Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
IQOS

Pengurangan Pembebasan Asap - Mudah Digunakan & Mudah Dibuang

Jika anda seorang perokok atau anda mengenali seorang perokok, anda mungkin sudah tahu bahawa ia boleh membawa kesan negatif yang serius. Selain itu, ia menghasilkan asap dan abu yang boleh mengganggu orang di sekeliling anda.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didapati permintaan yang semakin meningkat untuk alternatif bebas asap rokok seperti peranti elektronik heat-not-burn, juga dikenali sebagai peranti pemanas tembakau. Salah satu contoh ini ialah lil SOLID Ez, yang diperkenalkan oleh IQOS, yang memanaskan tembakau dan bukannya membakarnya. Walaupun perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang perokok ialah berhenti sepenuhnya, jika anda memilih untuk tidak melakukannya, anda boleh mempertimbangkan alternatif ini.

Dalam artikel ini, kami akan meneroka kelebihan alternatif bebas asap rokok ini.

Kesan Rokok: Bahaya Pembakaran Tembakau

Rokok biasa, yang melibatkan pembakaran tembakau, menghasilkan banyak bahan kimia berbahaya dalam bentuk asap. Asap tersebut mengandungi zarah mikroskopik yang boleh dihidu oleh perokok aktif dan orang sekeliling. Selain itu, asap rokok juga mengandungi karbon monoksida, iaitu gas beracun yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Terdapat lebih daripada 7,000 bahan kimia yang diketahui terdapat dalam rokok, dengan 70 di antaranya diketahui boleh menyebabkan kanser. Dengan kata lain, merokok biasa mempunyai kesan negatif yang besar terhadap kesihatan manusia dan juga merosakkan kualiti udara di sekitar kita.Alternatif Bebas Asap daripada IQOS: Inovasi Yang Semakin Popular

Alternatif Bebas Asap daripada IQOS: Inovasi Yang Semakin Popular

Seiring dengan perkembangan zaman, semakin ramai orang mencari alternatif yang lebih baik untuk mengurangkan risiko merokok. Apa yang membezakan lil daripada rokok biasa ialah cari ia memanaskan tembakau dan tidak membakarnya. Pengguna hanya perlu memasukkan batang tembakau ke dalam peranti, dan lil akan memanaskan tembakau dengan tepat untuk menghasilkan aerosol yang boleh disedut dengan rasa sebenar tembakau, dan memuaskan untuk pengguna yang ingin menikmati rasa sensasi asli tembakau. 

lil juga tidak menghasilkan bau asap rokok yang menganggu. Ini menjadikan IQOS lebih digemari ramai orang, kerana penggunaannya tidak menghasilkan bau asap yang kurang menyenangkan yang melekat pada pakaian atau rambut. Ia juga tidak menghasilkan abu dan pengguna tidak perlu menyalakan, mematikan, atau mengawal api seperti yang dilakukan pada rokok biasa. Selain itu, IQOS juga mengeluarkan dedahan bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah berbanding rokok*. 

[MAKLUMAT PENTING: IQOS bukan bebas risiko.] * Pengurangan pada tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan. Lihat “Maklumat Penting” di IQOS.com.

Peranti lil Pilihan Yang Bertanggungjawab

Ringkasnya, lil ialah alternatif yang lebih baik daripada rokok biasa, menawarkan banyak kelebihan dan adalah boleh digunakan dengan cara yang lebih mudah. Tapi ingat, peranti pemanas tembakau ini hanya direka untuk perokok yang memilih untuk tidak berhenti merokok dan menginginkan alternatif lebih baik. Jika anda bukan seorang perokok atau pengguna nikotin, produk ini bukan untuk anda.

Ketahui lebih lanjut tentang peranti pemanas tembakau: IQOS.com

Ikuti IQOS di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.

[Artikel ini kerjasama bersama Philip Morris Malaysia]

End of Article