Jawapan ringkas: baju hujan terbaik di Malaysia ialah Givi RRS07 Rider Tech Raincoat, RM111.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 14 Oktober 2026), pilihan popular untuk penunggang motosikal kerana kalis air dua lapisan dan tahan lasak. Ia lebih mahal berbanding poncho pakai buang bawah RM2, jadi kurang sesuai jika anda hanya perlukan perlindungan sekali sahaja.
Kami menyemak semula 10 pilihan baju hujan dan harga di Shopee Malaysia pada 14 Oktober 2026; satu pilihan generik tanpa jenama jelas digugurkan daripada senarai.
Kandungan
- Cara Memilih Baju Hujan
- Senarai 10 Baju Hujan Yang Berkualiti
- Terbaik untuk Poncho: Yamaha X QUAT Raincoat (Poncho)
- Yamaha X QUAT Raincoat (poncho)
- Terbaik untuk Tiga Lapisan: GOTO Motorcycle Raincoat Three Layers Waterproof
- GOTO Motorcycle Raincoat Three Layers Waterproof
- Terbaik Secara Keseluruhan: Givi RRS07 Rider Tech Raincoat
- Givi RRS07 Rider tech Raincoat
- Terbaik untuk Heavy Duty: Arai RRS04 2 Layer Raincoat
- Arai RRS04 2 layer Raincoat
- Terbaik untuk Hiking: Decathlon Quechua Hiking/Camping Raincoat
- Decathlon Quechua Hiking/Camping Raincoat
- Terbaik untuk Keselamatan Waktu Malam: Traffic Reflective Fluorescent Green Rain Coat
- Traffic Reflective Fluorescent green Rain coat
- Terbaik untuk Tahan Lasak: Foxdry 04 Raincoat
- Foxdry 04 Raincoat
- Terbaik untuk Bajet Paling Murah: Disposable Ponchos Raincoat
- Disposable Ponchos raincoat
- Terbaik untuk Rider Motosikal: MOTOWOLF Show Cover Rain Coat Motorcycle
- MOTOWOLF show cover rain coat motorcycle
- Terbaik untuk Kanak-Kanak: MILANDO Kid Children Rain Coat
- MILANDO Kid Children Rain Coat
- Apakah Jenis-Jenis Baju Hujan?
- Baju Hujan Diperbuat Daripada Apa?
- Soalan Lazim
- Macam Mana Kami Pilih Baju Hujan Ini
- Artikel Berkaitan
Givi RRS07 Rider tech RaincoatRM111Shopee
Arai RRS04 2 layer RaincoatRM125Shopee
Decathlon Quechua Hiking/Camping RaincoatRM59Shopee
Traffic Reflective Fluorescent green Rain coatRM54.45Shopee
Foxdry 04 RaincoatRM100Lazada
Disposable Ponchos raincoatRM1.25Lazada
MOTOWOLF show cover rain coat motorcycleRM115Shopee
MILANDO Kid Children Rain CoatRM9.40Shopee
GOTO Motorcycle Raincoat Three Layers WaterproofRM12.09Shopee
Yamaha X QUAT Raincoat (poncho)RM19.90Shopee
Cara Memilih Baju Hujan
Kalis air dua lapisan
Pilih baju hujan dengan jahitan kalis air (sealed seams) supaya air tidak menembusi bahagian jahitan semasa hujan lebat.
Ciri keselamatan waktu malam
Cari jalur pemantul cahaya (reflective) pada bahagian belakang dan lengan, penting untuk penunggang motosikal yang balik lewat malam.
Ketat boleh laras
Velcro atau getah di bahagian pergelangan kaki dan tangan mengelakkan air masuk semasa menunggang dalam hujan lebat.
Jenis kegunaan
Penunggang motosikal harian memerlukan baju hujan tahan lasak dua lapisan, manakala aktiviti sekali-sekala seperti hiking boleh guna poncho yang lebih ringan dan mudah alih.
Harga mengikut bajet
Poncho pakai buang bermula bawah RM2, manakala baju hujan motosikal berjenama seperti Givi atau Foxdry berharga sekitar RM100 hingga RM125 (disemak 14 Oktober 2026).
Malaysia merupakan negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi setiap tahun berikutan negera kita terletak di garisan Khatulistiwa.
Lihat sajalah sejak akhir-akhir ini, beberapa negeri kerap mengalami cuaca hujan agak ekstrem sehingga berlaku banjir.
Waktu ini, baju hujan yang bagus amat diperlukan untuk melindungi badan daripada terkena hujan lebih-lebih lagi mereka yang menaiki motosikal.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan dalam situasi ini kita kena sediakan baju hujan yang berkualiti!
