Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
earphone malaysia

11 Jenama Earphones & Earbuds Terbaik di Malaysia 2024

Dengar lagu dan berbual dengan earphone yang lebih berkualiti!

Earphone atau earbuds sekarang sudah menjadi salah satu alat sokongan untuk menonton video atau menjawab panggilan telefon apabila berada di kawasan awam.

Lagipun ia mampu memberi audio yang lebih jelas serta tidak mengganggu orang sekeliling.

Jadi, pemilihan earphone terbaik dapat berikan kualiti audio yang baik dan membuatkan anda lebih seronok dan puas ketika bermain game, mendengar lagu atau menonton video dan filem di telefon.

Tapi apa yang menjadi masalah, mana satu jenama earphone terbaik atau jenis yang sesuai dengan keperluan anda?

Jom kita tengok senarai jenama earphone terbaik atau earbuds terbaik di bawah supaya anda boleh buat pilihan yang tepat.


Senarai 11 Jenama Earphone Terbaik

Earphone terbaik secara keseluruhan
JBL
jbl earphone
mulai
RM219.00
Semak JBL Endurance Run 2 Wireless harga dibawah:
add_circle Reka bentuk FlipHook™
add_circle Kalis air
add_circle Masa playback sehingga 10 jam
add_circle Kawalan bebas tangan
remove_circle Tali sedikit panjang

Sebab menjadi pilihan utama:

JBL ENDURANCE RUN 2 WIRELESS mempunyai reka bentuk FlipHook™ yang membolehkan anda memakainya di dalam atau di belakang telinga untuk keselesaan yang maksimum. 

Ciri-ciri:

Earphone tanpa wayar yang tahan air dan selesa digunakan semasa anda bersenam.

Ciri FlexSoft™ dan Teknologi TwistLock™ memastikan earphone ini selesa digunakan dan tidak mudah terjatuh. 

Dengan masa main sehingga 10 jam, earphone JBL ini dilengkapi dengan mikrofon dan remote untuk kawal bunyi dan panggilan tanpa perlu menggunakan tangan. 

Tambahan pula, dengan magnet pada badannya, ia boleh diletakkan di sekeliling leher anda apabila tidak digunakan. 

Jangan risau, earphone ini tahan terhadap peluh dan hujan, jadi anda boleh nikmati pengalaman bersenam dengan bunyi yang mantap dari JBL Pure Bass Sound.

Review:

"Kualiti dan prestasi earphone ini memuaskan saya. Bila pakai tak mudah jatuh masa saya skipping dan jogging, memang selesa di telinga. Jangka hayat bateri juga lebih baik dari model terdahulu dan boleh pilih warna yang menarik."

Earphone bass terbaik
Armaggeddon
Armaggeddon WASP-5 Gaming Earphones
mulai
RM49.90
Semak Armaggeddon WASP-5 harga dibawah:
add_circle Ada 2 mikrofon
add_circle Dual driver
add_circle Waranti 1 tahun
add_circle Ada 3 saiz ear gel (S/M/L)
remove_circle Tiada bluetooth

Dengan frequency response 20 hingga 20,000 Hz, earphone ini direka khas untuk bermain game.

Produk ini mempunyai kabel tahan lama sehingga 1.2 meter, jadi anda boleh bermain game kegemaran tanpa batasan.

Selain untuk gaming, bunyi bass yang dihasilkan juga membolehkan anda menggunakan earphones ini untuk mendengar lagu.

Anda juga boleh menjawab panggilan telefon dengan alat audio jenama ini kerana mempunyai dua mic di mana salah satunya boleh ditanggalkan. 

Bunyi gangguan dari luar juga dapat dikurangkan, jadi rakan anda dapat mendengar suara dengan jelas ketika bermain game atas talian.

Selain itu, earphones dengan output 3.5mm ini selesa dipakai pada telinga dan dengan plug berbentuk L.

Ini menjadikan anda boleh bermain game dengan mudah tanpa batasan, dan mendapat bunyi bass yang memuaskan.

