Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kereta Selalu Servis Tapi Masih Rosak? Ini 7 Pilihan Servis Kereta Terbaik

Pada era 2020-an kereta adalah sebuah satu keperluan untuk setiap orang untuk memudahkan perjalanan dan melakukan aktiviti harian seperti pergi bekerja, membeli barang keperluan dan melakukan segala aktiviti yang penting. Jadi mempunyai kereta yang dalam keadaan baik sangatlah penting bagi memudahkan urusan harian kita. Jika kereta anda selalu rosak walaupun selalu servis kereta, anda boleh memilih 7 pilihan servis kereta terbaik ini supaya mudah anda memilih servis mana yang terbaik untuk kereta anda mengikut lokasi yang berdekatan serta masa yang sesuai dengan jadual anda.

Mari kita lihat senarai servis kereta yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda. Semoga pilihan servis kereta terbaik ini dapat membantu menyelesaikan masalah kereta anda.

COLLEENS AUTO.
mulai
RM0.00
Semak COLLEENS AUTO harga dibawah:

Alamat: No. 6 Jalan Saujana Indah 5, Seksyen U2 (6.25 km) 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin- Sabtu, 9.30 pagi- 5.30 petang

No Telephone: 011-2013 2276

Facebook: https://www.facebook.com/ColleensAuto

Colleens Auto ini merupakan bengkel automotif yang direka dan ditubuhkan khas untuk para wanita dan bertemakan bengkel pink. Nama Colleens sendiri berasal dari bahasa Irish iaitu panggilan anak anak perempuan.Colleen melambangkan seorang gadis yang berani dan sangat istimewa serta pandai berdikari dan membuat keputusan sendiri.Jadi sangat sesuai dengan nama bengkel ini dengan kesesuaian untuk para wanita sahaja bagi membantu para wanita tentang permasalahan kereta.

Colleens Auto mempunyai beberapa servis untuk para pelanggannya iaitu menyediakan towing services, perkhidmatan tukar minyak, membaiki penyaman udara kereta, servis pembaikan brek serta mempunyai servis pemeriksaan kereta secara percuma. Selain itu, Colleens Auto juga mempunyai kaedah melakukan appointment secara online di website serta whatsapp untuk membuat sebarang servis di bengkel jadi ia memudahkan untuk para pelanggan yang sibuk dan boleh membuat tempahan servis kereta secara online sahaja sangat menjimatkan masa.

Colleens Auto ini berada di lokasi sekitar Seksyen U2 Shah Alam. Jika anda berdekatan dilokasi ini boleh mencuba khidmat servis kereta dari Colleens Auto.

ZAFRAN AUTOMOTOSPORT
mulai
RM0.00
Semak Zafran Automotosport harga dibawah:

Alamat: No 19, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19 (2.55 km) 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu 10 pagi- 7 malam

No Telephone: 019-932 5025

Facebook: https://www.facebook.com/fag19/

Instagram: https://www.instagram.com/zafran_auto/

Range Harga: Bermula dari RM180 ke atas

Zafran Automotosport menawarkan servis membaiki aircond iaitu ‘Vehicle Aircon System Flushing’ dengan ini aircond kereta akan bertambah ‘cool’ berbanding sebelum servis, udara yang segar bila suis on aircond, dan memiliki filter aircond yang baru secara tak langsung aircond kereta bertambah bagus dan tidak mengalami panas lagi serta mempunyai extra perlindungan aircond dari komponen aircond kereta.

Zafran Automotosport juga ada buat promosi untuk ‘Aircond Flushing’ bermula dari RM180. Untuk promosi para pelanggan hendaklah selalu melihat di website mereka pada tarikh bila mereka melakukan promosi untuk mendapatkan dengan harga lebih murah dan servis yang bagus. Selain itu, mereka ada juga menawarkan servis ‘wiring’, ‘engine overhaul/top overhaul/ dan ‘general repair and services’.

