Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
android terbaik

8 Smartphone Android Terbaik Tahun 2025

Anda tidak akan menyesal pilih telefon pintar Android!

Korang tak perlu pening kepala sebab kitaorang akan tolong senaraikan telefon Android terbaik dari jenama handphone terbaik untuk tahun ini di bawah.

Dalam mencari telefon pintar Android terbaik di Malaysia, korang mungkin selalu pertimbangkan pelbagai faktor termasuk jenama handphone terbaik di dunia, harga handphone terkini, dan keupayaan telefon pintar itu sendiri.

Telefon Samsung yang baru selalu menjadi perhatian utama dan dilihat sebagai handphone paling laris di Malaysia dengan pelbagai model yang hebat dari jenama ini.

Handphone murah juga menjadi pilihan popular di pasaran, memenuhi keperluan pengguna yang ingin prestasi baik pada bajet yang berpatutan.

Handphone Oppo, Vivo dan Xiaomi juga semakin mendapat tempat di pasaran, menawarkan alternatif menarik kepada pengguna yang menghargai inovasi dan kualiti.

Dalam usaha mencari phone Android terbaik, kebolehan telefon pintar itu sendiri menjadi keutamaan.

Dari keselesaan pengguna hingga prestasi kamera, setiap ciri boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan pembelian. 

Untuk korang yang mencari telefon pintar atau jenis handphone yang sesuai dengan keperluan, adalah penting untuk menyelidik dan membandingkan harga handphone di Malaysia.

Dengan pelbagai pilihan telefon murah dan jenama terkemuka seperti Samsung, Xiaomi, OnePlus dan lain-lain, korang ada peluang yang luas untuk mendapatkan smartphone yang paling ideal.


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Pakar
Tech Content Creator

Izami Ishak chevron_right

Muhammad Noor Izami Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai izami gadget. Anak kelahiran Terengganu, tapi kini menetap di Melaka. An ...

Smartphone Android Atau Apple, Yang Mana Lebih Baik?

Setiap tahun inilah persoalan yang menjadi bualan ramai sebelum membeli telefon atau upgrade ke telefon baru.

Telefon pintar tidaklah murah, jadi sudah tentu kita mahu pilih yang terbaik dan yang mampu memudahkan tugasan seharian kita.

Jadi jom lihat apa kata Expert kami tentang Android dan Apple atau iPhone:

Tech Content Creator

Izami Ishak

Saya merupakan pengguna tegar Apple, dari smartphone sampai ke laptop saya menggunakan produk Apple.

Sebelum tahun 2020, produk Apple sangat mendominasi pasaran smartphone. Tapi selepas saya mula menggunakan HONOR Magic 5 Pro, saya secara perlahan-lahan berjaya tukar daripada Apple iPhone kepada smartphone Android. 

Antara sebab saya selesa untuk tukar adalah kemampuan kameranya, kepantasan OS, dan dengan segala benda yang diperlukan tu cukup-cukup bagus untuk buatkan saya keluar daripada ekosistem Apple dan mula boleh menikmati pelbagai teknologi dan juga kemudahan yang ada pada telefon Android lain seperti Samsung, Vivo, Oppo dan lain-lain. 

Kini saya boleh katakan saya sudah 70% menjadi Android user.

Jadi kalau tanya saya buat masa sekarang, saya lebih memilih untuk gunakan Android sebab dengan teknologi yang ditawarkan.

Saya juga nampak Apple ni adalah satu company yang cuba bagikan sesuatu yang sempurna, berbeza dengan Android yang cuba tawarkan sesuatu yang baharu dan terbaik.

Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing, tapi untuk orang macam saya yang mengutamakan sesuatu yang terbaik dan terkini, Android adalah pilihan saya buat masa ini. 

Bagaimanapun, dengan segala tawaran yang ditawarkan dalam dunia Android, saya boleh kata Android masih lagi mendominasi sehinggalah Apple dapat menawarkan sesuatu yang inovatif dan terkini.


Penting Atau Tidak Pemilihan Jenama Smartphone?

Jenama antara salah satu faktor yang mempengaruhi pemilihan seseorang terhadap sesuatu produk.

