Pilihan terbaik kami sekarang ialah Redmi 15C 4G, RM429, telefon pertama dalam senarai ini yang datang dengan NFC, kalis percikan air IP64 dan Android 15 terkini pada harga bawah RM500, gabungan yang jarang ditemui pada peringkat harga ini.

Sejak senarai ini terakhir dikemas kini, harga telefon bajet di Malaysia telah bergerak naik akibat kekurangan komponen RAM dan NAND yang melanda industri sepanjang 2026 (baca analisis penuh kami di sini). Kesannya nyata: Samsung Galaxy A06 5G, yang dahulu dijual pada RM340, kini dipasarkan sekitar RM623 hingga RM699 di kebanyakan peruncit, jauh melepasi paras RM500 dan tidak lagi layak berada dalam senarai ini.

Kami menyemak semula ketujuh-tujuh pilihan, mengekalkan yang masih berbaloi (OPPO A3x, Nubia V70 Max, dan Infinix Hot50i kekal dijual pada harga asal), dan menggantikan yang sudah naik harga atau digantikan model baharu dengan pilihan generasi terkini: Redmi 15C 4G, vivo Y04, realme Note 80 dan Honor X5c Plus.

Jadual Perbandingan Ringkas

ModelHargaCipsetRAM/ROMBateriSesuai Untuk
Redmi 15C 4GRM429Helio G81-Ultra6GB/128GB6000mAh, 33WKeseluruhan terbaik (Editor's Pick)
OPPO A3xRM399Snapdragon 6s 4G Gen14GB/64GB5100mAh, 45WTahan lasak & cas terpantas
vivo Y04RM399Unisoc T72254GB/64GB5500mAh, 15WKetahanan (SGS 5 bintang)
Nubia V70 MaxRM399Unisoc T72006GB+6GB/128GB6000mAh, 22.5WGaming bajet
Infinix Hot50iRM412Helio G814GB/128GB5000mAh, 18WPelajar
realme Note 80RM399Unisoc T72504GB/64GB6300mAh, 15WBateri paling tahan lama
Honor X5c PlusRM399Helio G814GB/64GB~5000mAh+Jenama baharu, kamera dual 50MP

Table of Contents

Senarai 7 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik<\/b><\/h2>
Keseluruhan terbaik: satu-satunya dengan NFC dan IP64
Redmi 15C 4G
Xiaomi
Redmi 15C 4G
From
RM429.00
Check Redmi 15C 4G price below:
add_circle NFC untuk e-wallet dan kad akses
add_circle Kalis percikan air IP64
add_circle Bateri 6000mAh, cas pantas 33W
add_circle Android 15 terkini dengan HyperOS 2
remove_circle RAM asas 6GB sahaja pada model termurah
  • Cipset: MediaTek Helio G81-Ultra
  • OS: Android 15, HyperOS 2
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Paparan: 6.9 inci LCD, 120Hz
  • Bateri: 6000 mAh, cas pantas 33W
  • Kamera: 50MP dwi (belakang), 8MP (depan)

Redmi 15C 4G ialah penerus Redmi 14C dan kini pilihan paling lengkap dalam senarai bawah RM500, satu-satunya di sini dengan NFC dan kalis percikan air IP64.

Dijalankan pada Android 15 dengan HyperOS 2, antara muka lebih segar berbanding kebanyakan pesaing yang masih pada Android 14.

Bateri 6000mAh dengan cas pantas 33W memastikan ia bertahan sepanjang hari walaupun untuk kegunaan berat, manakala paparan 120Hz menjadikan penatalan lebih lancar.

Untuk korang yang guna telefon untuk Touch 'n Go eWallet atau kad akses pejabat, NFC pada harga ini adalah kelebihan yang jarang ditemui.

