Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
payung hujan

11 Jenis Payung Terbaik di Malaysia (Model Terbaru 2024)

Pastikan anda miliki payung yang sesuai dengan kegunaan harian.

Disebabkan cuaca di Malaysia tak menentu, payung merupakan alat wajib ada dalam kereta, beg atau rumah.

Tapi apa yang menjadi persoalan, adakah payung di setiap tempat ini anda letak mengikut kesesuaian jenis payung?

Jadi, jom lihat senarai payung model terbaru dan payung bagus yang sesuai mengikut kegunaan dan tempat.


Senarai 11 Jenis Payung 

Payung terbaik secara keseluruhan
Auto Open Golf Umbrella
mulai
RM24.00
Semak Auto Open Golf Umbrella harga dibawah:
add_circle Mempunyai UPF 50+
add_circle Mudah ditutup
add_circle Selesa dipegang
add_circle Saiz besar
remove_circle Tidak boleh disimpan dalam beg tangan

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Payung besar yang berdiameter 135cm ini patut dimiliki oleh mereka yang sudah berkeluarga kerana boleh muat sehingga 3 orang dewasa.

Ciri-ciri;

Payung ini boleh guna ketika cuaca panas dan hujan kerana mempunyai lapisan perlindungan matahari UPF 50+ yang mana dapat menghalang 99% UVB dan 93% UVA.

Rekaan payung ini ringan jadi mudah untuk anda bawa ke pasar atau simpan dalam kereta atau rumah.

Selain itu, payung ini mempunyai 8 tulang untuk mengembangkannya jadi payung ini tidak mudah bengkok jika ditiup angin kuat.

Malah, besi yang terdapat pada payung ini tahan karat dan tidak mudah bengkok menjadikan payung ini tahan lama.

Bahagian pemegang pula mempunyai anti-slip jadi bagi tangan yang berpeluh tak akan sukar untuk memegang payung ini.

Review;

‘Memang recommended untuk sesiapa yang mahukan payung besar. Sesuai sangat untuk orang dewasa. Butang pun berfungsi dengan baik’

mulai
RM7.30
Semak Japan Korean Style Transparent Umbrella harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan warna lutsinar
add_circle Diperbuat daripada plastik
add_circle Harga murah
remove_circle Kurang sesuai digunakan ketika cuaca panas

Untuk gadis yang sukakan drama Korea, wajib dapatkan payung transparent ini. Barulah nampak trendy macam dalam K-drama.

Lagipun payung ini mudah dikendalikan dan walaupun harganya murah tapi perlindungannya ketika hujan sangat bagus.

Malah pada bahagian rangka payung yang kukuh menjadikan payung tidak mudah patah dan boleh bertahan ketika angin kuat.

Diameter payung ini ebih kurang 40’ dan mempunyai beberapa pilihan warna yang anda boleh pilih.

C Shape Reverse Folding Umbrella
mulai
RM14.80
Semak C Shape Reverse Folding Umbrella harga dibawah:
add_circle Rangka payung kukuh
add_circle Banyak pilihan warna & corak
add_circle Boleh berdiri sendiri apabila ditutup
remove_circle Sedikit berat

Rekaan payung terbaru ini inovatif di mana akan ditutup secara terbalik, jadi lapisan luar akan menjadi lapisan dalam payung apabila ditutup. 

Hasilnya, air hujan dari payung tidak akan membuat tempat duduk kereta anda basah jadi sangat sesuai diletakkan di dalam kereta.

Menariknya lagi, pemegang payung ini berbentuk C ini membolehkan anda menggantung payung pada lengan tanpa perlu memegang.

Jadi, payung lipat ini sangat membantu jika anda membawa barang yang banyak atau mendukung bayi.

mulai
RM14.00
Semak Payung Pengantin Bermacam-macam Warna (Bridal Umbrella) harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Harga mampu milik
add_circle Jenis berkilat
remove_circle Saiz kecil

Untuk pengantin yang sedang membuat persiapan majlis kahwin, kami sarankan anda untuk dapatkan payung pengantin yang boleh dipadankan dengan tema warna baju kahwin anda.

Jangan risau, terdapat pelbagai warna payung yang boleh dipilih antaranya warna putih, kuning diraja, merah jambu, biru, merah, maroon dan keemasan. 

