Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
car sport rim kereta

7 Sport Rim Kereta Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Dengan sport rim, kereta anda lebih sporty dan menarik.

Pemilihan jenama sport rim kereta terbaik sebenarnya dapat meningkatkan nilai estetika dan rupa luaran sesebuah kenderaan.

Untuk pengetahuan, jenis sport rim merujuk pada rim aloi dengan campuran logam dan elemen-elemen lain dimana boleh mereka bentuk.

Reka bentuk yang direka menjadi lebih unik dapat menjadikan rupa luaran kereta yang dimiliki tampil lebih trendy, garang dan sporty.

Jika dilihat sport rim kereta terkini, memang ada pelbagai jenama sport rim kereta terbaik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.

Jadi kami bantu anda dengan senaraikan sport rim kereta terbaik dengan harga sport rim berbaloi untuk anda pilih. Jom lihat!


Senarai 7 Jenama Sport Rim Kereta Terbaik

Sport rim kereta terbaik secara keseluruhan
Advanti Racing Storm S1
mulai
RM1,850.00
Semak Advanti Racing Storm S1 harga dibawah:
add_circle Rekabentuk yang bergaya
add_circle Ketahanan yang baik
add_circle Ringan
add_circle Harga berpatutan

Sebab menjadi pilihan:

Advanti Racing Storm S1 adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mencari roda yang kuat dan ringan untuk kereta mereka.

Ciri-ciri:

Storm S1 merupakan rim yang dibina dengan reka bentuk 10 jejari dan merupakan salah satu reka bentuk Advanti Racing yang paling popular.

Untuk pengetahuan anda, Advanti Racing Storm S1 telah dibangunkan menggunakan Teknologi Pembentukan Aliran yang unik.

Teknologi ini menggunakan tekanan pada tong dalam roda semasa berputar dan selepas ia dituang (cast).

Proses ini adalah sama seperti proses penempaan, dimana molekul aluminium dimampatkan untuk menghasilkan roda yang lebih ringan, kuat dan mampu menahan rintangan hentakan serta sifat pemanjangan yang lebih tinggi.

Akhir kata sport rim ini bukan saja ringan dan bergaya, tetapi ia turut mempunyai kualiti ketahanan yang baik.

Review:

“Rim ini benar-benar lebih ringan daripada yang saya jangkakan, hebat!”

Original Rim Gen3 Myvi 1.5 15 Inch
mulai
RM120.00
Semak Original Rim Gen3 Myvi 1.5 15 Inch harga dibawah:
add_circle Keadaan rim elok
add_circle Harga murah
remove_circle Sport rim terpakai

Jika anda sedang mencari sport rim yang sesuai untuk kereta jenama Myvi, ini antara pilihan sport rim baharu.

Sport rim ini mempunyai spesifikasi yang cukup baik dengan ukuran 15 x 6jj, 4 hole x PCD 100, dan offset 50.

Keadaan rim ini juga sangat baik, tiada bengkok atau retak yang boleh menjejaskan pemanduan kereta anda.

Bukan saja untuk Myvi tapi sport rim ini sesuai untuk digunakan dengan kereta seperti Myvi, Alza, Saga BLM/FLX, Almera, Ford Fiesta, Mazda 2, Yaris, Vios, Bezza dan Axia. 

Jadi jika anda mempunyai salah satu daripada kereta ini, pastinya sport rim ini sesuai untuk anda.

Sport rim kereta 15 inch
TE37 New Sport Rim RAYS VOLK RACING
mulai
RM829.99
Semak TE37 New Sport Rim RAYS VOLK RACING harga dibawah:
add_circle Pilihan warna menarik
add_circle Jenama dipercayai

Salah satu jenama sport rim yang terkenal adalah RAYS yang berasal dari Jepun kerana terkenal dengan kekuatan dan ketahanannya. 

RAYS menawarkan pelbagai model sport rim untuk dipilih, salah satunya adalah model VOLK RACING CE28.

Dengan saiz 15 inci, lebar 7j dan offset ET35, sesuai untuk kereta seperti PERODUA Alza, PROTON Saga, Myvi, Viva, TOYOTA Vios dan banyak lagi.

Terdapat banyak warna menarik, bronze 2 tone atau gloss-black, yang mana dapat membuat kereta anda kelihatan stylish dan sporty

Sport rim Enkei kereta
Enkei RPF1
mulai
RM3,680.00
Semak Enkei RPF1 harga dibawah:
add_circle Sport rim berprestasi tinggi
add_circle Rekaan kejuruteraan berteknologi tinggi
add_circle Design yang bergaya
add_circle Ringan dari rim asal kereta
remove_circle Mahal

Jenama sport rim terkenal dari negara Matahari Terbit ini memang terkenal dengan kehebatan dalam menghasilkan sport rim yang berkualiti tinggi.

Malah reka bentuk jejari berkembar pada rim Enkei RPF1 ini mampu memberikan tekanan yang lebih baik ketika kereta melakukan selekoh atau hard braking.

