Ada pelbagai jenama TV terbaik di pasaran dan pastinya setiap isi rumah dilengkapi dengan TV yang ada pelbagai fungsi.
Kini, TV bukan hanya untuk menonton siaran satelite sahaja sebab ada pelbagai ciri tambahan.
TV boleh digunakan untuk bermain game seperti PS4 atau PS5, menonton drama atau filem atas talian dan melayari Internet.
Terdapat pelbagai jenama TV dengan harga dan fungsi yang berbeza-beza anda boleh suaikan mengikut kegunaan dan keperluan di rumah.
Harga TV tidak murah dan semestinya kita mahu jenama tv yang tahan lama betul tak?
Jom lihat senarai jenama TV terbaik yang sesuai dengan kegunaan harian anda.
Senarai 12 Jenama TV Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Hisense 65" 4K Smart HDR ini dilengkapi dengan pengalaman audio Dolby Atmos yang mengasyikkan berbanding dengan rangkaian stereo tradisional dan pembesar suara 5.1.
Ciri-ciri:
Menariknya lagi, anda boleh mengawal TV dengan ciri Voice Control, hanya tekan butang “mic” di alat kawalan anda, sebut benda yang anda mahu dan TV akan terus respon.
Selain itu, TV ini menyokong resolusi 4K yang memberikan visual dengan ketajaman dan kejelasan yang tinggi semasa menonton filem atau bermain video game.
Turut dilengkapi dengan teknologi High Dynamic Range (HDR) memberikan kontras yang lebih tinggi dan menghasilkan gambar yang lebih hidup dengan butiran yang lebih baik.
Dengan saiz skrin 65", TV ini memberikan pengalaman menonton yang lebih immersive dan mengisi ruang dengan visual yang besar dan jelas.
Anda juga dapat mengakses pelbagai aplikasi dan platform secara mudah seperti Netflix, YouTube, dan lain-lain tanpa perlu peranti tambahan.
Review:
“TV ok berfungsi dgn baik..harga berpatutan, ada bracket boleh pasang pada dinding..”

Adakah anda mencari Android Smart TV yang tidak terlalu mahal dan sesuai dengan ruang tamu anda?
Pilihlah Xiaomi Mi LED TV 4A 32" yang disertakan dalam 32 inci untuk pengalaman menonton TV lebar.
Anda dapat menonton rancangan TV kegemaran anda kerana TV ini mempunyai paparan Ultra-HD 4K yang mendedahkan setiap butiran dengan warna terang dan tidak kabur!
Seterusnya, TV ini built in dengan fungsi WiFi dan Ethernet yang menyokong WiFi 2.4G dan 5G untuk sambungan internet yang pantas dan stabil.
Turut mempunyai ciri kualiti bunyi 20W untuk bunyi yang kuat dan amat jelas.
Menarik lagi, anda boleh mengawal TV ini dengan menggunakan telefon anda sahaja tapi jangan lupa muat turun dulu aplikasi Xiaomi okay?

Dengan reka bentuk Skrin Penuh, TV TCL menyediakan medan penglihatan yang luar biasa besar untuk memberikan anda pengalaman menonton yang lebih jelas.
Ciri ini juga memberikan tahap kontras yang tinggi dan meningkatkan butiran imej serta memberikan warna yang terang.
Selain itu, TV ini mempunyai ciri algoritma unik jadi lampu latar panel TV akan dilaras secara automatik dan dimalapkan untuk meningkatkan kecerahan pada skrin.
Menarik lagi, teknologi Dolby Audio built in dalam TV ini akan berikan anda pengalaman audio yang lebih jelas.
Jadi anda boleh alami hiburan yang lebih seronok dengan bunyi dialog yang jelas, mudah didengar dan bunyi sekeliling yang realistik.

Jenama TV dari Xiaomi ini dilengkapi dengan ciri paparan 4K tanpa had dan MEMC Android TV™ Google Assistant.
Dengan adanya fungsi ini, anda akan dapat mengawal TV ini tanpa menggunakan alat kawalan!
Tapi kalau nak nak guna remote pun boleh, TV ini dilengkapi dengan 360° Bluetooth Remote Control yang membenarkan anda tukar siaran di mana-mana sahaja.
Direka tanpa bezel turut menawarkan nisbah skrin-ke-badan yang lebih tinggi dan sudut tontonan 178°.
Ciri Dolby Vision® dan HDR10+ yang telah built in dalam TV ini akan mempertingkatkan ketajaman, kontras, dan warna imej supaya kelihatan lebih jelas dan lebih cantik.