Terdapat juga beberapa warna yang mempunyai efek kilat pada payung antaranya silver, cream dan cream gold.

Lagipun payung ini bukan sahaja boleh digunakan untuk melindungi pasangan pengantin tapi boleh digunakan untuk kegunaan harian. 

Tak terlalu berat, jadi tangan pengapit tak lenguh ketika pegang payung ini.

Car Windshield Sunshade Umbrella
mulai
RM15.50
Semak Car Windshield Sunshade Umbrella harga dibawah:
add_circle Mengurangkan panas kereta
add_circle Mudah disimpan
add_circle Boleh dilipat
remove_circle Sedikit sukar untuk dibuka

Direka khas untuk cermin depan kereta dimana bantu mengelakkan bahagian dalam kereta menjadi terlalu panas ketika diparkir di bawah panas terik. 

Dalam masa yang sama payung ini dapat mengurangkan masalah dashboard dan kerusi kereta cepat pudar akibat cuaca panas.

Terdapat dua pilihan saiz payung kereta iaitu besar dan kecil. Kedua-dua payung ini mempunyai rangka kukuh.

Maksudnya payung tidak mudah jatuh atau patah apabila dipasang pada cermin depan kereta.

Untuk setiap pembelian, anda aka dapat beg khas untuk simpan payung model terbaru ini apabila tidak digunakan.

Automatic Umbrella 12 Ribs
mulai
RM16.00
Semak Automatic Umbrella 12 Ribs harga dibawah:
add_circle Senang dilipat
add_circle Boleh tahan angin kuat
add_circle Pemegang ergonomik
remove_circle Nipis

Apa yang menarik tentang payung ini ialah boleh dibuka hanya dengan tekan satu butang.

Hanya perlu tekan butang yang tersedia pada pemegangnya untuk buka atau tutup payung. 

Terdapat enam pilihan warna seperti hitam, coklat, biru gelap, ungu, merah dan kelabu. 

Struktur payung juga kuat kerana diperbuat daripada aluminium dan sangat kukuh jika angin kuat kerana mempunyai 12 tulang.

Ukuran payung ini apabila dibuka adalah 65cm, diameter 105cm dan jika dilipat bersaiz 33cm.

mulai
RM7.50
Semak Magic Flower Anti UV Protect Sakura Blossom Foldable Umbrella harga dibawah:
add_circle Cepat kering
add_circle Boleh dilipat
add_circle Mempunyai corak apabila terkena hujan
add_circle Terdapat beg kecil untuk simpan payung
remove_circle Tidak sesuai untuk lelaki

Dengan saiz payung yang kecil ini sesuai untuk diletakkan dalam beg untuk ke tempat kerja atau kelas.

Terdapat pelbagai warna yang sesuai untuk perempuan kerana terdiri daripada warna lembut iaitu ungu, merah jambu, turquoise dan biru.

Uniknya payung ini apabila terkena air hujan pada bahagian lapisan luar, permukaan yang kosong pada asalnya akan bertukar menjadi corak berbunga. 

Apabila kering, corak bungaan tersebut akan tersembunyi semula. Macam silap mata kan?

Round Umbrella With StandPayung Pasar Malam
mulai
RM33.90
Semak Round Umbrella With Stand/Payung Pasar Malam harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Boleh dilipat
add_circle Mudah dipasang
add_circle Ketinggian tiang payung boleh dilaraskan
remove_circle Harga mahal

Untuk peniaga-peniaga kecil yang baru mula berniaga, kami sarankan anda untuk dapatkan payung pasar malam yang bersaiz lebih kurang 8 kaki ini. 

Jangan risau, sruktur payung ini boleh dilipat untuk disimpan, tapak kakinya stabil dan kukuh, jadi boleh bertahan ketika cuaca berangin dan hujan.

Ukuran diameter untuk payung ini adalah 2.4meter dan ketinggian boleh dilaras mengikut kesesuaian keadaan.

Selain digunakan untuk berniaga, payung niaga ini juga boleh melindungi anda dari cahaya matahari ketika melakukan aktiviti luar.

Terdapat beberapa pilihan warna, pelangi, merah dan biru.