Zafran Automotosport terletak di Seksyen 19 Shah Alam. Kepada yang berdekatan dengan Seksyen 19 Shah Alam dan memerlukan servis kereta boleh datang mendapatkan servis dari Zafran AutoMotoSport.

mulai
RM0.00
Semak Future Tech Tyre Auto Services harga dibawah:

Alamat: No.1 Jalan Camar 4/2, Seksyen 4 Kota Damansara (11.79 km) 47810 Petaling Jaya,     Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, 9 pagi- 7 malam

No Telephone: 03-7498 1412

Facebook: https://www.facebook.com/futuretechkd/

Instagram: https://www.instagram.com/futuretechtyre/

Range Harga: Bermula dari harga RM380 ke atas (Harga Tayar)

Future Tech Tyre Auto Services terletak di Seksyen 4 Kota Damansara dan berada di corner lot Jalan Camar 4/2 ini mudah untuk pelanggan mencari lokasi dimana pusat servis Future Tech Tyre berada. Selain itu, pusat servis ini juga menawarkan pelbagai pilihan tayar kereta untuk para pelanggannya yang mencari tayar kereta dengan berkualiti tinggi dan pada harga yang berpatutan. Mereka juga menawarkan servis kereta membaiki kerosakan kereta. Ini secara tidak langsung memudahkan para pelanggan mendapatkan pelbagai servis disini. Tanpa perlu mencari pusat servis lain untuk mendapatkan servis kereta beserta servis tayar kereta.

Future Tech Tyre juga boleh membuat tempahan online di website official mereka atau call no phone mereka yang tertera di website. Dengan ini lagi memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan servis selain pusat servis mereka mudah didapati. Untuk mendapatkan promosi tayar kereta para pelanggan hendaklah selalu melihat latest update di website mereka ataupun laman sosial yang lain. Harga promosi tayar di Future Tech Tyre bermula pada harga RM 380 untuk satu set (4 tayar).

AUTOHAUS KL SHAH ALAM
mulai
RM0.00
Semak AUTOHAUS KL SHAH ALAM harga dibawah:

Alamat: 43, Jalan 15/23, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15 (2.48 km) 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin- Sabtu, 9 pagi – 6.30 petang

                                     Ahad, 9 pagi – 5.00 petang

No Telephone: 03-5523 2003

Facebook: https://www.facebook.com/autohausklsa/

Autohaus KL Shah Alam mempunyai pelbagai servis ditawarkan antaranya ialah servis aircond, servis keseluruhan kereta serta servis tayar kereta dengan harga berpatutan dan kualiti servis yang tip top. Autohaus KL juga mempunyai promosi untuk slot PKP dengan hanya booking slot servis kereta melalui online dapat jimat RM50 dengan ini para pelanggan dapat melakukan servis kereta dengan harga lebih murah.

Selain promosi booking slot online, Autohaus KL juga mempunyai promosi 20% diskaun untuk para driver Lalamove melakukan servis kerosakan dan servis tayar juga. Bukan itu sahaja, dengan promosi 20% diskaun driver Lalamove boleh mendapatkan servis pemeriksaan kereta secara percuma. Secara tidak langsung, para driver Lalamove dapat melakukan servis kereta dengan harga jauh lebih murah di Autohaus KL dan promosi ini masih berjalan sehingga 31 Mac 2021.

Autohaus KL ini dibuka setiap hari dari 9 pagi-6.30 petang kecuali hari Ahad dari 9 pagi-5 petang sahaja. Ini juga memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan servis kereta pada hujung minggu dan Autohaus KL ini terletak di Tiong Nam Industrial Park Seksyen 15 Shah Alam.

POINT S JALAN KLANG LAMA
mulai
RM0.00
Semak POINT S JALAN KLANG LAMA harga dibawah:

Alamat: Lot 9644A, Batu 5 3/4, Jalan Kampung Pasir (24.51 km) 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin- Ahad, 9 pagi- 5 petang

No Telephone: 012-214 5258

Facebook: https://www.facebook.com/pointsjkl

Instagram: https://www.instagram.com/pointsjkl/

Range Harga: Bermula dari harga RM138

Point S Jalan Klang Lama ini sudah menapak dalam industri automotif ini selama 40 tahun. Hal ini tidak dapat menafikan Point S ini mampu memberikan servis yang terbaik untuk para pelanggan mereka kerana mereka mempunyai pengalaman tentang servis kereta cukup lama. Selain itu, pusat servis kereta Point S ini juga mempunyai pelbagai tawaran servis untuk para pelanggan iaitu tukar minyak kereta, major minor repair kereta, servis aircond serta mengecat kereta juga. Ini memudahkan para pelanggan mendapatkan pelbagai servis dengan mereka sekaligus menjimatkan masa para pelanggan untuk mencari pusat servis untuk permasalahan kereta mereka.

