Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Servis Disinfeksi Rumah & Pejabat Untuk Hapuskan Bakteria

Proses disinfeksi tidak menghapuskan kesemua mikroorganisma tapi dapat mengurangkan pembiakan.

Disinfeksi merupakan proses pembersihan permukaan yang tercemar dengan kuman menggunakan bahan disinfeksi komersial.

Bahan cucian disinfeksi mengandungi 70% kandungan alkohol, cecair peluntur yang mempunyai kepekatan 5% Sodium Hypochloride atau sabun pencuci.

Proses disinfeksi selalu dengan cara wiping, mopping, submersion, fogging dan fumigation. Namun, proses disinfeksi tidak menghapuskan kesemua mikroorganisma tetapi bertindak mengurangkan pembiakan. 

Jika ada yang ingin membuat disinfeksi dalam rumah atau pejabat semasa COVID-19 ini, jom lihat senarai beberapa buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.


7 Servis Disinfeksi Untuk Kediaman


ecotech
mulai
RM0.00
Semak Eco Technology Cleaning harga dibawah:
  • Alamat: D-05-7, Medan Connaught Centerpoint Taman Len Seng, No.1, Jln 3/144a, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10pagi - 6petang) , Ahad tutup
  • Telefon: 03-9101 1606
  • Media sosial: Facebook

Ecotech Cleaning Industry Sdn Bhd memberikan servis dan perkhidmatan pembersihan yang pelbagai. Antaranya, cucian karpet, sofa, tilam, langsir, tempat duduk kereta, cucian pindah rumah dan disinfeksi.

Kaedah pembersihan yang mereka gunakan adalah deep extraction cleaning, sanitizing steam cleaning dan shampooing wet leaning. 

Bahan yang mereka gunakan untuk pembersihan dijamin 100% tidak beracun, tidak berbahaya. Hanya terdapat penambahan minyak pati untuk wangian.

Apa yang menarik, anda boleh meminta demo percuma bagi memastikan perkhidmatan mereka menepati kualiti seperti yang dijanjikan. 

cleanhero
mulai
RM0.00
Semak CleanHero harga dibawah:
  • Alamat: No. 12a, Jalan Perindustrian Suntrack, Hub Perindustrian Suntrack, Off Jalan P1a, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
  • Waktu operasi: Isnin - Ahad (9pagi - 5petang)
  • Telefon: 03-8408167
  • Media sosial: Instagram , Facebook

Pada awalnya CleanHero hanya melakukan servis pembersihan untuk keluasan rumah saja tapi makin lama makin berkembang, kini mereka juga berikan perkhidmatan untuk pejabat juga.

Antara servis yang ditawarkan adalah cucian untuk sofa, karpet, langsir, katil pelbagai saiz, kereta dan disinfeksi rumah dan pejabat. Harga bergantung pada keluasan kawasan.

Jangan ragu-ragu untuk menggunakan CleanHero kerana servis mereka sudah diperakui oleh Institute of Inspection, Cleaning and Restoration Certification (IICRC) and Woolsafe.

Malah, pada 2020 CleanHero berjaya melebarkan sayap mereka dengan membuka cawangan baru di Johor Bahru selain daripada di kawasan Lembah Klang, Penang, Kedah, Pahang dan Seremban.

Steam & Sanitize
mulai
RM0.00
Semak Steam & Sanitize harga dibawah:
  • Alamat: SW-05-12 Cova Square, Jalan Teknologim PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: 9.00am – 7.00pm (Isnin – Sabtu) Ahad tutup
  • Telefon: 012 – 387 3669
  • Media sosial: Instagram , Facebook

Syarikat Steam & Sanitize telah mendapat kelulusan dari pihak KKM dalam melakukan kerja-kerja disinfeksi bangunan dan kediaman demi menjamin keselamatan pelanggan.

Menariknya lagi, pihak mereka bukan saja memberi perkhidmatan disinfeksi untuk ruangan pejabat dan rumah saja tapi pada resort, gudang, sekolah, kilang, klinik serta hospital. 

Bahan pembasmi kuman yang digunakan syarikat ini dijamin tidak mempunyai bahan beracun, tidak menghakis dan mesra alam bagi memastikan pelanggan terlindung daripada virus, kuman dan bakteria berbahaya.

Paling penting, semua pekerja Steam & Sanitize telah pun dilatih memberikan perkhidmatan yang professional. Jadi, pelanggan akan berpuas hati selepas selesai saja proses disinfeksi.

mulai
RM0.00
Semak RENTOKIL Pest Control Malaysia harga dibawah:
  • Alamat: No. 7, Jalan Utarid U5/13, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: 8.30am – 6.00pm (Isnin – Jumaat) , Sabtu & Ahad tutup
  • Telefon: 1300 – 88 – 1911
  • Media sosial: Facebook , Youtube 

Rentokil lebih terkenal di Malaysia sebagai sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan servis utama kawalan serangga perosak. Tetapi ianya juga menawarkan servis disinfektan buat kediaman dan ruangan pejabat yang luas. Syarikat ini menawarkan 2 jenis disinfektan yang berkesan untuk proses pembersihan kediaman dan pejabat anda agar terhalang daripada pembiakan bakteria serta virus merbahaya.