Kalau jenamanya bagus, tentu semua rangkaian produk dalam jenama tersebut menjadi pilihan ramai.

Tapi apa kata kita lihat pula pendapat Expert kami mengenai persoalan ini:

Tech Content Creator

Izami Ishak

Bagi saya jenama tu penting. Saya bermula dengan Samsung, kemudian bertukar ke Huawei dan kemudian ke iPhone, dan kembali ke Android.

Kalau dulu jenama lagi penting sebab jenama tak banyak dan jenama yang ada tu sering tawarkan sesuatu yang terbaik.

Tapi masa sekarang, jawapan saya masih lagi jenama penting tapi sebabnya sudah berubah. Bukan lagi hanya semata-mata ia terbaik sebab semua jenama memang terbaik sekarang.

Sekarang apa yang membezakan satu jenama dengan jenama yang lain adalah personal preferences. Kita tengok sama ada telefon tu sesuai dengan kita ataupun tidak.

Jadi itu antara salah satu sebab kenapa jenama penting. 

Kalau kita dah serasi dengan jenama tu, mungkin untuk bertukar ke jenama lain perlu tahu sama ada ia serasi dengan kita ataupun tidak. 


Senarai 8 Smartphone Android Terbaik

*PERHATIAN: Jenama smartphone yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Noor Izami, kecuali dinyatakan.* 

Telefon android terbaik secara keseluruhan
Nothing Phone (3a)
Nothing Phone
NothingPhone 3(a)
From
RM1,699.00
Check Nothing Phone (3a) price below:
add_circle Reka bentuk lebih segar
add_circle Pengalaman Android 15 yang hebat
add_circle Harga berpatutan
add_circle paparan skrin 120Hz
remove_circle Kualiti kamera yang biasa
remove_circle Ciri kalis air yang terhad
  • Cipset: Snapdragon 7s Gen 3
  • OS: Android 15, Nothing OS 3.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.77 inci
  • Resolusi: 1080 x 2392 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (telefoto) 8 MP (ultra lebar) 32 MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

Nothing Phone 3a merupakan telefon terbaik dari Nothing setakat ini, menampilkan reka bentuk yang unik dan menonjol, serta bateri tahan lama yang menyokong pengecasan pantas.

Ia juga boleh diletakkan sebagai telefon android terbaik keseluruhannya kerana menawarkan julat harga yang mampu milik dan juga spesifikasi canggih dari segi cipset, kamera, kualiti paparan skrin, fungsi Ai dan juga bateri.

Ciri-ciri:

Skrin 120Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, manakala Nothing OS memastikan penggunaan yang bersih dan menyeronokkan.

Telefon ini masih mempunyai beberapa kekurangan seperti cipset lama yang kurang berkuasa, rintangan air yang terhad, serta kualiti kamera yang tidak konsisten.

Selain itu, susunan butang utama mungkin memerlukan sedikit penyesuaian bagi sesetengah pengguna.

Bagaimanapun, Nothing Phone 3a tetap pilihan menarik bagi anda yang mahukan telefon dengan reka bentuk unik dan prestasi terbaik pada harga mampu milik.

Dengan ciri AI yang terbina di dalam, ia memberikan kualiti gambar yang cantik dan tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi mengambil gambar.

Dengan harga yang murah, sememangnya ia telefon Android yang terbaik dan tidak membebankan korang yang nak membelinya.

Review:

"Telefon ni sangat menarik, rasa solid dekat tangan dan berjalan lancar. Walaupun telefon ni dalam kategori midrange, tapi dia punya feeling macam flagship!"

Smartphone terbaik untuk gaming dan fotografi
Realme 14 Pro
Realme
Realme 14 Pro
From
RM1,499.00
Check Realme 14 Pro price below:
add_circle Cip Dimensity 7300 berkuasa
add_circle Cooling System yang mantap
add_circle Paparan OLED 120Hz
add_circle Bateri 6000mAh tahan lama
remove_circle Tiada bicu audio 3.5mm
remove_circle Pilihan warna terhad
  • Cipset: Mediatek Dimensity 7300 Energy
  • OS: Android 15, Realme UI 6.0
  • RAM: 8GB, 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB, 512GB
  • Paparan: 6.77 inci
  • Resolusi: 1080 x 2392 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 2MP (depth), 16MP (swafoto)

Realme 14 Pro memang layak digelar smartphone untuk gaming terbaik kerana gabungan cip Dimensity 7300 Energy, paparan OLED 120Hz, dan bateri 6000mAh yang tahan lama memastikan gaming sentiasa lancar.

