Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
game ps5

9 Game PS5 Terbaik & Terbaru 2024 (Beginner, Multiplayer)

Terdapat pelbagai game ps5 terbaru yang boleh dijadikan pilihan untuk anda berseronok.

Sony PlayStation merupakan salah satu rangkaian konsol yang ikonik di seluruh dunia dalam kalangan gamers.

Permainan konsol ini terkenal sejak bermula dari keluaran pertama PlayStation hingga yang terkini iaitu PS5.

Terdapat pelbagai game ps5 terbaru yang boleh dijadikan pilihan untuk anda berseronok.

Jadi, kami sajikan anda game ps5 terbaik dengan harga mampu milik. Jom lihat!


Penyunting

Senarai 9 Game PS5 Terbaru

Game PS5 multiplayer terbaik
PS5 FIFA 2022
PS5 FIFA 2022
mulai
RM139.00
Semak PS5 FIFA 2022 harga dibawah:
add_circle Grafik yang hebat
add_circle Animasi yang hebat
add_circle Line up pasukan dan pemain yang up to date
remove_circle Tidak banyak pembaharuan ketara dalam gameplay

Sebab menjadi pilihan

Game ini mengajar anda untuk menjadi manager di dalam career mode dan menguruskan kelab kegemaran anda.

Ciri-ciri:

Tidak disangkal lagi, game terbaik ini sememangnya menjadi game yang wajib dimiliki terutamanya buat kaki game yang gila bola.

Tambah lagi, game ini menjadi salah satu tempat untuk mengeratkan hubungan dengan melawan rakan dalam perlawanan bola sepak.

Game ini menggunakan teknologi baharu yang bertujuan untuk menjadikan animasi lebih hidup.

Teknologi HyperMotion pula menggunakan data tangkapan gerakan yang dikumpul daripada perlawanan bola sepak berintensiti tinggi.

Mod FIFA kegemaran peminat lain juga turut dikembalikan, iaitu Career Mode, Ultimate Team, dan arked VOLTA Football.

Review:

“Tak ada beza dengan edisi sebelum ni tapi visual boleh nampak wow dan lebih smooth”

Game PS5 lawan
PS5 A Plague Tale: Requiem
PS5 A Plague Tale Requiem
mulai
RM19.00
Semak PS5 A Plague Tale: Requiem harga dibawah:
add_circle Memanfaatkan keupayaan PS5
add_circle Grafik yang hebat
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Dalam game ini Amica dan Hugo mengembara ke dalam dunia yang dikawal oleh kuasa supernatural, setelah melarikan diri dari kampung halaman mereka yang hampir musnah, mereka mengembara ke wilayah yang baru.

Di dalam pengembaraan mereka cuba memulakan hidup baru dan melawan sumpahan Hugo.

Cabar diri anda untuk melawan musuh dengan alatan, kuasa dan cabaran yang hampir tiada tandingan serta menyelamatkan orang yang disayangi dalam perjuangan di dunia ganas.

Game PS5 aksi lawan
PS5 Gotham Knights Standard / Deluxe Edition
PS5 Gotham Knights Standard  Deluxe Edition
mulai
RM300.00
Semak PS5 Gotham Knights Standard / Deluxe Edition harga dibawah:
add_circle Grafik yang mantap
add_circle Karakter yang unik
add_circle Game penuh aksi
add_circle Pelayaran dunia terbuka
remove_circle Harga mahal

Jenayah di Gotham City semakin berleluasa setelah kematian Batman.

Jadi keluarga Batman yang terdiri daripada Batgirl, Nightwing, Red Hood dan Robin menjadi harapan untuk melindungi penduduk Gotham.

Dalam game ini, anda perlu menyelesaikan misteri yang menghubungkan kisah gelap dalam sejarah bandar kepada mengalahkan penjahat terkenal dalam konfrontasi epik.

Anda mesti berubah menjadi Dark Knight baharu dan menyelamatkan jalanan daripada kekacauan.

Game PS5 Spiderman
PS5 Marvel Spider-Man: Miles Morales
PS5 Marvel Spider-Man Miles Morales
mulai
RM198.00
Semak PS5 Marvel Spider-Man: Miles Morales harga dibawah:
add_circle Memanfaatkan sepenuhnya keupayaan PS5
add_circle Plot jalan cerita yang menarik
add_circle Game penuh aksi
remove_circle Kempen yang pendek

Khas untuk kaki game yang juga peminat Marvel, anda boleh mencuba salah satu game PS5 yang terbaik ini.

Game ini memanfaatkan sepenuhnya keupayaan hardware PS5 dengan resolusi grafik sehingga 4k dan menyokong dual sense.

Maksudnya anda boleh merasakan pengalaman bergerak dari bangunan ke bangunan semasa anda memainkan watak Miles.  

Game ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang remaja bernama Miles Morales dan juga sebagai manusia labah-labah yang baru sambil mengikut mentor beliau iaitu Peter Parker.

Dalam game ini Miles bertanggungjawab untuk mempelajari cara menjadi superhero dan menghentikan kejahatan Tinkerer dari memusnahkan kawasan kejiranan Harlem. 

Game PS5 untuk beginner
PS5 Ratchet & Clank: Rift Apart
PS5 Ratchet & Clank Rift Apart
mulai
RM289.00
Semak PS5 Ratchet & Clank: Rift Apart harga dibawah:
add_circle Grafik yang baik
add_circle Mudah diambil tambah
add_circle Menggunakan sepenuhnya SSD PS5
remove_circle Tidak banyak replayability

Diperakui antara salah satu game yang sesuai untuk beginner termasuk kanak-kanak kerana game ini mudah dimainkan.

