Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kasut hiking

9 Kasut Hiking Terbaik & Berkualiti 2024 (Lelaki & Perempuan)

Aktiviti pendakian tidak seronok jika anda tidak memakai tapak kasut hiking yang tepat.

Mendaki bukit, gunung atau meredah hutan boleh dijadikan aktiviti menghilangkan stres malah mungkin menjadi ‘ketagihan’ pada seseorang.

Lebih-lebih lagi jika pendakian tersebut berakhir dengan mandi air terjun atau melihat pemandangan yang indah.  

Tapi aktiviti ini tidak akan seronok jika anda tidak memakai tapak kasut hiking yang tepat dan sesuai.

Ini kerana pemilihan kasut adalah penting supaya kaki tak mudah terseliuh, lenguh, sakit, atau melecet ketika melakukan pendakian. 

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan jenama kasut hiking dengan pelbagai saiz kasut. Jom lihat!


Senarai 9 Kasut Hiking Terbaik

Kasut hiking terbaik secara keseluruhan
Anti-Slip Hike Shoes Outdoor Mountain
Anti-Slip Hike Shoes Outdoor Mountain
mulai
RM36.80
Semak Anti-Slip Hike Shoes Outdoor Mountain harga dibawah:
add_circle Tak perlu ikat tali kasut
add_circle Mempunyai toe cap
add_circle Ringan & lembut
add_circle Unisex
remove_circle Tidak tahan air

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Selesa dipakai untuk pengembaraan hutan kerana tapak kasut ini mempunyai daya cengkaman yang bagus kerana diperbuat daripada getah berkualiti. 

Ciri-ciri;

Kasut mendaki ini direka untuk unisex, jadi boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Dengan kualiti getah berkualiti tinggi digunakan pada kasut ini, pergerakan anda menjadi lebih stabil kerana tapak kasut ini tidak mudah tergelincir.

Bahagian dalam kasut pula mempunyai fabrik mesh yang breathable agar peluh cepat kering dan tidak mengeluarkan berbau busuk. 

Turut mempunyai toe cap untuk melindungi jari kaki dari terkena sebarang objek yang jatuh atau bergolek seperti batu atau kayu. 

Review;

“Kualiti padan dengan harga. Dah try pakai untuk hiking, memang cengkaman dia bagus. Kasut ni pun ringan so lagi senang nak mendaki,”

Kasut hiking murah
Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip
Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip
mulai
RM33.80
Semak Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip harga dibawah:

Kasut hiking ini direka dengan perlindungan jari kaki (toe cap) pada bahagian depan supaya jari tak mudah tercedera walaupun tersepak batu atau kayu. 

Paling best, tak perlu buang masa untuk ikat tali kasut kerana anda hanya perlu tarik kancing atau buckle yang disediakan untuk mengetatkan atau melonggarkan ikatan talinya. 

Sesuai dipakai untuk lelaki, perempuan dan semua jenis aktiviti outdoor kerana mempunyai ciri ringan dimana anda akan rasa mudah untuk bergerak bersama kasut ini.

Bahagian dalam diperbuat daripada material mesh yang ringan dan breathable agar peluh kaki lebih cepat kering.

Ingin diingarkan jika kaki anda jenis lebar, disarankan untuk pilih 1 saiz yang lebih besar dari yang selalu anda pakai.  

Kasut hiking waterproof
Timberland Men Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots
Timberland Men's Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots
mulai
RM699.00
Semak Timberland Men Lincoln Peak Waterproof Hiking Boots harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Rekaan cantik
add_circle Kalis air & ringan
add_circle Mempunyai toe cap
add_circle Pelbagai pilihan saiz
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita

Walaupun mahal tapi kasut hiking Timberland untuk lelaki ini tidak menghalang anda melakukan aktiviti luar walaupun hujan kerana mempunyai ciri kalis air.

Malah, diperbuat daripada 50% plastik yang dikitar semula dan cengkaman tapak pada tanah sangat kuat sebab bahagian tapak kasut diperbuat daripada getah.