Ditambah dengan sistem penyejukan 6000mm² VC Cooling System, ia membantu membuang haba dengan lebih efisien, jadi telefon kekal sejuk walaupun anda dalam sesi gaming yang lama.

Malah, ia 33% lebih besar berbanding sistem biasa dan mempunyai lapisan grafit 13,487mm² untuk prestasi penyejukan maksima.

Untuk kamera pula, Realme 14 Pro menawarkan prestasi hebat dengan sensor utama 50MP Sony OIS (IMX882) yang menghasilkan gambar terang, tajam, dan stabil, termasuk rakaman video 4K.

Kamera depan 16MP dilengkapi AI Beauty, menjadikan selfie lebih natural dan menawan.

Tambahan pula, MagicGlow Triple Flash membantu mengawal suhu warna dengan pintar, menghasilkan pencahayaan setaraf studio untuk gambar malam yang lebih jelas dan cantik.

Dengan RAM hingga 12GB, speaker stereo, dan rekaan tahan lasak IP68/IP69, Realme 14 Pro ialah pilihan ideal untuk gamer yang mahu prestasi mantap dan juga telefon dengan fungsi kamera yang hebat.

Telefon flip android terbaik
Samsung Galaxy Z Flip6
Samsung
Samsung Galaxy Z Flip6
From
RM4,999.00
Check Samsung Galaxy Z Flip6 price below:
add_circle Kualiti audio terbaik
add_circle Kalis air dan debu
remove_circle Tiada AUX input
  • Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy
  • OS: Android 14, One UI 6.1.1
  • RAM: 12GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.7-inch FHD+, Dynamic AMOLED 2X
  • Resolusi: 1080 x 2640 piksel
  • Bateri: 4000 mAh
  • Kamera: 50 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 10 MP (swafoto)

Samsung Galaxy Z Flip terbaru adalah telefon flip Android terbaik yang dilengkapi teknologi canggih dan reka bentuk praktikal.

Dikuasakan dengan Snapdragon® 8 Gen 3 dan dilengkapi dengan 12GB RAM serta 256GB storan, telefon ini memberikan prestasi yang pantas dan lancar.

Paparan 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi tinggi menawarkan visual yang jelas dan tajam, manakala FlexWindow 3.4 inci membolehkan pengguna menggunakan fungsi AI tanpa perlu membuka peranti, menjadikannya lebih praktikal untuk berbalas mesej atau melihat notifikasi.

Dengan 50MP kamera utama dan 12MP ultra-lebar, korang dapat merakam gambar berkualiti tinggi, dengan kemampuan zum optikal 2x dan AI hingga 10x untuk keperluan penggambaran unik.

Nightography yang dipertingkatkan pula memastikan rakaman video jelas meskipun dalam keadaan kurang cahaya.

Bateri 4000mAh dan Android 14 dengan One UI 6.1.1 menjadikan telefon ini mudah digunakan sepanjang hari, sesuai untuk korang yang sentiasa bergerak.

Smartphone terbaik untuk fotografi
Xiaomi 15 Ultra
Xiaomi
Xiaomi 15 Ultra
From
RM5,199.00
Check Xiaomi 15 Ultra price below:
add_circle Dilengkapi kamera Leica sangat canggih
add_circle Cip Snapdragon 8 Elite yang padu
add_circle Paparan 120Hz, 3200 nits
add_circle Rakaman 8K dan Dolby Vision
remove_circle Harga premium, agak mahal
remove_circle Badan agak berat (226g)
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.73 inci
  • Resolusi: 1440 x 3200 piksel
  • Bateri: 5410 mAh (global), 6000 mAh (China)
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 200MP (periskop telefoto), 50MP (ultrawide), 32MP (swafoto)

Xiaomi 15 Ultra memang layak digelar smartphone terbaik untuk fotografi.