Dalam game ini, anda memainkan karakter Ratchet dan Clank dalam pengembaraan ke dimensi berbeza melawan maharaja yang jahat.

Disebalik jalan cerita yang hebat, game ini sememangnya penuh dengan aksi dengan kelajuan dan visual yang menakjubkan.

Game PS5 untuk 2 player
PS5 Gran Turismo 7
PS5 Gran Turismo 7
mulai
RM199.00
Semak PS5 Gran Turismo 7 harga dibawah:
add_circle Resolusi tinggi
add_circle Pilihan kereta yang banyak
add_circle Gameplay pemanduan yang realistik
remove_circle Transaksi mikro yang menjengkelkan
remove_circle Progress setiap stage mengambil masa yang lama

Buat kaki kereta, game ini bukan sekadar permainan biasa, tapi merupakan simulator pemanduan yang realistik dengan resolusi grafik yang tinggi dan lancar.

Dengan game ini anda boleh mengasah kemahiran untuk memenangi perlumbaan dan mendapat ganjaran berdasarkan prestasi.

Game ini membolehkan anda berlumba dengan 420 jenis kenderaan yang berbeza dari pelbagai zaman di 90 litar perlumbaan yang berbeza dengan cuaca yang dinamik.

Apa yang lebih menarik lagi anda juga boleh custom mengikut citarasa dan tune kenderaan anda untuk mendapatkan prestasi yang terbaik.

Game ini menampilkan kembali Simulation Mode GT, Single Mode dan GT Single Player Campaign.

Game racing PS5 terbaik
PS5 Ride 4
mulai
RM159.00
Semak PS5 Ride 4 harga dibawah:
add_circle Grafik yang ditambahbaik
add_circle Terdapat pelbagai pilihan motosikal idaman
remove_circle Tidak terlalu banyak perubahan dari edisi sebelumnya

Menunggang motosikal superbike sememangnya menjadi salah satu impian untuk kaki-kaki motor.

Dengan game ini anda boleh merasakan pengalaman penunggangan yang hampir sama seperti dalam dunia realiti.

Malah bukan sahaja berlumba moto, tapi anda perlu mengatur strategi ketika berlumba, mengawal penggunaan tayar dan petrol seakan anda menunggang motosikal di dalam perlumbaan sebenar.

Game ini membolehkan anda berlumba dengan 170 pilihan model motosikal kegemaran dari pelbagai jenama terkemuka di 30 jenis litar perlumbaan termasuk litar jalanan.

Anda juga boleh melakukan modifikasi dan tune motosikal anda di dalam game ini untuk mendapatkan prestasi yang terbaik, custom warna dan livery motosikal anda, serta memilih helmet dan riding gear mengikut citarasa anda.

Game ini juga boleh dimainkan oleh 2 player di mode split screen atau multiplayer secara online.

Game shooter PS5 terbaik
PS5 Call of Duty Vanguard
Call of Duty Vanguard
mulai
RM35.00
Semak PS5 Call of Duty Vanguard harga dibawah:
add_circle Jalan cerita yang hebat
add_circle Senjata mengikut zaman yang tepat
remove_circle Misi kempen lebih lemah berbanding edisi lain

Game ini memberikan anda pengalaman bertempur di era perang dunia ke 2 dan menyaksikan asal usul Pasukan Khas.

Anda juga perlu membentuk Pasukan Petugas Satu dalam kempen misi yang merentasi empat babak perang utama.

Antara babak pertempuran di dalam game ini adalah dogfight di atas Pasifik, serangan payung terjun ke atas Perancis, pertahankan Stalingrad dengan menjadi sniper dan meletupkan pasukan musuh yang sedang mara di Afrika Utara

Dalam game ini anda juga boleh bermain multiplayer secara online dan membentuk satu pasukan.

Game PS5 terbaik untuk kanak-kanak
PS5 Bugsnax
PS5 Bugsnax
mulai
RM149.00
Semak PS5 Bugsnax harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Grafik yang cantik
add_circle Bagus untuk kanak-kanak
remove_circle Tidak sesuai untuk dewasa

Game ini merupakan permainan mengumpul makanan anamorfik supaya boleh memberi makan kepada rakan permainan.

Game ini mampu mengingatkan anda kepada Pokemon, teka-teki mudah, tetapi masih menyeronokkan untuk diselesaikan.

Walaupun cerita itu menampilkan dirinya sebagai kisah yang mesra kanak-kanak, tetapi mungkin ada sesuatu yang lebih jahat berlaku di latar belakang.

Game percuma untuk PS5

Walaupun terdapat langganan Sony PS Plus yang memberi anda lebih 400 permainan PS5 secara percuma, namun tidak semua game anda boleh dapat secara percuma.

Perkara yang sebenarnya dibincangkan melalui berita Sony PS Plus ialah peringkat langganan baharu untuk pengguna.

Dengan langganan ini, anda boleh membuka perpustakaan permainan yang cukup mengagumkan, termasuk beberapa tajuk terbaru, ia umpama Netflix tetapi versi PS5.

Namun demikian anda masih perlu membayarnya, walaupun kadar langganan setahun dikatakan agak mahal, tetapi ia masih memberi anda penjimatan dimana ia bersamaan harga 3 unit game PS5.

Oleh itu sekiranya anda jenis suka try game baru, anda sangat digalakkan untuk melanggan feature ini.

Menambah baik grafik PS5

Untuk menambah baik grafik, anda boleh memilih untuk menukar grafik dan resolusi anda untuk permainan yang lebih lancar iaitu frame rate yang lebih tinggi.

Kebanyakan ciri tetapan ini boleh ditemui di dalam game anda bergantung pada jenis game sama ada ia menyokong atau pun tidak.

Related articles

End of Article