Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kasut badminton

14 Kasut Badminton Terbaik 2024 (Asics, Yonex, Mizuno, dll)

Nak perform main badminton kenalah pilih kasut yang betul!

Bila main badminton sebaiknya pakai kasut yang sesuai untuk main badminton untuk mendapatkan kestabilan ketika melakukan pergerakan.

Jika tidak, boleh menyebabkan kaki terseliuh atau kerap jatuh kerana tapak kasut sukan badminton berbeza dengan tapak kasut jenis sukan yang lain.

Mungkin bagi individu yang sering bersukan boleh nampak dengan jelas perbezaan setiap satu kasut sukan.

Jadi bagi memudahkan anda memilih dan membeli jenis kasut badminton terbaik, kami senaraikan jenama kasut badminton untuk anda. Jom lihat!


Senarai 14 Jenama Kasut Badminton Terbaik

Kasut badminton terbaik secara keseluruhan
Yonex Power Cushion 65Z 2 Latest Series Ultra Comfort - Inspired By Kento Momota
Yonex
Yonex Power Cushion 65Z 2 Latest Series Ultra Comfort - Inspired By Kento Momota
mulai
RM139.97
Semak Yonex Power Cushion 65Z 2 Latest Series Ultra Comfort - Inspired By Kento Momota harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan microfibres
add_circle Midsole menggunakan PowerCushion+
add_circle Cengkaman yang baik dan stabil
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita

Sebab menjadi pilihan utama:

Yonex Power Cushion 65Z 2 merupakan kasut badminton yang diilhamkan oleh atlet elit seperti Kento Momota dan Viktor Axelsen, mempunyai teknologi PowerCushion+ yang mampu memberi sokongan pergerakan kaki yang berintensiti tinggi.

Ciri-ciri:

Kasut ini mempunyai penyerapan hentakan 25% lebih baik berbanding PowerCushion konvensional.

Selain itu, kasut ini mengandungi bahan ToughBrid Light yang akan menjaga prestasi anda sambil menjadinya 11% lebih ringan

Kasut ini juga berkesan mengurangkan tekanan pada kaki dan lutut anda, jadi anda tidak akan rasa sakit kaki selepas bermain badminton berintensiti tinggi.

Manakala, Synchro-Fit Insole memastikan keselesaan yang terbaik semasa anda memakainya.

Sangat sesuai digunakan untuk bermain badminton secara santai ataupun digunakan untuk tournament bagi pemain profesional.

Review:

"Dah cuba dekat court, memang selesa dan menyokong kaki dengan baik. Pengudaraan dalam kasut pun bagus sebab tak rasa panas. Dapat rasa cengkaman yang bagus."

Kasut badminton untuk kaki lebar
Apacs Badminton Shoes
Apacs Badminton Shoes
mulai
RM69.90
Semak Apacs Badminton Shoes harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Pelbagai pilihan saiz
add_circle Bahagian depan kasut lebar
add_circle Terbaik untuk main badminton
remove_circle Kurang sesuai digunakan untuk lari marathon

Sering beriadah setiap petang dengan bermain badminton? Anda wajib dapatkan kasut badminton terbaik Apacs ini. 

Ini kerana bahagian Top-Cap kasut ini direka dengan Microfibre akan memberi keselesaan dan ketahanan pada kaki anda.

Selain itu, turut mempunyai kusyen anti gelincir pada bahagian pelapik dalam kasut.

Oleh itu, tapak kaki anda tak sakit dan kekal stabil ketika bermain badminton. 

Selain itu, kasut ini mampu menyerap kejutan dengan baik dan paling menarik, terdapat pelbagai pilihan saiz kasut yang ditawarkan.

Kasut sukan badminton
FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes
mulai
RM159.99
Semak FELET The Latest Galaxy Boost Badminton Shoes harga dibawah:
add_circle Kasut ringan
add_circle Kasut jenis bertali
add_circle Cengkaman yang bagus
remove_circle Harga sedikit mahal

Jika ada bajet lebih, apa salahnya dapatkan kasut badminton jenama FELET yang berkualiti tinggi ini. 

Bahagian tapak di dalam kasut ini dilengkapi dengan kusyen yang bakal memberikan keselesaan kepada si pemakai ketika bergerak di gelanggang badminton. 

Menariknya lagi terdapat 6 pilihan warna kasut antaranya biru/oren, biru/merah, merah/hitam dan hitam/kuning. 

