Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pregnancy test terbaik

9 Ujian Kehamilan (Urine Pregnancy Test) Terbaik Malaysia 2024

Pasangan blur tak tahu nak beli yang mana satu, boleh tengok senarai ni

Sering muntah-muntah, badan rasa lesu dan mual sejak selepas berkahwin? Haid pula lambat datang, nah anda mungkin berbadan dua! 

Malangnya bagi mereka yang pertama kali menghadapi situasi ini, pasti blur nak beli alat ujian kehamilan yang mana satu supaya result ditunjukkan adalah tepat.

Jadi, kami dari ProductNation ingin kongsikan dengan bakal ibu dan ayah jenama alat ujian kehamilan terbaik.


Senarai 9 Alat Ujian Kehamilan Terbaik

Pregnancy test terbaik secara keseluruhan
Clearblue Plus Pregnancy Test (1s)
Clearblue Plus Pregnancy Test (1s)
mulai
RM27.00
Semak Clearblue Plus Pregnancy Test (1s) harga dibawah:
add_circle Ketepatan lebih 99%
add_circle Boleh buat ujian awal
add_circle Jenama nombor 1 dunia
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tiada indikator minggu

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Tak perlu tunggu lama untuk tahu sama ada hamil atau tidak dengan pregnancy test Clearblue kerana dapat berikan keputusan sepantas kilat iaitu dalam masa 2 minit sahaja.

Ciri-ciri:

Memang terbaik untuk bakal ibu yang nak buat ujian kehamilan sendiri terlebih dahulu di rumah sebelum ke klinik.

Ini kerana rekaan ergonomiknya dapat memastikan anda boleh gunakannya dengan mudah. 

Terdapat 2 cara untuk guna alat ini, boleh kencing secara terus pada stick, atau rendam bahagian hujung stick dalam sampel air kencing anda yang telah dikumpulkan.

Tunggu sehingga bahagian hujungnya bertukar kepada warna merah jambu ketika dicelup ke dalam urin di mana ia bermaksud urin anda sedang diserap. 

Keputusan akan tertera dengan jelas pada indikatornya di mana ia akan menunjukkan 2 garisan jika mengandung dan 1 garis jika sebaliknya. 

Review;

‘Anak pertama haritu beli produk ni, anak kedua pun beli produk ni juga. Bila pergi klinik nak confirmkan lagi, dedua result tepat,”

Pregnancy test mini
Disclosure Urine Pregnancy Test 1pc
DISCLOSURE Urine Pregnancy Test 1pc
mulai
RM4.90
Semak Disclosure Urine Pregnancy Test 1pc harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Mudah untuk digunakan
add_circle Ada penitis air kencing
remove_circle Tidak boleh kencing secara direct pada alat ujian

Untuk wanita dan pasangan yang mahukan alat ujian kehamilan yang murah, kami syorkan untuk dapatkan produk jenama Disclosure.

Ujian kehamilan ini sangatlah sensitif, jadi akan menjanjikan anda keputusan yang tepat kerana keputusan akan muncul sepantas 1 minit. 

Alat ini membolehkan anda untuk buat ujian kehamilan pada bila-bila masa sepanjang hari pertama haid anda datang lambat.

Tapi digalakkan untuk buat pada waktu pagi kerana jumlah hormon hCG (human chorionic gonadotrophin) lebih tinggi.

Pregnancy test terbaik untuk kitaran haid yang tak tetap
DIP N TELL Pregnancy Test 2s
DIP N TELL Pregnancy Test 2s
mulai
RM8.45
Semak DIP N TELL Pregnancy Test 2s harga dibawah:
add_circle Boleh guna sebelum hari haid patut datang
add_circle Ketepatan terbukti, 99.9%
add_circle Ada 2 tests dalam 1 kotak
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Harga sedikit mahal

Alat ujian kehamilan menggunakan air kencing Dip ‘N’ Tell ini direka khas untuk anda yang memiliki kitaran haid yang tak tetap. 

Mampu memberikan keputusan sepantas 1 minit dan turut menyediakan cawan kecil untuk isi air kencing, jadi tak perlu kotorkan tangan untuk buat ujian. 

