Sejak pandemik COVID-19 melanda, amat penting bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk memiliki termometer di rumah.
Ini kerana kegunaan termometer sangat banyak antaranya mengukur suhu badan seseorang, suhu air atau makanan atau suhu suatu ruangan.
Jadi untuk membaca bacaan suhu termometer badan, bacaan normal adalah antara 36.5 hingga 37.5 darjah celsius.
Untuk pengetahuan anda juga, termometer suhu badan untuk kegunaan rumah sebaiknya gunakan jenis digital kerana penggunaannya mudah.
Letak sahaja pada bahagian ketiak, dahi atau telinga. Anda boleh lihat bacaan suhu yang dipamerkan pada skrin termometer.
Bagi memudahkan anda mencari jenis termometer yang sesuai dengan kegunaan di rumah dengan harga termometer yang berpatutan.
Jom lihat senarai di bawah.
Senarai 11 Jenis Termometer Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan:
Termometer ini boleh digunakan untuk mengukur suhu manusia, persekitaran dan objek seperti suhu makanan di dapur tapi tidak lebih dari 100 Celsius.
Ciri-ciri:
Termometer infrared ini boleh mengukur suhu secara tepat dalam masa kurang dari 2 saat sahaja dengan jarakkan 1-3 cm daripada dahi anda.
Selain itu, ia mempunyai reka bentuk ergonomik dan skrin LCD, yang menukar warna berhubung dengan pengukuran suhu (hijau, oren dan merah).
Tambah lagi, termometer ini ringan dan mudah digunakan, dan ia boleh menyimpan sehingga 50 nilai suhu terakhir. Jadi belilah untuk yang tersayang sekarang, dan jaga mereka juga.
Terdapat juga butang untuk mengukur suhu dalam Farenheit dan Celcius serta baterinya mampu bertahan sehingga 7 hari tanpa perlu dicas.
Jika anda alami demam atau suhu badan tinggi daripada biasa, termometer ini akan membunyi alarm tanda amaran dengan paparan warna merah.
Review:
“Dah pakai so far memang okay. Sangat mudah digunakan,”

Cara penggunaan termometer Medisana sangat mudah dan sesuai untuk kegunaan di rumah atau di bawa travel.
Hanya meletakkan termometer pada bahagian bawah lengan atau mulut untuk membaca suhu badan.
Seterusnya, tekan satu butang dan bacaan suhu badan dipaparkan pada skrin dalam masa 10 saat.
Kemudian, anda akan mendengar bunyi isyarat pada permulaan dan akhir bacaan suhu.
Selepas suhu dibaca, termometer dimatikan secara automatik selepas 10 minit jika tidak digunakan lagi.
Termometer ini telah mendapat pengesahan daripada pihak MDD (Medical Device Directive) jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan bacaan suhu yang dipaparkan.

Termometer Pigeon tidak sama seperti termometer lain kerana anda perlu menunggu selama 5 minit selepas menekan butang on untuk memastikan suhu yang diambil tepat.
Untuk pengetahuan anda, suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding dewasa, maka suhu badan mereka bergantung kepada keadaan sebelum suhu diambil.
Jangan risau, termometer ini mudah digunakan dan boleh mengukur suhu badan bayi anda dengan sangat tepat apabila diletakkan di ketiak mereka.
Termometer ini akan mengeluarkan bunyi sekiranya suhu badan melebih paras normal dan ketahanan bateri mampu bertahan sehingga 20 jam.

Termometer ini terbaik untuk mengukur suhu badan dengan tepat walaupun keadaan sekeliling mampu mempengaruhi keadaan badan anda ketika itu.
Bergantung kepada jenis dan ketebalan kulit, suhu yang diukur mungkin terdapat sedikit perbezaan.
Jika anda berada lama di luar dan kemudian masuk ke tempat yang berhawa dingin, pastikan termometer berada di dalam bilik tersebut 15 hingga 20 minit sebelum menggunakannya.
Ini untuk memastikan suhu badan anda bersesuaian dengan keadaan bilik tersebut sebelum mengukurnya.

