Jawapan ringkas (pilihan terbaik keseluruhan): tripod terbaik untuk kebanyakan pengguna di Malaysia pada 28 September 2026 ialah K&F Concept 2-in-1 Bluetooth Travel Tripod (RM94.00 di Shopee Malaysia, disemak 28 September 2026), kerana kepala yang sama menyokong telefon dan kamera, tinggi sehingga 152cm, dan kawalan jauh Bluetooth disertakan untuk selfie atau video solo tanpa perlu beli alat berasingan.
Kalau anda perlukan tripod untuk kegunaan khusus, seperti kamera DSLR yang berat atau saiz mini untuk beg, senarai di bawah turut menyenaraikan pilihan lain dengan harga yang tertera pada katalog kami; harga Lazada tidak dapat disahkan semula secara langsung pada tarikh penerbitan kerana laman tersebut menyekat semakan automatik, jadi sahkan harga semasa di halaman produk sebelum membeli.
Kandungan
- Terbaik Untuk Keseluruhan: K&F Concept 2-in-1 Bluetooth Travel Tripod
- Tripod Lain Mengikut Kegunaan
- Terbaik Untuk Tripod Mini: Yunteng 228
- K&F Concept 2-in-1 Bluetooth Travel Tripod
- Terbaik Untuk Kamera Murah: Keep Camera Tripod TR54
- Yunteng 228
- Terbaik Untuk iPad: Dynamite Tripod Stand
- Keep Camera Tripod TR54
- Terbaik Untuk iPhone: YunTeng VCT-5208
- Dynamite Tripod Stand
- Terbaik Untuk Kamera Digital: Johoyo JY5315 Tripod
- YunTeng VCT-5208
- Terbaik Untuk Kamera DSLR: QZSD Q666
- Johoyo JY5315 Tripod
- Terbaik Untuk Travel: Manfrotto Element Tripod
- QZSD Q666
- Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini
- Panduan berkaitan
Yunteng 228RM35.09Shopee
Keep Camera Tripod TR54RM45Lazada
Dynamite Tripod StandRM55.50Presto Mall
YunTeng VCT-5208RM79Lazada
Johoyo JY5315 TripodRM159Lazada
QZSD Q666RM268Lazada
Manfrotto Element TripodRM388Lazada
K&F Concept 2-in-1 Bluetooth Travel TripodRM94Shopee
Terbaik Untuk Keseluruhan: K&F Concept 2-in-1 Bluetooth Travel Tripod
1 lagi
Tripod Lain Mengikut Kegunaan
Terbaik Untuk Tripod Mini: Yunteng 228
1 lagi
Hanya setinggi 20 cm dan lebar bukaan 20.4 cm sahaja menjadikan Yunteng 228 sebagai tripod mini terbaik. Mampu medongakkan dan menundukkan pemegang sehingga 35 darjah, boleh disengetkan sehingga 35 darjah dan boleh dipusing sehingga 360 darjah. Pemegangnya yang boleh diregangkan sehingga 8.8 cm sesuai untuk phone yang bersaiz sederhana.
Juga boleh digunakan untuk meletakkan kamera. Berat kapasiti yang boleh dipegang boleh sehingga 1.5 KG. Saiznya yang kecil juga memudahkannya untuk disimpan. Gambaran dari sudut bawah memang menarik, oleh itu tripod ini sesuai untuk mengambil gambar anda dengan dramatik dari permukaan lantai atau tanah.
Terbaik Untuk Kamera Murah: Keep Camera Tripod TR54
Keep Camera Tripod TR54 boleh dipanjangkan sehingga 1330 mm memberikan peluang untuk menangkap gambar daripada keadaan yang tinggi. Dengan kapasiti berat yang boleh ditanggung sehingga 3 KG, menjadikannya salah satu tripod yang sesuai untuk penggunaan kamera. Tambahan pula, beratnya hanya 750 gram sahaja memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.
Reka bentuknya yang ideal sesuai untuk mengelakkan daripada mudah bergegar ketika mengambil gambar. Bahan yang diperbuat adalah aluminium ringan menjadikannya tahan lasak dan tersangat ringan. Juga terdapat tapak bergetah pada setiap kakinya sesuai untuk penggunaan indoor.
Terbaik Untuk iPad: Dynamite Tripod Stand
Saiz iPad yang besar dan berat boleh menjadikan tangan pengguna penat untuk memegangnya tegak. Oleh itu, Dynamite Tripod Stand membantu anda yang menghadapi masalah ini dengan memegangkan iPad anda dengan pemegang khas untuk iPad. Ia boleh dipanjangkan dari 50.8 cm hingga 152.4 sesuai untuk pengambilan gambar dan gaming, mengikut paras yang sesuai tanpa perlu berlenguh tangan memgangnya.