Cara penggunaan hanya perlu celup bahagian hujung alat ujian dalam air kencing. 

Malah, risalah arahan dengan 3 bahasa juga disertakan bersama agar langkah-langkahnya lebih mudah di fahami. 

Digital pregnancy test
Clearblue Digital Pregnancy Test With Weeks Indicator
Clearblue Digital Pregnancy Test With Weeks Indicator
mulai
RM38.94
Semak Clearblue Digital Pregnancy Test With Weeks Indicator harga dibawah:
add_circle Terdapat indikator minggu
add_circle Keputusan mudah difahami
add_circle Ketepatan 99%
remove_circle Harga mahal

Kalau nak tahu sudah berapa minggu kandungan anda, gunakan alat ujian kehamilan Clearblue.

Dilengkapi dengan indikator digital yang mudah dibaca oleh bakal ibu dan bapa tapi perlu tunggu 3 minit sebelum keputusan muncul. 

Kemudian, tertera pada skrin digital pregnancy test sama ada Pregnant 1-2, Pregnant 2-3, Pregnant 3+ jika anda positif hamil.

Namun jika tidak mengandung, keputusan akan tertera Not Pregnant.

Pregnancy test strip
WATSONS One Step Pregnancy Test Strip
WATSONS One Step Pregnancy Test Strip
mulai
RM4.83
Semak WATSONS One Step Pregnancy Test Strip harga dibawah:
add_circle Keputusan mudah dibaca & difahami
add_circle Ketepatan lebih 99%
remove_circle Harga mahal

Alat ujian kehamilan keluaran Watsons ini pula sesuai untuk anda yang mahu guna pregnancy test jenis strip

Cara menggunakannya amat mudah, hanya perlu celupkan strip dalam cawan atau bekas berisi air kecing. Keputusan akan keluar dalam masa 1 minit. 

Seperti kebanyakan produk jenama lain, alat ujian kehamilan positif ini akan menunjukkan 2 garisan jika anda berbadan dua manakala hanya ada 1 garis kalau tidak hamil.

Boleh didapati dengan mudah di drugstore berhampiran anda atau di Shopee.

Alat ujian kehamilan paling tepat
First Response Early Result In-stream Pregnancy Test
First Response Early Result In-stream Pregnancy Test
mulai
RM21.99
Semak First Response Early Result In-stream Pregnancy Test harga dibawah:
add_circle Senang digunakan
add_circle Ketepatan keputusan 99%
add_circle Boleh guna bila-bila masa sepanjang hari
add_circle Keputusan tertera dalam masa 3 minit
remove_circle Harga sedikit mahal

Alat uji kehamilan jenama First Response dari Amerika ini pula mampu memberikan anda keputusan lain dari yang lain.

Keputusan hamil atau tidak diberitahu 5 hari sebelum tarikh kiraan yang sepatutnya anda datang bulan. 

Kaedah untuk menggunakannya juga mudah, hanya perlu kencing secara terus pada hujung stick ujian selama 5 saat. 

Namun, kalau cara ini membuatkan anda kurang selesa, boleh kumpul dulu urin dalam bekas atau botol yang bersih dan kering. 

Kemudian, rendam stick pregnancy test pada bahagian hujungnya selama 5 saat. 

Jangan lupa untuk letakkan di atas permukaan yang rata selepas itu sementara tunggu keputusan keluar.

Alat ujian kehamilan Guardian
Guardian One Step Pregnancy Test Strip 1s
First Response Early Result In-stream Pregnancy Test
mulai
RM10.14
Semak Guardian One Step Pregnancy Test Strip 1s harga dibawah:
add_circle Senang untuk digunakan
add_circle Harga mampu milik
add_circle Boleh digunakan bila-bila masa dari tarikh jangkaan haid
remove_circle Hanya ada 1 strip dalam 1 kotak

Alat ujian kehamilan jenis strip jenama Guardian ini juga sangat mudah digunakan, ikut sahaja arahan yang tertera pada kotak pembungkusan.

Mempunyai tahap kepekaan yang tinggi, jadi akan memberi keputusan yang tepat (lebih 99%) kepada anda dan pasangan. 

Keputusan ujian kehamilan ini juga sangat cepat kerana boleh diketahui dalam masa 3-5 minit.