Jom lihat senarai jenis baju hujan terbaik atau raincoat terbaik untuk anda dapatkan secara online dengan mudah!
Senarai 10 Baju Hujan Yang Berkualiti
Terbaik untuk Poncho: Yamaha X QUAT Raincoat (Poncho)
1 lagi
Mahukan baju hujan jenis poncho? Anda boleh dapatkan baju hujan Poncho daripada Yamaha ini.
Ianya saiz bebas, jadi anda tidak perlu risau tersalah beli saiz atau takut baju hujan tidak muat untuk dipakai.
Baju hujan ini jenis polyester/PVC, jadi ianya sudah tentu kalis hujan.
Mudah dipakai dan murah dibeli, sesuai untuk anda yang mahukan baju hujan simple dan murah.
Terbaik untuk Tiga Lapisan: GOTO Motorcycle Raincoat Three Layers Waterproof
1 lagi
GOTO Motorcycle Raincoat merupakan baju hujan kalis air tiga lapisan premium yang direka untuk penunggang motosikal.
Set baju hujan ini termasuk jaket, seluar, dan beg penyimpanan yang mudah dibawa dan disimpan.
Tersedia dalam warna hitam, kelabu, jingga, dan hijau, serta saiz dari M hingga 3XL.
Baju hujan ini iperbuat daripada 210T Polyester Waterproof Fabric yang tahan lama dengan lapisan kalis air 100% dan pelapik PVC mesh poliester, ia menjamin perlindungan walaupun dalam hujan lebat.
Jahitan disulami dengan pita PU untuk mengelakkan kebocoran, dan jalur reflektif 3M meningkatkan keterlihatan dan keselamatan semasa menunggang pada waktu malam.
Topi baju hujan ini boleh disembunyikan apabila tidak digunakan, memberikan kemudahan semasa menunggang biasa, dan seluar dilengkapi dengan penutup kasut bersepadu untuk perlindungan 360 darjah.
Dengan penilaian kalis air 10000mm H2O dan tahap kalis air gred 4, baju hujan ini sangat sesuai digunakan pada waktu hujan lebat.
Terbaik Secara Keseluruhan: Givi RRS07 Rider Tech Raincoat
2 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Jenama Givi antara salah satu brand yang dikenali dengan kualiti dan keupayaan kalis air yang bagus, selesa dipakai serta mempunyai reflector untuk keselamatan.
Ciri-ciri:
Givi RRS07 Rider Tech ini merupakan salah satu baju hujan yang berkualiti dengan lapisan kain yang tebal dan tahan lasak.
Malah keupayaan kalis air sehingga 3000mm water column bagi memastikan anda tidak basah atau sejuk ketika menunggang dalam cuaca hujan.
Zip baju hujan ini juga dilengkapi dengan pelindung kalis air untuk mengelakkan daripada air hujan masuk melalui zip baju hujan ini.
Terdapat juga pengudaraan pada bahagian belakang untuk meningkatkan transpirasi dan anda tidak akan rasa panas.
Bahagian dalam mempunyai lapisan pelapik jaring dalaman untuk memastikan anda selesa ketika memakainya.
Baju hujan ini terdapat dari saiz S hingga XXXL, anda juga dinasihatkan untuk membeli di pengedar yang sah untuk memastikan ketulenan produk.
Baju hujan ini turut mempunyai pantulan cahaya sebagai ciri keselamatan untuk memastikan anda mudah dilihat ketika hari hujan dan gelap.
Review:
“Produk yang berkualiti, berbaloi dengan harga, penghantaran pantas, servis terbaik.”
Terbaik untuk Heavy Duty: Arai RRS04 2 Layer Raincoat
4 lagi
Arai RRS04 merupakan salah satu baju hujan yang bagus dengan keupayaan kalis air sehingga 5000 water column.
Bahagian zipnya mempunyai pelindung kalis air berganda untuk mencegah air hujan daripada masuk melalui zip.
Malah, baju hujan ini juga mempunyai ruang pengudaraan di belakang untuk meningkatkan transpirasi.
Material baju hujan ini diperbuat daripada nylon yang tahan lasak dan terdapat pelapik jaring dalaman untuk memberi keselesaan.
Bahagian lengan, leher dan buku lali juga elastik serta mempunyai pengancing cangkuk dan gelung serta boleh dilaras mengikut keselesaan anda.
Sebagai ciri keselamatan, baju hujan ini turut mempunyai reflector untuk memastikan anda mudah dilihat ketika cuaca hujan dan gelap.
Terbaik untuk Hiking: Decathlon Quechua Hiking/Camping Raincoat
2 lagi
Kepada kaki hiking atau trekking di hutan, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli salah satu baju hujan yang bagus dari Decathlon.