Sekaligus pergerakan anda lebih stabil dan tidak mudah tergelincir ketika sedang mendaki bukit. 

Bahagian depan kasut akan melindungi jari kaki daripada cedera jika anda tersepak benda keras.

Kasut hiking wanita
Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women - Quechua
Decathlon
Decathlon Hiking : Trekking Shoes Women (Light & Great Cushioning) - Quechua
mulai
RM69.00
Semak Decathlon Hiking / Trekking Shoes Women - Quechua harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Harga murah
add_circle Mencengkam tanah dengan baik
add_circle Mempunyai toe cap
remove_circle Tidak sesuai dipakai untuk mendaki gunung

Kaum hawa yang suka melakukan aktiviti pengembaraan dalam hutan memang patut dapatkan kasut Decathlon ini. 

Ini kerana bahagian dalamnya mempunyai kusyen yang selesa dipakai untuk berjalan jauh dalam hutan. 

Paling penting material kasut ini mudah dibersihkan walaupun lumpur yang melekat. 

Jangan risau, saiz kasut ini dari saiz EU36 hingga EU41, jadi boleh dipakai oleh semua jenis saiz kaki.

Kasut getah hiking
Black Rubber Shoes for Hiking
Black Rubber Shoes for Hiking
mulai
RM6.44
Semak Black Rubber Shoes for Hiking harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Ringan
add_circle Tak mudah tergelincir
remove_circle Berbunyi berdicit ketika basah

Kasut getah buatan Malaysia ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk hiking dan berkhemah, malah boleh dipakai juga untuk kerja-kerja industrial, pembinaan dan pertanian. 

Pembuatannya kasut ini dari getah berkualiti tinggi jadi memang tahan lasak dan paling penting anda rasa selesa dan lembut apabila dipakai. 

Kasut ini sangat sesuai dipakai untuk aktiviti luar jika melibatkan air kerana kasut ini mudah dikeringkan jika basah.

Kalau terkena lumpur juga mudah dibersihkan kerana tidak perlu menyental seperti kasut yang guna fabrik kain.

Anda juga tidak perlu susah-susah mengikat tali kasut kerana kasut ini jenis sarung.

Kasut hiking unisex
Neckermann Men & Women's Unisex Tornado Hiking & Outdoor Sandals
Neckermann Men & Women's Unisex Tornado Hiking & Outdoor Sandals
mulai
RM99.99
Semak Neckermann Men & Women's Unisex Tornado Hiking & Outdoor Sandals harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Tahan lasak
add_circle Tak mudah putus
add_circle Rekaan ergonomik & fleksibel
remove_circle Mudah dimasuki serangga

Jika anda sering melakukan aktiviti lasak, boleh dapatkan kasut hiking dari jenama Neckermann ini kerana bahagian tapak luar diperbuat 100% getah berkualiti tinggi.

Ciri ini juga dapat memberi cengkaman yang bagus pada permukaan tanah yang kering, basah dan berlumpur.

Terdapat juga toe cap untuk melindungi jari kaki dari bendasing keras yang kemungkinan anda tersepak.

Jangan risau, jika kasut basah akibat hujan atau mengharungi sungai pun tiada masalah  kerana diperbuat juga daripada material yang cepat kering. 

Tak perlu buang masa untuk ikat tali kasut kerana anda hanya perlu tarik buckle yang tersedia untuk ketatkan atau longgarkan talinya.

Kasut hiking mendaki gunung
Line7 L7 S-2672 Outdoor Hiking Shoes
Line7 L7 S-2672 Outdoor Hiking Shoes
mulai
RM107.90
Semak Line7 L7 S-2672 Outdoor Hiking Shoes harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk beginner
add_circle Tapak tak mudah haus
add_circle Mempunyai toe cap
add_circle Anti gelincir
remove_circle Sedikit berat

Kasut hiking jenama Line7 ini jenis unisex, jadi jika anda dan pasangan sukakan aktiviti lasak dan nak pakai sedondon pun tiada masalah.