Phone murah bawah RM500 secara keseluruhan
OPPO A3x
Oppo
OPPO A3x
From
RM399.00
Check OPPO A3x price below:
add_circle Rekaan tahan lasak
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Chipset berkualiti
remove_circle Kualiti kamera yang biasa
  • Cipset: Qualcomm® Snapdragon® 6s 4G Gen1
  • OS: Android 14, ColorOS 14
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.67-inch
  • Bateri: 5100 mAh
  • Kamera: Belakang (8 MP + Auxiliary lens), depan (5 MP)

Sebab menjadi pilihan utama:

Oppo A3x direka untuk pengguna yang mencari sebuah telefon Oppo bawah RM500 yang cekap dan mempunyai prestasi memuaskan untuk gaming

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri ketahanan Kalis Renjatan Gred Tentera dan juga ketahanan Cecair Berganda, menjadikan ia telefon murah yang tahan lasak dan berbaloi untuk dipakai lama.

Ciri-ciri:

Dilengkapi dengan paparan HD+ 6.67 inci (1604 x 720) dan kadar segar semula 90Hz yang lancar, ia memastikan visual yang jelas dan navigasi yang lancar. 

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm® Snapdragon® 6s 4G Gen1 dan sistem operasi ColorOS 14.0, peranti ini menawarkan multitugas yang lancar dengan 4GB RAM dan storan 64GB yang boleh ditambah. 

Selain itu, keupayaan dwi SIM beri korang pilihan tambahan, manakala kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP mampu menangkap gambar dan video berkualiti. 

Biarpun murah, Oppo A3x tetap hadir dengan IP54 yang tahan percikan air atau sekiranya air tertumpas ke atasnya.

Baterinya yang besar 5100mAh dipadankan dengan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC memastikan penggunaan tahan lama, membolehkan korang bermain telefon sepanjang hari.

Ia turut dilengkapi sensor penting seperti sensor geomagnetik, sensor cahaya persekitaran, sensor jarak, dan pecutan yang meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan. 

Dilengkapi dengan Bluetooth 5.0, port USB Type-C, dan bicu fon telinga 3.5mm, Oppo A3x menyediakan semua keperluan untuk penggunaan telefon pintar moden pada harga yang sangat murah.

Review:

"Harga berbaloi beli, phone sesuai beli untuk kegunaan harian, untuk light gaming pun boleh. Phone ni dapat penuhi saya punya lifestyle. Tapi jangan expect lebih terutamanya dekat kualiti kamera."

Phone gaming murah bawah RM500
Nubia V70 Max 4G
Redmagic
Nubia V70 Max 4G
From
RM399.00
Check Nubia V70 Max 4G price below:
add_circle Skrin besar, 120Hz lancar
add_circle Bateri 6000mAh tahan lama
add_circle Prestasi stabil untuk gaming
add_circle Kamera 50MP berkualiti tinggi
remove_circle Tiada sokongan 5G
  • Cipset: Unisoc T7200 Octa-Core
  • OS: Android, MyOS
  • RAM: 6GB + 6GB Dynamic RAM
  • Storage: 128GB
  • Paparan: 6.9-inch HD+, 120Hz
  • Resolusi: 1640 x 720 piksel
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (utama), 2MP, AI Camera (belakang), 8MP (swafoto)

Nubia V70 Max 4G adalah pilihan terbaik kalau korang tengah cari phone gaming murah bawah RM400 yang berkualiti tinggi.

Dengan skrin besar 6.9 inci HD+ dan kadar segar semula 120Hz, pengalaman gaming korang pasti lebih lancar dan menyeronokkan.

Cip Unisoc T7200 octa-core memastikan prestasi yang stabil untuk kebanyakan game popular hari ini.

Selain itu, dengan RAM 6GB dan tambahan 6GB Dynamic RAM serta storan 128GB, korang boleh simpan banyak game dan aplikasi tanpa risau lag.

Bateri besar 6000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W menjamin telefon ini bertahan sepanjang hari, malah hingga sesi gaming berpanjangan.

Telefon ini juga sangat tahan lasak dengan ketahanan jatuh sehingga 1.5 meter serta perlindungan IP54 kalis debu dan percikan air.

Kamera belakang 50MP AI Triple Camera dan kamera swafoto 8MP membolehkan korang ambil gambar jelas untuk dikongsi di media sosial.