Jenama Toshiba ini mampu memberikan keseronokan ketika menonton drama oleh kerana mampu memberikan kualiti gambar yang menakjubkan!
Dengan kuasa teknologi analisis yang tepat dan berkemampuan AI, TV ini akan beri lebih kepuasan berbanding dengan TV biasa yang lain.
TV bezel nipis ini bukan sahaja akan berikan anda kepuasan tontonan, malah ada satu bilion warna yang tampak realistik, butiran bayang yang tepat dan luar biasa.
Turut dilengkapi dengan "BAZOOKA Bass Booster" 25W di bahagian belakang dan dwi pembesar suara terus jelas 12W yang menjana bunyi yang sangat kuat dan jelas.
Anda tidak perlu tambah speaker atau sound bar untuk nikmati audio yang jelas.

Sony 43 Inch 4K UHD Google TV KD-43X75K ini dapat memberikan visual yang nyata dengan kombinasi warna dan kontras yang cantik.
TV in menggunakan algoritma lanjutan untuk mengurangkan noise di sekeliling untuk meningkatkan perincian audio semasa tontonan.
Dengan isyarat 4K yang lebih jelas, hampir semua yang anda tonton berkualiti 4K lagi jelas dan lebih sharp.
Bagi pembesar suara pula, TV dari Sony ini menggunakan teknologi “Clear Phase” untuk memberikan audio kedengaran tulen, lancar dan sekata bagi semua frekuensi.
Yang menariknya, TV ini ada fungsi Voice Control yang membolehkan anda mengawal TV menggunakan suara untuk mencari rancangan TV kegemaran dengan pantas!
Caranya mudah, anda hanya perlu tekan butang suara pada alat kawalan jauh tersebut dan terus beri arahan pada TV.
TV ini juga dibina dengan teknologi X-Protection Pro supaya TV akan bertahan dalam jangka masa panjang.

LG C2 48” 4K Smart SELF-LIT OLED Evo TV mempunyai teknologi ThinQ AI dan webOS untuk memberikan cadangan berdasarkan citarasa anda.
Teknologi canggih ini akan ingat apa genre cerita yang anda ingati dan cuba suaikan dengan pilihan yang ada.
Turut mempunyai Brightness Booster iaitu penambahbaikan oleh pemproses AI α9 Gen 5 sehingga 20% lebih untuk kecerahan dan kecekapan cahaya yang lebih unggul.
Jadi, tontonan visual di TV LG ini lebih jelas, sharp dan tidak menyakitkan mata anda ketika menonton di suasana gelap.
Dengan Pemprosesan AI α9 Gen 5, TV ini dapat memberikan bunyi sekeliling yang mengasyikkan kerana ia menggabungkan audio 2 saluran ke dalam bunyi saluran 7.1.2 maya.
Ciri ini membuatkan anda terasa seolah-olah berada di dalam filem tersebut!
Menarik lagi, ini merupakan TV pertama yang menyokong Dolby Vision Gaming 4K pada 120Hz untuk permainan yang lebih lancar dan realistik.

Smart TV dari Haier ini dapat memberikan kepuasan yang memuaskan kepada penonton untuk hiburan video seperti rancangan berita, sukan atau hiburan.
Turut menyokong 4K resolusi ultra HD untuk kualiti visual yang lebih mantap dan jelas semasa tontonan.
Selain itu, produk ini direka dengan rekaan skrin yang nipis dan besar menjadikannya kelihatan sangat elegan dan moden.
Dilengkapi dengan teknologi HDR Decoding untuk memberikan warna yang menakjubkan dan menambah baik kecerahan serta kontras visual.
Dilengkapi dengan ciri Smart Share, anda boleh menonton bahan media dari telefon atau laptop pada TV tersebut menggunakan peralatan terminal rangkaian.

Jenama TV dari Samsung ini dilengkapi dengan Teknologi Matriks Quantum dengan kawalan cahaya yang tepat supaya anda boleh menikmati perincian yang hebat.
Selain itu, TV ini mempunyai Neo Quantum Processor 4K dan Quantum HDR 32X untuk memberikan imej yang optimum.
Dengan isipadu Warna 100%, Quantum Dot mengambil cahaya dan mengubahnya menjadi warna yang menakjubkan pada mana-mana tahap kecerahan.
Peningkatan AI 4K yang berkuasa tinggi memastikan anda sentiasa mendapat resolusi 4K penuh.
Ciri Ultra Viewing Angle dan Wide Viewing Angle memberi anda gambaran yang terperinci dan konsisten walaupun semasa duduk di sisi TV.
Turut dibina dengan pembesar suara Object Tracking Sound+ (OTS+) dan Q-Symphony, anda boleh mengalami bunyi 3D yang realistik dengan nyata.

