Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mesin basuh automatik malaysia

9 Mesin Basuh Automatik Terbaik di Malaysia 2023

Keperluan yang memudahkan urusan harian anda

Mesin basuh sudah menjadi barangan keperluan wajib ada bagi setiap rumah.

Malah bagi yang baru masuk rumah baru atau baru saja mendirikan rumah tangga, mesin basuh mesti antara barangan teratas yang wajib dibeli.

Cuma, ramai yang ‘lost’ kalau nak mencari mesin basuh terbaik sebab sistem kebanyakannya mempunyai sistem lebih kurang.

Jadi, kami ada senarai jenama mesin basuh automatik, tinggal nak pilih je!


9 Mesin Basuh Automatik Terbaik di Malaysia

Mesin basuh terbaik secara keseluruhan
Toshiba
Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine AW-DUK1150HM
Semak Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine AW-DUK1150HM harga dibawah:
add_circle Model baru tahun 2022
add_circle Jimat elektrik
add_circle Mesin senyap
add_circle Waranti motor 10 tahun
remove_circle Tidak mempunyai ciri teknologi sesentuh

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Mesin basuh automatik Toshiba AW-DUK1150HM merupakan mesin basuh model terbaharu dan bercirikan mesin basuh moden.

Ciri-ciri;

Mesin basuh ini diinspirasikan daripada pelukis dari negara Jepun, ‘The Great Wave off Kanagawa’ dimana inovatif teknologi yang digunakan diberikan nama ‘The Greatwaves’.

Teknologi ini berfungsi untuk memberi pencucian yang lebhi efekif, tidak bising dan dapat melindungi pakaian daripada mengembang.

Bukan itu saja, mesin ini menggunakan motor jenis inverter iaitu sistem pintar untuk penjimatan elektrik.

Jadi, hasil pencucian pakaian akan lebih bersih dan tiada kesan kotoran degil.  

Mesin basuh ini mempunyai rekaan yang ringkas dan dilengkapi penutup kaca soft lid yang selamat. 

Tabung isian sabun pencuci serbuk dan cecair pula memastikan tiada kesan sabun tertinggal.

Review;

“Mesin berfungsi dengan baik, amat mudah digunakan dan paling penting harganya cukup berpatutan.”

Mesin basuh besar (capacity >9kg)
Khind
Khind Fully Auto Washing Machine (12kg) WM120A
Semak Khind Fully Auto Washing Machine (12kg) WM120A harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Terdapat penapis
add_circle Waranti motor 5 tahun
remove_circle Hanya terdapat warna ‘light grey’

Tak tahu nak pilih mesin basuh automatik besar yang mana? Kami syorkan mesin basuh Khind 12 kilogram. 

Ini kerana mempunyai ciri automatik dengan mempunyai pelbagai fungsi cucian. 

Dari review pengguna di Shopee berkongsi anda boleh basuh cadar dan toto menggunakan mesin basuh ini. 

Menariknya, mesin basuh besar Khind antara mesin basuh jimat elektrik kerana mendapat 4 energy star rating. 

Bahagian penutup mesin basuh ini jenis  soft lid dan kaca lutsinar bagi memudahkan anda melihat proses membasuh. 

Bagi isipadu air pula dari 25 liter hingga 88 liter dan mempunyai ruang mengisi serbuk cucian. 

Material mesin cukup berkualiti dengan stainless steel drum, tudung penutup kaca dan mesin mempunyai kaki khas supaya mudah dialihkan. 

Proses membasuh, rendam, bilas dan kering setiap hari anda lebih menyenangkan dengan mesin basuh besar Khind. 

Mesin basuh dengan dryer/pengering
LG
Semak LG TWIN Wash™ with TrueSteam™ F2721HTWV harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang sofistikated
add_circle Jaminan motor selama 10 tahun
remove_circle Harga mahal

Waktu kritikal untuk menggunakan pengering adalah semasa musim hujan.

Dengan mesin basuh LG jenis automatik ini yang dilengkapi dengan sistem dryer, masalah baju tidak kering dapat diselesaikan. 

Menggunakan teknologi stim, mesin basuh ini dapat membuat cucian dan mengeringkan dalam masa yang sama. 

Dilengkapi dengan teknologi terkini seperti 6 Motion DD, Inverter Direct Drive dan SmartThinQ™ yang dapat memberi cucian yang lebih efektif.

Panel sentuh yang didatangi dengan mesin basuh ini juga membuatkan kelihatan moden.

Mesin basuh front loading terbaik
Electrolux
Semak Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA (10kg) harga dibawah:
add_circle Bersaiz besar
add_circle Mempunyai pelbagai teknologi inovatif
remove_circle Perlu mencangkung ketika masukkan pakaian

Mesin basuh ini merupakan mesin basuh jenis front loading yang terbaik dalam pasaran.

