Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cubalah 7 Mesin Basuh Semi Auto Ini Untuk Kemudahan Anda

Tak perlu lagi membasuh pakaian di dobi!

Tidak dinafikan betapa sumbangan teknologi dengan menghasilkan pelbagai mesin termasuklah mesin basuh banyak memudahkan rutin kehidupan harian kita. Namun, dalam menikmati kepelbagaian teknologi, kita amat jelas harga teknologi juga amat kompetitif dan agak tinggi.

Mesin basuh automatik adalah antara mesin yang memerlukan bajet yang besar. Tetapi, kita mungkin tidak mempunyai masa dan kudrat untuk membasuh secara manual setiap hari, tambahan pula bila dah berkeluarga besar. Ciptaan mesin basuh semi auto adalah jawapan yang paling tepat untuk anda agar memudahkan keperluan membasuh setiap hari.

Bagaimanakah cara menggunakan mesin basuh semi auto?

Tidak seperti mesin basuh automatik, mesin basuh semi auto memerlukan anda mengisi air secara manual setelah memasukkan baju kotor untuk dibasuh ke dalam mesin. Setelah tamat cucian, anda juga perlu mengeluarkan air di dalam tab. Ia tidak memerlukan hos air yang tetap dan mesin basuh semi auto juga dapat menjimatkan penggunaan air berbanding mesin basuh automatik. 

Apabila ingin membeli mesin basuh semi auto, anda mungkin ingin menilai dari segi saiz cucian setiap mesin, berpandukan penggunaan cucian isi rumah anda. Berikut disertakan senarai mesin basuh semi auto berkualiti pelbagai saiz untuk kesesuaian penggunaan isi rumah anda.

Mesin basuh semi auto bersaiz mini – murah dan berkualiti bagus
Semak Single Barrel Mini Semi Auto Washing Machine harga dibawah:

Bagi ibu yang tidak mahu mencampuri cucian baju bayi ataupun mereka yang hidup bujang dan berseorangan, mesin basuh Teemo ini mungkin sesuai untuk anda. Mesin basuh yang berkualiti tinggi, serta didatangi dengan fungsi dehidrasi, mesin ini juga mempunyai fungsi pengeringannya tersendiri. 

Beroperasi dengan perlahan, membuatkan mesin ini sesuai untuk digunakan bagi cucian di waktu malam. Mesin basuh mini boleh membasuh sebanyak 3kg setiap cucian dan sangat menjimatkan air dan elektrik.

Mesin basuh semi auto untuk cucian 6kg ke bawah
MIDEA
Semak MIDEA Semi Auto Washing Machine MSW-6008P harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kapasiti 6kg
add_circle Jaminan motor 5 tahun
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Rekaan warna putih - cepat kotor

Untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, mesin basuh semi auto Midea ini mungkin sudah memadai untuk anda berdua. Berkapasiti sebanyak 6kg, mesin ini diperbuat daripada fiber. Mempunyai kelajuan hingga 1350 rpm dan dapat memuatkan air semaksima 55 liter, mesin ini hanya mengambil masa lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk satu cucian.

Mesin basuh semi auto untuk cucian sehingga 7kg
Semak SHARP Semi Auto Washing Machine EST7015 harga dibawah:

Mesin basuh semi auto Sharp ini boleh memuatkan cucian sehingga 7kg jika keluarga anda berjumlah sederhana besar. Badan mesin basuh ini diperbuat daripada plastik anti-karat dan juga mempunyai filter lint untuk mengasingkan debu habuk serta kotoran yang masuk bersama pakaian kotor. 

Mesin basuh Sharp ini mempunyai 3 jenis program cucian iaitu cucian normal, lembut ataupun cucian rendaman. Ia juga dilengkapi dengan injap pilihan untuk tujuan membilas.

Mesin basuh semi auto untuk muatan 8 hingga 8.9kg
Semak TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H95MM harga dibawah:

Mesin basuh Toshiba ini mempunyai lebar 80 cm dan tingginya 86 cm. Tub mesin ini sedalam  48cm boleh memuatkan pakaian lebih kurang 8.5kg berat secara purata. Ianya dilengkapi dengan 4 mod level air untuk cucian dan 2 inlet air serta dilengkapi dengan fungi ultra spin untuk membilas pakaian lebih efisien. 

Mesin basuh Toshiba ini mengambil masa dalam 35 minit untuk satu cucian dan 5 minit untuk spin.

Mesin basuh semi auto untuk muatan 10kg - sesuai untuk keluarga besar
Semak KHIND Semi Auto Washing Machine WM1017 (10kg) harga dibawah:

Mesin basuh semi auto jenama Khind ini dicipta untuk kebaikan dan kemudahan pengguna.

Sesuai untuk anda yang mempunyai kuantiti keluarga besar, ianya boleh memuatkan cucian sehingga 10kg. Ia juga dilengkapi dengan pulsator yang besar dan kuat untuk cucian yang lebih bersih.

Mesin basuh ini mempunyai turbo udara untuk mengeringkan baju dengan kadar segera. Dengan hanya mempunyai 1 inlet air untuk mencuci dan membilas pakaian, mesin jenis ini sangat menjimatkan elektrik dan air.

Mesin basuh semi auto untuk muatan 14kg – pantau cucian lebih mudah
HAIER
Semak HAIER Semi Auto Washing Machine HWM140-SX3 harga dibawah:

Mesin basuh semi auto Haier ini dapat memuatkan sehingga 14kg berat cucian. Ianya sangat berbaloi kerana dapat mengasingkan sumber air dan elektrik dengan rekabentuk berlapis yang mudah untuk dialihkan. Mesin basuh ini dilengkapi dengan penutup yang lutsinar bagi memudahkan anda untuk memantau cucian. Cucian pula dikeringkan melalui sistem ‘air dry’. Jadi, pakaian anda tidak akan terasa lembap selepas dibilas.

Mesin basuh semi auto bersaiz jumbo – membasuh cadar lebih mudah
Semak DAEWOO Semi Auto Washing Machine DW-2000NBT harga dibawah:

Bagi mereka yang berkeluarga besar, mesin basuh semi auto Daewoo bersaiz jumbo ini mungkin pilihan terbaik buat seisi keluarga. Satu cucian mesin basuh ini boleh mencapai sehingga 20kg. Setara dengan saiz kemampuannya, harga mesin ini juga agak berpatutan. Mempunyai penutup pintu lutsinar, mesin ini mempunyai seleksi cucian 4D. Ia juga dilengkapi dengan butang yang boleh diselaraskan tahap air. 

Mesin basuh Daewoo ini adalah antara mesin basuh semi auto yang mempunyai sistem yang premium.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article