Mencuci dengan mesin basuh tidak dinafikan dapat menjimatkan masa dan tenaga terutama mereka yang sibuk bekerja.
Cuma disebabkan lambakan mesin basuh dipasaran kebanyakkannya diluar kemampuan kita.
Kandungan
- 9 Mesin Basuh Bawah RM500 Terbaik
- Pilihan Pantas Ikut Keperluan
- PENSONIC 9kg Semi-Automatic Washing Machine
- SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing Machine
- Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg)
- Semi-Auto Laundry Clothes Washing Machine
- HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3
- MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine MWM-7ZIRCON
- iSONIC Semi Auto Washing Machine CTWM-755
- TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H85MM
- MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P (6kg)
- Tips Pilih Mesin Basuh Murah & Berkualiti
- Bagaimana Kami Memilih Mesin Basuh Ini
- Soalan Lazim
Tapi tahu tak sekarang ni terdapat banyak tawaran mesin baru murah dan mempunyai ciri prestasi yang baik?
Jika anda mencari harga mesin basuh murah pada harga kurang dari RM500, jom lihat senarai kami ni.
Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan kami dalam bajet ini ialah Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg), RM999.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 17 September 2026), sesuai untuk keluarga yang mahu mesin fully-auto tanpa perlu pindah pakaian secara manual. Jika bajet sangat terhad, mesin mini semi-auto 3kg pada RM145.40 masih boleh membasuh pakaian ringan untuk seorang penghuni.
9 Mesin Basuh Bawah RM500 Terbaik
Pilihan Pantas Ikut Keperluan
PENSONIC 9kg Semi-Automatic Washing MachineRM561.54Lazada
SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing MachineRM504.30Lazada
Semi-Auto Laundry Clothes Washing MachineRM145.40Shopee
HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3RM470.74Lazada
MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine MWM-7ZIRCONRM599Lazada
TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H85MMRM629Lazada
Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (7.5kg)RM999Lazada
iSONIC Semi Auto Washing Machine CTWM-755RM699Lazada
MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P (6kg)RM342.50Lazada
Klik nama mesin untuk terus ke kad produk penuh, harga dan butang beli. Harga disemak 17 September 2026.
Terbaik Secara Keseluruhan: Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S
Fully-auto, tiada perlu pindah pakaian secara manual, RM999.00.
Terbaik untuk Bajet Paling Rendah: Semi-Auto Laundry Clothes Washing Machine
Mesin mini mudah alih, sesuai untuk seorang penghuni, RM145.40.
Terbaik untuk Jimat Elektrik: MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P
Semi-auto 6kg dengan penggunaan tenaga rendah, RM342.50.
Terbaik Top Load: MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine MWM-7ZIRCON
Tab keluli tahan karat, penutup keselamatan atas, RM599.00.
Terbaik Sistem Spin: TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H85MM
Kelajuan spin tinggi untuk pakaian lebih kering, RM629.00.
Terbaik Manual: SHARP EST7015 7KG Semi-Auto Washing Machine
Kawalan manual mudah untuk penjimatan kos, RM504.30.
Terbaik untuk Bilangan Basuhan Tinggi: HAIER Semi-Auto Washing Machine HWM60-SX3
Tab berkembar 6kg untuk basuh dan bilas berasingan, RM465.89.
Termurah 9kg: PENSONIC 9kg Semi-Automatic Washing Machine
Kapasiti besar pada harga bajet, RM561.54.
Terbaik Waranti Motor: iSONIC Semi Auto Washing Machine CTWM-755
Waranti motor 5 tahun, badan plastik ringan, RM699.00.
1 lagi
Mesin basuh separa automatik ini direka dengan rangka plastik agar tidak akan menyebabkan karat.
Sesuai untuk mencuci pakaian dalam jumlah yang agak besar kerana kapasiti serta kedalaman yang agak luas.
Mesin ini sangat mudah diselengarakan kerana ianya ringkas kerana sistem operasinya mudah difahami.
Putaran drum lebih stabil menjadikan setiap pakaian yang dicuci bersih sempurna dan cekap.
Malah turut mempunyai masa operasi yang boleh ditetapkan untuk memudahkan lagi kerja mencuci pakaian di rumah.
Sharp memastikan kerja cucian dapat dilakukan dengan sempurna kerana mempunyai 2 sistem program.
Program tersebut berfungsi memastikan baju di basuh dengan bersih dengan sistem putaran biasa dan lembut.
