Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
water jet

10 Water Jet Terbaik Malaysia 2024 (Untuk Banjir, Cuci Kereta)

Kami sarankan anda beli water jet. Barulah semua kerja pembersihan jadi mudah!

Rasa penat sental longkang dan pagar rumah yang berlumut! Sakit pinggang dibuatnya.

Belum lagi kalau rumah dilanda banjir, memang makan masa nak bersihkan kotoran dalam rumah.

Jadi, kami sarankan anda semua beli water jet. Barulah semua kerja pembersihan jadi mudah dan cepat.

Segala lumpur, debu, tanah kering atau sebarang kotoran lain dapat dibersihkan sekelip mata dengan menggunakan water jet.

Kalau susah nak cari kedai jual water jet, jom kita lihat 10 senarai water jet yang sesuai untuk kerja-kerja pembersihan. 


Senarai 10 Water Jet Terbaik

Waterjet terbaik secara keseluruhan
APACHE TurboSpray®️ High Pressure Cleaner Waterjet (Basic Set)
APACHE
APACHE TurboSpray HM4411 High Pressure Cleaner Waterjet (Basic Set)
mulai
RM248.00
Semak APACHE TurboSpray®️ High Pressure Cleaner Waterjet (Basic Set) harga dibawah:
add_circle Motor berkuasa 1200W
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Tekanan air 110Bar
add_circle Ada manual
remove_circle Panjang hos tekanan tinggi hanya 3.5m

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Mesin jenama ini sangat bagus dan versatile. Boleh digunakan untuk cuci kereta, motosikal, malah rumah. Segala pembersihan jadi bersih dengan bantuan water jet. Nak alih pun mudah sebab ada pemegang.

Ciri-ciri:

Untuk yang inginkan alat jet air yang berkualiti tapi harga dengan bajet mampu milik, boleh beli water jet terbaik dari Apache ini.

Mempunyai kepanjangan kabel 5 meter dimana memudahkan pengguna memegang ketika menggerakkan mesin ketika ‘menembak’. 

Kadar aliran yang dimiliki waterjet Apache pula ialah 6.0L/min.

Kelajuan ini sudah memadai untuk bersihkan kotoran kereta, basikal serta pagar rumah.

Pada bahagian sisi mesin terdapat tempat gulung hos atau kabel supaya wayar tersebut tidak berselirat. 

Selain itu, produk ini tampil dengan beberapa jenis aksesori seperti gun, inlet adaptor dan nozzle yang boleh adjust mengikut kegunaan.

Paling penting, trigger nozzle pula dilengkapi dengan sistem Total Stop di mana akan menutup pam secara automatik apabila tidak ditekan. 

Hasilnya, tenaga dan air akan dijimatkan manakala pam akan tahan lama. 

Review:

“Water jet saiz kecil tapi power. Memang best guna untuk cuci kereta, lantai, perabot dan apa saja yang layak disembur. Produk terbaik!"

Waterjet untuk cuci aircond/ac
BOSCH AQUATAK 110 High Pressure Cleaner Water Jet (Aircond Set)
BOSCH
BOSCH AQUATAK 110 High Pressure Cleaner Water Jet (Aircond Set)
mulai
RM387.00
Semak BOSCH AQUATAK 110 High Pressure Cleaner Water Jet (Aircond Set) harga dibawah:
add_circle Rekaan kompak & senang disimpan
add_circle Kuasa motor 1300W
add_circle Pam jenis logam
add_circle Mudah dipasang
add_circle Boleh terus guna lepas keluar kotak
remove_circle Waranti hanya 6 bulan

Waterjet dari Bosch menggunakan tekanan maksima 110 bar.

Dengan kemampuan pancutan air tekanan tinggi ini sangat efisien menghilangkan kotoran dalam aircond yang telah berdebu.

Mempunyai cable sepanjang 5 meter manakala kepanjangan hos yang diperbuat daripada PVC sepanjang 3 meter. 

Selain itu, water jet seberat 3.8kg ini dilengkapi dengan sistem pencuci (detergent) jenis buih.