Pregnancy test murah
Mamma Perfect Rapid One Step Test (Pregnancy Test)
Mamma Perfect Rapid One Step Test (Pregnancy Test)
mulai
RM0.10
Semak Mamma Perfect Rapid One Step Test (Pregnancy Test) harga dibawah:
add_circle Tahap kepekaan tinggi
add_circle Keputusan cepat & tepat (99.9%)
add_circle Tarikh luput lambat (November 2023)
remove_circle Cawan air kencing harus dibeli berasingan

Pasangan berkahwin yang sedang merancang untuk dapatkan zuriat (TTC) sudah semestinya memerlukan stok alat ujian kehamilan yang banyak supaya boleh buat test dengan kerap. 

Jadi, dapatkan pregnancy test Mamma Perfect ini kerana harganya sangat murah dan terdapat 2 pilihan untuk anda iaitu Type A dan Type B. 

Boleh pilih sama ada nak alat ujian jenis yang dicelup terus ke dalam cawan air kencing (jenis strip) atau yang menggunakan penitis. 

Pilih sahaja yang terbaik dan mudah untuk anda.

Alat ujian kehamilan
Omeco HCG Urine Pregnancy Test Cassette
Omeco HCG Urine Pregnancy Test Cassette
mulai
RM10.00
Semak Omeco HCG Urine Pregnancy Test Cassette harga dibawah:
add_circle Keputusan tepat, hingga 99.9%
add_circle Jangka hayat produk 2 tahun
add_circle Keputusan senang difahami
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Elakkan dari letak di tempat terkena matahari

Alat ujian kehamilan Omeco ini sesuai digunakan oleh wanita dan bakal ibu yang mahukan pregnancy test yang senang digunakan. 

Ini kerana cara untuk menggunakannya adalah hampir sama dengan cara buat rapid test COVID-19. 

Mula-mula, guna cawan khas untuk kumpul urin, kemudian guna penitis untuk titiskan 2-3 titik air kencing ke alat ujiannya. 

Keputusan akan keluar dalam masa 5 minit. 


Bilakah Ujian UPT Boleh Dibuat? 

Masa terbaik untuk buat ujian kehamilan sendiri di rumah ialah apabila haid datang lambat sebulan dua dari yang tarikh jangkaan yang sepatutnya. 

Untuk dapatkan keputusan yang paling tepat, digalakkan untuk buat ujian berkenaan pada waktu pagi. 

Namun, jika kedatangan haid anda jenis tak teratur, anda dinasihati untuk tidak membuat ujian kehamilan sehinggalah anda dah melepasi kitaran haid paling lama yang selalu anda hadapi. 

Contohnya, jika kitaran haid anda ialah sekitar 30 hingga 36 hari, masa terbaik untuk buat pregnancy test ialah pada hari ke-37 atau selepas hari tersebut. 

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.


Cara Menggunakan Alat Ujian Kehamilan 

Alat ujian kehamilan hadir dalam kotak yang berisi stick atau strip, selalunya akan disertakan dengan cawan kecil untuk kumpul sampel air kencing. 

Kemudian anda perlu celupkan stick atau strip tersebut dalam cawan tersebut.

Tapi terdapat sesetengah alat ujian memerlukan anda untuk titikkan beberapa titis air urin pada alat ujian. 

Keputusan akan tampil pada alat ujian itu selepas beberapa minit. 

Nak lebih mudah, baca dan ikut sahaja arahan yang disertakan pada kotak pembungkusan alat ujian kehamilan supaya tidak tersalah langkah. 

Anda boleh juga rujuk tutorial video di bawah untuk melihat cara dengan lebih jelas.


Seberapa Tepatkah Alat Ujian Kehamilan? 

Urine pregnancy test menjanjikan hasil yang tepat (ketepatan sekitar 99%) jika anda betul-betul ikut cara yang diberikan untuk periksa sama ada mengandung atau sebaliknya.

Tapi, untuk lebih yakin, pastikan anda ke klinik untuk dapatkan pengesahan doktor yang bertauliah selepas buat pregnancy test sendiri di rumah.


Artikel Berkaitan

End of Article