Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
IQOS cover image

Ini Betul-Betul Inovatif! Ketahui Evolusi Peranti Mesra Poket Dengan Teknologi Baharu

Bukan biasa-biasa peranti baharu ni, nampak moden dan canggih!

Jika anda seorang yang sukakan update gadget terkini dan juga seorang perokok dewasa, anda mungkin ternampak rakan anda memegang satu peranti mesra poket yang canggih semasa sedang lepak bersama.

Rakan anda yang juga seorang perokok kelihatan senang menggunakannya, dan anda mula tertanya-tanya, adakah peranti tersebut sesuai dengan anda?

Pada waktu yang sama, anda juga bosan perlu bersihkan abu rokok yang terjatuh dalam kereta, atau kurang senang bau asap rokok sentiasa melekat pada baju.

Mungkin anda terfikir, ada tak alternatif yang lebih bersih dan yang masih memberikan kepuasan rasa tembakau sebenar?

Anda sebenarnya mempunyai alternatif peranti pemanas tembakau yang menggunakan teknologi ‘heat-not-burn’, di mana ia tidak lagi menggunakan api.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Beza Antara Rokok Dan Peranti 'Heat Not Burn'

Jika anda seorang perokok dewasa, tentu anda sering dilema untuk merokok di rumah, kerana asap rokok yang dilepaskan akan membuatkan orang rumah kurang senang.

Malah, jiran-jiran juga akan kurang senang apabila terbau asap rokok, dan lebih parah abu rokok pula terbang ditiup angin ke rumah jiran.

Selain itu, sebatang rokok yang dibakar boleh mencapai tahap pembakaran sehingga 850°C dan melepaskan beribu kimia berbahaya.

Peranti IQOS mula memperkenalkan teknologi ‘heat-not-burn’ sejak 2014 yang memanaskan, dan bukan membakar tembakau.

Proses ‘heat-not-burn’ di dalam IQOS hanya mencapai suhu sehingga 350°C, di mana ia tidak mengeluarkan asap dan bau asap rokok.

Terdahulu, peranti IQOS dan lil menggunakan teknologi pemanasan bilah dan pin untuk memanaskan tembakau, dan itu sudah cukup membuatkan ramai teruja dengan inovasi peranti mesra poket ini.

Baru-baru ini, IQOS ILUMA telah dilancarkan sebagai peranti generasi baharu yang lebih bersih dan lebih baik.


Rasa Tembakau Yang Konsisten Dengan IQOS ILUMA

Antara kelainan yang dibawakan oleh IQOS ILUMA adalah SMARTCORE INDUCTION SYSTEM™, yang mampu memanaskan tembakau dari dalam melalui kepingan logam di dalam SMARTCORE STICKS.

Ini akan memberikan anda rasa tembakau sebenar yang konsisten, dan paling best, tidak akan ada sisa abu pada peranti IQOS ILUMA.

Tambahan lagi, reka bentuk peranti IQOS ILUMA tidak menggunakan bilah untuk memanaskan tembakau seperti peranti terdahulu.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi membersihkan peranti ini selepas menggunakannya, dan tidak perlu risau tentang masalah bilah patah. 

Selain itu, IQOS ILUMA juga menghasilkan 95% kurang bahan kimia berbahaya berbanding rokok.*

[MAKLUMAT PENTING: Ini tidak bermakna risiko dikurangkan sebanyak 95%. IQOS bukan bebas risiko]

*“Pengurangan 95%” adalah mewakili purata penurunan kepada tahap 9 bahan kimia yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi pengurangan dalam asap rokok, dan tidak termasuk nikotin. Lihat Maklumat Penting di IQOS.com.


IQOS ILUMA Dipadankan Dengan Personaliti Anda

Tambahan pula, terdapat ciri-ciri menarik lain yang anda boleh rasai sendiri dengan IQOS ILUMA.

Antaranya, peranti mesra poket ini boleh ditetapkan secara personalised mengikut gaya anda.

Terdapat tiga model peranti IQOS ILUMA yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian bajet dan cita rasa, iaitu IQOS ILUMA PRIME, IQOS ILUMA dan IQOS ILUMA ONE.

Menariknya, peranti ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang anda boleh pilih dan padankan bersama personaliti anda.


Secara ringkasnya, peranti IQOS ILUMA dibangunkan bersama teknologi SMARTCORE INDUCTION SYSTEM baharu yang memanaskan tembakau dari dalam, untuk memberikan rasa tembakau sebenar yang konsisten tanpa asap.

Ia juga tidak menggunakan bilah seperti peranti terdahulu, jadi tiada masalah bilah rosak serta tidak perlu lagi membersihkan peranti selepas menggunakannya.

Walaupun penggunaan peranti ini tidak bebas risiko, ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding rokok.

Terokai Peranti Pemanas Tembakau; IQOS ILUMA | IQOS Malaysia

Ikuti IQOS di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

IQOS ILUMA™ direka khas untuk digunakan bersama SMARTCORE STICKS™ sahaja. Sila pastikan bahawa IQOS ILUMA™ dan SMARTCORE STICKS™ tidak digunakan dengan IQOS generasi terdahulu atau mana-mana peranti lil kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda. Maklumat lanjut di iqos.com.

Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.

[Artikel ini kerjasama bersama Philip Morris Malaysia]

End of Article