Rentokil Surface Sanitation (RSS) dan Special Disinfection Services (SDS) adalah dua teknik pembersihan yang berbeza. RSS adalah untuk proses pembersihan bagi premis yang tidak mengalami sebarang gejala atau terlibat dalam kes COVID-19. RSS disyorkan untuk individu yang ingin melakukan pencegahan dengan proses disinfeksi premis perniagaan atau kediaman anda. Manakala SDS adalah proses disinfeksi yang terlibat dalam kes COVID-19 (confirmed/suspected cases). Rawatan SDS dilakukan secara intensif ke atas premis dimana suspek bergejala selalu mengunjungi tempat tersebut.

Kamal& Kamal Pest Control
mulai
RM0.00
Semak Kamal & Kamal Pest Control harga dibawah:
  • Alamat: No. 24, Jalan Melur 43, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor
  • Waktu Operasi: 8.30am – 5.00pm (Isnin – Jumaat), 8.30am – 1.00pm (Sabtu), Ahad tutup
  • Telefon : 03 – 4297 4853
  • Media sosial: Facebook , Instagram 

Ditubuhkan sejak tahun 1985, Kamal & Kamal Pest Control menawarkan servis perkhidmatan kawalan serangga perosak pada mulanya. Kemudian, ianya menubuhkan syarikat yang khas untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pada 28hb Disember 1996. Ianya lebih fokus kepada proses pembersihan yang melibatkan samada premis perniagaan atau kediaman anda dengan selamat.

Bukan itu sahaja, syarikat Kamal&Kamal juga menawarkan perkhidmatan penyewaan dan pembekalan alatan kebersihan seperti; dispenser penyegar udara automatik, tong untuk pembuangan sanitary, urinal bowl sanitizer, mat kawalan habuk/debu dan tong sampah. 

Syarikat ini sangat terkenal di Malaysia dan mempunyai kontraktor panel yang sering menggunakan perkhidmatannya adalah MOF, MISC, MAS, universiti, DBP, PLUS, TNB dan Tourism Malaysia.

Anticimex Malaysia
mulai
RM0.00
Semak Anticimex Malaysia harga dibawah:
  • Alamat : 33, Jalan Serendah 26/41, Sekitar 26, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi : 8.00am – 6.00pm (Isnin – Jumaat), Sabtu & Ahad tutup
  • Telefon : 03 – 5614 2413
  • Media sosial: Facebook , Instagram

Anticimex mula diasaskan di Sweden pada tahun 1934. Kemudian, Malaysia membuka cawangannya disini dan beroperasi dengan pekerja seramai 100 orang yang menggunakan teknologi terkini dalam melakukan kerja-kerja pembersihan secara berkualiti. Tidak menggunakan bahan kimia bertoksik, ianya dijamin selamat ke atas semua individu. 

Terdapat 2 jenis teknik pembersihan disinfeksi yang ditawarkan oleh Anticimex iaitu Disinfection Misting Service dan Antimicrobial Eco-Film Coating Service yang fokus kepada kebersihan pada permukaan dan kawasan yang tidak mudah dicapai. Syarikat ini menggunakan bahan kimia mesra alam dan tidak akan membahayakan kesihatan anda. 

mulai
RM0.00
Semak Disinfection2U by Service Hero harga dibawah:
  • Alamat: Co-Labs Co-Working, Level 4, The Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm (Isnin – Sabtu), Ahad tutup
  • Telefon : 017 – 434 4376 (whatsapp)
  • Media sosial: Facebook

Disinfection2u merupakan unit syarikat dibawah kelolaan Service Hero yang menawarkan servis perkhidmatan berkait rapat dengan pandemik yang melanda negara kita iaitu COVID-19. Bukan hanya memberi servis perkhidmatan pada Malaysia bahkan ianya menawarkan ke negara-negara luar seperti Singapura, Thailand, Australia dan Afrika Selatan. 

Dengan menggunakan teknologi inovatif, ianya juga melakukan metode sanitisasi melalui pelbagai eksperimen agar pembiakan bakteria dapat dihapuskan lebih berkesan. Antara servis yang ditawarkan adalah Professional Disinfection Fogging, Advanced Anti-microbial Coating, COVID-19 Testing Service (swab test) dan Office Readiness Products.

Artikel berkaitan:

End of Article