Jika anda menghadapi masalah bacaan tekanan darah tinggi atau rendah, anda harus miliki mesin tekanan darah di rumah.
Dengan adanya mesin ini, anda boleh mengetahui status kesihatan dengan lebih cepat supaya dapat mengelakkan perkara buruk terjadi.
Kalau anda tidak mempunyai masalah bacaan tekanan darah sekalipun, mesin tekanan darah ini penting untuk pencegahan penyakit lebih awal.
Sebaiknya sediakan sekurang-kurangnya satu jenis mesin tekanan darah di rumah jika duduk bersama orang tua.
Lagipun mesin ini boleh dibawa ke mana sahaja termasuk ketika bergerak pergi melancong.
Jadi jom lihat jenama alat tekanan darah terbaik di bawah.
Cara Pilih Alat Tekanan Darah
Tekanan darah tinggi merupakan isu kesihatan yang lazim dalam kalangan masyarakat. Jika kita memiliki monitor tekanan darah sendiri, kita dapat memantau tekanan darah bila perlu.
Jangan risau, kami akan membantu anda memilih alat tekanan darah yang terbaik.
-
Jenis Alat Mengukur Tekanan Darah
Terdapat dua jenis alat mengukur tekanan darah iaitu manual dan digital.
Jenis manual menggunakan stetoskop dan manometer untuk mengukur tekanan darah, manakala jenis digital menggunakan sensor elektronik untuk tujuan yang sama.
Alat mengukur darah digital lebih mudah dan disyorkan untuk kegunaan di rumah, manakala profesional perubatan biasanya menggunakan jenis manual.
-
Kemudahan Penggunaan
Dapatkan alat mengukur tekanan darah yang mesra pengguna, dengan ciri seperti butang, paparan yang jelas dan bacaan yang tepat.
ni akan memudahkan proses memantau tekanan darah anda secara berkala.
Nak senang pilih sahaja alat mengukur tekanan darah yang guna pergelangan tangan berbanding lengan, namun jenis pembalut lengan memberikan bacaan lebih tepat.
-
Saiz lengan
Sebelum membeli alat ini, pastikan anda mengukur saiz lengan anda.
Pastikan alat pemantauan tekanan darah yang anda pilih mempunyai peletakan lengan lebar kerana akan memudahkan pengukuran tekanan darah.
Bacaan tekanan darah yang tidak tepat boleh disebabkan oleh lengan baju yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Tambah lagi, pastikan pembalut cuff terdiri daripada bahan lembut, selesa digunakan dan mempunyai tali yang cukup panjang untuk memudahkan pengukuran tekanan darah.
Apa Kelebihan Dan kekurangan Alat Tekanan Darah?
Salah satu kelebihan alat mengukur tekanan darah ialah dapat digunakan di rumah dan anda tidak perlu pergi ke klinik untuk mengukur tekanan darah.
Ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai kesihatan yang lemah atau mereka yang mempunyai jadual kerja yang sibuk.
Menggunakan alat ini juga boleh meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan membolehkan anda mengambil langkah yang sesuai untuk meningkatkan kesejahteraan diri jika perlu.
Tapi kekurangan utamanya ialah alat mengukur tekanan darah ini boleh membawa kepada bacaan tekanan darah yang salah dan keputusan yang agak mengelirukan.
Memilih alat mengukur tekanan darah yang berkualiti tinggi juga memerlukan kos yang tinggi menyebabkan perbelanjaan meningkat.
Walaupun pemantau tekanan darah boleh membantu, mereka tidak dapat menggantikan doktor kerana doktor menggunakan peralatan yang lebih canggih dan boleh membuat ukuran yang lebih tepat.
Senarai 11 Jenama Alat Tekanan Darah Terbaik
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Pemantau tekanan darah Bplife ini sesuai dimiliki bagi yang mengalami masalah tekanan darah tinggi kerana boleh periksa keadaan kesihatan bila-bila waktu.
Ciri-ciri;
Bacaan tekanan darah yang dihasilkan oleh alat yang ada pengesahan KKM ini dijamin tepat.
Sangat mudah untuk digunakan walaupun anda bukanlah seorang petugas kesihatan.
Beroperasi menggunakan bateri AAA atau kabel USB dan memiliki fungsi Double Memory di mana boleh menyimpan data ukuran tekanan darah untuk 2 orang.
Jadi, ibu dan ayah anda yang berusia boleh guna bersama-sama.
Tambahan lagi, bahagain cuff lengannya juga selesa dipakai dan muat dengan semua jenis saiz lengan.
Turut disertakan dengan buku panduan untuk memudahkan anda menggunakannya.
Review;
‘Bagus beli ini, sesuai untuk check tekanan darah ibu atau ayah yang ada darah tinggi dan kencing manis. Mudah sikit nak pantau kesihatan.’