Tambahan pula, pusat servis Point S ada memberikan 5% cashback on total bill servis dengan mereka. Selain itu, mereka juga memberikan 6 bulan waranti setiap barang yang mereka gantikan pada kereta para pelanggan. Jadi disini para pelanggan dapat servis yang terbaik jika kereta anda mempunyai masalah yang sama lagi. Disini juga ada promosi servis aircond bermula dengan pakej rm88 nett sahaja. Pakej ini sangat berbaloi untuk para pelanggan untuk membaiki masalah aircond kereta.

Point S ini dibuka pada setiap hari dari awal 9 pagi-5 petang memudahkan para pelanggan untuk merancang waktu sesuai untuk mendapatkan servis kereta mengikut masa terluang para pelanggan serta boleh menempah untuk sebarang servis melalui whatsapp. Point S terletak di Batu 5 Jalan Kampung Pasir dan untuk para pelanggan yang berdekatan boleh mendapatkan servis kereta terbaik dari Point S ini.

AUTO TECH SOLUTIONS (ATS)
mulai
RM0.00
Semak AUTO TECH SOLUTIONS (ATS) harga dibawah:

Alamat: 15-G, Jalan Keluli 7/110, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat, 9 pagi-5.30 petang

                                   Sabtu , 9 pagi-3 petang

                                   Ahad, Tutup

No Telephone: 03-3345 9287 / 019-201 2287

Facebook: https://www.facebook.com/vx.ats/

Instagram: https://www.instagram.com/vx.ats/

Auto Tech Solutions menawarkan servis pemeriksaan kereta menyeluruh termasuk pembersihan enjin kereta mengunakan ‘Engine Flush’, penukaran minyak enjin serta penukaran penapis enjin juga dan pemeriksaan 21-checkpoint untuk keselamatan anda ketika memandu kereta.

Waktu PKP dijalankan, ATS memberikan promosi untuk para pelanggan bermula dari harga RM68 untuk sebarang servis kereta dengan syarat perlu membuat tempahan secara online terlebih dahulu bagi memastikan penjarakan sosial. Ini lagi memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan servis kereta tanpa membuang masa dengan menetapkan tarikh dan masa yang dijanjikan oleh pihak ATS. 

Selain itu, ATS juga ada mempromosikan barang jualan mereka seperti Happy Hour dengan memberikan diskaun pada barang yang tertentu seperti brake pads serta promosi membeli produk VX bernilai atas RM100 akan mendapatkan pelitup muka VX secara percuma. Manakala pembelian barangan VX atas RM150 akan mendapatkan t-shirt VX secara percuma.

ATS berada di lokasi Seksyen 7 Shah Alam dan beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu. Untuk sebarang tempahan servis secara online boleh terus whatsapp pihak ATS untuk menyusun hari dan waktu yang sesuai bagi penjagaan penjarakan sosial di waktu PKP.

PERODUA SERVIS SG PENCHALA
mulai
RM0.00
Semak PERODUA SERVIS SG PENCHALA harga dibawah:

Alamat: Lot 3048, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, 8.30 pagi-5.30 petang

No Telephone: 03-77279966 / 019-3366226

Facebook: https://m.facebook.com/pages/Perodua-Servis-sg-Penchala/1879718699006149

Perodua Servis Sg Penchala mempunyai pelbagai servis ditawarkan antaranya ialah tuntutan insurans, servis mengecat kereta, tayar, servis membaiki aircond, pembaharuan roadtax, tuntutan waranti barang gantian kereta. Ini sangat memudahkan para pelanggan untuk mendapat segala jenis servis untuk kereta dengan bantuan dari Perodua Servis sangat membantu untuk para pelanggan yang kurang mempunyai ilmu tentang servis kereta.

Selain itu, Perodua Servis Sg Penchala juga ada menjalankan promosi untuk para pelanggan mereka iaitu penukaran wiper rubber kereta bermula dari harga RM 38.50. Harga ini sangat berpatutan untuk pelanggan diluar sana yang mempunyai masalah wiper kereta. Untuk para pelanggan yang sudah tamat tempoh waranti tetapi ingin menukar minyak enjin dan penapis minyak boleh didapati di Perodua Servis Sg Penchala dengan pakej Fleksi Bijak dengan harga serendah RM 13 setiap bulan. Pakej ini sangat berguna untuk para pelanggan sedia ada Perodua Servis Sg Penchala sangat menguntungkan. 

Perodua Servis Sg Penchala terletak di Kg Sg Penchala kepada para pelanggan yang berdekatan dengan Sg Penchala boleh mendapatkan servis dari mereka dengan pelbagai promosi serta pelbagai jenis servis ditawarkan sangat memudahkan.

Artikel Berkaitan 

End of Article