Jangan risau, water jet ini tahan lama kerana pam jenis logam.

Selain itu, mempunyai aksesori lengkap seperti muncung nozzle dan trigger gun

Waterjet Bosch Aquatak turut mempunyai sistem auto-stop di mana dapat berfungsi secara automatik apabila ditekan dan akan berhenti setelah dilepaskan.

Fungsi self-priming pada produk ini pula akan memudahkan proses air keluar dari muncung waterjet.

Water jet untuk car wash
BOSSMAN Waterjet High Pressure Cleaner (BPC-117)
BOSSMAN
BOSSMAN BPC-117 Waterjet High Pressure Cleaner
mulai
RM195.00
Semak BOSSMAN Waterjet High Pressure Cleaner (BPC-117) harga dibawah:
add_circle Kuasa 1400W
add_circle Tekanan maksima 110 Bar
add_circle Kabel 5m
add_circle Bunyi tak begitu bising
add_circle Sesuai juga untuk cuci rumah
remove_circle Tempoh jaminan 6 bulan sahaja

Jika anda cari water jet untuk car wash terbaik dengan harga mampu milik, BOSSMAN BPC-117 Waterjet High Pressure Cleaner adalah pilihan yang tepat.

Lagipun sesuai bagi mereka yang baru mahu memulakan bisnes car wash secara kecil-kecilan untuk cucian motosikal dan kereta.

Menariknya tentang produk ini, suis on dan off pada mesin ini kalis air.

Jadi, anda tak perlu risau water jet cepat rosak jika terkena air pada bahagian itu ketika melakukan proses pencucian.

Bukan itu sahaja, nozzle water jet ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing. 

Saiznya kompak, ringan iaitu seberat 5.7kg menjadikan water jet ini mudah dibawa ke mana-mana.

Paling penting, terdapat penapis pada bahagian pam supaya kotoran tidak masuk ke dalam pam. 

Hos waterjet Bossman pula cukup panjang iaitu 5 meter, jadi anda boleh guna alat ini jauh dari sumber paip air.

Nak siram pokok pun tiada masalah, asalkan tekanan air tidak terlalu kuat sehingga merosakkan tanaman.

Produk ini turut sesuai diguna untuk mencuci kawasan laman dan perabot kayu yang berkulat.

Waterjet murah
Daewoo Waterjet High Pressure Cleaner (DAX65-100)
Daewoo
Daewoo DAX65-100 Waterjet High Pressure Cleaner
mulai
RM168.00
Semak Daewoo Waterjet High Pressure Cleaner (DAX65-100) harga dibawah:
add_circle Rekaan kompak
add_circle Jimat air & masa
add_circle Tekanan 100 bar
add_circle Suhu air maksima 40°C
add_circle Sesuai untuk bersihkan lumut
remove_circle Tekanan maksima 100bar sahaja

Mahukan waterjet dengan harga murah dan tidak membebankan poket anda? Dapatkan produk dari Korea Selatan ini.

Mesin water jet ini sudah dibukti mampu membersihkan kereta dan permukaan konkrit di halaman rumah anda dengan berkesan. 

Terdapat pelbagai jenis aksesori seperti hos 5 meter, gun penyembur dan bekas buih sabun.

Waterjet ini juga mempunyai sistem auto-stop di mana akan berhenti secara automatik apabila picu dilepaskan dan akan berfungsi jika picu ditekan.

Jangan risau, saiz yang direka memang sangat mudah untuk diguna dan disimpan dalam stor kecil.

Malah, aliran airnya boleh mengalir sehingga 240 liter per jam.

Jadi, anda boleh terus mencuci barangan anda dengan cepat.

Bagusnya lagi, waterjet dengan kuasa 1600W ini sesuai juga untuk bersihkan rumah yang telah dilanda banjir.

