Pulse oximeter sudah menjadi teknologi wajib ada di setiap rumah untuk digunakan membaca paras oksigen dalam darah.
Ini semua kerana musim wabak COVID-19 yang masih lagi belum pulih walaupun sudah masuk tahun ke tiga.
Tapi, apa yang menjadi persoalan, adakah jenama oximeter yang bagus anda tu telah disahkan oleh Medical Device Authority (MDA) atau KKM?
Jadi, kami senaraikan fingertips pulse oximeter terbaik Malaysia dan paling penting telah disahkan oleh MDA.
Senarai 12 Pulse oximeters terbaik di Malaysia
Table of Contents

Oxitech Pulse Oximeter menggunakan dua bateri alkali jenis AAA dan penggunaan kuasanya sangat jimat bateri.
Antara ciri menarik peranti ini ialah ukurannya yang bersaiz kecil, tidak invasif dan paling penting tidak menyakitkan.
Cara penggunaannya, sepit pada hujung jari menggunakan alat ini dan biarkan Oxitech Pulse Oximeter membaca kadar nadi dan tahap oksigen dalam darah.
Jangan risau, produk Pulse Oximeter ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC1574221-53413.

Rossmax Handheld Pulse Oximeter SA210 ini berfungsi untuk menyemak kandungan oksigen dalam darah.
Bacaan denyutan nadi, memantau masalah apnea ketika tidur, boleh dijadikan alat untuk pemeriksaan berterusan dan lain-lain.
Selain itu, model ini mempunyai sitem alat penggera dimana akan mengeluarkan bunyi.
Jika bacaan tidak normal dan dalam masa yang sama mempunyai sistem silent mode untuk memastikan waktu tidur pesakit atau orang sekeliling tidak terganggu.
Apa yang membezakan model ini dengan model yang lain adalah, Rossmax SA210 mempunyai wayar yang menghubungkan skrin LED utama dengan bahagian probe.
Menariknya lagi, pulse oximeter model ini dapat digunakan mereka yang mempunyai keliling jari sebesar 20mm - 75mm dan berat melebihi 40kg. Bagi kanak-kanak, mereka mempunyai probe yang dikhaskan.
Jangan risau, produk Pulse Oximeter ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC1574221-53413.

Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100 untuk mengukur %SpO2, membaca kadar nadi dan tahap pernafasan. Sangat sesuai untuk memantau paras oksigen.
Selain itu, paparan skrin LED dari Rossmax ini agak besar jadi mudah untuk pengguna membaca keputusan akhir dan butang kawalan on/off hanya dengan sekali sentuhan saja.
Tapi, Pulse Oximeter ini akan off secara automatik jika tiada jari dimasukkan selama 8 saat.
Cara penggunaannya hidupkan Pulse Oximeter, masukkan jari telunjuk pada bahagian kepit dan pastikan jari dalam keadaan lurus, tenang dan tidak bergerak.
Kemudian, tunggu keputusan bacaan. Jika tidak normal, bacaan akan berkelip-kelip.
Jangan risau, produk Rossmax Fingertip Pulse Oximeter SB100 ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC6493119-36113.

AEON Technology Pulse Oximeter ini digunakan untuk mengukur %SpO2 dan kadar denyutan nadi tidak invasif.
Selain itu, alat ini mempunyai dua jenis butang; butang setting dan butang on/off. Kemudian, pada bahagian skrin mempunyai bacaan plethysmogram dan bargraph.
Paling penting, penggunaan Pulse Oximeter ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh digunakan di rumah atau hospital.
Gunakan bateri jenis AAA 1.5V Alkaline Bаttеrу untuk hidupkan alat ini dan uniknya lagi, Pulse Oximeter jenis ini mempunyai CE IP22 yang berfungsi sebagai kalis percikan air.
Jangan risau, produk AEON Technology Pulse Oximeter A320 ini telah disahkan oleh MDA dibawah pendaftaran nombor GC3978321-65258.