Dengan kamera utama 50MP 1 inci, 200MP periskop telefoto, 50MP telefoto, dan 50MP ultralebar, ia menawarkan pelbagai sudut dan hasil gambar luar biasa.

Sistem Leica dan rakaman 8K dengan Dolby Vision menjadikan pengalaman mengambil gambar dan video setaraf kamera profesional.

Bagi pencinta fotografi, ini adalah pilihan yang sukar ditandingi.

Telefon Android kamera terbaik
Google Pixel 9
Google
Google Pixel 9
From
RM3,999.00
Check Google Pixel 9 price below:
add_circle Paparan OLED berkualiti tinggi
add_circle Cip Tensor G4 yang laju
add_circle Kemas kini OS tujuh tahun
remove_circle Tiada slot kad microSD
  • Cipset: Google Tensor G4 (4 nm)
  • OS: Android 14, naik taraf ke Android 15, sehingga 7 naik taraf utama Android 
  • RAM: 12GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Paparan: 6.3-inch, OLED
  • Resolusi: 1080 x 2424 piksel
  • Bateri:  4700 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 48MP (ultra-lebar) 10.5MP (swafoto)

Pixel 9 dianggap smartphone terbaik secara keseluruhan kerana ia menawarkan kombinasi prestasi, kamera, paparan, dan ketahanan yang luar biasa.

Cip Google Tensor G4 yang pantas dan RAM 12GB memastikan multitugas dan gaming berjalan lancar.

Dengan paparan OLED Actua 6.3 inci beresolusi 1080 x 2424, Pixel 9 menawarkan visual yang terang untuk setiap tugasan. 

Dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 dan pemproses keselamatan Titan M2, ia memberikan pemprosesan pantas dan keselamatan peranti yang dipertingkat. 

Sistem kamera belakang termasuk lensa utama 50MP dan lensa telefoto 48MP, manakala kamera hadapan 10.5MP dioptimumkan dengan ciri audio seperti rakaman stereo, pengurangan bunyi angin, dan audio zoom untuk panggilan dan video yang lebih jelas. 

Dengan keupayaan 5G, 12GB RAM, dan pilihan storan 128GB atau 256GB, Pixel 9 menawarkan sambungan pantas dan ruang simpanan yang mencukupi. 

Bateri berkapasiti 4700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas membolehkan pengecasan sehingga 55% dalam masa 30 minit menggunakan pengecas Google USB-C 27W. 

Beroperasi pada Android 14, Pixel 9 mendapat tujuh tahun kemas kini OS, keselamatan, dan Pixel Drop, menjadikannya sentiasa dalam keadaan updated dan selamat. 

Wi-Fi 7, Bluetooth v5.3, dan NFC meningkatkan lagi pilihan sambungannya.

Telefon Samsung terbaik
Samsung Galaxy S25 Ultra
Samsung
Galaxy S25 Ultra
From
RM6,599.00
Check Samsung Galaxy S25 Ultra price below:
add_circle Bateri yang lebih tahan
add_circle Kamera sangat berkualiti
add_circle Teknologi AI dipertingkat
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Tidak dilengkapi Qi2 magnets
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite
  • OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.9 inci
  • Resolusi: 1440 x 3120 piksel
  • Bateri: 5000 mAh
  • Kamera: 200 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)

Samsung Galaxy S25 Ultra wajar diletakkan sebagai telefon Samsung terbaik secara keseluruhannya kerana ianya lengkap dari segi kecanggihan pemprosesan, kamera sehinggalah ciri AI yang dipertingkatkan.

Reka bentuknya juga diperbaharui dengan menampilkan reka bentuk yang lebih smooth pada bahagian bucu, memberikan rasa premium ketika memegangnya.

Sesuai untuk segala keperluan, dari fotografi, kerja sehinggalah gaming, Galaxy S25 Ultra sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan sebuah telefon pintar serba guna.

Dilengkapi skrin AMOLED 6.9 inci yang cantik dengan resolusi tajam 1440 x 3120 piksel dan kadar segar semula 120Hz yang lancar, sesuai untuk beri pengalaman tontonan dan gaming terbaik.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, ia memberikan prestasi pantas dan cekap, sama ada untuk multitasking atau gaming yang berat.