Tapaknya yang boleh dibuka besar memberi kestabilan ketika memegang iPad. Diperbuat daripada plastik bagi pemegang dan besi bagi rodnya menjadikannya lebih fleksibel dan tahan lasak.
Terbaik Untuk iPhone: YunTeng VCT-5208
YunTeng VCT-5208 mempunyai kelebihan tersendiri iaitu alat kawalan jauh yang menggunakan sambungan tanpa wayar Bluetooth. Pengguna iPhone tidak perlu risau kerana alat kawalan jauh ini juga berfungsi pada iPhone anda. Pengguna hanya perlu on Bluetooth tethering mereka dan biarkannya disambungkan. Pengguna juga tidak perlu risau alat kawalannya kehabisan bateri, kerana boleh dicas semula.
Ia mudah digunakan dan boleh dipanjangkan dari 43cm hingga 125cm untuk mendapatkan pandangan yang tinggi dan cantik. Berat maksimum juga sehingga 1.5 kg sesuai untuk memgang smartphone.
Terbaik Untuk Kamera Digital: Johoyo JY5315 Tripod
Johoyo JY5315 Tripod diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi dan direka khas untuk lebih lebih padat dan mengurangkan getaran, sesuai untuk pengambilan gambar secara profesional melalui kamera digital. Terdapat alas getah pada hujung kakinya menjadiknnya universal dengan penggunaan indoor atau outdoor. Reka bentuk dan bahan yang digunakan juga dapat menghasilkan tripod yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama.
Ia mempunyai sistem pengunci khas yang membolehkan pengguna untuk membuka dan melipat kakinya dengan mudah dan lebih cepat tanpa memerlukan tenaga dan masa yang lama.
Terbaik Untuk Kamera DSLR: QZSD Q666
1 lagi
QZSD Q666 diperbuat daripada bahan yang tersangat tahan lasak iaitu campuran aloi antara magnesium dan aluminium menghasilkannya lebih mudah dilentur, tidak mudah patah dan kuat. Kapasiti maksimumnya boleh sehingga 8 KG seolah-olah 3 kamera DSLR boleh dipegangnya serentak. Kelebihan daripada ciri-ciri ini menjadikannya tripod yang terbaik dan paling sesuai untuk kamera DSLR.
Boleh ditinggikan sehingga 156cm tetapi masih stabil kerana mempunyai tapak yang lebar dan setiap kakinya mempunyai getah untuk memberi sokongan geseran supaya tidak mudah tumbang. Rod utamanya boleh dipisahkan dan dijadikan sebagai monopod supaya pengguna boleh membawa DSLR mereka untuk melakukan penggambaran bergerak dengan mudah dan selamat.
Terbaik Untuk Travel: Manfrotto Element Tripod
1 lagi
Kepada mereka yang suka merantau demi mencari gambar panorama yang indah, mereka harus memiliki Manfrotto Element Tripod. Ia hanya seberat 4 KG dan boleh dilipat sehingga setinggi 32 cm. Tambahan pula, juga disediakan beg khas untuk tripod ini disimpan dan dibawa bersama oleh pengguna. Ia boleh dipanjangkan dari 36 cm hingga 134 cm sesuai untuk mendapatkan tinggi yang ideal.
Diperbuat daripada aluminium padu menjadikannya sangat-sangat tahan lasak dan tidak mudah karat, ia boleh digunakan untuk semua kamera digital serta mudah dipasang kerana menggunakan kekunci bebuli. Terdapat juga sokongan padanya untuk mengelakkan getaran apabila berada dalam keadaan tinggi. Kakinya juga boleh dibuka secara bebas demi mendapatkan kestabilan.
Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini
K&F Concept 2-in-1 disemak terus di Shopee Malaysia pada 28 September 2026: harga, penjual rasmi dan penilaian pengguna disahkan pada tarikh itu. Tujuh tripod lain dalam senarai ini adalah katalog sedia ada kami di Lazada Malaysia; harganya seperti yang tertera pada rekod produk kami dan BUKAN disahkan semula pada tarikh penerbitan artikel ini kerana Lazada menyekat semakan automatik pada sesi ini, jadi sentiasa sahkan harga terkini pada halaman produk sebelum membeli.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!