Baju hujan ini mempunyai tahap kalis air sehingga 2000mm dan disertakan dengan hood untuk melindungi kepala.
Baju hujan ini juga ringan dengan berat hanya 175g, mudah digunakan dan zip boleh dibuka dengan mudah walaupun anda memakai sarung tangan.
Baju hujan ini juga mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengurangkan kondesasi atau pengewapan
Terbaik untuk Keselamatan Waktu Malam: Traffic Reflective Fluorescent Green Rain Coat
2 lagi
Dengan warna fluorescent green yang mempunyai tahap pantulan cahaya yang tinggi, baju hujan ini membuatkan anda mudah dilihat dalam keadaan gelap.
Baju hujan ini diperbuat daripada material PVC dan Oxford yang kalis air, berkualiti tinggi dan membuatkan anda tidak rasa sejuk semasa cuaca hujan.
Baju hujan ini turut disertakan dengan seluar serta mempunyai hood untuk melindungi kepala.
Bahagian zip turut mempunyai penutup dengan buckle untuk mengelakkan daripada air hujan masuk melalui zip.
Baju hujan ini juga turut mempunyai pengudaraan untuk mengurangkan pengewapan dan kurangkan rasa panas untuk bahagian dalam badan anda.
Terbaik untuk Tahan Lasak: Foxdry 04 Raincoat
3 lagi
Baju hujan jenama Foxdry merupakan salah satu baju hujan yang semakin mendapat tempat dikalangan rider delivery berikutan kualiti dan harga yang berpatutan.
Baju hujan ini bukan sahaja kalis air tetapi turut direka dengan ciri ketahanan terhadap angin apabila cuaca hujan.
Bahagian zipnya mempunyai penutup dengan pelekat velcro untuk menghalang air hujan daripada masuk melalui zip.
Malah baju hujan ini juga mempunyai poket untuk menyimpan barangan peribadi anda.
Sebagai ciri keselamatan, baju hujan ini turut mempunyai reflector untuk memastikan anda mudah dilihat apabila cuaca hujan.
Terbaik untuk Bajet Paling Murah: Disposable Ponchos Raincoat
2 lagi
Sekiranya anda inginkan baju hujan bajet atau hanya menggunakan baju hujan sekali sekala sahaja, baju hujan pakai buang adalah pilihan sesuai.
Selain dari harga yang murah, kelebihan baju hujan pakai buang ini mudah disimpan dan mudah digunakan.
Erti kata lain, anda tidak perlu melipat semula sebaliknya terus buang selepas digunakan.
Walaupun murah, baju hujan ini mampu melindungi diri anda daripada basah dan sejuk ketika anda melakukan aktiviti di waktu hujan.
Baju hujan ini juga free size dan sesuai untuk semua saiz badan.
Terbaik untuk Rider Motosikal: MOTOWOLF Show Cover Rain Coat Motorcycle
2 lagi
Baju hujan MOTOWOLF ini menggunakan jenis fabrik 100D, polyester dan PU yang sangat breathable, selasa dan ringan ketika dipakai.
Ciri ini memberikan keselesaan pada pengguna ketika hujan kerana apabila fabriknya terkena air hujan tidak akan memberi kesan berat pada badan anda.
Baju hujan ini mempunyai pilihan saiz S,M,L,XL dan XXL serta ada 6 pilihan warna menarik, jika anda nak nampak menyerlah boleh pilh warna oren atau hijau.
Baju hujan ini bukan sahaja sesuai digunakan ketika menunggang motorsikal biasa, juga sesuai untuk motocross, berbasikal, memburu, camping and hiking.
Dengan memilik kain yang berkualiti, baju hujan ini ada poket dan hood yang boleh ditanggalkan jika anda tidak menggunakannya serta getah bahagian lengan dan kaki boleh di laras dengan mudah.
Terbaik untuk Kanak-Kanak: MILANDO Kid Children Rain Coat
1 lagi
Baju hujan comel ini 100% waterproof diperbuat daripada eco-friendly PVC, polyester dan eco-friendly EVA sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.
Dengan saiz ukuran 65cm x 45cm x 53cm, baju hujan ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak berusia 3 hingga 8 tahun dengan anggaran ketinggian 90cm hingga 130cm.
Baju hujan ini juga sesuai digunakan ketika hiking, camping dan aktiviti sukan luar kerana mudah disarung pada badan dan senang disimpan kerana mempunyai bag kecil.
Selain mempunyai rekaan yang menarik, baju hujan ini ada poket dan hood kepala untuk lindungi kepada kanak-kanak dengan baik.