Jenama TV dari Sharp ini mempunyai lampu latar yang dipertingkatkan untuk meningkatkan ketulenan warna visual tonton.
Selain itu, mempunyai Panel UV2A yang dipatenkan dengan penapis warna dipertingkatkan dengan Chroma.
Fungsi teknologi ini untuk memberikan ketulenan warna yang paling sesuai dengan spektrum sumber cahaya.
Dengan ciri anti-silau, permukaan silau dapat dikurangkan untuk membolehkan anda menikmati rancangan TV tanpa gangguan.
Turut dilengkapi dengan Ultra-HD 4K dan OS Android 9.0 serta Chromecast bersepadu jadi anda mempunyai akses kepada beribu-ribu aplikasi, permainan dan program.
Untuk audio pula, TV ini mempunyai teknologi Dolby Audio yang membantu dalam mengukuhkan lagi kualiti bunyi atau audio.

Dilengkapi dengan ciri-ciri seperti 4K HDR10 Pro, TV ini mampu memberikan warna terang dan perincian luar biasa.
Turut dilengkapi dengan pemprosesan AI α5 4K Gen6r, Thin! AI dan WebOS untuk memberikan pengalaman tonton pintar!
TV ini juga dilengkapi dengan siaran penstriman seperti Netflix, Apple TV+, Disney+ dan saluran LG sendiri.
Dengan skrin yang besar, ia menampilkan visual 4K yang menakjubkan untuk menjadikan tontonan tidak dapat dilupakan.
Skrin TV akan laras kecerahan secara automatik mengikut tahap pencahayaan sekeliling untuk memberikan tontonan yang optimum.
Ciri AI Sound Pro yang tersedia di dalam TV ini juga akan memberikan kesan pembesar suara sekeliling untuk bunyi yang jelas dan seimbang.