Elakkan daripada terkena jangkitan wabak penyakit pada musim COVID-19 ini dengan menggunakan termometer yang tidak memerlukan sentuhan secara fizikal.
Anda boleh merekod sehingga 32 bacaan sebelumnya untuk memantau keadaan kesihatan agar kekal sihat.
Skrin LCD termometer ini sangat jelas, membolehkan boleh mengukur suhu untuk semua peringkat umur.
Termometer ini lengkap dengan fungsi penggera bahawa badan berada dalam keadaan demam, anda boleh segera melakukan proses pencegahan.

Disebabkan termometer ini direka bentuk agak besar jadi boleh membaca bacaan suhu badan atau objek sekeliling dengan menukar mod sahaja.
Terdapat skrin LCD yang jelas untuk memudahkan anda untuk membaca bacaan suhu.
Seperti termometer yang lain, alat ini akan berbunyi sekiranya suhu badan anda melebihi tahap normal.
Jadi, setiap keluarga wajib memiliki termometer jenis ini walaupun harganya sedikit mahal.

Walaupun harganya mahal berbanding termometer yang lain tapi kualiti termometer ini dijamin terbaik.
Ini kerana sudah Fluke telah mengeluarkan rangkaian termometer melebih 65 tahun di dalam industri pembuatan alatan untuk ujikaji.
Antara ciri yang unik adalah alat ini boleh membaca suhu dengan jarak 1m tanpa menyentuh mana-mana bahagian.
Malah, alat ini tahan lasak di mana mampu jatuh dari tinggi 1meter dan mempunyai ciri mudah dibawa ke mana sahaja serta menjimatkan ruang penyimpanan.
Bahagian skrin digital direka dengan luas memudahkan bacaan suhu dibaca dengan lebih jelas.

Cofoe 3 in 1 Ear & Forehead Infrared Thermometer antara salah satu termometer yang mudah digunakan.
Bukan itu saja, termometer ini juga dapat mengukur suhu badan dengan tepat dan cepat.
Walaupun boleh mengukur suhu pada bahagian dahi dan telinga saj tapi dilengkapi built-in laser pointer yang membolehkan anda mengukur suhu walaupun dalam jarak jauh.
Ciri lain alat ini lagi, mempunyai skrin LCD yang memudahkan pengguna untuk membaca bacaan suhu termometer.
Menariknya lagi, mempunyai fungsi suara yang boleh diaktifkan untuk memberitahu anda apabila pengukuran selesai.
Pengguna harus berhati-hati dan mengikut arahan yang diberikan oleh pengeluar untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan.

Termometer kaca merkuri merupakan alat yang mudah digunakan oleh semua orang daripada usia bayi sehingga warga emas.
Cara penggunaan termometer ini hanya letak terus pada bawah ketiak dan suhu terus boleh dibaca.
Jangan risau, alat ini tidak perlu dicas dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Termometer ini dilengkapi dengan bekas simpanan khas jadi tidak akan mudah rosak walaupun anda bawa semasa travel.
Jadi alat ini selamat, tidak mudah pecah dan boleh dibawa ke mana sahaja anda pergi.

K3x Infrared Thermometer Body Temperature merupakan sebuah termometer yang menggunakan teknologi infrared untuk mengukur suhu tubuh seseorang.
Alat ini sangat mudah digunakan kerana hanya perlu berdiri sejajar dengan termometer tanpa menyentuhnya dan suhu badan dapat dibaca dengan pantas.
Paparan digital LED yang besar pada K3 juga memudahkan orang untuk melihat suhu badan dari jarak hingga 5 meter.
Malah, mempunyai penggera automatik jika badan suhu anda tidak normal dimana akan mengeluarkan cahay berkelip/
K3 juga merupakan pilihan yang lebih berkesan dan menjimatkan kos dan masa.
Sesuai untuk digunakan di pejabat, kilang, pintu masuk bangunan, kedai atau pasar raya.