Sistem kamera pula sangat mengagumkan dengan lensa lebar 200MP, ultra-lebar 50MP, dan dwi-lensa telefoto (50MP dengan zoom 5x dan 10MP dengan zoom 3x), memastikan fotografi serba boleh dengan kejelasan luar biasa.

Kamera hadapan 12MP mampu menghasilkan swafoto yang detail dengan warna yang kelihatan hidup.

Untuk storan pula, ia menawarkan pilihanyang luas iaitu bermula 256GB, 512GB, dan 1TB bersama RAM 12GB untuk penggunaan aplikasi yang lancar dan kapasiti storan yang mencukupi.

Bateri 5,000mAh memberikan anda kuasa yang lebih lama sepanjang hari, jadi tidak perlu risau jika tertinggal powerbank.

Secara keseluruhannya, Galaxy S25 Ultra menggabungkan kuasa, prestasi, dan keupayaan fotografi dalam reka bentuk yang elegan, sesuai untuk pengguna yang mencari ciri premium pada telefon pintar Samsung.

Smartphone terbaik Honor
HONOR Magic 6 Pro 5G
HONOR
Honor Magic 6 Pro
From
RM4,399.00
Check HONOR Magic 6 Pro 5G price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Prestasi kamera terbaik
add_circle mempunyai ciri eye-tracking
remove_circle Skrin mudah kumpul habuk
remove_circle Kemaskini lambat
  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm)
  • OS: Android 14, MagicOS 8
  • RAM: 12GB, 16GB
  • Storage: 256GB, 512GB, 1TB
  • Paparan: 6.8-inch, LTPO OLED
  • Resolusi: 1280 x 2800 piksel
  • Bateri:  5600 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (ultra-lebar) 180MP (periscope telephoto)

HONOR Magic 6 Pro menawarkan inovasi terkini bersama dengan reka bentuk moden, sesuai untuk yang mahu sentiasa kelihatan maju ke depan.

Menampilkan paparan OLED 6.8 inci yang menakjubkan dengan kadar segar semula 120Hz yang lancar, setiap interaksi dengan pelbagai aplikasi terasa sangat lancar. 

Selain itu, telefon ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3 dengan kepantasan yang dijamin.

Manakala RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB menyediakan ruang yang mencukupi untuk semua aplikasi, media, dan banyak lagi. 

Tapi kami hanya menjumpai saiz storan 512GB sahaja.

Beroperasi pada Android 14 yang terkini dengan MagicOS 8.0, memberikan pengalaman pengguna yang intuitif dan boleh disesuaikan. 

Untuk kamera pula, telefon ini dilengkapi dengan tetapan tiga kamera belakang, yang menampilkan sensor utama 180MP.

Selain itu, turut dilengkapi dengan dua kamera 50MP, dan kamera depan 50MP untuk ambil gambar swafoto yang cantik.

Bateri 5600mAh pula akan memastikan anda kekal dapat menggunakan telefon sepanjang hari.

Kalau anda nak cas cepat, tiada masalah dengan pengecasan berwayar 80W HONOR Super Charge dan pengecasan tanpa wayar 66W HONOR Wireless SuperCharge.

Tidak lupa juga sokongan NFC menambah kemudahan kepada transaksi harian anda.

Telefon android bateri tahan lama
OnePlus 12
OnePlus
Oneplus 12
From
RM3,100.00
Check OnePlus 12 price below:
add_circle Pengalaman Android 14 yang lancar
add_circle Kamera telefoto terbaik
add_circle Paparan skrin jelas dan dinamik
remove_circle Kualiti kamera ultra-lebar yang biasa
  • Chipset: Snapdragon 8Gen3
  • OS: Android 14, OxygenOS 14 (International), ColorOS 14 (China)
  • RAM: 12GB, 16GB, 24GB
  • Storan dalaman: 256GB, 512GB, 1TB
  • Saiz Skrin: 6.82-inch, LTPO AMOLED
  • Resolusi: 1440 x 3168 piksel
  • Bateri:  5400 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 64MP (telefoto periskop), 48MP (ultra-lebar) 32MP (swafoto)

OnePlus 12 merupakan pilihan tepat bagi telefon Android bateri tahan lama.

