Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lindungi Mata Dari Sinar Matahari Dengan 7 Cermin Mata Hitam Untuk Wanita

Cermin mata hitam sebagai aksesori pelengkap gaya!

Sesetengah wanita pasti ada kepantangan apabila keluar dari rumah tidak membawa atau memakai sesuatu aksesori. Terasa seperti ada yang tidak lengkap! Nah, cermin mata hitam juga merupakan satu aksesori yang penting untuk wanita. Selain daripada menambah gaya pada pemakaian anda, ianya juga boleh membantu melindungi mata dari sinar UV matahari yang merbahaya. Tidaklah sakit mata nanti. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk memilih cermin mata hitam yang sesuai. Sebagai contoh, pemilihan cermin mata hitam dipengaruhi bentuk muka si pemakai serta keperluan tersendiri.

Jenama itu tidak menjadi masalah. Yang penting, anak mata anda tidak terdedah kepada sinaran matahari yang menembus masuk. Ayuh sama-sama kita lihat jenis-jenis cermin mata hitam ataupun sunglass yang trendy dan top sekarang!

Cermin mata hitam - ikut bajet anda dengan gayanya yang trendy
mulai
RM49.00
Semak DOROTHY PERKINS Brown Metal Bar Sunglasses harga dibawah:

Cermin mata hitam dengan tinted gelap ini murah dan stylo sekali gayanya. Bingkai bercorak abstrak sesuai untuk anda yang berjiwa muda atau jenis trendy, up-to-date. Diperbuat daripada material seperti logam serta mempunyai bingkai yang tirus dan melengkung agar cermin mata lebih terletak di hidung sepanjang masa anda memakainya. 

Dengan lensa cerminnya berwarna coklat gelap, cermin mata hitam untuk wanita ini sesuai digayakan dengan apa jua fesyen anda pada hari itu.

Cermin mata hitam untuk aktiviti luar – dilengkapi dengan power tahap sederhana
mulai
RM36.49
Semak MOOFEE Polarized Sunglasses harga dibawah:

Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti luar seperti memancing terutamanya buat kaum wanita, cermin mata hitam polarized ini amat penting. Lensanya berfungsi sebagai pelindung dari sinaran UV dan pantulan cahaya yang menyakitkan mata. Pad hidung dan tipsnya amat selesa untuk kegunaan jangka masa panjang. 

Walaupun mempunyai lensa polarized dan power di tahap sederhana, bentuk cermin mata ini tetap ranggi dan fashionable. Sesuai buat anda yang masih mementingkan gaya semasa melakukan aktiviti kegemaran.

Untuk yang mempunyai masalah silau atau rabun – elak anak mata terkena cahaya
mulai
RM18.90
Semak Cermin Mata Hitam Anti Silau harga dibawah:

Cermin mata hitam ini bukan sahaja mengurangkan kadar silau ketika dipakai malahan ianya mampu memberi penglihatan lebih terang. Memandu kenderaan dengan keadaan mata silau adalah amat merbahaya. Sesuai dipakai pada waktu siang dan malam, cermin mata hitam ini boleh melegakan mata daripada cahaya. 

Bentuk bingkainya sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan praktikal untuk anda yang memakai kaca mata untuk rabun. Ringkas dan bergaya trendy.

Sesuai untuk si gadis yang memiliki bentuk wajah lebih kecil
mulai
RM58.90
Semak RIVER ISLAND Maisie Chain Arm Gold Revo Lense Aviator Sunglasses harga dibawah:

Sunglass berbentuk aviator sesuai dipakai oleh anda yang berwajah kecil kerana ianya mampu memberi efek muka tampil lebih besar. Diperbuat daripada logam yang selamat untuk kulit wajah, bingkai sunglass ini direka dengan braided untuk menampilkan gaya terkini. 

Lensanya pula jenis pantulan cahaya yang amat sesuai untuk digunakan ditepi pantai ketika melihat matahari terbenam. 

Cermin mata hitam berbentuk petak untuk si wajah bulat
DANDELION
mulai
RM59.90
Semak DANDELION S harga dibawah:

Jika anda mempunyai bentuk wajah yang bulat, elakkan memakai sunglass dari bentuk sama kerana ianya akan membuat muka tampak chubby. Pilihlah sunglass berbentuk petak seperti ini. Ianya ringan dan selesa dipakai selalu, tidak kira di mana jua pada bila-bila masa.

Lensanya dilengkapi dengan dark-tinted serta bentuknya dapat memberi efek muka lebih slim. Gayakan dimana sahaja, anda pasti akan menjadi tumpuan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article