Tambahan lagi dengan NFC, Bluetooth 5.2, dan sokongan VoLTE, Nubia V70 Max 4G ini sememangnya pilihan hebat untuk korang yang perlukan telefon gaming bajet dengan spesifikasi mantap.

Telefon murah untuk pelajar
Infinix Hot50i
Infinix
Infinix Hot50i
From
RM412.00
Check Infinix Hot50i price below:
add_circle Bateri tahan lama 5000mAh
add_circle Pengecasan pantas 18W
add_circle Prestasi sesuai untuk gaming
remove_circle Paparan LCD, bukan AMOLED
  • Cipset: MediaTek Helio G81
  • OS: XOS 14.5 | Android 14
  • RAM: 4GB
  • Storage: 128GB ROM
  • Paparan: 6.7 inci LCD, 60Hz / 90Hz / 120Hz
  • Resolusi: 720 x 1600 piksel
  • Bateri: 5000 mAh, Pengecasan Pantas 18W
  • Kamera: 48 MP (belakang), 8 MP (swafoto)

Infinix Hot 50i adalah pilihan yang baik untuk pelajar yang mencari telefon pintar mampu milik dengan prestasi yang memadai untuk kegunaan harian.

Dengan paparan 6.7 inci LCD yang cukup besar, telefon ini menawarkan ruang yang selesa untuk menonton video, bermain game ringan dan membaca nota tanpa masalah.

Dari segi prestasi, ia dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G81, dipadankan dengan 4GB RAM dan 128GB storan, cukup untuk aplikasi-aplikasi pelajaran dan media sosial.

Kamera belakang 48MP yang ditawarkan cukup baik untuk merakam gambar dan video dengan jelas, manakala kamera depan 8MP juga memadai untuk swafoto dan panggilan video.

Dengan bateri 5000mAh, telefon ini mampu bertahan sepanjang hari, sesuai untuk sesi pembelajaran yang panjang atau aktiviti seharian.

Ditambah lagi dengan pengecasan pantas 18W, telefon ini boleh penuhkan bateri dengan pantas.

Dengan XOS 14.5 yang berasaskan Android 14, pengalaman penggunaan juga lancar tanpa terlalu banyak gangguan.

Infinix Hot 50i adalah pilihan yang sangat baik untuk pelajar yang memerlukan telefon dengan harga yang berpatutan namun tetap berfungsi dengan baik.

Paling tahan lasak, pensijilan SGS 5 bintang
vivo Y04
vivo
vivo Y04
From
RM399.00
Check vivo Y04 price below:
add_circle Pensijilan tahan jatuh SGS 5 bintang
add_circle Bateri 5500mAh tahan lama
add_circle Reka bentuk kemas dan ringan
remove_circle Tiada NFC
remove_circle Storan asas 64GB
  • Cipset: Unisoc T7225
  • OS: Android 14, Funtouch OS 14
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.74 inci IPS LCD, 90Hz
  • Bateri: 5500 mAh, cas pantas 15W
  • Kamera: 13MP (belakang), 5MP (depan)

vivo Y04 menggantikan Y03T sebagai pilihan vivo termurah, dengan pensijilan ketahanan SGS 5 bintang yang menjadikannya antara yang paling tahan lasak dalam kelas ini.

Bateri 5500mAh cukup besar untuk kegunaan harian sepanjang hari, manakala paparan 90Hz memberi pengalaman menatal yang lebih lancar berbanding model 60Hz biasa.

Sesuai untuk korang yang lebih mengutamakan ketahanan fizikal telefon berbanding ciri tambahan seperti NFC.

