air jadi anda disarankan untuk pasang waterproof cover agar tidak mudah rosak jika terkena hujan.

CACAZI Wireless Doorbell A10
mulai
RM21.90
Semak CACAZI Wireless Doorbell A10 harga dibawah:
add_circle Tidak perlu pendawaian
add_circle 60 pilihan nada dering loceng
add_circle Jarak operasi transmitter hingga 300 meter
add_circle Mempunyai 3 tahap kelantangan bunyi yang boleh diubah
remove_circle Rekaan kurang menarik

Doorbell wireless CACAZI ini memang bagus untuk kegunaan di rumah, pejabat, kedai mahupun bilik hotel. 

Anda tidak perlu pening kepala untuk pemasangan sebab receiver loceng merupakan jenis plug in manakala transmitter pula menggunakan bateri. 

Boleh ditampal pada dinding dengan menggunakan double sided tape sahaja, sangat mudah bukan? 

Paling penting, loceng rumah ini kalis air jadi anda tidak payah risau jika terkena percikan daripada air hujan.

Untuk jarak operasi transmitter, doorbell ini boleh didengari sejauh 300 meter jadi kalau anda di dapur juga tetap boleh dengar dengan jelas.

Bagaimanapun, untuk lebih selamat kami sarankan anda untuk guna doorbell cover.

Daytech Motion Sensor Doorbell
mulai
RM24.88
Semak Daytech Motion Sensor Doorbell harga dibawah:
add_circle Tidak berwayar
add_circle Boleh dipusingkan 180°
add_circle 18 pilihan melodi loceng
add_circle Volume bunyi boleh diubah
add_circle Mudah dipasang pada permukaan siling atau tepi pintu
remove_circle Rekaan kurang menarik

Dengan harga yang murah, doorbell Daytech akan berbunyi secara automatik apabila ada yang datang di depan pintu kerana berfungsi menggunakan sensor. 

Selain sesuai digunakan di klinik, butik, kedai makan, kafe dan pejabat, loceng berbunyi sendiri ini juga boleh diletakkan di pintu depan atau belakang rumah.

Ciri ini sangat sesuai untuk kediaman yang tidak berpagar supaya anda akan dapat alert jika ada orang berdiri di kawasan rumah anda.

Pada siang hari, doorbell ini akan berfungsi sebagai alat untuk menyambut tetamu yang datang, tapi pada waktu malam boleh memberi amaran jika ada penceroboh. 

Menariknya, loceng ini boleh dilaras untuk ucap Selamat Datang dalam pelbagai bahasa antaranya dalam bahasa Inggeris, Cina, Korea, Thai dan Perancis. 

Volume doorbell ini juga boleh dilaras dan ada 18 pilihan melodi loceng untuk anda pilih.

Soundteoh Kinetic Wireless Digital Doorbell DA-028
mulai
RM75.05
Semak Soundteoh Kinetic Wireless Digital Doorbell DA-028 harga dibawah:
add_circle Tempoh jaminan 1 tahun
add_circle Penggunaan tenaga rendah
add_circle Boleh set pelbagai melodi loceng
add_circle Jarak liputan loceng hingga 50 meter
remove_circle Tidak sesuai untuk rumah besar

Dengan loceng pintu Soundteoh ini, anda tidak perlu kerap tukar bateri untuk guna doorbell kerana ia berfungsi menggunakan tenaga kenetik. 

Bukan itu sahaja, anda tidak perlu susah-susah buat pendawaian baru untuk pasang loceng ini sebab doorbell ini jenis tanpa wayar. 

Yang penting, transmitter loceng yang dilengkapi dengan indikator LED pula kalis cuaca buruk jadi anda boleh pasangkan di pagar luar rumah.

Bagaimanapun, jarak liputan loceng ini hanya 50 meter jadi hanya sesuai untuk kegunaan di kediaman bersaiz kecil dan sederhana, premis butik atau kafe.

Xiaomi Smart Doorbell 3 Loud Receiver
mulai
RM268.00
Semak Xiaomi Smart Doorbell 3 Loud Receiver harga dibawah:
add_circle Lensa kamera lebar 180°
add_circle Boleh kesan pergerakan
add_circle Boleh berkomunikasi 2 hala
add_circle Kelantangan bunyi loceng boleh diubah
add_circle Video jelas walaupun pada waktu malam
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Doorbell Xiaomi yang dilengkapi kamera beresolusi 2K ultra HD ini sesuai digunakan oleh anda yang mahukan loceng pintu dengan ciri interkom. 

