Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Mesin Pengering Baju Murah Malaysia 2024 (Bawah RM 1500)

Keringkan baju anda tanpa risaukan hari hujan lagi!

Bila musim hujan, mulalah para ibu risau tentang pakaian yang tidak kering berhari-hari lamanya. 

Jadi, dobi layan diri menjadi pilihan utama untuk mengeringkan baju tapi menggunakan duit dan masa untuk menunggu giliran kain orang lain dikeringkan.

Alternatif lain yang kami boleh cadangkan adalah anda perlu melabur sedikit untuk mesin pengering yang bagus untuk kebaikan jangka masa yang panjang.

Harga mesin pengering baju juga ada yang murah dan ada yang mahal, pilihan di tangan anda.

Apa yang pasti terdapat pelbagai jenis mesin pengering baju yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. 

Nasihat kami, pilih mesin pengering baju yang sesuai dengan kegunaan harian anda.

Tunggu apa lagi? Jom lihat senarai dryer murah bawah RM1500.


Senarai 8 Mesin Pengering Baju Bawah RM 1500

Mesin pengering terbaik secara keseluruhan
Midea
Midea 8 Kg Condenser Dryer MD-C8800
Semak Midea 8 Kg Condenser Dryer MD-C8800 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bilik tanpa tingkap
add_circle Terdapat fungsi anti kedut
add_circle Mempunyai sensor haba
add_circle Kawalan automatik
remove_circle Perlu bersihkan penapis selepas menggunakan pengering

Sebab menjadi pilihan:

Mesin pengering ini tidak memerlukan hos tambahan dan paling penting selamat untuk rumah yang ada kanak-kanak.

Ciri-ciri:

Jika anda ingin membeli mesin pengering condenser, anda mungkin perlu mengeluarkan sekitar RM2,000 atau lebih.

Ini kerana mesin jenis tersebut menggunakan teknologi yang berbeza untuk menukarkan wap kepada air di lokasi yang ditetapkan. 

Tapi Midea MD-C8800 adalah salah satu pilihan yang paling murah di Malaysia dengan harga bawah RM1,500.

Malah dilengkapi dengan paparan LED, anti bakteria dan sensor haba untuk keselamatan serta butang kawalan tombol untuk pengendalian yang lebih mudah.

Mesin pengering baju jenis condenser juga sesuai untuk bilik tanpa tingkap kerana anda tidak perlu mengeluarkan haba dari pengering.

Review:

“Mesin itu sendiri sangat membantu. Tiada lagi kerja menyidai kain untuk saya..”

Mesin pengering mudah alih
Air O Dry
Semak AIR O DRY Electric Dryer Machine Compact Bag harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis fabrik
add_circle Mudah alih
add_circle Jimat ruang
add_circle Tidak berbunyi
remove_circle Motor perlu diganti

Jika anda sedang mencari harga mesin pengering yang berpatutan dan mudah, jenama ini adalah antara pilihan yang baik. 

Ini kerana rekaan pengering yang seperti bakul baju dan tidak makan ruang yang besar serta boleh dilipat untuk disimpan selepas menggunakannya.

Senang kata, mudah dibawa ke mana-mana jika ingin travel ke kampung atau bercuti.

Cara proses mesin pengering baju ini adalah menggunakan teknologi pemanas PTC yang akan mengalirkan udara panas ke dalam bakul untuk membantu mengeringkan pakaian. 

Teknologi pemanas ini juga dapat menghapuskan 95% kuman dan paling best, anda tidak perlu menggosok pakaian jika menggunakan pengering ini.

Hanya menggantung pakaian dengan penyangkut baju dalam mesin, pasang mesin dan tunggu sehingga kain dikeringkan.

Mesin pengering baju jimat elektrik
Toshiba
Semak Toshiba 7kg Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM harga dibawah:
add_circle Mempunyai LED digital bahagian sistem kawalan
add_circle Mempunyai sistem child lock
add_circle Anti kedut
remove_circle Mengambil masa yang lama untuk mengeringkan selimut

Pengering Toshiba ini mempunyai teknologi khas yang dipanggil SenseDry yang membantu mengelakkan pakaian daripada terlalu basah atau panas. 

Maksudnya apabila pakaian kering, teknologi SenseDry akan menghentikan proses pengeringan secara automatik.

Jadi anda tidak perlu memeriksa pakaian anda di dalam pengering setiap minit. 

Mesin pengering ini mempunyai ciri pengeringan cepat dimana dapat mengeringkan pakaian dalam masa 20 minit.

Selain itu terdapat ciri anti-crease yang menghalang pakaian daripada berkedut terlalu teruk. 

Pengering ini juga mempunyai ciri keselamatan kanak-kanak dan mampu memuatkan sehingga 7 kg pakaian untuk dikeringkan.

Jangan risau, mesin pengering baju ini juga dilengkapi dengan jaminan 10 tahun, jadi anda tidak perlu bimbang tentang masalah teknikal yang mungkin timbul.