Kami sarankan anda yang sedang mencari alat mengukur tekanan darah yang mampu milik untuk dapatkan Sphygmomanometer ini.
Sangat mudah untuk digunakan kerana hanya perlu pakai alat ini pada pergelangan tangan untuk ketahui bacaan tekanan darah.
Sesuai untuk kegunaan di rumah terutamanya jika anda seorang yang pentingkan kesihatan atau ada ahli keluarga yang sakit.
Lagi menarik, terdapat skrin besar yang akan memudahkan orang tua untuk lihat data ukuran tekanan darah dengan lebih jelas.

Alat pemantau tekanan darah jenama OMRON ini sangat mudah digunakan kerana jenis automatik.
Selain itu, alat ini menggunakan 4 bateri AA untuk berfungsi jadi tidak perlu cas alat ini.
Walaupun guna bateri tapi mesin ini boleh mengesan jika detak jantung anda tidak sekata.
Turut mempunyai fungsi Body Movement Detection di mana akan mengukur semula tekanan darah apabila mengesan terdapat kesilapan disebabkan berlaku pergerakan badan.
Bukan itu sahaja, simbol Hypertension Indicator Heartbeat akan berkelip jika tekanan sistolik atau diastolik anda berada di luar julat yang normal (lebih 135 sistolik/85 diastolik mmHg).

Selain mudah digunakan, meter tekanan darah manual ini hadir dalam beg khas untuk memudahkan anda bawa ke mana saja.
Lagi menarik, anda mendapat stetoskop percuma.
Jadi, sesuai dimiliki oleh pelajar perubatan yang mahu berlatih cara mengambil tekanan darah sendiri di rumah.
Walaupun alat ini memerlukan anda untuk pam sendiri menggunakan cara manual, namun keputusan tekanan darah yang dihasilkan tetap tepat.

Meter tekanan darah Samu Giken ini jadi pelaburan terbaik untuk kesihatan anda sekeluarga yang mempunyai bajet terhad.
Ini kerana walaupun harganya murah, tapi tetap memberikan bacaan tekanan darah yang tepat.
Selain itu, sangat sesuai digunakan untuk pantau tekanan darah ibu bapa anda di rumah.
Turut jimat tenaga kerana alat pemantau tekanan darah ini akan tertutup secara automatik jika tidak beroperasi selepas 1 minit.
Boleh beroperasi menggunakan bateri AAA atau kabel USB dan boleh simpan data tekanan darah untuk 2 orang dalam 1 masa.

Jika anda mencari alat untuk ukur hipertensi untuk ibu bapa yang tidak sihat, boleh guna mesin pemantau tekanan darah Rossmax ini.
Lengkap dengan fungsi Hypertension Risk Indication dan juga boleh mengesan degupan jantung yang tidak sekata.
Cara menggunakannya juga sangat ringkas, hanya perlu pakai cuff lengan ergonomik yang sesuai dengan semua saiz lengan dan kemudian tekan butang pada mesin.
Keputusan tekanan darah yang dihasilkan tepat dan mudah dibaca kerana mempunyai skrin LCD yang besar.
Paling penting, tidak menyebabkan ketidakselesaan atau rasa sakit pada lengan.

Mesin untuk mengukur tekanan darah OUSON+ ini menggunakan teknik terkini agar bacaan yang dihasilkan adalah yang paling tepat mengikut standard klinikal.
Boleh beroperasi menggunakan 2 cara iaitu menggunakan 4 bateri AA atau disambungkan dengan kabel USB.
Mampu menyimpan data untuk dua orang pengguna dalam 1 masa di mana setiap pengguna boleh rekod hingga 99 ukuran tekanan darah.
Terdapat tiga pilihan saiz cuff lengan untuk semua golongan umur iaitu saiz 22-32cm (S), 22-48cm (L) dan 22-52cm (XL).
Jangan risau, mesin ini telah mendapat pengesahan KKM dan tempoh waranti selama 3 tahun.