Bukan itu sahaja, saiz kasut yang ada juga pelbagai iaitu dari saiz UK6 hingga UK8. 

Memandangkan kasut ini jenis unisex, wanita dan lelaki boleh pakai tanpa masalah.

Kasut badminton ringan
FELET Badminton Shoes Ultra Boost Ranger Boost
FELET Badminton Shoes ULTRA BOOST RANGER BOOST
mulai
RM145.99
Semak FELET Badminton Shoes Ultra Boost Ranger Boost harga dibawah:
add_circle Anti-geseran
add_circle 5 pilihan warna
add_circle Menyerap kejutan
add_circle Bahagian tapak kasut stabil
add_circle Pelapik dalam kasut jenis kusyen
remove_circle Tidak sesuai untuk jenis kaki lebar

Kasut badminton ini boleh mencengkam permukaan gelanggang badminton dengan baik kerana memiliki tapak kasut yang anti gelincir. 

Tak perlu risau jika anda melompat dengan tinggi untuk buat pukulan smash bulu tangkis sebab tak akan mudah tergelincir. 

Harga kasut jenama Felet ini masih berada dalam kategori mampu milik. Strukturnya juga lebih elastik, jadi selesa dipakai ketika beriadah. 

Saiz yang ditawarkan pula adalah pelbagai iaitu dari saiz 38 hingga 46. 

Turut mempunyai banyak mesh untuk kurangkan haba di bahagian dalam kasut.

Barulah kaki boleh bernafas dan tak mudah berpeluh. 

Kasut badminton untuk lelaki & wanita
Line7 L7 CS-2146 Court Shoe/Badminton Shoes
Line7 L7 CS-2146 Court ShoeBadminton Shoes
mulai
RM89.90
Semak Line7 L7 CS-2146 Court Shoe/Badminton Shoes harga dibawah:
add_circle 2 pilihan warna (hitam & putih)
add_circle Pelbagai pilihan saiz
add_circle Untuk lelaki & wanita
remove_circle Harga sedikit mahal

Kasut jenama Line7 ini direka khas untuk dipakai ketika bermain sukan di gelanggang seperti berlatih badminton. 

Sesuai dijadikan kasut sukan biasa kerana sangat ringan dan selesa dipakai.

Dijamin anda akan jadi juara kejohanan badminton dengan kasut ini. 

Kasut yang diperbuat daripada material TPR ini juga tidak mudah melecet.

Kasut badminton Asics
Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10
Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10
mulai
RM279.00
Semak Asics Badminton Indoor Court Shoes Gel Rocket 10 harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Sesuai dipakai untuk bermain di gelanggang indoor
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang sering bermain badminton untuk beriadah setiap petang, memang wajib dapatkan kasut khas untuk badminton jenama Asics ini. 

Antara warna kasut yang ditawarkan ialah warna biru dan putih. Oleh itu, mudah untuk anda padankan dengan warna baju dan seluar riadah anda. 

Manakala saiz kasut yang ada juga pelbagai, dari saiz US8 hinggalah US11.

Jadi, yang ada kaki saiz besar pun boleh pakai tanpa masalah.

Kasut badminton unisex
LI-NING Badminton Shoes ULTRA II / ULTRA POWER
LI-NING
LI-NING Badminton Shoes ULTRA POWER
mulai
RM179.00
Semak LI-NING Badminton Shoes ULTRA II / ULTRA POWER harga dibawah:
add_circle Kasut ringan
add_circle Tapak tidak licin
add_circle Kusyen dalam kasut lembut
remove_circle Harga mahal

Kasut badminton jenama LI-NING ini menyediakan kusyen dalam kasut dengan penyerapan kejutan maksimum dan pemulihan mampatan yang cepat. 

Dengan ciri ini, kaki anda tidak akan mudah rasa sakit dan mudah kejang akibat loncatan spike yang bakal dilakukan ketika bermain badminton nanti. 

Menarik lagi, kasut ini turut menyediakan sistem Solid yang membolehkan anda laras bahagian atas termasuk kaki depan dan lengkungan kaki.

Jadi si pemakai boleh melaraskan ketegangan atas berdasarkan keperluan mereka sendiri, sekaligus meningkatkan kesesuaian dan keselesaan.