Bateri paling besar, 6300mAh
realme Note 80
realme
realme Note 80
From
RM549.00
Check realme Note 80 price below:
add_circle Bateri gergasi 6300mAh
add_circle Paparan HD+ 90Hz
add_circle Harga tetap bawah RM400
remove_circle Kamera 8MP sahaja
remove_circle Tiada NFC
  • Cipset: Unisoc T7250
  • OS: Android 15, realme UI 5.0
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.74 inci HD+ LCD, 90Hz
  • Bateri: 6300 mAh, cas pantas 15W
  • Kamera: 8MP (belakang), 5MP (depan)

realme Note 80, dilancarkan Mac 2026, menggantikan Note 60 dengan bateri lebih besar iaitu 6300mAh, antara yang terbesar dalam senarai ini.

Sesuai untuk korang yang kerap keluar seharian tanpa akses kepada plag, walaupun kamera 8MP di belakang bukan yang terbaik dalam kelasnya.

Harga kekal bawah RM400 walaupun sudah generasi terkini, menjadikannya pilihan kukuh untuk kegunaan asas dan ketahanan bateri.

Kamera dwi 50MP, jenama baharu di Malaysia
Honor X5c Plus
Honor
Honor X5c Plus
From
RM399.00
Check Honor X5c Plus price below:
add_circle Kamera belakang dual 50MP
add_circle Kalis percikan air IP64
add_circle Jenama established dengan sokongan servis luas
remove_circle RAM 4GB, storan asas 64GB
remove_circle Versi Android disahkan berbeza mengikut sumber
  • Cipset: MediaTek Helio G81
  • OS: MagicOS (Android, versi disahkan berbeza mengikut sumber)
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB
  • Paparan: 6.74 inci TFT LCD, 90Hz
  • Bateri: sekitar 5,260 hingga 5,620 mAh (spesifikasi tepat berbeza mengikut sumber)
  • Kamera: 50MP dwi (belakang), 5MP (depan)

Honor X5c Plus ialah kemasukan baharu Honor dalam segmen bawah RM500 di Malaysia, mengisi kekosongan selepas Samsung Galaxy A06 5G naik harga melebihi RM500.

Kamera belakang dwi 50MP antara yang terbaik dari segi resolusi dalam senarai ini, disokong kalis percikan air IP64.

Sebagai jenama yang baharu memasuki segmen ini di Malaysia, sokongan servis dan waranti tempatan Honor kekal menjadi pertimbangan berbanding jenama yang lebih lama bertapak seperti Xiaomi atau vivo.

Jangan sangka telefon bajet tak boleh hasilkan video menarik. Reel Facebook kami yang direka semula sepenuhnya menggunakan kamera telefon dengan bajet kosong meraih 18,018 tontonan, jauh melepasi purata biasa kami sekitar 224 tontonan. Kalau korang nak belajar teknik yang sama walaupun guna telefon bajet bawah RM500, kami ada kursus Pocket Cinematic yang ajar teknik penggambaran menggunakan telefon pintar sahaja.


Apakah Tips Beli Smartphone Murah dan Terbaik?<\/b><\/h2>
  • Tentukan tujuan penggunaan<\/strong>: Pilih berdasarkan kegunaan, seperti gaming<\/em> atau fotografi.<\/p> <\/li>

  • Periksa spesifikasi<\/strong>: Pastikan ia sesuai dengan keperluan harian dan memberi kepuasan.<\/p> <\/li>

  • Chipset berkualiti<\/strong>: Banyak smartphone<\/em> murah kini menggunakan chipset<\/em> setanding model mahal.<\/p> <\/li>

  • Smartphone untuk kegunaan harian<\/strong>: Jika hanya untuk WhatsApp, Facebook, atau carian internet, smartphone<\/em> bawah RM500 sudah memadai.<\/p> <\/li>

  • Bandingkan harga<\/strong>: Gunakan Shopee atau Lazada untuk bandingkan harga dan beli pada harga terbaik.<\/p> <\/li>

  • Pilih mengikut keperluan<\/strong>: Dapatkan smartphone<\/em> berkualiti dengan harga bawah RM500 mengikut kehendak korang.<\/p> <\/li> <\/ul>


    Apakah Ciri-Ciri Utama Bagi Sebuah Telefon Pintar Bajet?<\/b><\/h2>

    Telefon pintar bajet kebiasaannya mempunyai ciri-ciri utama berikut:<\/span><\/p>