Earphone Bluetooth terbaik
Beats Flex All Day Wireless Earphones
mulai
RM299.00
Semak Beats Flex All Day harga dibawah:
add_circle Earbuds jenis magnetik
add_circle Bateri tahan sehingga 12 jam
add_circle Bunyi bass bagus
add_circle Boleh berkongsi audio
remove_circle Harga mahal
remove_circle Pouch tidak disertakan

Siapa yang tak kenal jenama aksesori audio dari Apple, boleh dikatakan sebagai jenama yang bagus.

Earphone Bluetooth terbaik ini dilengkapi dengan cip jenis Apple W1 dimana membolehkan anda mendengar lagu atau menonton filem yang sama dengan rakan yang mempunyai headphones Beats yang lain atau AirPods. 

Cara penggunaan alat ini juga mudah dan ringkas.

Sewaktu audio akan dimainkan secara automatik akan berhenti seketika jika ditanggalkan dan diletakkan pada leher. 

Mikrofon pula mampu mengurangkan bunyi angin sekaligus dapat memberikan anda kualiti panggilan audio yang terbaik. 

Paling mudah, kabel earphones ini tak mudah berselirat.

Paling penting, pengecasan pantas dan boleh digunakan selama 1.5 jam walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit.

TOPK F20 Stereo In Ear Wired Earphones With Mic
mulai
RM6.79
Semak TOPK F20 Stereo In Ear Wired Earphones harga dibawah:
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Bunyi bass kuat
add_circle Julat frekuensi dari 45Hz hingga 20kHz
remove_circle Tiada Bluetooth
remove_circle Tidak sesuai dengan iPhone keluaran terbaru

Dengan harga yang murah, produk dengan ini sesuai untuk pelajar.

Walaupun murah, earphone ini boleh disambung pada komputer riba, PC dan telefon pintar yang menggunakan port jenis 3.5mm. 

Selain itu, earphone TOPK ini juga hadir dengan tahap sensitiviti sebanyak 90dB dimana mampu memberikan kualiti audio yang tidak kurang hebatnya. 

Cara untuk menggunakan aksesori audio ini juga mudah, pengguna hanya perlu mengawal tahap kelantangan audio atau menukar track seterusnya dengan butang yang disediakan.

Paling penting, boleh digunakan untuk mengakses fungsi voice assistant.

Tambahan lagi, produk ini turut didatangkan dengan waranti selama 12 bulan.

Earphone untuk wanita bertudung terbaik
Sony
Sony WI-C200 Wireless In-Ear Earphones
mulai
RM137.90
Semak Sony WI-C200 Wireless In-Ear Earphones harga dibawah:
add_circle Menyokong fungsi Google Assistant & Siri
add_circle Ada mikrofon
add_circle Boleh dikawal melalui in-line remote
remove_circle Pilihan warna terhad

Earphone ini boleh menjadi penyelesaian masalah kepada wanita berhijab kerana direka dengan wayar di belakang leher untuk mengelakkan wayar berselirat di dalam tudung.

Kualiti bunyi daripada jenama Sony juga sememangnya tak perlu dipersoalkan lagi, kerana dengan driver units 9mm, ia mampu menghasilkan audio yang padu. 

Tambahan lagi, jangka hayat bateri earphone jenis wireless dengan bluetooth ini juga mampu bertahan sehingga 15 jam jika dicas penuh.

Malah boleh digunakan sehingga sejam walaupun anda hanya mengecas selama 10 minit kerana menyokong teknologi pengecasan pantas. 

Anda juga boleh menggunakan alat audio ini untuk menjawab panggilan telefon walaupun ketika sedang sibuk.

Dengan earbuds jenis magnetik pula, kedua-dua belah earbuds akan bercantum dengan sendirinya ketika tidak digunakan. 

TWS Bluetooth Earphones 5.0 9D Sound F9
mulai
RM13.10
Semak TWS Bluetooth Earphones 5.0 9D Sound F9 harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Kalis air
add_circle Mempunyai sistem bluetooth
remove_circle Kurang sesuai untuk gaming

Earphone ini menggunakan bateri jenis dwi litium berkapasiti besar 3500 mAh sekaligus menjadikan bateri earphone ini tahan lama.

Bekas pengecas earphone ini boleh dijadikan powerbank untuk mengecas telefon dimana saja dan pengecasan penuh mengambil masa 1.5 jam.