Selain itu, masa untuk spin pakaian anda juga boleh ditetapkan dan ini dapat menjimatkan masa anda untuk melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Hanya dengan satu putaran, pakaian anda sedia dibasuh dan dengan harga yang sedemikian ianya sangat berbaloi untuk dimiliki oleh setiap rumah.
2 lagi
Sebab menjadi pilihan utama;
Mesin basuh Midea ini adalah antara mesin basuh automatik sepenuhnya yang ditawarkan dengan harga berpatutan.
Ciri-Ciri;
Dilengkapi dengan teknologi tinggi Fuzzy Logic Control dan 3D Waterfall Current yang membuatkan ia setanding dengan mesin basuh yang lain.
Mesin ini mempunyai had muatan sebanyak 7.5kg dan mempunyai power-off memori serta boleh melakukan self-diagnostic yang membuatkan ia mesra pengguna.
Dilengkapi dengan sistem keselamatan child-lock semasa sedang beroperasi.
Jadi anda tidak perlu lagi risau jika si kecil berada berdekatan dengan mesin basuh ini.
Review:
"Saya baru kahwin, beli washer machine ni. Sangat sesuai untuk keluarga kecil. Murah pun murah"
1 lagi
Kecil bukan sebarang kecil tapi dapat membersih pakaian dengan berkesan.
Mesin basuh bersaiz kecil ini yang sangat ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja.
Tambahan pula, mesin basuh ini juga menggunakan motor berkualiti tinggi untuk memastikan putaran yang stabil dan cekap.
Dengan kapasiti 4.5 kilogram pakaian, memang sesuai untuk anda yang bujang tinggal sendirian atau di kolej.
Selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan yang paling penting menjimatkan penggunaan air dan juga elektrik.
2 lagi
Mencuci pakaian lebih mudah dan pantas dengan mesin basuh berjenama Haier ini.
Dilengkapi dengan 4 proses iaitu rendam, basuh, bilas dan mengering yang sesuai untuk cucian sama ada baju, cadar, jeans ataupun pakaian bermaterial dari kapas.
Menariknya, dapat menggunakan sistem pengeringan udara supaya tahap kering pada pakaian lebih sempurna dan tidak merosakkan pakaian.
Walaupun diberi jaminan 5 tahun motor mesin basuh, tapi tetap memberi perlindungan dari binatang perosak seperti tikus.
Wayar dan kabel mesin dilengkapi plat asas supaya terhindar dari sebarang risiko kerosakan.
2 lagi
Mesin basuh Morgan memberikan cucian yang sempurna dan berkesan untuk mencuci pakaian harian anda.
Dengan aliran air kuat, ia sebatikan sabun cucian agar pakaian yang dibasuh wangi dan bersih.
Bukan itu saja, mesin basuh ini mempunyai panel kawalan yang mudah untuk anda faham.
Malah dengan sistem penapisan yang cekap pada mesin ini, sewaktu pencucian mesin basuh ini dapat memerangkap habuk dan bulu pada pakaian anda dengan berkesan serta penapisnya juga mudah untuk dibersihkan.
2 lagi
Mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak ataupun berat tidak menjadi masalah dengan mesin basuh dari iSonic ini.
Bukan sekadar boleh mencuci pakaian tapi dapat mencuci cadar dan selimut di rumah dengan kapasiti 11 kilogram.
Selain itu, dapat memastikan pakaian dikeringkan dengan cepat melalui proses pengeringan udara yang maksimum.
Mesin basuh ini mempunyai ciri penjimatan air dan sabun pencuci tapi tetapi memberi pembersihan yang lebih efektif.
2 lagi
Mesin basuh dari Toshiba ini cukup unik kerana mempunyai fungsi isian air dua kali ganda lebih cepat dan putaran basuhan (cyclone spin) yang efisien.
Fungsi ini dapat menjadikan setiap cucian lebih bersih dan menjimatkan penggunaan sabun pencuci.
Lagipun mdah untuk digunakan dan ringkas dari segi sistem operasi dengan hanya satu putaran tombol.
Bagi yang ingin jimat masa, mesin basuh ini adalah pilihan yang tepat.
Selain itu, mempunyai pilihan tetapan untuk pemerahan mengikut kesesuaian material pakaian.
Rekaan mesin yang sederhana dan badan mesin jenis tahan karat menjadikan sesuai untuk diletakkan di dalam atau luar rumah.
2 lagi
Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, mesin basuh semi auto Midea ini mungkin sudah memadai untuk anda berdua.
Berkapasiti sebanyak 6kg dan diperbuat daripada fiber sesuai dengan basuhan sederhana dan tahan lasak.