Payung topi kepala
Foldable Head Umbrella Cap
mulai
RM7.80
Semak Foldable Head Umbrella Cap harga dibawah:
add_circle Terdapat 6 pilihan warna menarik
add_circle Ringan & portable
add_circle Mudah dipakai
add_circle Harga murah
remove_circle Kurang sesuai diguna ketika angin kencang

Payung kepala dipakai seperti topi ini sesuai dimiliki oleh kaki pancing atau para peniaga pasar.

Ini kerana dapat melindungi bahagian kepala daripada panas matahari atau hujan dapat tanpa memerlukan tangan. 

Boleh digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak kerana lengkap dengan headband yang elastik, jadi boleh muat dengan semua saiz kepala. 

Bukan sahaja boleh melindungi muka dan kepala anda dari panas dan hujan, malah boleh juga digunakan ketika anda melancong di tempat bersalji. 

Apabila tidak digunakan, boleh tutup seperti payung hujan biasa yang lain.

Umbrella Mini and Lightweight
mulai
RM19.90
Semak Umbrella Mini and Lightweight harga dibawah:
add_circle Anti UV
add_circle Unisex
add_circle Tahan karat
add_circle Boleh muat dalam beg tangan
remove_circle Agak kecil
remove_circle Perlu dibuka secara manual

Rekaan payung ini ringkas tapi modern kerana bentuknya seperti botol air kecil yang bersaiz 100ml.

Terdapat pelbagai pilihan warna seperti hijau matcha, navy blue, biru, hitam, merah jambu, ungu dan oren. 

Sangat sesuai dibawa bersama ke mana-mana termasuklah ketika travelling kerana boleh dilipat. 

Beg kecil turut tersedia untuk memudahkan anda menyimpannya.

Payung kertas  Oil Paper Bamboo Umbrella
mulai
RM14.90
Semak Payung kertas / Oil Paper Bamboo Umbrella harga dibawah:
add_circle Rekaan cantik
add_circle 100% handmade
add_circle Pelbagai pilihan warna
remove_circle Tidak kalis air

Inginkan payung untuk dijadikan prop ketika photoshoot atau untuk persembahan?

Boleh dapatkan payung tradisional Cina ini untuk menyerikan persembahan untuk gambar atau video.

Sesuai juga digunakan untuk menghias ruangan di rumah atau kedai untuk menaikkan seri.

Terdapat pelbagai pilihan warna payung menarik untuk anda, antaranya merah jambu, merah, oren, biru dan kuning. 

Nak guna ketika majlis makan malam yang bertemakan tradisional juga tiada masalah.


Mengapa Payung Sangat Berguna Dalam Kehidupan Seharian Kita? 

Payung direka khas untuk melindungi kita daripada terkena hujan atau panas matahari.

Tanpa payung yang bagus ketika cuaca hujan, tubuh, rambut, hijab atau barang-barang kita akan basah.

Apa yang lebih teruk, barangan elektronik boleh rosak akibat kegagalan payung untuk melindungi dari hujan.

Ketika panas terik pula, payung akan melindungi wajah dan tangan kita daripada terbakar akibat cahaya matahari. 

Kesan terbakar ini boleh menyebabkan keradangan atau gatal-gatal pada kulit.   

Jadi, payung sangatlah penting dalam kehidupan seharian. 


Apakah Kegunaan Payung Yang Lain? 

Jangan ingat payung hanya penting ketika cuaca hujan dan panas sahaja. Berikut merupakan kegunaan-kegunaan lain payung:

  • Payung boleh dijadikan sebagai barang dekorasi di halaman rumah atau ruang khas di sekolah. 
  • Boleh juga guna payung untuk menghias dewan perkahwinan atau sebagai prop untuk photoshoot
  • Warga emas yang sakit kaki boleh guna payung sebagai tongkat. 
  • Jika anda kreatif, payung yang telah rosak pula boleh digunakan untuk menghasilkan layang-layang dan terendak lampu.  
  • Jika anda berada dalam situasi bahaya, payung boleh dijadikan alat untuk mempertahankan diri. 
  • Payung juga boleh dijadikan tempat simpan barang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu buka payung dan terbalikkannya. Kemudian, letak barang-barang yang tidak begitu berat di dalamnya. 

Artikel Berkaitan

End of Article