Ini kerana mempunyai kuasa laju pusingan yang boleh mencapai sehingga 1200rpm.

Jangan risau, baju anda tidak akan kembang dan berkedut kerana mesin basuh ini menggunakan teknologi UltraMix™.

Malah, mampu mengesan kotoran secara automatik dan dengan teknologi Jetspray, sekaligus dapat memberi hasil cucian yang memuaskan. 

Walaupun sekali dengan sistem pengering baju tapi penggunaan elektrik tidak tinggi yang disangka.

LG T2109VS2B (9kg) Top Load Washer with Smart Inverter Washing Machine
Semak LG T2109VS2B (9kg) Top Load Washer with Smart Inverter Washing Machine harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik 36%
add_circle Muatan 9 kilogram
add_circle Mesin senyap (45db)
add_circle Waranti motor 10 tahun
remove_circle Harga mahal

Mesin basuh automatik yang terbaik dari LG model T2109VSB ini menggunakan teknologi smart inverter. 

Teknologi ini dikatakan mampu memberi penjimatan elektrik sehingga 36% berbanding mesin basuh automatik biasa. 

Begitu juga dengan sistem mesin ini yang beroperasi lebih senyap dan kurang bergegar. 

Mesin ini turut mempunyai 3 pilihan basuhan supaya bersesuaian dengan fabrik yang dibasuh. 

Teknologi seperti TurboDrum dan Punch+3 pula memastikan setiap pakaian atau fabrik dicuci dengan bersih. 

Walaupun harga mahal, tapi mesin ini mempunyai lebih banyak kelebihan dari segi fungsi dan penjimatan tenaga elektrik. Berbaloi! 

Semak Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg) harga dibawah:
add_circle Butang kekunci yang mudah digunakan
add_circle Tidak perlu diselenggarakan kerap
add_circle Mesin tidak terlalu bising
add_circle Ada fungsi memori
add_circle Muatan 7.5 kilogram
remove_circle Tiada fungsi istimewa tambahan

Mesin basuh Midea ini merupakan antara mesin basuh automatik yang ditawarkan dengan harga murah. 

Dilengkapi dengan teknologi tinggi Fuzzy Logic Control dan 3D Waterfall Current yang membuatkan setanding dengan mesin basuh yang lain. 

Mesin ini mempunyai had muatan sebanyak 7.5kg dan mempunyai power-off memori.

Selain itu, dilengkapi dengan sistem keselamatan child-lock semasa sedang beroperasi.

Jadi anda tidak perlu lagi risau jika si kecil berada berdekatan dengan mesin basuh. 

iSonic Fully Auto Washer Washing Machine (6.5kg) CTWM-FA7005
Semak iSonic Fully Auto Washer Washing Machine (6.5kg) CTWM-FA7005 harga dibawah:
add_circle 10 pilihan program cucian
add_circle Automatic power-off
add_circle Muatan 5-6.5 kilogram
add_circle Waranti motor 5 tahun
add_circle Harga murah
remove_circle Tiada child safety lock

Mesin basuh automatik iSonic ini sesuai untuk anda yang mencari mesin basuh yang bersaiz kecil. 

Walaupun bersaiz kecil tapi mampu memuatkan cucian sehingga 5 hingga 6.5 kilogram dalam satu masa.

Terdapat 10 butang program cucian yang boleh anda pilih sistem sama ada untuk mengering, membilas, merendam dan banyak lagi. 

Malah dilengkapi dengan ciri pintar automatik seperti power cut-off, imbalance correction dan self diagnosis alarm. 

Jadi, bukan sahaja praktikal tapi harga mesin basuh automatik ini juga amat murah setanding fungsi dan kapasiti yang ditawarkan. 

Bagi yang tinggal di rumah sewa atau bujang, kami cadang anda ambil mesin basuh iSonic! 

Mesin basuh automatik 7kg
Sharp
Semak Sharp Fully Auto Washing Machine ES718X (7kg) harga dibawah:
add_circle Mempunyai ruang isian bahan pencuci
add_circle Jaminan motor selama 10 tahun
add_circle Muatan 7 kilogram
remove_circle Rekaan yang sederhana

Mesin basuh Sharp ini dilengkapi dengan fungsi Soak Wash yang membolehkan pengguna memilih untuk merendam pakaian sebelum mencuci. 

Turut dilengkapi sistem PCB Fuzzy Control yang membolehkan berfungsi secara automatik hanya dengan memilih program yang tersedia. 

Jika anda hanya memerlukan cucian segera, fungsi Quick Wash pasti menjimatkan masa, tenaga dan air. 