Memandangkan alat ini boleh disambung dengan WiFi, doorbell ini juga membolehkan pengguna melihat video yang dirakam walaupun ketika anda tiada di rumah. 

Turut mempunyai sensor untuk mengesan pergerakan dan apabila dikesan, notifikasi akan terus dihantar ke telefon pintar anda. 

Yang penting, bunyi loceng amat jelas dan kuat walaupun ketika sambungan internet terputus. 

Menariknya, doorbell ini mempunyai mod ‘Do Not Disturb’ jadi loceng tidak akan berbunyi jika anda tidak mahu diganggu pada waktu tentu.

Daytech Door Bell Wireless PIR Motion Sensor Detector Alarm
mulai
RM25.40
Semak Daytech Door Bell Wireless PIR Motion Sensor Detector Alarm harga dibawah:
add_circle Tetapan 11 bahasa
add_circle Boleh pusing 360 darjah
add_circle Mudah dipasang
remove_circle Jarak 2 ke 7 meter sahaja

Lonceng rumah tanpa wayar dari jenama Daytech ini mempunyai pengesan PIR 360° yang boleh dipusingkan bagi memastikan liputan dan keselamatan menyeluruh.

Dengan 14 nada dering unik dan pilihan 11 bahasa untuk ucapan ‘hello’ (termasuk Cina, Inggeris, dan Thai), ia menawarkan kepelbagaian yang dapat disesuaikan dengan cita rasa anda.

Doorbell tanpa wayar ini juga mempunyai julat pengesanan dari 2 hingga 7 meter dan julat kiri dan kanan seluas 110°.

Sistem penggeranya pula tidak meninggalkan sebarang titik buta, menjamin pengesanan kepada sebarang pergerakan dengan tepat.

Dengan penyesuaian kelantangan nada lonceng 4 tahap, dari 0 hingga 120dB, anda boleh menyesuaikan bunyi penggera untuk sesuai dengan persekitaran anda, memastikan anda sentiasa boleh dengar bunyi alarm.

Pemasangannya amat mudah, menjadikannya sesuai untuk kegunaan di rumah anda atau secara komersial.

Selain itu, dengan pengesanan infra merah pada waktu malam, ia boleh memberi amaran kepada anda dalam suasana yang gelap dan membuatkan anda rasa lebih selamat.

Anker E8210 Eufy Security Wireless Video Doorbell
mulai
RM532.00
Semak Anker E8210 Eufy Security Wireless Video Doorbell harga dibawah:
add_circle Ada kamera 2K HD
add_circle Jangka hayat bateri 6 bulan
add_circle Dilengkapi body & face detection
remove_circle Harga mahal

Anker E8210 Eufy Security Wireless Video Doorbell dilengkapi dengan kamera beresolusi 2K HD yang boleh menyediakan imej yang jelas sehingga anda dapat melihat setiap butiran.

Sementara itu, dengan kecerdasan buatan pada peranti ini untuk mengesan sesiapa pun yang datang, anda akan menerima notifikasi secara langsung apabila mereka mendekati pintu anda.

Ini akan membuatkan anda tidak terlepas sekiranya ada penghantaran barang atau membuat tetamu menunggu.

Selain itu, ia direka untuk melindungi rumah anda pada harga yang berpatutan (walaupun agak mahal sedikit).

Segala data anda akan disimpan di dalam peranti ini, sekaligus menghapuskan keperluan untuk langganan storan awan yang mahal.

Anda juga akan mendapat view yang luas dengan nisbah aspek 4:3, memberikan pandangan dari kepala hingga kaki kepada sesiapa yang mendekati pintu anda. 

Tambahan lagi ia turut mempunyai tetapan sensor gerakan yang boleh disesuaikan, pengesanan manusia pintar, dan zon aktiviti bagi memastikan anda sentiasa diberitahu jika ada tetamu di depan pintu rumah anda.

Loceng pintu kedai
Panasonic
Panasonic Wireless smart Door Bell No Battery needed
mulai
RM179.55
Semak Panasonic Wireless smart Door Bell harga dibawah:
add_circle Mempunyai 45 pilihan ringtones
add_circle Transmission signal yang kuat
add_circle Mudah dipasang
remove_circle Tidak mempunyai kamera

Panasonic Wireless Smart Door Bell dilengkapi dengan 45 pilihan nada dering yang boleh disesuaikan mengikut personaliti dan gaya anda.

Isyarat penghantaran pada lonceng ini juga boleh dipercayai, memastikan anda sentiasa dengar setiap kali tetamu menekan lonceng rumah anda.