Portable water jet
Europa Hilt High Pressure Cleaner Water Jet Pump
Europa Hilt EH105 High Pressure Cleaner Water Jet Pump
mulai
RM159.90
Semak Europa Hilt High Pressure Cleaner Water Jet Pump harga dibawah:
add_circle Aliran air maksima 390L/Jam
add_circle Ringan
add_circle Mudah dipasang
add_circle Hos 5 meter
remove_circle Kurang sesuai untuk kerja pembersihan skala besar

Water jet Europa Hilt EH105 High Pressure Cleaner Water Jet Pump direka dengan pemegang ini memang perlu ada di setiap kediaman.

Ini kerana sangat berguna untuk membersihkan dinding rumah, pagar berlumut, kawasan parkir atau carpet.

Selain itu, waterjet Europa Hilt ini turut boleh digunakan untuk mencuci kenderaan.

Water jet dengan kuasa 1300W ini dilengkapi dengan tekanan maksima 80-120 bar yang sudah memadai untuk anda bersihkan kawasan rumah dengan baik.  

Terdapat pelbagai aksesori berguna seperti adaptor penyambung hos taman, nozzle jenis spray yang mempunyai 2 mod boleh laras dan high-pressure gun.

Water jet untuk banjir
Tsunami 2200W High Pressure Cleaner Water Jet Sprayer
Tsunami 2200W High Pressure Cleaner HPC7180 Water Jet Sprayer
mulai
RM379.90
Semak Tsunami 2200W High Pressure Cleaner Water Jet Sprayer harga dibawah:
add_circle Ada bekas sabun
add_circle Dilengkapi tayar
add_circle Boleh cuci lantai rumah
add_circle Aliran maksima 7.5L/min
remove_circle Berat, 9.5kg

Nak buat persiapan sebelum menghadapi banjir nanti? Kami sarankan Tsunami 2200W High Pressure Cleaner HPC7180 Water Jet Sprayer.

Kehebatan water jet dengan motor berkuasa 2200W tak perlu diragui lagi sebab menggunakan teknologi dari negara Jepun.

Alat keluaran brand Tsunami ini turut dilengkapi dengan nozzle dengan dua jenis mod iaitu mod air dan sabun.

Aksesori pula terdapat nozzle turbo, kabel 5 meter dan gun yang boleh dipusingkan untuk memudahkan anda membersihkan ruang yang sempit. 

Tekanan yang dihasilkan juga sangat kuat iaitu hingga 170 bar. Memang mudah nak bersihkan pagar, lumpur banjir dan kotoran degil.  

Apa lagi best, waterjet Tsunami yang direka khas untuk kerja pembersihan industri ringan ini dapat digunakan sehingga 45 minit tanpa henti.

Manakala hos mempunyai panjang 8 meter dan walaupun memiliki hos yang panjang, water jet ini mampu menjimatkan masa anda sebab mudah dipasang.

Jangan risau jika terdapat sebarang kerosakan kerana mempunyai warranty selama 1 tahun.

Water jet untuk rumah
Karcher High Pressure Washer Water Jet Sprayer (K2.050)
Karcher K2.050 High Pressure Washer Water Jet Sprayer
mulai
RM299.00
Semak Karcher High Pressure Washer Water Jet Sprayer (K2.050) harga dibawah:
add_circle Bunyi tak begitu bising
add_circle Rekaan kompak
add_circle Dilengkapi adaptor sambungan hos
add_circle Ada suis kawalan tekanan
remove_circle Panjang hos tekanan hanya 3m

Anda boleh dapatkan water jet Karcher ini untuk mencuci rumah.

Dilengkapi dengan injap keselamatan untuk mengelakkan masalah tekanan berlebihan.

Jadi anda boleh gunakan alat ini dengan selamat tanpa risau mencederakan diri atau orang sekeliling. 

Tambahan pula, alat jet air ini sangat praktikal sebab memiliki suis on/off yang besar.

Malah terdapat cangkuk untuk menyimpan kabel jika tak digunakan.

Water jet ini boleh mengeluarkan tekanan sehingga 100 Bar.

Tekanan ini sudah memadai untuk anda bersihkan pasu bunga, kenderaan, dan tangga.

