Kelengkapan Rumah

Lindungi Keluarga Yang Tercinta Dengan 7 Alarm Rumah Terbaik Ini

Sistem penggera/alarm mungkin boleh dikatakan alatan wajib dipasang di unit kediaman anda. Pilih alarm pintu & pagar rumah terbaik jenis CCTV atau Android.


Editor · Updated 3 Jan 2019

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Lindungi Keluarga Yang Tercinta Dengan 7 Alarm Rumah Terbaik Ini

Sistem penggera atau alarm mungkin boleh dikatakan alatan yang wajib dipasang di unit kediaman anda. Dengan kadar jenayah yang makin meningkat saban hari, pasti anda turut merasa keselamatan anda dan keluarga tercinta terancam sekiranya langkah-langkah keselamatan tidak diperketat.  Pelbagai waspada dan langkah boleh dilaksanakan bagi mempertingkat keselamatan dan seterusnya kesejahteraan seisi keluarga.

Bagi menambah ciri keselamatan rumah anda, pilih seleksi alarm terbaik dengan produk alarm rumah yang telah kami senaraikan berikut.

Kandungan
Alarm dan CCTV rumah
Alarm dan CCTV rumah terbaik 1 daripada 6
Sharp Cloud Smart Home System YLSU50M
Partnership with
Dari RM689
Lihat harga di Lazada Malaysia

Sebuah set lengkap menggabungkan alat penggera dan sistem kamera litar tertutup (CCTV), produk keluaran Sharp ini boleh dipasang sendiri dan memiliki ciri mudah digunakan. Set ini dilengkapi satu unit kamera litar tertutup (CCTV), satu unit OverCloud Processing Unit (OPU), satu unit penggera pintu atau tingkap serta sebuah pendrive 16 GB untuk penyimpanan data. Miliki set gabungan ini dan awasi keselamatan kediaman anda pada setiap masa.

Alarm rumah Android
Alarm rumah yang sesuai dengan peranti Android 2 daripada 6
YH-5008A WIFI HD Network Camera Alarm Host
Partnership with
Dari RM219.92
Lihat harga di Zapals

Alat penggera ini boleh dihubungkan dengan peranti Android anda dan dilengkapi kamera pengawasan. Sistem penggera ini boleh dikawal selia menggunakan peranti Android seperti telefon pintar, membolehkan anda mengawasi kediaman anda walau dimana anda berada. Menariknya, alat ini menggunakan sistem Amazon Cloud PnP server cluster yang stabil dan dipercayai.

Alarm rumah bunyi sendiri
Alarm rumah bunyi sendiri 3 daripada 6
Geeklink Sound and Light Alarm Home Security Accessory
Partnership with
Dari RM75.95
Lihat harga di Zapals

Geeklink membawakan sebuah produk alat penggera yang boleh memberi isyarat dan mengeluarkan bunyi sendiri. Dengan kelantangan bunyi sehingga 85dB, alat ini memberi amaran sekiranya berlaku pencerobohan, kebocoran gas atau pintu dibuka. Kelantangan dan tempoh bunyi penggera juga boleh ditetapkan dan diubah. Dapatkan amaran awal sekiranya sesuatu berlaku agar tindakan yang efektif boleh diambil dan seterusnya mengurangkan kerosakkan.

Alarm murah untuk rumah
Alarm murah untuk rumah 4 daripada 6
KINBAR Alarm Lock for Bike, Car & House
Partnership with
Dari RM23
Lihat harga di Shopee Malaysia

Produk alarm rumah yang mampu milik, kunci manga ini dilengkapi sistem penggera. Memiliki dwi fungsi, alat ini bukan sahaja mengunci rumah anda tetapi berfungsi mengluarkan bunyi penggera amaran pada kelantangan bunyi 110 dB apabila dipecahkan atau dibuka tanpa kunci. Dengan ini, segala cubaan menceroboh boleh dikesan dengan jelas dan dilaporkan kepada pihak berkuasa pada kadar segera.

Alarm untuk pagar rumah
Alarm untuk pagar rumah 5 daripada 6
PIR MP.Alert Anti Theft GSM Alarm Alert
Partnership with
Dari RM71.95
Lihat harga di Zapals

Alarm ini memiliki ciri perlindungan keselamatan yang tinggi, dimana ia memberi amaran sekiranya terdapat pergerakan yang tidak diingini berlaku. Isyarat juga akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda jika dikesan terdapat pencerobohan. Berfungsi dengan sensor yang sensitif terhadap pergerakan (motion sensor), alat sesuai diaktifkan ketika waktu malam atau ketika anda tiada dirumah.

Set alarm rumah yang lengkap
Set alarm rumah yang lengkap 6 daripada 6
Kerui KR-G18 GSM Home Security Alarm System Standard Kit
Partnership with
Dari RM311.51
Lihat harga di Zapals

Set alarm lengkap dengan mutu GSM yang berkualiti, alat ini dilengkapi paparan skrin sentuh untuk tujuan konfigurasi dan tetapan serta dikuasai CPU utama yang canggih. Alat boleh digunakan untuk seluruh unit kediaman, meliputi lapan bahagian dan mampu memberi amaran kepada seisi rumah.

Tambah menarik, alat memiliki bateri tambahan bagi menampung keperluan sekiranya terdapat gangguan atau terputus bekalan elektrik utama.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Artikel Berkaiatan 

Lagi daripada ProductNation