Selain itu, ia dilengkapi dengan 4 tahap kelantangan pembesar suara yang boleh disesuaikan mengikut tahap bunyi yang anda suka, sama ada bunyi kuat ataupun sedikit perlahan.

Untuk pemasangan pula, ianya sangat mudah dipasang tanpa perlu membeli bahan tambahan untuk memasangnya.

Panasonic semestinya jenama yang diyakini, dan untuk lonceng ini ia tidak memerlukan bateri untuk menggunakannya.

(MR.DIY) Black Battery Wireless Doorbell
mulai
RM31.00
Semak (MR.DIY) Black Battery Wireless Doorbell harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Tidak perlu soket plug
add_circle Jarak sehingga 150 meter
remove_circle Bateri cepat habis

Doorbell wireless dari MR.DIY pun ada kalau anda sedang mencari jenama yang mesra dengan bajet anda.

Ia direka untuk memenuhi keperluan anda, menampilkan reka bentuk unik dengan lampu suluh yang membawa keselesaan tambahan, terutamanya untuk golongan kurang upaya pendengaran.

Dengan keupayaan kawalan jauh dan penggunaan bateri alkaline, doorbell ini menawarkan Tiada lagi pembaziran tenaga dengan reka bentuk penjimatan tenaga, memastikan anda dapat 

Menggunakan doorbell tanpa perlu risau ia memakan bil elektrik bulanan anda.

Dengan julat voltan 200-240V, kuasa 2W, dan julat pengoperasian yang mengagumkan sejauh 150 meter, doorbell ini menawarkan prestasi yang boleh dipercayai dalam apa jua persekitaran rumah.

Schneider Electric Kavacha Weatherproof Doorbell
mulai
RM115.89
Semak Schneider Electric Kavacha Weatherproof Doorbell harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Dilengkapi LED indicator
add_circle Jaminan 12 bulan
remove_circle Sedikit rumit dipasang

Schneider Electric Kavacha Weatherproof Doorbell merupakan lonceng rumah yang tahan lasak, boleh kalis daripada cuaca panas dan juga hujan di luar rumah dengan perlindungan IP44.

Anda boleh pilih warna putih klasik atau kelabu yang elegan yang boleh disesuaikan dengan dekorasi rumah anda.

Selain itu, doorbell ini juga memberikan prestasi yang konsisten dengan arus 6A pada 250V AC, memastikan lonceng dapat dibunyikan pada setiap kali.

Dengan ukuran 124x74mm, Schneider Electric Kavacha Weatherproof Doorbell mempunyai reka bentuk yang kompak dan tidak terlalu besar untuk diletakkan di luar rumah anda.


Apakah Kegunaan Doorbell?

Doorbell atau loceng pintu diletakkan oleh pemilik bangunan di luar kediaman mereka, lazimnya di luar pintu atau pagar rumah. 

Loceng itu boleh ditekan oleh pelawat atau tetamu yang ingin berkunjung ke situ untuk menandakan ketibaan atau kedatangan mereka kepada tuan rumah. 

Penggunaan loceng akan memudahkan tetamu kerana mereka tidak perlu mengetuk pintu atau memberi salam dengan kuat apabila sampai di rumah seseorang. 

Jika anda tidak pasti cara mudah untuk pasang loceng rumah yang memerlukan pendawaian, anda boleh tonton video di bawah ini. Selamat berjaya!


Perbezaan Antara Doorbell Dan Intercom

Loceng pintu atau doorbell ialah sejenis sistem amaran yang dipasang oleh tuan rumah agar pelawat atau tetamu yang datang ke rumah.

Ciri ini membolehkan tuan rumah tahu tentang kehadiran tetamu sama ada secara undangan atau datang ke rumah secara mengejut. 

Namun kebiasaannya, loceng rumah biasa bukanlah alat untuk komunikasi dua hala.

Ini kerana tuan rumah hanya akan mendengar bunyi loceng namun tidak dapat mengetahui siapakah yang datang ke kediaman mereka.

Manakala mesin intercom pula merupakan sebuah alat komunikasi dua hala yang membolehkan trasmisi audio atau video dilakukan antara dua atau lebih peranti. 

Bagaimanapun, dengan teknologi zaman sekarang yang makin maju, ada doorbell yang telah direka bersama dengan sistem intercom dan kamera video. 

Ciri ini akan memudahkan anda tahu tentang kehadiran tetamu dan tahu siapakah yang datang ke rumah anda dengan mudah. 


Artikel Berkaitan

End of Article