Selain itu, earphone ini mempunyai ciri kalis air IP7 dimana anda boleh guna ketika dalam hujan dan peluh.

Ini kerana bahagian set kepala bluetooth menggunakan material kalis air jadi dapat melindungi bahagian komponen dalaman daripada terkena dari air.

Ciri ini menjadikan sesuai untuk di bawa untuk bersukan di luar dan kawasan indoor atau digunakan untuk kegunaan harian.

Earphone untuk iPhone
Apple
Apple AirPods Pro (2nd generation)
mulai
RM1,049.00
Semak Apple AirPods Pro (2nd generation) harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Bunyi stereo 360°
add_circle Tahan peluh dan kalis air
add_circle Teknologi Active Noise Cancellation
remove_circle Harga mahal

Apple AirPods Pro (2nd Generation) adalah pilihan terbaik untuk pengalaman mendengar yang hebat dan keselesaan sepanjang hari buat pengguna iPhone.

Ciri-ciri utama termasuk:

  • Teknologi Active Noise Cancellation mengurangkan bunyi latar yang tidak diingini.
  • Adaptive Transparency membolehkan bunyi luar masuk sambil mengurangkan bunyi bising persekitaran.
  • Personalised Spatial Audio dengan penjejak kepala dinamik menempatkan bunyi di sekeliling anda.

AirPods Pro ini juga tahan peluh dan air, dilengkapi dengan case yang dapat dicas menggunakan MagSafe, dan memberikan sehingga 6 jam waktu mendengar dengan Active Noise Cancellation.

Selain itu, ia mempunyai kawalan sentuh, pengecaman in-ear, fungsi Audio Sharing, pertukaran automatik antara peranti, dan penjejak AirPods yang canggih.

Jangan risau, earphone ini juga sesuai untuk aktiviti luar atau bersenam.

Earphone dengan mic noise cancelling
Black Shark
blackshark wireless earbud
mulai
RM189.00
Semak Black Shark Lucifer T6 Wireless Earbuds harga dibawah:
add_circle Terdapat mod permainan & mod muzik
add_circle Kualiti bunyi studio dalam telinga
add_circle Sehingga 26 jam masa mendengar
add_circle Sepadan dengan iPhone, Android, Windows, Mac OS dan Switch
remove_circle Harga mahal

Dapatkan pengalaman gaming yang lebih baik dengan Black Shark Lucifer T6 yang menawarkan 0.035s ultra-low latency dan audio spatial gaming.

Ini membolehkan anda bertindak lebih pantas semasa menyertai gaming tournament dan mendengar dengan lebih jelas. 

Selain itu, earbud ini dilengkapi dengan Dual Environmental Noise Cancelling (ENC) Microphones yang menjadikan komunikasi suara lebih jelas. 

Anda juga dapat menikmati kualiti bunyi studio dalam Mod Muzik dengan 10mm high-sensitivity diaphragm drivers

Sokongan Bluetooth 5.2 memastikan sambungan pantas dan stabil, serta memberikan anda hingga 26 jam masa mendengar. 

Earbuds terbaik untuk muzik
Fiio
fio earphone
mulai
RM599.00
Semak FiiO FD3 Pro harga dibawah:
add_circle Rekaan akustik semi-terbuka
add_circle Kabel berkualiti tinggi
add_circle Teknologi paten FiiO
add_circle Tiub bunyi yang boleh ditukar ganti
remove_circle Harga mahal

Anda gemar mendengar lagu dan mencari earphone berkualiti tinggi? Dapatkan je FiiO FD3 Pro-DLC Diaphragm Dynamic Driver In Ear Monitor Earphones. 

Earphone ini menonjol dengan ciri-ciri menarik seperti diaphragm berlian DLC yang menghasilkan bunyi yang jelas tanpa gangguan dari bunyi luar. 

Selain itu, ia dilengkapi dengan prisma akustik hadapan yang membantu mengatasi masalah kelewatan bunyi dan menghadirkan kualiti bunyi yang terbaik. 

Ciri lain termasuk rekaan akustik semi-terbuka berasaskan teknologi paten FiiO yang memberikan bunyi semula jadi dan sesuai untuk sesi mendengar yang panjang.

