Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Speaker Bluetooth Harga Murah Dan Baik

Kebanyakan orang zaman sekarang sangat menggemari speaker dari jenis yang mudah alih. Malah lebih mudah lagi jika ia disertakan dengan sambungan bluetooth agar ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja anda berada. Selain daripada memberikan kepuasan ketika mendengar muzik ia juga sesuai ketika anda ingin mengadakan parti walau di mana sahaja.

Kini sudah begitu banyak speaker dengan sambungan bluetooth telah diperkenalkan di pasaran termasuk dengan pelbagai rekabentuk terkini yang cukup bergaya dan dengan ciri-ciri tambahan yang unik menjadikan speaker bluetooth ini menjadi pilihan kebanyakan orang yang gemar bergerak ke sana sini namun masih inginkan kualiti ketika berhibur dan menonton sesuatu.

Berikut merupakan pilihan speaker berasaskan sambungan bluetooth yang berada di bawah RM 50 yang sesuai untuk pelbagai perkara.

Terbaik untuk kegunaan bersama laptop dan telefon pintar
Terbaik untuk kegunaan bersama laptop dan telefon pintar
Semak New Fivestar F6 Portable Speaker harga dibawah:

Kepada mereka yang menggemari speaker bluetooth mudah alih yang boleh digunakan bersama laptop dan telefon pintar, model ini adalah sangat sesuai dengan anda yang inginkan gaya yang  simple dan ringan. A mudah untuk dibawa bersiar-siar bersama serta memiliki fungsi line in dan fungsi frekuensi radio FM. Ia juga disertai dengan pembaca kad TF serta maklumbalas frekuensi sehingga 1800 Hz. Menjadikan bunyi-bunyian laptop anda lebih menarik.

Terbaik untuk kegunaan tablet
Terbaik untuk kegunaan tablet
Semak New A10U Mini Metal Bluetooth Speaker harga dibawah:

Kepada pengguna tablet kini mereka tidak perlu lagi untuk berasa risau kerana bluetooth speaker juga boleh digunakan bersama tablet untuk kepuasan anda. Diserakan dengan bateri yang mudah dicaj semula melalui USB, speakernya pula mengeluarkan bunyi yang bass yang kaya, stereo dan jelas untuk anda. Dilengkapi dengan mikrofon binaan dalaman untuk memudahkan anda membuat panggilan bebas tangan.

Semak WS-887 Portable Bluetooth Mini Speaker   harga dibawah:

Model speaker bluetooth yang paling ringkas dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja malah ia juga memiliki ciri-ciri yang menjadikan ia kegemaran ramai. Ia menyokong USB dan sambungan melalui bluetooth serta kad TF menjadikan mudah untuk anda membuat sambungan melalui mana-mana peranti. Apa lagi yang menarik dengan bluetooth speaker ini adalah anda boleh membuat panggilan telefon dengan mudah melaluinya.

Terbaik untuk kegunaan pengguna televisyen
Semak MEGABASS Bluetooth Wireless Speaker A2DP harga dibawah:

Kepada mereka yang sering berpindah randah namun menginginkan kepuasan ketika menonton TV dengan bunyi yang jelas dan mengangumkan, model ini adalah sesuai untuk anda. Model ini disertakan dengan mikrofon binaan dalaman untuk panggilan telefon bebas tangan dan bateri LI-ion yang boeh dicaj melalui USB. Dengan rekabentuk yang ringan dan fleksibel membolehkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

Terbaik untuk kegunaan Android
Terbaik untuk kegunaan android
Semak LED Mini Portable Bluetooth Speaker  harga dibawah:

Kepada pengguna Android mereka sudah boleh mearik nafas lega kerana mampu mendengar lagu melalui speaker bluetooth mudah alih yang terbaru ini. Selain didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik dan ia boleh dioperasikan dengan menggunakan butang. Ia berkebolehan untuk menyokong audio daripada jenis MP3 serta mempunyai fungsi mainan audio melalui sambungan bluetooth.

Terbaik untuk kegunaan mereka dengan telefon pintar
Terbaik untuk kegunaan mereka dengan telefon pintar
Semak Water Resistant Bluetooth Shower Speaker for Smartphone harga dibawah:

Kepada mereka yang gemarkan speaker mudah alih yang kalis air, model ini merupakan pilihan terbaik untuk anda terutamanya yang kerap bergerak kerana disebabkan cuaca yang tidak menentu ciri-ciri kalis air ini mampu untuk membantu anda. Disamping itu ia juga memiliki mikrofon binaan dalaman serta kawalan suara untuk mengawal bunyi agar selesa di pendengaran. Ia boleh disambungkan menggunakan bluetooth untuk kemudahan anda yang menggunakan telefon pintar.

Ekstra: 8 Speaker Tanpa Wayar Waterproof yang Sesuai Untuk Hiburan Outdoor

Terbaik untuk kegunaan di dalam kereta dan motor
Terbaik untuk kegunaan di dalam kereta dan motor
Semak SonicGear Pandora Lumo Bluetooth Portable Speaker (Green) harga dibawah:

Merupakan model speaker mudah alih yang sangat tepat kepada mereka yang ingin berhibir sambil menunggang motor dan membawa kereta kerana mungkin anda berasa bosan dalam perjalanan. Dengan sambungan bluetooth yang memudahkan anda untuk membuat sambungan dengan peranti anda menjadikan ia sesuai untuk anda yang sering bergerak ke mana-mana.  Selain itu rekabentuk san saiznya yang kecil menjadikan ia pilihan orang ramai terutama pemandu dan penunggang.

Terbaik untuk mereka yang menggunakan iPhone
Terbaik untuk mereka yang menggunakan iphone
Semak QNIGLO X6U Mini Bluetooth Speaker Orange   harga dibawah:

Kepada pengguna Iphone anda tidak perlu lagi merasa gusar kerana kini terdapat speaker mudah alih berasaskan sambungan bluetooth yang sesuai untuk kegunaan Iphone. Bukan sahaja rekabentuk dan saiznya yang kecil itu menjadikan ia mudah dibawa untuk ke mana sahaja malah ia juga hadir dengan lima warna yang menawan untuk tarikan anda sendiri. Ia boleh beroperasi sehingga 4 jam dan hanya perlu dicaj selama 1 hingga 2 jam sahaja.

Terbaik untuk kegunaan mobile, tablet dan laptop
Semak S28 Metal Steel Portable Mini Bluetooth Speaker   harga dibawah:

Kepada yang menggemari speaker mudah alih dengan sambungan berasaskan bluetooth yang dilengkapi dengan sistem bunyi bass Xpansion untuk bunyian yang lebih gempak, ini merupakan model terbaik untuk anda. Dengan sokongan untuk menjawab panggilan dan memainkan muzik dengan format MP3 ia menjadikan hidup anda malah lebih menarik. Ia juga mampu memberikan mutu bunyi yang lebih terperinci dan tepat untuk keselesaan pendengaran anda.

Related articles

End of Article