Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Pesta Kuantan 188 (1) (1).jpg

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Artis Lain Bakal Meriahkan Pesta Kuantan 188 2023

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir!

Pesta Kuantan 188 akan diadakan selama tiga hari dari 29 hingga 31 Julai 2023 untuk kali kedua ini turut disokong oleh Kerajaan Negeri Pahang, Pelancongan Pahang dan Kementerian Belia dan Sukan.

Menariknya, Pesta Kuantan 188 tahun ini dijangkakan akan menerima kehadiran sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung sepanjang tiga hari pesta tersebut.

Jangkaan ini dikongsikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah, Datuk Indera Omar Naresh Mohan pada majlis sidang media Pesta Kuantan 188 semalam.

Pasti anak Pahang tidak sabar untuk hadir ke Pesta Kuantan 188 tahun ini!


Konsert Percuma Pesta Kuantan 188

Antara tumpuan utama Pesta Kuantan 188 semestinya konsert percuma yang dibarisi artis popular yang bakal memeriahkan festival tersebut. 

Antaranya anak jati Pahang, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Aizat Amdan, Santesh, Ameng Spring, Harith Iskander dan Aishah Retno.

Kalau anda nak layan, boleh hadir bersama keluarga memeriahkan konsert tersebut pada 31 Julai 2023 bermula jam 9.00 malam. 


Aktiviti Menarik Pesta Kuantan 188 

Malah, ada pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan pada Pesta Kuantan 188 kali kedua ini antaranya aktiviti keriangan keluarga seperti Perlumbaan Perahu Naga Diraja Pahang.

Perlumbaan perahu naga dinamakan 'Regatta Perahu Naga Diraja Pahang 2023' akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai dan perjalanan mereka akan bermula di hadapan Jeti Jabatan Laut Kuantan dan berakhir di hadapan Kuantan 188.

Ada juga Persembahan Bakat Kuantan 188: Ada Bran? Serta Persembahan Kebudayaan oleh Majlis Bandaraya Kuantan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kalau anda minat fesyen, jangan lepaskan peluang tonton pertunjukan fesyen yang menampilkan pereka fesyen Malaysia iaitu Calvin Thoo, Bujins, Bawal Exclusive by Byqiss Boutique, ME2WE, Widad Universiti College, Kuantan dan Universiti College of Yayasan Pahang. 

Untuk mereka yang suka bersukan pula, anda boleh sertai Zumba, Fun Run serta Fun Ride yang menampilkan larian 5 kilometer bersama trek berbasikal sejauh 35 kilometer.

Nak aktiviti lebih santai? Anda boleh kunjungi gerai runcit dengan barangan buatan tangan dan makanan daripada vendor tempatan.

Khas buat kanak-kanak, akan disediakan aktiviti Kelab Kanak-kanak termasuk Zoo Haiwan Peliharaan Mini, Pertandingan Karaoke, Bouncy Castle dan Zipline Kanak-kanak pada 30 Julai 2023.

Kuantan 188 juga akan menganjurkan majlis makan malam tertutup khas untuk satu malam sahaja, sempena hari keputeraan KDYMM Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 30 Julai 2023 dan 5 Ogos 2023. 

Anda boleh dapatkan tiket di ticket.kuantan188.com.my/ms/Booking atau layari www.kuantan188.com.my, ikuti hantaran di Instagram, Facebook dan TikTok untuk ketahui lebih lanjut.

Paling menarik, untuk mereka yang membeli tiket ke Pesta Kuantan 188 dari 17-31 Julai layak menyertai cabutan bertuah yang akan diumumkan pada 31 Julai 2023 di penghujung konsert. 


Artikel Berkaitan

End of Article