    1. Harga yang berpatutan<\/strong><\/h3>

    Telefon pintar bajet direka untuk menjadi murah dan mudah diakses oleh pengguna.<\/span><\/p>

    2. Perisian asas<\/strong><\/h3>

    Telefon pintar bajet sering mempunyai komponen perisian asas seperti <\/span>chipset<\/span><\/i> yang bersaiz kecil, RAM dan kapasiti penyimpanan dalaman yang lebih minima.<\/span><\/p>

    3. Paparan yang lebih kecil <\/strong><\/h3>

    Telefon pintar bajet umumnya mempunyai paparan yang lebih kecil daripada model yang lebih mahal, biasanya di antara 5 hingga 6 inci.<\/span><\/p>

    4. Kualiti kamera yang sederhana<\/strong><\/h3>

    Telefon pintar bajet biasanya mempunyai kamera yang mampu mengambil foto yang baik dalam keadaan terang.<\/span><\/p>

    Tetapi mungkin tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan kurang cahaya seperti waktu malam.<\/span><\/p>

    5. Ciri-ciri perisian asas<\/strong><\/h3>

    Telefon pintar bajet sering dijalankan pada versi perisian yang lebih ringan.<\/span><\/p>

    Namun, mungkin tidak mempunyai ciri-ciri perisian yang canggih seperti <\/span>face ID<\/span><\/i>, <\/span>touch ID<\/span><\/i> atau sokongan rangkaian 5G.<\/span><\/p>

    6. Reka bentuk yang simple<\/i><\/strong><\/h3>

    Telefon pintar bajet biasanya mempunyai reka bentuk yang <\/span>simple<\/span><\/i> dengan dihasilkan dari bahan plastik atau polikarbonat membuatkannya ringan dan mudah dibawa.<\/span><\/p>

    Secara keseluruhan, telefon pintar bajet menawarkan keseimbangan yang baik antara harga yang berpatutan dan fungsi yang menyeluruh. <\/span><\/p>


    Soalan Lazim (FAQ)

    Telefon mana paling berbaloi bawah RM500 sekarang?

    Redmi 15C 4G pada RM429 kini pilihan paling seimbang: satu-satunya dalam senarai ini dengan NFC dan kalis percikan air IP64, disokong Android 15 terkini.

    Kenapa Samsung Galaxy A06 5G dikeluarkan daripada senarai?

    Harganya telah naik daripada RM340 kepada sekitar RM623 hingga RM699 berikutan kenaikan kos komponen RAM dan NAND serantau pada 2026, jadi ia tidak lagi layak sebagai pilihan "bawah RM500".

    Adakah telefon bawah RM500 sesuai untuk gaming?

    Boleh untuk permainan ringan hingga sederhana seperti Mobile Legends atau Free Fire. Nubia V70 Max dan Redmi 15C 4G, dengan RAM lebih besar dan bateri 6000mAh, adalah pilihan paling sesuai dalam julat harga ini untuk gaming.

    Patutkah saya tunggu untuk telefon 5G bawah RM500?

    Pada masa penulisan ini, tiada model 5G yang kekal di bawah RM500 di Malaysia berikutan kenaikan harga komponen; jika 5G penting, lihat senarai telefon bawah RM300 kami atau pertimbangkan bajet sedikit lebih tinggi.

    Di mana saya boleh beli telefon-telefon ini?

    Kesemua model dalam senarai ini boleh didapati di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia; pautan terus disediakan pada setiap kad produk di atas.


    Kemas kini terakhir: Ogos 2026. Menggantikan Samsung Galaxy A06 5G (kini melebihi RM500), Redmi 14C, Vivo Y03T dan realme Note 60 dengan model generasi terkini (Redmi 15C 4G, vivo Y04, realme Note 80, Honor X5c Plus). OPPO A3x, Nubia V70 Max dan Infinix Hot50i disahkan masih dijual pada harga asal dan dikekalkan.


    Artikel Berkaitan<\/strong><\/b><\/h2>