Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
jacket waterproof

7 Jacket Waterproof Terbaik di Malaysia 2024 (Wanita & Lelaki)

Kalau ada jacket wateroproof, memang tak ada masalah ank buat aktiviti luar.

Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang lembab menjadikan pergerakan luar kita terbatas terutamanya penunggang motosikal.

Jadi penggunaan jacket waterproof adalah pilihan tepat dan harus dimiliki bagi setiap penunggang motosikal dan peminat aktiviti luar sebagai persediaan ketika menghadapi cuaca hujan.

Bagi memudahkan anda mencari jacket waterproof terbaik, kami telah menyenaraikan senarai jacket waterproof terbaik untuk anda. Jom lihat!


Senarai 7 Jenama Jacket Waterproof Terbaik

Jacket waterproof terbaik secara keseluruhan
Dainese Storm 2 Unisex Jacket
Semak Dainese Storm 2 Unisex Jacket harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Reflektif
add_circle Terdapat 3 poket
add_circle Mempunyai ciri ergonomik
add_circle Terdapat 1 tahun warranty
remove_circle Mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jaket Unisex Dainese Storm 2 boleh dikategorikan jaket yang sempurna dan selesa dengan penggunaan fabrik breathable beserta ciri reflektif pada bahagian tepi.

Ciri-ciri:

Jaket ini diperbuat daripada fabrik jejaring breathable Hi-Vis yang diluluskan EN ISO 20471 sekaligus dapat memberi jaminan perlindungan yang baik ketika hujan.

Selain itu ciri reflektif yang terdapat pada tepi jaket dapat memberi jarak penglihatan yang baik di jalan raya walaupun dalam keadaan cuaca yang ekstrem.

Anda juga tidak perlu risau dengan barangan berharga yang disimpan dalam poket kerana bahagian tersebut kalis air ditambah pula bahagian zip ditutup untuk mengelakkan dimasuki air.

Terdapat hood kepala yang boleh disorokkan pada bahagian turtle neck jika tidak mahu digunakan pada waktu panas.

Review:

“Kualiti terbaik, padan dengan harga”

KOMINE JK006 Waterproof Fashion Denim Mesh Motorcycle Riding Jacket
Semak KOMINE JK006 Waterproof Fashion Denim Mesh Motorcycle Riding Jacket harga dibawah:
add_circle Terdapat protection padding
add_circle Rekaan yang menarik
remove_circle Tidak sesuai untuk aktiviti lain

Dengan rekaan denim dan cutting slim fit pasti membuatkan anda tampak bergaya ketika menunggang motosikal tidak kira moto kecil ataupun besar.

Jacket ini diperbuat dengan material nylon, cotton dan polyester yang bermutu tinggi jadi sangat sesuai untuk tunggangan motor.

Lagipun, jacket ini turut dilengkapi dengan safety padding pada bahagian dada, bahu, siku dan belakang bagi melindungi bahagian badan sekiranya anda terjatuh.

Terdapat dua pilihan warna iaitu biru gelap dan hitam. Ingin diingatkan saiz jacket mengikut saiz Japan (JP) bukan Europe (EU).

Adidas RUNNING Own the Run Hooded Windbreaker Men yellow GJ9950
Semak Adidas RUNNING Own the Run Hooded Windbreaker Men yellow GJ9950 harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Selesa
add_circle Kalis angin
add_circle Warna reflective
remove_circle Mahal

Cuaca hujan atau panas bukan penghalang untuk anda melakukan aktiviti luar kerana keupayaan jacket ini mampu menahan angin dan air hujan dengan baik.

Sangat sesuai untuk anda suka berjogging di kawasan luar kerana bila terkena angin, jacket ini tidak memberatkan larian anda.

Tambah pula dengan rekaan warna reflektif, membuatkan anda mudah dilihat walaupun dalam keadaan cuaca yang gelap.

Dari segi fitting, jacket ini adalah jenis regular fit yang membuatkan anda berasa selesa ketika memakainya.

Decathlon Hiking  Trekking Waterproof Jacket Men (Breathable)
Semak Decathlon Hiking / Trekking Waterproof Jacket Men (Breathable) harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Terdapat dua poke
add_circle Sesuai untuk aktiviti lasak
remove_circle Tidak mempunyai reflektif

Dengan 2 lapisan yang bersalut Schmerber 5000mm, membuatkan jaket ini melindungi anda daripada hujan lebat dengan bacaan 12cm hujan selama 2 jam.