Kasut jenis bertali ini juga direka dengan perlindungan jari kaki pada bahagian depannya agar jari kaki anda tidak sakit walaupun tersepak batu.

Tapi, jika anda anda pakai kasut ini untuk hiking, disarankan untuk beli 1 saiz yang lebih besar daripada saiz kasut yang selalu anda pakai. 

Tapaknya juga mempunyai cengkaman yang bagus kerana jenis getah, jadi tak perlu takut jatuh lagi ketika mendaki. 

Kasut hiking lelaki
Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes - Quechua
Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes - Quechua
mulai
RM149.00
Semak Decathlon Men Lightweight Waterproof Hiking Shoes - Quechua harga dibawah:
add_circle Ringan & breathable
add_circle Harga mampu milik
add_circle Terdapat warranty 2 tahun
remove_circle Pilihan warna terhad

Kasut hiking Decathlon untuk lelaki ini mempunyai ciri kalis air jadi anda boleh lakukan aktiviti dengan kaki yang selesa walaupun dalam keadaan hujan.

Turut lengkap dengan ciri perlindungan impak pada bahagian depan kasut di mana boleh melindungi kaki daripada cedera jika tersepak batu. 

Tapak kasut hiking ini juga mempunyai cengkaman yang bagus dan boleh memberi pergerakan anda stabil walaupun bergerak dalam lumpur.

Manakala, bahagian pelapik dalam kasut diperbuat daripada EVA foam boleh mengelakkan si pemakai daripada merasai bendasing keras ketika melalui kawasan berbatu.

Kasut hiking waterproof untuk wanita
Timberland Women Lincoln Peak Lite Waterproof Hiking Shoes Black Mesh Wide
Timberland Women's Lincoln Peak Lite Waterproof Hiking Shoes Black Mesh Wide
mulai
RM639.00
Semak Timberland Women Lincoln Peak Lite Waterproof Hiking Shoes Black Mesh Wide harga dibawah:
add_circle Bahagian dalam kasut lembut
add_circle Tapak kasut tebal
add_circle Rekaan lebar
remove_circle Harga mahal

Jenama kasut hiking Timberland yang direka khas untuk wanita dan mempunyai ciri kalis air, jadi memang sesuai dipakai ketika beraktiviti dalam hutan. 

Malah bahagian pelapik diperbuat 50% plastik yang dikitar semula dari pelupusan sampah menjadikan kasut hiking ini ringan 

Apabila ringan dipakai, jadi tak akan rasa seperti membawa beban yang terlalu berat di kaki. 

Meskipun tidak bercorak, namun kasut berwarna hitam ini tetap kelihatan elegan, sesuai untuk wanita yang mahukan sesuatu yang ringkas dan tidak terlalu menonjol.


Adakah Saya Memerlukan Kasut Khas Untuk Hiking? 

Bagi yang meminati aktiviti lasak seperti meredah hutan, mendaki bukit atau gunung, tak perlu risau kerana kasut hiking sebenarnya bukanlah sesuatu barang yang wajib ada. 

Cuma bergantung kepada keselesaan, jarak dan jenis laluan dalam hutan yang anda lalui. 

Jika anda cuma mahu mendaki bukit yang rendah atau jarak pendakian adalah kurang daripada 4 kilometer, tiada masalah jika pakai kasut sukan yang biasa.

Jika pendakian anda mengambil masa yang lebih lama iaitu sekitar 4 kilometer hingga 9 kilometer, anda digalakkan untuk pakai kasut hiking. 

Manakala jika anda mendaki gunung atau bukit yang mempunyai denai yang sukar dilalui, lebih baik anda pakai kasut hiking yang khas agar kaki tak mudah lenguh.

Dalam masa yang sama, kecederaan atau masalah kaki melecet juga dapat dielakkan. 

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri sama ada anda selesa hiking dengan memakai kasut sukan biasa atau kasut hiking khas. 

Jom lihat video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut cara pemilihan kasut.


Artikel Berkaitan

End of Article