Jenama Omron merupakan jenama yang dipercayai bacaan suhu yang tepat dalam bentuk Fahrenheit atau Celsius.
Seperti termometer yang lain, alat ini akan berbunyi jika suhu badan sudah dibaca.
Berita baik tentang termometer ini adalah bateri boleh diganti dan bersifat water resistance.
Jadi anda boleh cuci atau lap dengan tisu basah selepas menggunakannya.
Produk diuji oleh pasukan farmasi profesional dan jaminan 1 tahun disertakan.
Untuk pengetahuan, pengukuran hanya ambil masa80 saat untuk lisan, 60 saat untuk rektum dan 120 saat untuk ukuran ketiak.
Apa Fungsi Termometer?
Termometer adalah alat yang berguna untuk mengukur suhu.
Terdapat banyak fungsi termometer yang dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Berikut adalah fungsi termometer yang penting:
- Fungsi utama termometer adalah untuk mengukur suhu badan. Ini boleh digunakan untuk menentukan sama ada seseorang mengalami demam atau mengalami tanda-tanda penyakit lain.
- Penggunaan termometer boleh membantu doktor atau pakar perubatan menentukan diagnosis penyakit atau keadaan kesihatan seseorang. Suhu badan yang tinggi atau rendah boleh menjadi tanda penyakit atau keadaan kesihatan yang tidak normal.
- Termometer juga berguna untuk mengawal suhu dalam proses penyediaan makanan. Memastikan makanan itu selamat untuk dimakan dan tidak akan menyebabkan sakit perut atau masalah kesihatan lain.
- Termometer boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. Ini boleh membantu penyelidik mengumpul data yang tepat tentang suhu. Data ini boleh digunakan dalam kajian atau penyelidikan yang lebih luas.
- Kita boleh mengukur suhu di dalam dan di luar bilik untuk melihat sama ada ia selesa atau tidak. Jika suhu di dalam bilik terlalu panas, kita boleh gunakan penghawa dingin atau kipas untuk menyejukkannya.
Dengan banyaknya fungsi termometer, dapat disimpulkan bahwa alat ini sangat berguna dalam kehidupan sehari-hari.
Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui cara mengukur suhu badan dengan mudah.
Perbezaan Termometer Klinik Dan Rektal
Terdapat beberapa perbezaan penting antara termometer klinik dan rektal yang perlu diketahui oleh pengguna.
Pertama, termometer klinik biasanya digunakan untuk mengukur suhu badan dari mulut, dahi, atau telinga.
Manakala termometer rektal pula digunakan untuk mengukur suhu badan dari rektum.
Kedua-dua jenis termometer ini boleh memberikan bacaan yang tepat tapi termometer rektal boleh menimbulkan rasa tidak selesa apabila digunakan.
Termometer klinik biasanya lebih sesuai untuk digunakan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar.
Tapi termometer rektal lebih sesuai untuk digunakan pada bayi yang baru lahir atau kanak-kanak kecil.
Selain itu, termometer klinik biasanya lebih lebih sesuai untuk penggunaan di rumah dan mudah dibawa ke mana-mana.
Berbeza dengan termometer rektal yang perlu digunakan oleh pakar perubatan atau orang yang berpengalaman.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya merupakan alat yang berguna dan boleh dipercayai untuk mengukur suhu badan.
Anda harus memilih jenis termometer yang sesuai dengan keperluan.
Artikel Berkaitan
- 8 Termometer Dahi Yang Sesuai Untuk Check Suhu Badan
- 12 Brand Pulse Oximeter Ini Telah Diluluskan Pihak MDA
- Sebelum Kena Kuarantin Kendiri, Pastikan Korang Sedia 7 Barang Keperluan Ni
- Mencegah Coronavirus (Covid-19) & Menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- 7 Servis Disinfeksi Rumah & Pejabat Untuk Hapuskan Bakteria