Memang sangat mempunyai keupayaan kalis air yang baik dan sesuai untuk mereka yang sering melakukan aktiviti luar.

Selain itu, jaket ini mempunyai ciri breathable dengan bukaan sisi 18 cm serta komponen untuk menyerap peluh.

Tambahan lagi jacket ini mempunyai hood adjustable dan semi rigid visor untuk perlindungan dari air hujan.

Terdapat tiga poket di bahagian dalam satu dan dua poket tangan di luar untuk memudahkan anda menyimpan barang peribadi ketika melakukan aktiviti.

Jangan risau, ciri jacket waterproof ini ringan dan menjadikan anda selesa ketika memakainya terutama ketika melakukan aktiviti pendakian.

Semak Forest Ladies Windbreaker Women Jacket Jogging Running Hoodie Waterproof Jacket harga dibawah:
add_circle Fabrik berkualiti
add_circle Sesuai untuk pelbagai aktiviti
add_circle Rekaan ringkas
add_circle Murah
remove_circle Kurang breathable

Dengan fabrik polyester yang berkualiti tinggi dan lapisan kalis air, menjadikan jaket ini mampu kalis air dalam tempoh tertentu.

Bahagian lengan tangan terdapat getah untuk mencengkam pergelangan tangan agar air hujan tidak mudah masuk ke dalam.

Rekaannya juga ringkas ala-ala wanita korea dan sesuai digunakan untuk semua jenis aktiviti luar.

Tambah pula jacket waterproof ini jenis windbreaker jadi anda tidak akan rasa berat ketika melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung.

Untuk ciri keselamatan, jaket ini mempunyai zip pada bahagian poket supaya barang berharga tidak mudah dicuri atau tercicir.

Terdapat banyak pilihan saiz dari S hingga XXL serta mempunyai lebih dari lima pilihan warna.

Forest Windbreaker Men Jacket Reflective Jogging Running Waterproof Jacket
Semak Forest Windbreaker Men Jacket Reflective Jogging Running Waterproof Jacket harga dibawah:
add_circle Tahan angin
add_circle Ringan
add_circle Pelbagai pilihan warna
remove_circle Kurang breathable

Dengan fabrik polyester yang berkualiti tinggi dan lapisan kalis air, menjadikan jaket ini mampu kalis air dalam tempoh tertentu.

Memang sesuai bagi mereka yang sering melakukan aktiviti luar seperti memancing atau aktiviti yang bermain dengan air.

Tambahan lagi terdapat penutup kepala dimana anda boleh menjerut mengikut bentuk muka untuk perlindungan daripada air masuk terus daripada bahagian kepala.

Bukan itu saja, zip jaket ini mempunyai ciri reflektif dimana membolehkan susuk tubuh anda mudah dilihat apabila anda melakukan aktiviti pada waktu malam.

Selain itu, terdapat dua poket besar yang disertakan zip supaya barang anda tidak mudah tercicir ketika melakukan aktiviti lasak.

Jaket waterproof dengan hood
Unisex Hiking Sport Jacket
Semak Unisex Hiking Sport Jacket harga dibawah:

Jaket ini mempunyai ciri tahan air dan tahan angin dimana menjadikan sangat praktikal untuk pelbagai aktiviti.

Malah dengan rekaan jacket berlengan panjang ini membolehkan kulit anda terkena terus sinaran matahari dan hujan.

Tambah pula jacket ini mempunyai hood yang boleh dijerut mengikut bentuk wajah anda sekaligus dapat menghalang air terus masuk ke bahagian dalam.

Paling menarik, jacket ini mudah kering walaupun terkena air hujan yang banyak jadi jacket anda tidak berbau hapak.

Jangan risau, jacket ini sesuai dan selesa dipakai untuk wanita dan lelaki.


Bagaimana Cara Mencuci Jacket Waterproof?

Kebanyakan jaket waterproof mempunyai ciri tahan lasak, jadi anda boleh mencucinya sama ada dengan tangan atau menggunakan mesin basuh. 

Sekiranya anda mencuci menggunakan mesin basuh, anda perlu mengelakkan daripada menggunakan detergen pakaian dan pelembut fabrik.

Ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam sabun boleh merosakkan bahan kalis air yang ada pada jacket waterproof.

Jadi sebaiknya, rendam jacket dalam baldi selama 30 minit bersama air panas dan jemur di bawah sinaran matahari yang panas.

Jika terdapat kotoran degil, anda boleh sental menggunakan tangan atau berus pada bahagian kotor saja.


Artikel berkaitan

End of Article