Malah mesin ini turut mempunyai penapis khas dan fungsi tub clean supaya mesin sentiasa bersih. 

Dengan berkapasiti 7kg, sesuai untuk jumlah keluarga yang kecil. 

Semak Toshiba Fully Auto Washing Machine AW-H1100GM (10kg) harga dibawah:
add_circle Aliran air mesin lebih laju & kuat
add_circle Penjimatan 20% tenaga elektrik
add_circle Tempoh warranty yang lama
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Mesin basuh Toshiba ini mempunyai ciri inovasi untuk pencucian yang banyak.

Dengan kemampuan memuatkan berat basuhan kain 10kg dan tahap air antara 21 liter hingga 79 liter menjadikan pilihan terbaik untuk ahli keluarga besar.

Terdapat enam pilihan untuk jenis cucian termasuk;

  • Cucian biasa (regular)
  • Segera (speed)
  • Wangian (fragrance)
  • Selimut (blanket)
  • Berat / banyak (heavy wash) 
  • Membersih tub (tub clean).

Malah rekaan Hybrid Screw Pulsator dengan 12 bilah memastikan setiap bahan pencuci di larut dengan baik supaya tidak meninggalkan tompokan putih pada pakaian. 

Selain itu, mempunyai pre-set timer dan butang resume function dan ciri lain lagi mesin basuh ini dilengkapi dengan auto tub dry. 


Cara Cuci Mesin Basuh 

Jangan ingat mesin basuh tidak kotor ya! 

Sebenarnya setiap cucian yang diproses, mesin basuh akan kumpulkan segala kotoran terutamanya keladak daki.

Tapi macam mana nak tahu mesin basuh perlu dicuci? 

Apabila mesin basuh mula meninggalkan bau hapak dan masam pada pakaian yang telah dibasuh, itu tandanya, mesin basuh sudah kotor dan perlu dicuci.  

Terdapat dua cara untuk membersih mesin basuh. Caranya sangat mudah! 

Cuci menggunakan campuran cuka dan soda bikarbonat.

  1. Tekan butang tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ pada mesin basuh. 
  2. Biar mesin dipenuhi air terlebih dahulu.
  3. Kemudian tambah dua cawan cuka dan setengah cawan soda bikarbonat. 
  4. Biarkan mesin basuh mencuci seperti biasa sehingga habis.
  5. Lap sekitar luar badan mesin basuh menggunakan produk pencuci yang sesuai.

Selalunya mengambil masa sehingga dua jam jadi pastikan anda selesai membasuh pakaian yang tertinggal.

Boleh lihat video dibawah untuk tutorial lebih praktikal.


Beli tablet pencuci mesin basuh 

Untuk langkah mudah, beli saja tablet cucian khas untuk mesin basuh. 

Masukkan sahaja kedalam mesin basuh dan tekan tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ dan siap!


Kelebihan Mesin Basuh Automatik  

Mesin basuh automatik sudah menjadi barangan elektrik wajib yang ada pada setiap rumah.

Malah penginapan seperti homestay mahupun Airbnb juga turut menyediakan sebuah mesin basuh automatik sebagai kemudahan kepada tetamu. 

Antara kelebihan mesin basuh automatik yang menjadi kegemaran ramai ialah:

  • Jimat masa

Hanya tekan pada butang program yang disediakan, anda boleh biarkan mesin mencuci pakaian dengan sendiri. 

Anda tidak perlu tunggu untuk membilas atau mengering. Dalam masa kurang dari satu jam, setiap helaian pakaian anda siap untuk dijemur. 

Ini memberi kebebasan masa pada pengguna. Anda boleh multitasking dengan melakukan kerja rumah semasa menunggu pakaian siap dibasuh. 

  • Cucian lebih bersih

Proses cucian mesin basuh automatik lebih efisien dan berkesan. 

Bergantung pada program cucian, mesin basuh automatik cenderung untuk memberi gerakan basuhan yang lama dan kuat berbanding cucian tangan. 

Sabun pencuci pakaian juga lebih efektif menanggalkan kotoran dengan rutin cucian mesin basuh. 

  • Kurang penggunaan elektrik

Bukan sahaja mencuci pakaian dengan baik, ia memberi penjimatan elektrik yang berbaloi. 

Kami nasihatkan anda untuk membeli mesin basuh automatik yang mempunyai pelekat Energy Star Rating atau mesin basuh menggunakan motor jenis inverter. 

  • Kos air lebih terjaga

Dalam kita tak sedar, konsep cuci dan bilas mesin basuh automatik bijak memastikan kadar air yang sesuai dengan muatan mesin. 


Artikel Berkaitan

End of Article