Mesin pengering baju mini
Midea
Midea Clothes Dryer MD-7388 (7kg)
Semak Midea Clothes Dryer MD-7388 (7kg) harga dibawah:
add_circle Bunyi tak bising
add_circle Selamat untuk kanak-kanak
remove_circle Sedikit berat

Mesin dryer dari Midea ini sesuai bagi mereka yang bujang ataupun mempunyai saiz keluarga yang kecil. 

Tambah pula dengan kapasiti 7 kg dan bersaiz 59.5 cm x 55 cm x 84 cm, sangat sesuai jika anda mempunyai ruang yang terhad.

Biarpun bersaiz kecil, mesin ini dilengkapi dengan penggera, anti kedutan dan ciri kunci keselamatan kanak-kanak.

Masa kering penuh standard untuk pengering ventilasi Midea ini adalah sekitar 145 minit.

Selain itu, mempunyai pengesan suhu dan ciri keselamatan di mana thermostat akan dimatikan secara automatik jika suhu menjadi terlalu tinggi. 

Dengan cara ini, pakaian anda juga selamat dan untuk jaminan, jenama Midea memberi tempoh warranty selama 2 tahun.

Dryer yang jimat elektrik
Khind
Khind Dryer 8KG CD819
Semak Khind Dryer 8KG CD819 harga dibawah:
add_circle Pengeringan pensterilan suhu tinggi 60°C
add_circle Anti kedutan
remove_circle Sedikit bising

Dengan ciri mesin pengering yang mempunyai fungsi anti-kedut, pakaian anda tidak akan berkedut semasa dikeringkan.

Selain itu, dilengkapi lampu LED dalaman yang cerah untuk melihat keadaan kain semasa dikeringkan.

Manakala, sudut bukaan pintu pengering yang luas, supaya anda boleh memuat dan memunggah pakaian dengan mudah.

Terdapat program pengeringan khusus untuk jenis pakaian yang berbeza, jadi mudah untuk mengeringkan pakaian anda dengan cepat.

Peralatan dobi 8 kg ini disertakan dengan jaminan am 2 tahun dan jaminan motor 5 tahun.

Pengering baju automatik
Haier HDV70E1 (7KG)
Semak Haier HDV70E1 (7KG) harga dibawah:
add_circle Boleh menghapuskan bakteria
add_circle Mempunyai teknologi SenseDry
remove_circle Mengambil masa terlalu lama untuk kering

Haier telah mengeluarkan mesin pengering yang menggunakan sistem kecekapan kering yang inovatif kerana mesin tersebut akan berhenti setelah semua pakaian benar-benar kering. 

Dengan kapasiti pemanasan maksimum 80 darjah celcius, mesin in jugai mudah dikawal, hanya meggunakan butang tombol untuk memilih set sistem yang anda inginkan.

Selain itu, mesin ini berventilasi, yang membolehkan peredaran udara semula jadi. Sekaligus menghalang mesin daripada terlalu panas. 

Mesin ini memiliki kapasiti 7 kg dan jaminan satu tahun, memang sesuai untuk keluarga kecil atau pasangan muda yang berkahwin.

DAEMA Tumble Cloth Dryer DWD-1001BC 10KG
Semak DAEMA Tumble Cloth Dryer DWD-1001BC 10KG harga dibawah:
add_circle Pengeringan automatik
add_circle Penapisan udara dua lapisan
remove_circle Penapis mesin pengering perlu ditukar

Dengan kapasiti besar 10kg dan kuasa sebanyak 2000W, pengering ini boleh mengeringkan pakaian anda dengan cepat dan berkesan.

Mesin pengering ini mempunyai sistem penapisan udara dua lapisan yang memastikan pakaian anda sentiasa segar dan bersih. 

Tambahan pula, dengan kipas turbo berputar yang pantas akan mempercepatkan proses pengeringan.

Bahagian panel kawalan skrin sentuh yang memudahkan anda untuk memilih tetapan pengeringan yang sempurna dengan pemilih masa yang boleh ditetapkan sehingga 150 minit.

Selain itu, mempunyai ciri putaran dua hala, pengeringan auto-stop dan suis keselamatan yang boleh menghentikan pengering pakaian serta-merta apabila pintu dibuka semasa operasi

Jadi, mesin pengering kain ini selamat dan mudah digunakan di ruang mana sahaja.

Electrolux Ultimatecare 500 Venting Dryer EDV754H3WB
Semak Electrolux Ultimatecare 500 Venting Dryer EDV754H3WB harga dibawah:
add_circle Panel kawalan elektronik dengan paparan LED
add_circle Boleh mengurangkan pudar pakaian

Jika anda mengambil berat tentang keadaan pakaian dan ingin memastikan fabrik dalam keadaan baik, pengering Electrolux EDV754H3WB adalah dryer yang sesuai. 

Ini kerana mempunyai ciri colour care, dimana pengering ini boleh meningkatkan penjagaan warna pakaian sehingga 80% lebih baik daripada pengeringan matahari tradisional. 

Malah dengan pergerakan dram bergantian mengikut arah jam dan lawan jam untuk mengelakkan pudar dan mengurangkan kedutan sehingga 32%.