Dikuasakan oleh Snapdragon 8Gen3 dan sistem operasi Android 14, telefon ini menawarkan prestasi pantas dan lancar untuk semua aplikasi.

Dengan paparan LTPO AMOLED 6.82 inci yang menyokong 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits, pengalaman visualnya sangat memuaskan.

Bateri 5400mAh yang disertakan mampu bertahan lama, sesuai untuk penggunaan seharian yang intensif.

Ditambah dengan pengecasan pantas 100W, korang tak perlu tunggu lama untuk kembali menggunakan telefon ini.

OnePlus 12 juga dilengkapi dengan sistem kamera canggih, termasuk 50MP (lebar), 64MP (telefoto periskop) dan 48MP (ultra-lebar), serta kamera depan 32MP untuk swafoto berkualiti tinggi.

Dengan pilihan RAM hingga 24GB dan storan 1TB, peranti ini mampu menjalankan pelbagai tugas tanpa masalah.

Reka bentuk premium dengan perlindungan IP65 menjadikannya tahan lasak.

OnePlus 12 adalah pilihan yang tepat untuk korang yang cari telefon Android dengan bateri tahan lama dan prestasi luar biasa.


Apakah Perbezaan Telefon Android dan iPhone?

Selain model telefon, perbandingan antara telefon pintar Android dan iPhone juga menjadi pertimbangan sebelum membeli telefon baru.

Jadi apa sebenarnya perbezaan telefon Android dan iPhone? 

1. Dari Segi Kelebihan

Telefon pintar Apple memiliki spesifikasi dan perisian dikawal selia dan oleh Apple sendiri. Ini dapat mengurangkan alat peranti diserang malware.

Manakala Android pula, menggunakan sistem operasi berteraskan sumber terbuka. Erti kata lain, mudah diubahsuai.

Mislanya, telefon pintar Android boleh dinaik taraf saiz storage melalui micro card SD dan sudah semestinya tidak ada pada iPhone.

2. Dari Segi Kekurangan

iPhone memiliki storage terhad mengikut kategori dan ekosistem terhad dimana tidak boleh diubah suai atau berkongsi dengan alat peranti lain selain dari jenama Apple.

Bagi Android pula, kelemahannya terletak pada sistem operasi yang mempunyai kadar jangkitan malware yang lebih tinggi tapi boleh diubah suai dan berkongsi sistem dengan alat peranti lain.

3. Dari Segi Harga

Dari segi harga, model iPhone paling murah adalah iPhone SE yang kini boleh diperoleh pada harga sekitar RM1,999. 

Model paling mahal dan terbaru iPhone 13 yang mempunyai storage 1TB  mencecah sehingga hampir RM8,000.

Lain pula dengan telefon pintar Android yang mempunyai pilihan banyak hinggakan anda tidak tahu mana satu harus dimiliki.

Bayangkan, harga telefon Android bermula dari RM199.


Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Android Smartphone?

  • Anggaran Bajet: Tetapkan bajet untuk mengecilkan pilihan dan pastikan ia sesuai dengan kewangan korang.

  • Keperluan Penggunaan: Tentukan tujuan penggunaan seperti gaming, kamera, atau kegunaan harian seperti media sosial.

  • Spesifikasi Peranti: Periksa prosesor, RAM, storan dalaman dan kamera untuk memastikan ia memenuhi keperluan harian korang.

  • Reputasi Jualan dan Perkhidmatan Pelanggan: Pilih jenama dengan reputasi baik dan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

  • Kualiti Pembinaan: Pastikan telefon mempunyai bahan berkualiti tinggi dan rekod ketahanan yang baik.

  • Sokongan Perisian: Pilih telefon yang menerima kemas kini perisian berkala selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

  • Sokongan Peranti Tambahan: Pertimbangkan aksesori, perkhidmatan cloud dan ekosistem aplikasi yang menyokong peranti tersebut.


Pilihan Terbaik

Bagi tahun 2025, boleh dikatakan senarai ini merupakan pilihan smartphone Android terbaik di Malaysia:


Artikel Berkaitan

End of Article