Dengan aksesori seperti dirt blaster, amat berguna untuk bersihkan kotoran degil seperti lumut pada dinding atau lantai luar rumah. 

Bukan itu sahaja, boleh jimatkan air sehingga 80% jika dibandingkan dengan cuci secara manual.

Warranty pula bertahan sehingga 1 tahun. Produk Karcher turut direka dengan pemegang, jadi boleh pindahkannya dengan mudah.

Waterjet petrol
Lutian Petrol Gasoline Engine High Pressure Washer Waterjet
Lutian LT-801B Petrol Gasoline Engine High Pressure Washer Waterjet
mulai
RM710.82
Semak Lutian Petrol Gasoline Engine High Pressure Washer Waterjet harga dibawah:
add_circle Waranti 6 bulan
add_circle Tekanan maksima 154bar
add_circle Hos 8 meter
add_circle Enjin ada perlindungan minyak rendah
add_circle Boleh cuci kenderaan & lantai
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bunyi agak bising
remove_circle Berat

Apa yang bagus tentang waterjet keluaran Lutian ini anda boleh guna di kawasan yang tidak mempunyai sambungan elektrik.

Ini kerana water jet boleh berfungsi menggunakan minyak petrol.

Jadi sesuai untuk bersihkan rumah selepas dilanda banjir walaupun bekalan elektrik tergendala. 

Water jet jenama ini mempunyai pelbagai jenis aksesori seperti sambungan hos, gun hook dan trigger gun yang dilengkapi dengan kunci keselamatan.

Jadi akan melindungi kanak-kanak daripada bermain dengan alat ini sesuka hati sebab tekanan air boleh cederakan kulit. 

Dengan enjin sebesar 5.5 kuasa kuda, water jet ini berkesan menghilangkan kotoran degil.

Kadar alirannya pula sebanyak 7.5 liter/min, banyak bukan? 

Paling penting, mudah disimpan dan tak akan menyemakkan rumah sebab water jet ini mempunyai cangkuk khas untuk menggulung hos. 

Water jet tahan lasak
Water Jet Heavy Duty Grade
Water Jet Heavy Duty Grade
mulai
RM370.00
Semak Water Jet Heavy Duty Grade harga dibawah:
add_circle Tekanan 105bar
add_circle Aliran air 6.6L/min
add_circle Motor jenis alloy
add_circle Ada pam
remove_circle Berat, 12 kg

Water jet Heavy Duty Grade ini sesuai dimiliki mereka yang perlukan produk yang mampu bertahan lama kerana memiliki motor kuasa tinggi 1300W.

Boleh membersihkan pelbagai tempat dan barang seperti aircond, kereta, dinding, permukaan lantai rumah dan basikal. 

Jangan risau, water jet ini sangat mudah digunakan dan terdapat dua cara untuk guna waterjet ini.

Sama ada sambungkannya pada sumber paip air atau sedut air terus daripada baldi. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

Seperti water jet jenama lain, produk ini dilengkapi aksesori hos air 3 meter, penapis kotoran, alat penyambung hos, adaptor paip air.

Paling best, hos tekanan tingginya adalah 10 meter.

Jadi, anda boleh bergerak bebas ketika mencuci kereta atau lantai tanpa perlu mengubah kedudukan mesin banyak kali.

Tunggu apa lagi, beli water jet ini untuk cucian yang lebih bersih dan cantik! 

Water jet cordless
BOSCH Cordless Water Jet
BOSCH
BOSCH 999VF Cordless Water Jet Portable Car Wash/water jet high pressure/car wash accessories 4      Kongsi:   Favorite (839) BOSCH 999VF Cordless Water Jet
mulai
RM79.90
Semak BOSCH Cordless Water Jet harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana saja
add_circle Senang dikendalikan
add_circle Harga murah
add_circle Tahan karat
remove_circle Tiada tangki air

Bagi yang mennitikberatkan kebersihan kereta, suka pergi hiking, camping atau aktiviti yang luar yang kotor, kami syorkan anda beli waterjet dari jenama Bosch ni.