Seperti alat peranti Pulse Oximeter lain yang ada di pasaran, Medisana Pulse Oximeter PM100 mampu mengukur tahap bacaan oksigen darah dan degupan jantung dengan tepat.
Apa yang menarik tentang model ini adalah penggunaannya sangat mudah.
Hanya dengan menekan satu butang saja alat ini boleh berfungsi.
Saiz yang direka juga sangat user-friendly. Paling penting, saiz kecil dan mudah dibawa ke mana saja.
Pada bahagian skrin alat ini, terdapat 6 jenis format yang dipaparkan; gelombang, bar, digit dan lain-lain.
Kecerahan skrin juga dapat dikawal kepada 10 tahap mengikut keselesaan pencahayaan keadaan.
Jangan risau, model ini sudah pun diluluskan oleh pihak MDA di bawah nombor pendaftaran GC52083234217.

Biolight M70C boleh membaca SpO2% dan bacaan nadi seseorang.
Pada bahagian skrin alat ini anda akan dapat melihat kepelbagaia mod iaitu jumlah oksigen dalam darah, denyutan nadi, gelombang dan intensiti nadi serta ikon bateri.
Sangat sesuai digunakan untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
Setiap pembelian Pulse Oximeter ini akan diberikan lanyard secara percuma. Jadi, mudah untuk dibawa ke mana saja.
Paling penting, pulse oximeter ini mempunyai teknologi anti-gegar dan mempunyai pelapik silikon untuk jari.
Jangan risau, telah diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GC94689685818.

Beurer Pulse Oximeter PO-30 direka untuk kegunaan sukan yang berada di tempat tinggi seperti mendaki gunung atau memanjat bukit.
Malah sesuai juga untuk mereka yang mempunyai masalah jantung penyakit paru-paru, asma dan lain-lain.
Model ini dapat berfungsi dengan hanya memasang dua bateri AAA di bahagian belakang.
Kemudian, bacaan bateri dipaparkan di bahagian skrin jadi anda boleh mengetahui bateri dalam keadaan penuh atau kurang.
Penggunaanya juga mudahm hanya memasukkan jari anda pada bahagian tengah oximeter.
Setersunya bacaan akan diproses dan dipaparkan dalam masa beberapa saat setelah butang mula ditekan.
Jangan risau, model Beurer Pulse Oximeter PO 30 ini telah diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GC7817621-66828.

ChoiceMMed Oxywatch Pulse Oximeter MD300C2 berfungsi untuk membaca tahap oksigen dalam darah dan denyutan nadi sama ada normal atau tidak.
Jika normal, alat ini tidak akan menggeluarkan apa-apa bunyi.
Tapi jika sebaliknya, penggera akan berbunyi dan pulse oximeter ini boleh digunakan dalam kalangan dewasa sahaja.
Seperti jenama lain, model ini menggunakan dua bateri saiz AAA untuk menghidupkannya.
Apa yang membezakan dengan jenama lain adalah, penggunaan bateri mampu bertahan lama.
Jangan risau, ChoiceMMed Oxywatch Pulse Oximeter MD300C2 ini telah disahkan oleh pihak MDA dibawah nombor pendaftaran GC2160119-29755.

JOYLEE Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter boleh digunakan sama ada di rumah atau hospital untuk memantau tahap oksigen dalam darah dan bacaan nadi.
Selain itu, alat peranti ini sesuai untuk penyakit vaskular, mereka yang bekerja lebih dari 12 jam sehari.
Mereka yang melakukan sukan lasak, kronik alkohol dan lain-lain sesuai untuk gunakan oximeter ini.
Paling penting JOYLEE Medical Pro Fingertip Pulse Oximeter sesuai digunakan dalam kalangan ibu mengandung dan anak kecil berusia satu tahun keatas.
Cara penggunaannya mudah saja. Kepilkan pulse oximeter pada jari telunjuk, tekan butang tengah dan tunggu sehingga bacaan habis diproses.
Jangan risau, model ini telah pun diluluskan oleh pihak MDA dibawah nombor pendaftaran GC6804921-68270.

Yuwell Pulse Oximeter YX302 mempunyai sistem non-invasive untuk memantau jumlah oksigen dalam darah (SpO2) seseorang.
Malah, model ini juga dapat membaca SaO2 (arterial oxygen saturation) juga.
Jadi, anda boleh gunakan pulse oximeter model ini selepas melakukan aktiviti sukan untuk melihat bacaan degupan jantung dan kandungan oksigen.
Pulse oximeter ini menggunakan dua biji bateri AAA untuk menghidupkannya.
Malah, mempunyai sistem automatik switch-off jika 8 saat tidak digunakan. Jimat penggunaan bateri!
Cara penggunaannya mudah saja. Kepilkan pulse oximeter pada jari telunjuk, tekan butang tengah dan tunggu sehingga bacaan habis diproses.
Jangan risau, jenama Yuwell Pulse Oximeter YX302 ini telah diluluskan oleh MDA di bawa nombor pendaftaran YGC9480821-57718.