Apakah Jenis-Jenis Baju Hujan?
Baju hujan merupakan barang keperluan wajib untuk setiap penunggang motosikal jadi haruslah memilih baju hujan yang berkualiti.
Tapi sebelum tu, ketahui jenis baju hujan yang sesuai untuk kegunaan harian anda supaya pembelian yang berbaloi.
-
Trenchcoat
Baju hujan ini diperbuat daripada kapas gaberdine halus yang dirawat dengan bahan kimia supaya dapat menangkis air hujan.
Asalnya baju hujan ini direka untuk askar sewaktu Perang Dunia Pertama tetapi selepas perang, jenis baju hujan ini mendapat tempat dalam dunia fesyen.
Trenchcoat mempunyai lapel dan kolar dengan dua butang di hadapan dan tali pinggang kain.
-
Ponchos
Ponchos direka untuk memastikan anda kekal kering diwaktu hujan lebat.
Ponchos kebiasaannya mempunyai hood untuk melindungi kepala dan panjang sehingga ke paras pinggang atau lutut.
-
Jacket Hujan
Seperti jaket biasa, kebiasaannya pendek hingga ke paras pinggang, mempunyai pelbagai reka bentuk, ada yang berkolar, mempunyai penutup kepala, berzip ataupun hanya berbutang
Cuma sedikit berbeza, jaket hujan dapat melindungi daripada sejuk dan mempunyai fungsi kalis air.
-
Waterproof raincoat
Merupakan jenis baju hujan yang paling efektif dengan material yang berfungsi menghalang air sepenuhnya daripada meresap ke dalam fabrik ketika hujan lebat.
-
Water-resistant raincoat
Baju hujan jenis ini sesuai untuk melindungi anda apabila hujan yang tidak terlalu lebat atau terlalu lama.
Cuma apabila hujan terlalu lebat atau tempoh yang lama, air akan meresap ke dalam fabrik dan membuatkan anda basah
-
Water-repellent raincoat
Baju hujan jenis ini mempunyai gred DWR yang bermaksud kalis air dan tahan lama.
Direka dengan kemasan khas untuk memberi perlindungan hujan yang efektif.
-
Breathable raincoat
Baju hujan ini bukan sahaja mempunyai fungsi kalis air dan perlindungan hujan, malah material baju hujan ini tidak memerangkap habas.
Ini menjadikan anda tidak terasa panas apabila anda memakainya.
-
Windproof Jacket
Sesetengah baju hujan mempunyai fungsi windproof kerana bukan sahaja menghalang anda daripada basah ketika hujan tapi turut berfungsi melawan rintangan angin yang kuat.
Sangat sesuai dipakai ketika cuaca hujan lebat atau angin yang kuat.
Misalnya ketika anda menunggang motosikal, angin kuat boleh mengganggu penunggangan dan membahayakan anda.
Jadi dengan fungsi windproof, dapat memberi lebih keselamatan ketika waktu hujan.
Baju Hujan Diperbuat Daripada Apa?
Soalan Lazim
Apakah jenama baju hujan terbaik?
Jenama popular di Malaysia termasuk Givi (seperti siri RRS07), Benkia, Foxdry, OneDry dan Dryco, semuanya dikenali kerana kalis air yang kuat dan rekaan kemas pada bahagian leher dan kaki untuk elak air masuk.
Berapakah harga baju hujan?
Harga baju hujan di Malaysia bermula sekitar RM1 hingga RM20 untuk poncho pakai buang, dan RM100 hingga RM125 untuk model motosikal berjenama dua lapisan seperti Givi RRS07, RM111.00 di Shopee Malaysia (disemak 14 Oktober 2026).
Macam Mana Kami Pilih Baju Hujan Ini
Kami menyemak 10 baju hujan ini secara langsung di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 14 Oktober 2026, mengikut setiap pautan beli sehingga ke halaman produk sebenar untuk sahkan harga dan jualan sebenar kedai. Kami tidak membeli atau menguji fizikal mana-mana baju hujan dalam pusingan semakan ini. Satu baju hujan generik tanpa jenama jelas digugurkan daripada senarai asal 11 pilihan, jadi senarai ini kini mengandungi 10 pilihan. Artikel ini mengandungi pautan affiliate; kami mungkin menerima komisen tanpa menambah kos kepada anda.
Nota kemas kini: 14 Oktober 2026, harga dan pautan beli disemak semula untuk kesemua 10 baju hujan (GOTO Motorcycle Raincoat kini RM12.09, Givi RRS07 RM111.00, Foxdry 04 RM100.00); Motorcycle Waterproof Raincoat generik digugurkan daripada senarai.