Material yang digunakan pada bahagian atas kasut ialah TPU dan Mesh yang tinggi untuk kawasan jari kaki bahagian atas, jadi 10 kali lebih tinggi daripada bahan biasa.

Kasut badminton terbaik untuk lelaki lebar
FELET Badminton Shoes boost 1.0
FELET
FELET Badminton Shoes boost 1.0
mulai
RM199.99
Semak FELET Badminton Shoes boost 1.0 harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Cengkaman yang bagus
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Tiada warranty

Dengan harga bawah RM200, anda dah boleh miliki kasut badminton terbaik dari jenama Felet ini. 

Jangan risau sangat selesa dipakai kerana memang direka khas untuk dipakai ketika bermain di gelanggang badminton. 

Selain itu, kasut ini turut memberi cengkaman yang baik sekaligus mampu beri keseimbangan terbaik semasa anda bermain badminton.

Mudah nak lompat dan smash bulu tangkis, kasut ini boleh dipakai oleh lelaki dan juga perempuan.

Pilihan warna tidak banyak, tetapi mempunyai pilihan saiz sehingga saiz 9UK, jadi anda yang memerlukan saiz besar boleh membelinya.

Kasut badminton bawah rm100
Nike TURF Tiempo Kasut Badminton
Nike
Nike TURF Tiempo Kasut Badminton
mulai
RM72.40
Semak Nike TURF Tiempo Kasut Badminton harga dibawah:
add_circle Boleh guna untuk main futsal juga
add_circle Harga murah
add_circle Pilihan warna menarik
remove_circle Kurang selesa untuk tournament

Kasut badminton Nike ini bukan sahaja boleh digunakan untuk bermain badminton, tetapi anda boleh guna untuk main futsal dan juga bola tampar.

Harganya murah, jadi memang satu pembelian yang berbaloi dengan pelbagai pilihan warna menarik seperti putih, merah, hitam, kuning, navy bluelight blue, dan jingga.

Kasut ini dikatakan agak keras jadi ianya sesuai untuk latihan biasa atau jika anda mahu bermain badminton secara santai, tidak sesuai untuk dipakai sebagai tournament.

Untuk peminat jenama Nike, boleh dapatkan kasut badminton ini.

Kasut badminton power
Victor Badminton Shoe SH-A102
Victor
Victor Badminton Shoe SH-A102
mulai
RM159.00
Semak Victor Badminton Shoe SH-A102 harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Fabrik jenis breathable
add_circle Kestabilan terbaik
add_circle Cengkaman yang bagus untuk game berintensiti tinggi
remove_circle Model tahun 2020

Apa yang menarik tentang kasut badminton Victor ini ialah ia jenis unisex, jadi sesiapa pun sesuai untuk memakainya tanpa mengira jantina. 

Diperbuat daripada material PU synthetic leather bersama dengan breathable mesh fabric, menjadikan kasut ini selesa dipakai dan membuatkan kaki anda boleh 'bernafas'.

Bahagian modsole pula menggunakan gabungan EVA + ENERGYMAX energy pad + nylon stabilizer untuk berikan keselesaan berganda dan juga kestabilan semasa bermain. 

Manakala bahagian tapak menggunakan rubber untuk cengkaman terbaik, jadi anda boleh bermain di gelanggang tanpa halangan.

Selain bermain secara santai, kasut ini juga sesuai dipakai semasa tournament untuk berikan anda aksi terbaik dan 'power'.

Kasut badminton terbaik untuk lelaki
Mizuno Wave Drive Grip Indoor Badminton
Mizuno
Mizuno Wave Drive Grip Indoor Badminton
mulai
RM99.82
Semak Mizuno Wave Drive Grip Indoor Badminton harga dibawah:
add_circle Menggunakan bahan Mesh & Microfibres
add_circle diperhebat dengan teknologi Mizuno Wave
add_circle Kestabilan dan cengkaman terbaik
remove_circle Hanya untuk lelaki

Kasut badminton yang sangat sesuai untuk lelaki, kasut jenama Mizuno ini bukan sahaja menawarkan kualiti terbaik tetapi turut menawarkan harga yang berpatutan.

Apa yang bagus tentang kasut ini adalah ia menggunakan teknologi Mizuno Wave yang akan memberikan tekanan rendah semasa hentakan dan dalam masa yang sama memberikan kestabilan.

Selain itu, ia turut menyokong pergerakan berintensiti tinggi dengan synthetic overlays pada bahagian bawah, jadi cengkaman lebih menyakinkan.