Saluran bunyi juga boleh ditukar untuk menyesuaikan bunyi mengikut citarasa dan mempunyai kabel berkualiti tinggi FD3 Pro yang membolehkan anda bertukar antara plug audio 2.5/3.5/4.4mm.

Earphone dengan mic remote
Sony
earphone sony
mulai
RM179.00
Semak SONY MDR-XB55AP Extra Bass harga dibawah:

SONY MDR-XB55AP adalah earphone in-ear yang menghadirkan bunyi bass ekstra dengan mic remote.

Dengan pemacu 12 mm, anda boleh menikmati output muzik yang terperinci dan beralih ke panggilan dengan mudah.

Selain itu, earphone ini sesuai untuk telefon pintar kerana ringan, dan dilengkapi dengan 12mm neodymium drivers untuk menghasilkan bunyi yang kuat dan seimbang.

Saluran bass yang kuat menghantar bass yang lebih dalam. Jika anda sering berulang alik bekerja di bandar yang sesak, ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

Earphone gaming terbaik
Razer
Razer Hammerhead Pro HyperSpeed
mulai
RM891.00
Semak Razer Hammerhead Pro HyperSpeed harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Kualiti audio terbaik
add_circle Sangat responsif
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bateri tidak tahan lama

Adakah anda meletakkan diri anda sebagai seorang gamer sejati? Kami cadangkan untuk padankan earbud daripada Razer ini sebagai aksesori gaming anda.

Earbud Razer Hammerhead Pro HyperSpeed ini mempunyai berat 59g sahaja, jadi tentunya anda tidak akan terasa berat semasa memakainya.

Standard dengan gadget untuk gaming yang lain, earbud Razer ini juga dilengkapi dengan lampu RGB yang cantik menemani momen anda semasa bermain game.

Hanya ada warna hitam sahaja, earbud ini turut mempunyai kualiti audio yang terbaik dan juga mic yang berkualiti bagi memastikan anda tidak terputus komunikasi semasa bermain game dengan rakan-rakan gamers.

Audio yang dipancarkan menerusi earbud ini juga sangat responsif, jadi audio yang dikeluarkan tidak lagging dengan visual yang dipaparkan.

Paling penting, sangat selesa dipakai dan tidak membuatkan anda berasa penat walaupun sudah memakainya pada tempoh yang lama. 

Bagaimanapun, harganya mungkin mahal sedikit dan bateri boleh bertahan sehingga 3 jam.


Cara Pilih Earphone Yang Bagus 

Antara faktor yang parlu diambil kira sebelum membeli sesebuah earphones ialah frequency response yang dimiliknya. 

Semakin besar nilainya, maknanya semakin bagus kualiti bunyi yang dihasilkan oleh produk tersebut.

Selain itu, perhatikan juga tahap sensitiviti kerana earphones yang bagus selalunya tidak lebih dari 80 dB hingga 110dB. 

Jadi, pastikan produk yang anda mahu dapatkan itu mempunyai nilai sensitiviti yang baik.

Bagaimanapun, sesetengah aksesori audio turut dilengkapi dengan fungsi menarik seperti bluetooth, noise canceling dan Near-Field Communication (NFC). 

Natijahnya, tepuk dada tanya selera sendiri jenama dan jenis earphones yang mana paling sesuai dengan kegunaan harian anda. 


Beza Earphone & Headphone 

Perbezaan yang paling ketara antara earphones dan headphones ialah saiz.

Earphone merupakan sejenis alat audio yang menutup gegendang telinga sepenuhnya dan kini terdapat earphone yang wireless kerana menyokong fungsi bluetooth

Manakala headphones pula, dua buah pembesar suara bersaiz kecil yang bersambung antara satu sama lain dengan band.

Lazimnya diperbuat daripada plastik atau aluminium.

Alat ini diletakkan pada bahagian atas kepala dan headphones selalunya akan mempunyai fungsi noise cancelling.

Jadi, bunyi bising akan dikurangkan dengan lebih baik jika dibandingkan dengan penggunaan earphones.

Apa pun, jom kita tonton video ringkas dari negara seberang yang menerangkan perbezaan teknologi ini.


Artikel Berkaitan

End of Article