Waterjet ni mudah untuk anda membersihkan kotoran degil pada tapak khemah, tikar atau permukaan yang terkena kotoran seperti lumpur.

Untuk saiz waterjet ini sangat compact di mana mudah disimpan, saiz tak besar pun siap didatangkan sekali dengan bekas simpan jadi senang di bawa ke mana saja.

Disebabkan boleh bawa ke mana saja, bateri pengecasan penuh boleh digunakan selama 60 minit.

Jangan risau, ringan dan mudah saja dikendalikan. Hanya pasang paip pada nozel waterjet dan anda boleh gunakan seperti biasa.

Anda juga boleh gunakan dengan tiga cara iaitu high-pressure direct injection, fan-shaped injection atau foam injection. Pilih je!

Panjang paip waterjet ini 5 meter dan disediakan sekali foam pot, pengecas, bateri, high pressure nozzle, fan shaped nozzle, high density filter, metal extension rod, water inlet quick connector dan manual.


Tips Pilih Water Jet Terbaik

Jika anda bercadang untuk membeli water jet, berikut beberapa tips untuk memilih water jet:

  • Kuasa enjin

Dapatkan enjin berkuasa tinggi untuk kebersanan pembersihan dan elakkan model berkuasa rendah kerana ia kurang sesuai untuk kerja pembersihan berat.

  • Tekanan air 

Salah satu ciri penting untuk waterjet ialah tekanan air.

Jadi, pilih waterjet yang menghasilkan tekanan air dan aliran air tinggi untuk mempercepatkan proses pembersihan.

  • Panjang hos

Hos yang panjang membolehkan jangkauan pembersihan yang luas tanpa perlu menarik water jet berulang kali.

  • Berat

Model yang lebih ringan lebih mudah dikendalikan. Ini memudahkan penggunaan waterjet terutama untuk tempoh yang lama.

  • Aksesori tambahan

Beli waterjet dengan pelbagai alatan tambahan yang diberikan secara percuma seperti kacamata keselamatan, hos taman, penapis air, jaminan dan sebagainya.


Berapa Harga Water Jet? 

Harga sebuah waterjet tidaklah terlalu mahal atau terlalu murah.

Selalunya boleh dimiliki dalam harga serendah RM250 hingga RM500.

Harga ini bergantung kepada model, jenama dan jenis waterjet itu sendiri. 


Apa Kegunaan Water Jet?

Kita selalu nampak waterjet ini digunakan di kedai cuci kenderaan kerana dapat  memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Jadi, tak perlu guna kudrat tenaga yang banyak untuk menyental kotoran seperti tahi dan lumpur. 

Selain itu, water jet sangat membantu dalam proses membersih kawasan rumah seperti longkang, beranda rumah, dinding berlumut, tempat parkir kereta.

Malah, boleh juga guna alat ini untuk mencuci karpet dan bumbung kerana pancutan air water jet sangat kuat sehingga setiap kotoran degil akan tanggal tanpa perlu menyental dengan berus. 

Jadi, mangsa banjir sangat disarankan untuk membeli water jet untuk proses membersihkan rumah yang penuh dengan lumpur selepas banjir. 


Boleh Ke Water Jet Potong Apa-Apa Sahaja? 

Water jet biasa yang kita guna untuk membersihkan rumah atau kereta tidak boleh memotong objek.

Ini kerana, anda harus dapatkan mesin pemotong water jet cutter yang digunakan dalam industri pembuatan. 

Jangan tersalah beli mesin pula ye!


Macam Mana Water Jet Berfungsi? 

Waterjet menggunakan sambungan elektrik atau gas seperti petrol untuk berfungsi.

Setelah elektrik dan air disambungkan, pam dalam waterjet akan mempercepatkan air untuk menghasilkan tekanan yang tinggi. 

Tidak hairanlah water jet boleh menyental kotoran degil yang lekat pada dinding atau lantai.


Artikel Berkaitan

End of Article