Erti kata lain, sport rim ini sesuai untuk pemanduan agresif atau digunakan pada kereta untuk sesi perlumbaan.

Malah dengan pembentukan melalui proses MAT juga mengurangkan berat roda sebanyak 10%-15%, sekaligus mengurangkan berat kenderaan untuk menghasilkan pecutan yang lebih pantas.

Sport rim ini terdapat pelbagai saiz dari 14 hingga 18 dan bergantung pada kesesuaian kereta.
Sport rim kereta 17 inci
OZ Racing Formula HLT 17
mulai
RM5,500.00
Semak OZ Racing Formula HLT 17 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kereta performance
add_circle Jenama yang dikenali
add_circle Prestasi terbaik untuk pemanduan agresif
add_circle Ringan
remove_circle Mahal

Jenama sport rim dari Itali ini boleh dikatakan antara sport rim yang menjadi pilihan bagi kegunaan kereta yang dipandu secara agresif.

Ini kerana sport rim ini dibina dengan proses tempa bertekanan rendah, perawatan haba serta high light technology.

Bukan saja menawarkan ketahanan, tapi rim ini lebih ringan berbanding sport rim asal kereta anda.

Dengan sport rim ini, kereta anda lebih mudah untuk memecut dan mengambil selekoh dengan laih lancar.

Antara feature lain yang terdapat pada sport rim ini ialah sistem TPMS untuk pemantauan tekanan angin serta keupayaan run flat.

maksudnya dapat memastikan kereta anda masih boleh berjalan sekiranya tayar bocor.

Rays CE28 cutting 14 inches sport rim
mulai
RM780.00
Semak Rays CE28 cutting 14 inches sport rim harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Ringan
add_circle Reka bentuk menarik

Adakah anda merasa dilema dalam memilih tayar untuk kereta Perodua Kancil? Jangan bimbang, sport rim ini pilihan yang tepat. 

Tidak hanya memberikan pilihan tambahan untuk tayar kereta tapi sport rim ini dapat beri penampilan yang lebih garang.

Dibina dengan material keluli karbon dan aloi dimana membuatkan rim tayar ini lebih ringan berbanding rim asal kilang.

Dengan lebar 5.5 jj dan offset ET38, sport rim ini sesuai untuk kereta Perodua Kancil, Viva dan Myvi gen pertama dan kedua.

Nota: Sport rim ini bukan produk original jenama Rays.

Raysclub BBS GT3 cutting 16 inches sport rim
mulai
RM1,480.00
Semak Raysclub BBS GT3 cutting 16 inches sport rim harga dibawah:
add_circle Design yang menarik
add_circle Ringan
add_circle Harga berpatutan

Mengenakan sport rim size 16 yang diinspirasikan daripada rekaan BBS GT3, kereta anda pasti kelihatan mewah dan bergaya.

Selain reka bentuk yang bergaya, sport rim ini juga diperbuat daripada aloi yang membuatkan pemanduan terasa lebih ringan.

Bagi ukuran saiz, lebar rim ini berukuran 7jj dengan offset ET35.

Ini menjadkan sport rim ini sesuai untuk kereta Myvi, Alza, Jazz, City, Vios, Yaris, Almera, Saga FLX, Swift dan Mazda 2.


Adakah Sport Rim Kereta Penting?

Selain dari membuatkan kereta anda tampak lebih cantik dan bergaya, pemilihan set rim yang berkualiti boleh meningkatkan prestasi dan memberikan pemanduan yang lebih lancar.

Bagaimanapun, pemilihan sport rim mestilah sesuai dengan kenderaan kerana pemilihan rim tayar yang tidak sesuai akan memburukkan lagi prestasi kenderaan.

Gaya pemanduan dan tempat yang anda kerap memandu juga antara faktor yang anda perlu ambil kira dalam pemilihan sport rim yang sesuai.

Ingin diingatkan jika sport rim tidak penting untuk keperluan anda, jadi elakkan pembaziran duit poket anda.


Bilakah Anda Perlu Mengganti Sport Rim?

Sport rim kereta anda perlu digantikan sekiranya terdapat masalah atau kerosakan pada rim seperti rim bengkok, retak, pecah hingga memberi masalah kepada pemanduan kereta anda.

Bukan apa, rim yang rosak atau patah boleh menyebabkan letupan mengejut walaupun kebocoran kelihatan perlahan atau retak kelihatan kecil. 

Jika anda menggunakan kereta anda dengan kerap atau menggunakannya untuk tujuan lain seperti off-road, mungkin perlu diganti lebih kerap berbanding kereta yang tidak digunakan dengan kerap. 

Selain itu, jika anda mempunyai kereta yang berat, memang memerlukan penggantian sport rim lebih kerap kerana mengalami tekanan yang lebih tinggi berbanding kereta biasa.  

Tapi, anda tetap perlu memantau keadaan sport rim anda secara berkala untuk memastikan ia masih selamat untuk digunakan.

Apa-apa pun, jom lihat video di bawah untuk mengetahui tips pilih rim dan tayar kereta yang sesuai untuk kereta anda.


Artikel Berkaitan

End of Article