Electrolux EDV754H3WB juga dilengkapi dengan 12 program pengeringan dan sensor pintar untuk perlindungan terlalu panas. 

Selain itu, mudah dipasang dan sesuai dengan sebarang susun atur rumah. 

Jadi mengapa tidak menjimatkan wang dengan membeli Electrolux EDV754H3WB?


Cara Memilih Mesin Pengering

Sudahkah anda mempunyai mesin pengering di rumah? Jika belum, jom ikut cara dibawah bagaimana memilih mesin pengering yang sesuai untuk keperluan anda. 

  • Saiz / kapasiti mesin pengering

Jangan terlalu besar atau terlalu kecil. Pastikan juga mesin pengering tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk menampung baju yang anda ingin keringkan.

  • Harga mesin pengering

Harga mesin pengering baju boleh jadi agak mahal, tapi ada juga yang murah. 

Pastikan anda pilih mesin pengering yang mempunyai spesifikasi yang berbaloi dengan harga.

  • Pilih yang mempunyai ciri-ciri yang anda perlukan

Contohnya, jika anda ingin mesin pengering yang boleh mengeringkan baju dengan cepat, pastikan pilih mesin pengering yang mempunyai ciri pengeringan yang cepat. 

Jika anda ingin mesin pengering yang mudah dikendalikan, pastikan anda memilih mesin pengering yang mempunyai panel kawalan yang mudah difahami.

  • Memberikan penjimatan tenaga

Cari mesin pengering yang mempunyai label Energy Star  yang tinggi supaya dapat membantu anda menjimatkan kos penggunaan mesin pengering anda.

  • Jaminan kualiti yang baik

Carilah mesin pengering yang mempunyai jaminan dan servis yang baik dari pengeluar atau penjual. 

Ini akan membantu anda mendapatkan mesin pengering yang berkualiti dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.

  • Jenis mesin pengering

Terdapat 2 jenis iaitu mesin pengering basah dan mesin pengering kondensasi.

Mesin pengering basah menggunakan haba untuk mengeringkan pakaian anda.

Manakala mesin pengering kondensasi menggunakan kondensor untuk mengubah haba kepada air untuk disingkirkan keluar. 

Jika anda memilih mesin pengering basah, pastikan mempunyai pengalih haba untuk mengelakkan pakaian anda terbakar atau melekat pada dinding mesin.

  • Tempat pengering baju 

Jika anda tidak mempunyai ruang yang cukup besar untuk menyimpan pakaian anda, anda boleh menggunakan pengering pakaian kecil atau mudah alih.

Sekiranya terdapat ruang yang lebih luas, anda boleh membeli yang besar dan memudahkan kerja anda. 

  • Fungsi tambahan yang terdapat pada mesin pengering

Beberapa mesin pengering mempunyai fungsi seperti pensterilan, penyamanan udara, dan pengeringan cepat. 

Pilih pengering dengan ciri tambahan yang anda perlukan, kerana ia akan memudahkan kerja anda dan juga menambah keselesaan anda.

Apa pun, jom lihat video di bawah cara menggunakan dryer electrolux.


Kebaikan Ada Mesin Pengering

Mesin pengering merupakan alat yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita.

Terutama bagi mereka yang mempunyai banyak pakaian yang perlu dikeringkan selepas dicuci. 

Salah satu kebaikan utama mesin pengering adalah ia membolehkan kita mengeringkan pakaian dengan lebih cepat dan mudah. 

Tanpa mesin pengering, anda perlu mengambil masa yang lama untuk mengeringkan pakaian dengan menggantungnya di tempat yang sesuai. 

Mungkin ada yang mengatakan penggunaan mesin pengering yang kerap dapat memberi kesan fabrik menjadi lebih cepat reput.

Tapi sebenarnya terdapat mesin pengering yang mempunyai teknologi yang dapat membantu menjaga kualiti pakaian.

Lagipun pengering baju menggunakan haba yang tidak terlalu panas yang membolehkan merosakkan baju atau memudarkan warna baju.

Selain itu, mesin pengering juga membantu menjimatkan masa dan tenaga. Anda hanya perlu menggunakan tenaga elektrik untuk mengeringkan baju dan ia jauh lebih efisien. 

Malah, tidak perlu menunggu lama untuk pakaian kering, sebaliknya boleh menggunakan masa tersebut untuk melakukan aktiviti lain.

Mesin pengering juga dapat menjimatkan ruang. Bayangkan jika anda mengeringkan baju secara manual, pasti perlu sediakan tempat yang luas untuk menjemur pakaian. 

Dengan adanya mesin pengering, kita hanya perlu mencuci baju dan memasukkannya ke dalam mesin pengering, kemudian biarkan mesin bekerja mengeringkan baju sehingga ia kering sepenuhnya. 

Mesin pengering sebenarnya mempunyai banyak kebaikan yang boleh memudahkan kehidupan kita. Jadi, jangan lupa untuk menggunakannya dengan bijak!


Artikel Berkaitan

End of Article