Paling penting, anda akan rasa selesa menggunakan kasut ini dan kaki juga kurang berasa sakit walaupun bermain game yang berintensiti tinggi.

Boleh digunakan untuk bermain badminton secara santai bersama rakan-rakan atau untuk kegunaan semasa perlawanan.

Kasut badminton perempuan
Yonex Power Cushion 2
Yonex
Yonex Power Cushion 2
mulai
RM89.77
Semak Yonex Power Cushion 2 harga dibawah:
add_circle Khas untuk wanita
add_circle Teknologi PowerCushion+
add_circle Boleh guna untuk bermain bola tampar juga
remove_circle Tidak sesuai untuk lelaki

Jenama yang tidak asing lagi, Yonex juga turut menawarkan kasut badminton yang sesuai digunakan oleh wanita yang aktif bersukan dan bermain badminton.

Kasut ini menggunakan teknologi PowerCushion+ pada bahagian pad yang membuatkan setiap hentakan dapat diserap dengan baik, sekaligus menlindungi kaki anda daripada kesan hentakan.

Selain itu, pada hujung kasut turut mempunyai toe assist shape yang menambahkan lagi keselesaan semasa memakai kasut ini.

Dari segi cengkaman, tiada ragu lagi jenama Yonex sememangnya mengutamakan kasut yang mampu berikan cengkaman terbaik, jadi kasut ini turut mempunyai cengkaman serta stabiliti yang bagus.

Selain bermain badminton, kasut ini turut boleh digunakan untuk bermain bola tampar, sesuai digunakan untuk aktiviti sukan secara santai atau profesional.

Kasut badminton murah terbaik
Gatti Men's Badminton Shoe LEXSON
Gatti
Gatti Men's Badminton Shoe LEXSON
mulai
RM49.00
Semak Gatti Men's Badminton Shoe LEXSON harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mempunyai pad yang lembut
add_circle Non-marking outsole
remove_circle Kurang sesuai untuk wanita

Anda nak kena cari kasut badminton baru tapi bajet tengah 'ketat'? Jangan risau kami cadangkan anda untuk ambil kasut badminton jenama Gatti yang murah dan terbaik ini.

Apa yang bagus mengenai kasut ini adalah ia menggunakan foam yang lembut pada bahagian insole yang akan melindungi kaki anda daripada hentakan.

Selain itu, ia turut mempunyai ankle cushioning bagi menambah keselesaan semasa anda memakai kasut ini dan juga semasa bermain. 

Dengan Non-marking outsole, anda turut mendapat cengkaman dan stabiliti yang terbaik, jadi boleh main game berintensiti tinggi dengan yakin.

Kasut badminton tahan lasak
Maxx Badminton Shoes Jumper Wave V5
Maxx
Maxx Badminton Shoes Jumper Wave V5
mulai
RM81.00
Semak Maxx Badminton Shoes Jumper Wave V5 harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Harga berpatutan
add_circle Tahan lasak
add_circle Menggunakan nano cushion
remove_circle Tidak banyak pilihan warna

Kasut badminton yang menjadi pilihan ramai, dengan harga yang berpatutan dan juga kualiti kasut yang bagus untuk main badminton.

Kasut ini boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita, jadi tidak perlu risau sekiranya tidak sesuai dengan kaki.

Apa yang bagus, ia menggunakan nano cushion pada bahagian dalam kasut untuk memberikan kelembutan dan keselesaan semasa bermain.

Tambahan lagi, pada bagahian outsole ia menggunakan Hexa-Grip bagi menambah lagi cengkaman di atas court, jadi boleh digunakan untuk bermain secara intensiti tinggi.

Bahagian luar pula jenis yang durable, jadi kasut ini boleh digunakan untuk tempoh yang lama kerana tahan lasak.


Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik 

Salah pilih kasut untuk bermain badminton sudah tentu akan menyebabkan anda rasa tak selesa ketika perlawanan. 

Lagi teruk, ia boleh menyebabkan kaki anda sakit hingga sukar fokus untuk memukul bulu tangkis. 

Jom ikuti tips yang kami kongsikan ini untuk pilih kasut badminton terbaik. 