Sony 4K UHD Google TV X80K Series 65" KD-65X80K ini mempunyai TRILUMINOS PRO™ dan pemproses HDR 4K X1™ untuk menghidupkan lebih satu billion warna!
Dengan kontras yang menakjubkan, semua yang anda tonton terasa begitu nyata dan jelas!
Turut mempunyai ciri gambar 4K yang hebat dan kaya dengan perincian dikuasakan secara eksklusif dengan pemprosesan 4K HDR X1™.
TV ini juga direka dengan pembesar suara X-Balanced Speaker yang mampu memberikan kualiti bunyi dan muzik yang kuat dan jelas.
Dolby Vision™ menghidupkan pemandangan secara tulen manakala Dolby Atmos™ memenuhi bilik dengan bunyi yang mengasyikkan.
Apakah Perbezaan Antara Smart TV & Android TV?
Smart TV dan Android TV adalah dua jenis televisyen yang menawarkan kemampuan pintar untuk akses kepada pelbagai aplikasi dan kandungan digital.
Walaupun terdapat beberapa persamaan, tapi ada juga perbezaan penting. Jom lihat beberapa perbezaan utama antara Smart TV dan Android TV.
Smart TV:
- Smart TV merujuk kepada televisyen yang mempunyai sistem operasi dan antara muka pintar yang dibangunkan oleh pengeluar TV tertentu, seperti Samsung, LG, atau Sony.
- Setiap pengeluar membangunkan antara muka dan ekosistem aplikasi tersendiri.
- Aplikasi dan kandungan yang disediakan pada Smart TV mungkin terhad kepada ekosistem pengeluar tersebut.
- Pengguna mungkin perlu menyesuaikan diri dengan interface yang berbeza jika mereka menukar dari satu jenama TV kepada jenama yang lain.
Android TV:
- Android TV adalah platform pintar yang dibangunkan oleh Google, berdasarkan sistem operasi Android yang sama yang digunakan dalam telefon pintar dan tablet.
- Ini membolehkan akses kepada pelbagai aplikasi dan kandungan yang boleh didapati melalui Google Play Store.
- Android TV membenarkan akses kepada Google Play Store, di mana pengguna boleh memuat turun dan memasang pelbagai aplikasi dan permainan
- Ini termasuk aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, Spotify.
- Android TV menawarkan antara muka seragam di pelbagai jenama dan model TV yang menyokongnya.
- Jadi walaupun pengguna yang bertukar kepada TV yang menggunakan Android TV akan mendapati antara muka yang sama, memudahkan penggunaan.
- Android TV sering menyediakan sokongan terhadap Google Assistant, membolehkan pengguna mengawal TV dengan suara.
Anda masih keliru yang mana sesuai untuk penggunaan anda di rumah? Jom tonton video ini!
Bagaimana Memilih Smart TV Yang Betul?
Memilih Smart TV yang sesuai memerlukan pertimbangan beberapa faktor penting, jadi jom kami kongsi beberapa langkah yang boleh membantu anda memilih Smart TV yang betul.
-
Saiz Skrin
Pilih saiz skrin yang sesuai dengan ruang di mana TV akan diletakkan dan saiz skrin yang biasa adalah antara 40 hingga 55 inci untuk bilik tidur atau ruang tamu.
Pastikan skrin tidak terlalu besar sehingga mengganggu pengalaman menonton.
-
Resolusi
Resolusi tinggi memberikan gambar yang lebih tajam dan jelas.
Pilih TV dengan resolusi sekurang-kurangnya 1080p (Full HD) dan jika mampu, pertimbangkan TV dengan resolusi 4K untuk kualiti gambar yang lebih tinggi.
-
Teknologi Skrin
Terdapat beberapa jenis teknologi skrin seperti LED, OLED, dan QLED. OLED dan QLED menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik, tetapi boleh menjadi lebih mahal.
-
Platform Smart TV
Pastikan Smart TV dilengkapi dengan platform yang mudah digunakan dan mempunyai aplikasi yang anda perlukan seperti Android TV, Tizen (Samsung) dan webOS (LG).
-
Kualiti Bunyi
Beberapa TV dilengkapi dengan sistem bunyi berkualiti tinggi, tetapi jika tidak, anda boleh mempertimbangkan membeli soundbar atau sistem audio tambahan.
-
Prestasi
Pilih TV dengan prosesor yang cepat dan memadai untuk memastikan aplikasi dan fungsi Smart TV berjalan lancar.
-
Kedudukan Port
Pastikan TV mempunyai pelbagai port seperti HDMI, USB, dan Ethernet untuk sambungan yang berbeza.
Ini membolehkan anda menghubungkan peranti lain seperti konsol permainan, pemacu media, atau peranti storan.
-
Ciri-Ciri Tambahan
Pertimbangkan ciri-ciri tambahan seperti HDR (High Dynamic Range) untuk kualiti gambar yang lebih baik, permainan terintegrasi, dan kemampuan suara pintar seperti Google Assistant atau Alexa.
-
Harga
Tetapkan anggaran yang anda mampu dan cari Smart TV yang memenuhi keperluan anda dalam julat anggaran tersebut.
- Ada Berapa Jenis TV Di Pasaran?
Terdapat beberapa jenis TV yang berbeza di pasaran berdasarkan teknologi, saiz, dan ciri-ciri yang ditawarkan. Jom lihat jenis-jenis TV yang paling popular.
-
TV LED
TV LED menggunakan teknologi lampu LED (Light Emitting Diode) sebagai sumber pencahayaan di belakang skrin.
Ia adalah jenis TV yang paling umum dan datang dalam pelbagai saiz dan resolusi.
-
TV OLED
TV OLED menggunakan Diod Organik yang mengeluarkan cahaya sendiri untuk menghasilkan gambar.
TV ini menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik dengan kontras yang tinggi dan hitam yang lebih pekat.
-
TV QLED
TV QLED adalah jenis TV LED yang menggunakan teknologi Quantum Dot untuk meningkatkan prestasi warna, kecerahan dan menawarkan kualiti gambar yang sangat baik.
-
TV 4K / 8K
TV 4K (Ultra HD) dan 8K menawarkan resolusi gambar yang lebih tinggi berbanding TV HD biasa, jadi gambar akan lebih tajam dan lebih jelas.
-
TV Curved (Melengkung)
TV dengan skrin lengkung yang dirancang untuk memberikan pengalaman visual yang lebih imersif.
-
TV Android
TV yang menggunakan sistem operasi Android, membolehkan pengguna mengakses aplikasi, permainan, dan konten media secara langsung dari TV.
-
Smart TV
TV yang mempunyai kemampuan rangkaian dan boleh disambungkan kepada internet.
Ini membolehkan anda akses kepada aplikasi dan perkhidmatan streaming seperti Netflix, YouTube, dan lain-lain.
-
TV Mini-LED / Micro-LED
Teknologi baru yang menggunakan jumlah yang lebih kecil dan lebih kecil diode LED untuk meningkatkan prestasi pencahayaan dan kualiti gambar.
Artikel Berkaitan
- 7 Smart TV Bawah RM1000, Setanding Dengan Jenama Mahal
- Tidak Puas Dengan Bermain Game Dengan Skrin Kecil? Ini 8 TV Terbaik Buat Kaki Gamers
- 7 TV 32' Terbaik Untuk Marathon Drama Kegemaran Anda
- 10 TV 4K Terbaik Idaman Ramai
- Storage Box Terbaik di Mr.DIY Malaysia
- Android Box TV Terbaik di Malaysia
- Smart TV Murah Terbaik Malaysia 2023 - Bawah RM1000
- 9 Kabinet TV Terbaik di Malaysia 2023 (Moden & Berkualiti)
- 8 TV 65 Inch Terbaik di Malaysia 2023 (Android TV, 4K TV)
- Rasai Sendiri Tontonan Luar Biasa TV Samsung Supersize 98" QLED 4K Q80C