Yonker Pulse Oximeter YK-82 akan mengukur Spo2 dan bacaan nadi dalam bentuk gelombang dan bar.
Jadi, display 4 G-mode ini memudahkan pengguna memahami keputusan akhir pada skrin LED pulse oximeter ini.
Seperti pulse oximeter lain, model ini menggunakan 2 alkalin bateri AAA.
Malah, mempunyai sistem penggera untuk bacaan SpO2 dan denyutan nadi yang telah di set kan.
Cara penggunaannya mudah saja. Tekan butang on/off, kepilkan pulse oximeter pada jari telunjuk dan tunggu sehingga bacaan habis diproses.
Jangan risau, jenama Yonker Pulse Oximeter YK-82 ini telah diluluskan oleh MDA di bawa nombor pendaftaran GC4998120-43555.

Microlife Fingertip Pulse Oximeter OXY 200 berfungsi untuk membaca kadar oksigen (SpO2) dan kadar degupan jantung.
Sangat mudah digunakan, hanya letakkan hujung jari telunjuk pada bahagian sesnor phobe pulse oximeter, tunggu beberapa saat dan keputusan akan keluar pada skrin LED.
Alat ini sudah pun dibukti keberkesanan dalam satu eksperimen klinikal dengan ketepatan yang tinggi.
Jadi, model ini juga diluluskan oleh MDA di bawah nombor pendaftaran GB3615421-57602.
Oximeter Untuk Apa?
Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, pulse oximeter merupakan satu alat peranti perubatan yang boleh digunakan mengukur kadar oksigen dalam badan.
Dalam musim wabak berjangkit ni, sebaiknya setiap rumah perlu ada bagi mengambil langkah berjaga-jaga jika dijangkiti.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui pautan KKM sebelum membuat pembelian.
Ini kerana pulse oximeter pengimportan dan pengedarannya dalam pasaran dikawal oleh MDA di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
Jom kita dengar penjelasan lebih terperinci menerusi video ringkas berikut.
Cara Menggunakan Oximeter
Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tahap bacaan oksigen normal menerusi pulse oximeter adalah antara 95% atau lebih.
Sekiranya bacaan kurang dari 94% anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan.
Kami juga yakin ada antara pembaca kami tidak tahu cara menggunakan oximeter.
Jadi, bagaimaman nak guna oximeter, jom kita lihat penerangan ringkas dari video Kementerian Kesihatan Malaysia.
Boleh Ke Guna Pulse Oximeter Untuk Test COVID-19?
Perlu diingatkan bahawa pengguna tidak boleh menggunakan pulse oximeter sebagai ujian saringan atau screen test untuk COVID-19.
Pulse oximeter hanya boleh memeriksa tahap oksigen untuk membolehkan situasi tahap oksigen yang rendah ditangani lebih awal.
Sebaiknya, lakukan saringan swab test COVID-19 di mana-mana klinik dan lakukan RTPCB CovidTest untuk keputusan yang lebih tepat.
Artikel berkaitan
- Virus COVID-19 Makin Mudah Dijangkiti! Ini Mask Yang Sesuai
- Sebelum Kena Kuarantin Kendiri, Pastikan Korang Sedia 7 Barang Keperluan Ini
- 7 Servis Disinfeksi Rumah & Pejabat Untuk Hapuskan Bakteria
- 10 Disinfectant Spray Yang Perlu Anda Ada Bagi Membasmi Kuman Semasa Musim COVID-19 Ini
- 10 Termometer Ini Sesuai Untuk Periksa Suhu Badan
- 8 Termometer Dahi Yang Sesuai Untuk Check Suhu Badan
- 11 Joran Pancing Terbaik di Malaysia 2023 (Jenama Berkualiti)
- 12 Tudung Sukan (Sport Hijab) Terbaik di Malaysia 2023
- 8 Menstrual Cup Terbaik di Malaysia 2023
- 9 Blood Pressure Monitor Terbaik 2023 (Bacaan Tekanan Darah)
- 11 Jenis Termometer Suhu Terbaik di Malaysia 2023