  • Pilih kasut yang mempunyai tapak (sole) jenis Non-Marking (Selalunya perkataan Non-Marking akan dicetak di bawah tapak kasut)
  • Tapak kasut jenis ini sangatlah penting jika anda bermain badminton di gelanggang sintetik atau kayu 
  • Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang membenarkan udara melaluinya. Material kasut penting agar kaki tak mudah busuk ketika berpeluh 
  • Pilih kasut mengikut jenis/bentuk kaki sama ada kaki lebar atau tidak 
  • Pastikan kasut badminton pilihan anda mempunyai kusyen yang bagus pada bahagian pelapik dalamnya 
  • Pilih kasut yang boleh menyokong buku lali dengan baik 

Apa Yang Membuatkan Kasut Badminton Istimewa?

Tentu ada sebab kenapa kita perlu pakai kasut badminton untuk bermain badminton, antara sebabnya berkaitan dengan isu keselamatan.

Jika salah pakai kasut tentu akan berisiko mengakibatkan kecederaan pada bahagian kaki, jadi kasut badminton direka khas untuk menawarkan keupayaan dan sokongan yang diperlukan untuk permainan badminton yang pantas dan dinamik.

Antara ciri-ciri kasut badminton sehingga membuatkan ianya istimewa dalah pada cengkamannya yang baik kerana kasut badminton mempunyai tapak yang direka khas untuk memberikan cengkaman yang kukuh pada lantai gelanggang.

Ini membolehkan pemain bergerak pantas, melakukan pusingan dan perubahan arah tanpa hilangan keseimbangan, serta mampu memberi sokongan sisi yang baik.

Selain itu, kasut badminton juga ringan bagi membolehkan pemain bergerak dengan pantas dan mudah melintasi gelanggang tanpa memberi tekanan berlebihan pada kaki.

Paling penting, kasut badminton perlu mempunyai penyerapan hentakan yang baik bagi membantu mengurangkan tekanan pada kaki semasa melompat atau bergerak dengan pantas, dan ini akan mengurangkan risiko kecederaan dan keletihan.

Kesemua ciri-ciri ini memberikan keselamatan, sokongan, keselesaan, dan prestasi yang tinggi kepada pemain badminton semasa perlawanan yang pantas dan mencabar.

Sementara itu, jom lihat tips penjagaan kasut yang betul agar kasut boleh dipakai lama.


Bagaimana Mencari Kasut Badminton Terbaik?

Untuk mencari kasut badminton terbaik dan selesa, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, antaranya:

Keselesaan

Pastikan kasut itu selesa dipakai. Uji pemakaian selama beberapa minit untuk memastikan ia sesuai dengan bentuk kaki anda. Kasut yang selesa akan mengurangkan keletihan dan meningkatkan prestasi permainan anda.

Cengkaman dan Sokongan

Perhatikan cengkaman tapak kasut pada permukaan lantai dan bagaimana ia memberikan sokongan pada pergerakan sisi. Pastikan ia memberikan kestabilan yang mencukupi untuk pergerakan pantas dan fleksible.

Bahan Berkualiti

Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak. Bahan yang baik akan memastikan kekuatan, ketahanan, dan kebolehan mengekalkan bentuk asal kasut. Jadi anda boleh pakai lama kasut tersebut.

Penyerapan Hentakan

Pastikan kasut mempunyai penyerapan hentakan yang baik untuk mengurangkan tekanan pada kaki semasa melompat dan bergerak pantas.

Rekaan Ergonomik

Reka bentuk yang sesuai dengan bentuk kaki serta memberikan sokongan yang betul untuk pergelangan kaki dan sisi kaki penting untuk keselamatan dan prestasi yang lebih baik.

Berat Kasut

Kasut yang ringan dapat membantu dalam pergerakan pantas. Tetapi pastikan keringanannya tidak mengurangkan kestabilan dan sokongan.

Ulasan dan Cadangan

Membaca ulasan pengguna atau mendapat pandangan daripada pemain lain, pengurus kedai sukan, atau pakar dalam bidang ini boleh memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang prestasi sebenar kasut tersebut, atau anda boleh baca cadangan senarai kasut daripada kami.

Jadi inilah antara perkara yang anda perlu lihat dan pertimbangkan sebelum membuat pembelian kasut badminton agar pembelian anda menjadi satu pembelian yang berbaloi.

Pastikan anda pilih kasut badminton yang sesuai dengan keperluan anda serta memberikan sokongan dan keselesaan maksimum semasa bermain.


Artikel Berkaitan

End of Article