Mesin tekanan darah ini sangat mudah digunakan oleh mereka yang menghidap masalah hipertensi untuk pantau sendiri keadaan kesihatan di rumah.
Turut sesuai digunakan di persekitaran klinikal oleh pakar kesihatan di klinik atau hospital.
Alat ini lengkap dengan ciri pengesanan pergerakan badan di mana akan mengambil semula bacaan jika berlaku sebarang ralat akibat badan anda yang tiba-tiba bergerak.
Cuff lengannya juga selesa dipakai dan tidak menyebabkan kesakitan.

Mesin tekanan darah Cofoe ini sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki lengan bersaiz 22-32cm.
Selain beroperasi dengan 4 bateri AA, alat ini juga boleh berfungsi jika disambung dengan kabel USB.
Apa yang menariknya, mesin ini direka dengan paparan 3 lampu yang akan memudahkan pengguna baca keputusan tekanan darah walaupun dalam keadaan gelap.
Skrin mesin ini akan bertukar merah jika tekanan darah anda tinggi manakala bertukar warna hijau jika tekanan darah anda normal.
Malah, mampu merekod data bacaan tekanan darah untuk 2 orang, jadi ibu dan ayah anda boleh berkongsi mesin yang sama.

Nak cari alat mengukur tekanan darah dan denyutan jantung? Dapatkan sahaja mesin tekanan darah jenama Akodi ini!
Alat ini juga mempunyai laporan suara dalam bahasa inggeris, pengukuran kadar denyutan jantung, petunjuk tekanan darah, rekod profil dua orang, 99 set memori dan paparan HD yang jelas.
Senang sahaja nak ukur tekanan darah, anda hanya perlu meletakkan cuff band pada lengan dan tekan hanya satu butang.
Kemudian, alat ini akan berbunyi memberitahu anda nilai bacaan tekanan darah.

Alat mengukur tekanan darah ini mudah digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuk mereka yang kurang mahir dalam menggunakan peralatan perubatan.
Mesin ini mempunyai paparan digital LCD dengan lampu latar dan penunjuk IHB (degupan jantung tidak teratur).
Ciri ini penting kerana dapat membantu memantau kesihatan jantung dan mengesan sebarang kelainan dalam degupan jantung.
Selain itu, turut mempunyai fungsi untuk mengesan pembalut cuff yang memastikan alat dipasang dengan betul.
YE660F mempunyai ciri yang memaparkan purata tiga ukuran yang akan memberikan anda bacaan yang lebih tepat.
Ini amat membantu untuk memantau perubahan tekanan darah dari semasa ke semasa.
Sesuai untuk orang dewasa yang saiz lengannya antara 22-45cm dan menggunakan ukuran ayunan dan boleh mengambil pelbagai ukuran tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
Hayat bateri yang baik dan mampu menjalankan sehingga 300 pengukuran.
Cara Mengukur Tekanan Darah Tanpa Alat
Kaedah yang paling tepat untuk mengetahui bacaan tekanan darah anda adalah dengan menggunakan alat atau mesin mengukur tekanan darah yang juga dipanggil sebagai Sfigmomanometer.
Memang ada cara yang boleh digunakan untuk periksa tekanan darah anda tanpa alat.
Caranya hanya menggunakan nadi atau aplikasi, tapi kaedah ini tidak boleh dipercayai 100 peratus dan tidak konsisten.
Jadi, anda tidak disarankan untuk menggunakan cara tanpa alat tersebut untuk ketahui tekanan darah diri.
Oleh itu, anda perlu menggunakan Sfigmomanometer atau mesin khas untuk periksa tekanan darah.
Bagi dapatkan keputusan yang lebih tepat sila berjumpa dengan doktor atau jururawat bertauliah.
Berapakah Bacaan Darah Yang Normal?
Bacaan tekanan darah yang ideal ialah antara 90/60mmHg hingga 120/80mmHg.
Anda dikira sedang mengalami tekanan darah tinggi jika tekanan darah anda adalah dari 120/90mmHg atau lebih tinggi dari nilai itu.
Tekanan darah rendah pula dikira berlaku apabila tekanan darah anda adalah dari 90/60mmHg atau lebih rendah dari itu.
Anda boleh dengar penjelasan menerusi video di bawah untuk mengetahui bacaan darah yang normal.