Prestasi mesin ini lengkap dengan kelajuan hingga 1350 rpm dan dapat memuatkan air semaksima 55 liter.
Hasilnya ia dapat mengurangkan masa mencuci pakaian yakni hanya mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Tips Pilih Mesin Basuh Murah & Berkualiti
Memiliki sebuah mesin basuh sangat menjimatkan masa, tenaga dan dapat mencuci pakaian dengan lebih bersih.
Malah sudah tentu kita mahukan mesin basuh yang berkualiti serta tahan lama supaya tidaklah menjerut untuk kos-kos kerosakan.
Jadi kami berikan beberapa tips untuk anda yang mencari mesin basuh yang murah dan berkualiti.
- Jenama
Sebaiknya pilih jenama mesin basuh sudah terjamin kualitinya seperti Midea, Toshiba, Sharp dan sebagainya.
Elakkan membeli mesin yang tidak mempunyai kilang keluaran sendiri atau senang kata jenama OEM.
Bukan apa, jika berlaku sebarang kerosakan teknikal atau sebagainya anda sendiri akan susah.
Tiada kendalian yang berhemah dari syarikat yang anda beli. Akhirnya anda juga yang rugi.
- Fungsi auto-clean
Kalau mesin yang anda beli mempunyai fungsi auto-clean, ini adalah satu bonus!
Ciri teknologi moden ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko kerosakan mesin akibat sisa kotoran.
Anda pun tidak perlu bersusah-payah membasuh mesin basuh secara manual.
Hanya tekan butang 'tub clean', mesin automatik membersih dalamannya.
- Penjagaan yang rapi
Bukan sahaja bergantung kepada model mesin semata-mata. Cara penjagaan oleh pengguna juga diambil kira.
Pilih tempat letak mesin basuh di sudut yang sesuai terhindar dari cuaca panas atau hujan.
Sentiasa pastikan paparan atau butang program mesin tidak terkena air, supaya tidak berlaku litar pintas.
Selain itu, pilih mesin basuh dengan kemasan wayar atau kabel yang terbaik dan terlindung dari gigitan binatang perosak seperti tikus.
- Tawaran jaminan (warranty)
Jangan lupa tentang jaminan mesin basuh kerana sangat berguna untuk sebarang kerosakan pada unit dan motor mesin basuh.
Jangka hayat jaminan bergantung pada jenis model dan harga mesin basuh.
Kebiasaanya, syarikat elektronik akan menawarkan jaminan motor sekurangnya dari 5 tahun dan 1 hingga 2 tahun bagi jaminan am (unit).
Bagaimana Kami Memilih Mesin Basuh Ini
Kami menyemak harga dan prestasi jualan 9 model ini terus daripada penyenaraian Shopee rasmi pada 17 September 2026, mengutamakan kedai berdaftar dengan rating sekurang-kurangnya 4.5 bintang. Dua penyenaraian lama (PENSONIC 9kg dan MORGAN MWM-7ZIRCON) sudah bertukar produk atau tidak wujud lagi di Shopee dan digantikan dengan penyenaraian aktif yang setara dari kedai yang sama kategori. Kami tidak membeli atau menguji unit fizikal untuk panduan ini.
Soalan Lazim
Apakah mesin basuh yang terbaik?
Dalam senarai bawah RM500-RM1,000 ini, Midea Fully Auto Washing Machine MFWE75S (RM999.00) adalah pilihan terbaik secara keseluruhan kerana sistem fully-auto tidak memerlukan pindah pakaian secara manual antara tab basuh dan tab kering.
Berapakah harga mesin basuh 10kg?
Mesin basuh 10kg biasanya bermula sekitar RM700 hingga RM1,200 untuk model semi-auto, atau RM1,000 ke atas untuk model fully-auto berjenama. Senarai ini tertumpu pada model 6kg hingga 9kg bawah RM1,000; untuk kapasiti 10kg, harga cenderung lebih tinggi daripada julat di sini.
Berapakah harga mesin basuh automatik 15kg?
Mesin basuh fully-auto 15kg biasanya bermula dari RM1,500 ke atas bergantung jenama, kerana kapasiti besar memerlukan motor dan tab yang lebih kukuh. Ini di luar julat bajet RM500-RM1,000 yang menjadi fokus senarai ini.
Berapakah harga mesin basuh automatik 7kg?
Dalam senarai ini, MORGAN Fully Auto Top Loading Washing Machine MWM-7ZIRCON (7kg) berharga RM599.00, manakala Midea MFWE75S (7.5kg) berharga RM999.00; kedua-duanya fully-auto.




