Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
earphone xiaomi malaysia

10 Earphone Xiaomi Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Hanya yang terbaik dari Xiaomi!

Penggunaan earphones sememangnya penting dalam kehidupan seharian kita, terutamanya jika anda gemar mendengar lagu di tempat awam supaya muzik yang dipasang itu tidak akan mengganggu pekerjaan orang lain di persekitaran kita. 

Dengan lambakan produk earphones daripada pelbagai jenama dengan banyak variasi harga di pasaran, ia boleh menyebabkan anda sukar untuk membuat keputusan. 

Namun, jangan risau, sebab kali ini kami akan senaraikan beberapa earphones dari jenama Xiaomi yang tidak akan mengecewakan anda.  


Isi Kandungan


10 Earphone Xiaomi Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Earphone Xiaomi Bluetooth terbaik
Xiaomi Mi True Wireless Earphones 2 Basic
Xiaomi
Xiaomi Mi True Wireless Earphones 2 Basic
mulai
RM139.00
Semak Xiaomi Mi True Wireless Earphones 2 Basic harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal walau tanpa telefon
add_circle Masa pengecasan penuh hanya 1.5 jam
add_circle Berat hanya 48g
remove_circle Bateri hanya tahan 5 jam jika kelantangan audio 50%

Bateri tahan lama menjadi daya penarik utama earphone tanpa wayar terbaik dari Xiaomi ini kerana muzik boleh dimainkan sehingga 20 jam jika ia beserta charging case dicas sehingga penuh. 

Bagi anda yang kurang gemar penggunaan wayar yang berselirat, produk ini memang direka khas untuk anda sebab ia dilengkapi dengan fungsi Bluetooth 5.0. 

Selain itu, earbuds tanpa wayar ini juga hadir dengan dua mikrofon yang sensitif, jadi ia akan mengurangkan bunyi bising ketika menjawab panggilan. 

Kebanyakan review daripada mereka yang pernah menggunakan produk ini juga rata-ratanya positif kerana ia menghasilkan bunyi yang jelas. 

Cara menggunakannya juga mudah sahaja, hanya perlu double tap pada earphone untuk memulakan atau menghentikan muzik. 

Paling menarik, lagu atau audio akan berhenti dengan sendirinya ketika kita menanggalkan earphone dan akan bermain kembali apabila alat ini dipakai semula. Canggih bukan?

Earphone Xiaomi wireless terbaik
Xiaomi Mi True Wireless Earbuds Basic 2
Xiaomi
Xiaomi Mi True Wireless Earbuds Basic 2
mulai
RM79.00
Semak Xiaomi Mi True Wireless Earbuds Basic 2 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan 12 jam
add_circle Bluetooth 5.0
add_circle Teknologi noise cancellation
remove_circle Tidak boleh disambung pada 2 peranti dalam 1 masa

Dengan berat yang hanya 35.4 gram, earbuds tanpa wayar ini  membuatkan anda berasa selesa walaupun dipakai lama. 

Didatangkan dengan tiga saiz earbuds,yang berbeza jadi anda boleh pilih saiz yang sesuai dengan telinga anda. 

Bagi memudahkan kawalan, ia menyokong fungsi Voice Assistant. 

Tambahan pula, setelah dipasang pada telefon pintar anda buat kali pertama, earbuds ini akan disambung secara automatik setiap kali ia dikeluarkan daripada bekasnya. 

Tak payah susah-susah untuk sambungkannya secara manual setiap kali mahu digunakan.  

Selain itu, speaker yang bersaiz 7.22 mm pula akan menghasilkan bunyi yang berkualiti tinggi manakala bunyi bass pula akan memberikan anda pengalaman mendengar muzik yang mengasyikkan. 

Earphone Xiaomi dengan mic terbaik
Xiaomi Mi In-Ear Earphones Half Earbuds Wired Control
Xiaomi
Xiaomi Mi In-Ear Earphones Half Earbuds Wired Control
mulai
RM22.99
Semak Xiaomi Mi In-Ear Earphones Half Earbuds Wired Control harga dibawah:
add_circle Ada plug input 3.5mm
add_circle Boleh digunakan untuk jawab panggilan
remove_circle Tiada butang kawalan kelantangan audio

Kami syorkan anda yang sering berkomunikasi dengan orang tersayang untuk dapatkan earphone yang dijual dengan harga bawah RM50 ini. 

Selain telefon Xiaomi, alat audio ini juga sesuai digunakan dengan telefon Android dan beberapa model pilihan iPhone. 

Paling unik, ia juga boleh digunakan pada PC dan komputer riba. 

Jika anda kurang gemar menggunakan earphone jenis Bluetooth, boleh pertimbangkan untuk beli earphone dengan mic terbaik ini. 

Dengan menggunakan butang yang ada pada aksesori audio ini juga, pengguna boleh menghentikan atau memainkan muzik. Memang akan memudahkan kerja bukan?

Earphone Xiaomi noise cancelling terbaik
Xiaomi Mi Noise Cancelling Earphones
Xiaomi
Xiaomi Mi Noise Cancelling Earphones
mulai
RM229.00
Semak Xiaomi Mi Noise Cancelling Earphones harga dibawah:
add_circle Rekaan earbuds ergonomik
add_circle Masa pengecasan penuh hanya 2 jam
add_circle Ada active noise cancellation
remove_circle Pilihan warna terhad

Jika anda sering bekerja di kawasan awam seperti di kafe, alat audio dengan fungsi active noise cancelling ini memang wajib menjadi teman baik anda. 

Produk ini juga mempunyai klip yang diperbuat daripada logam, jadi kabelnya tidak akan bergerak jika diklip pada baju. 

Selain mempunyai kapasiti bateri 55mAh, jangka hayat produk ini mampu bertahan hingga 12 jam. 

Ia juga turut hadir dengan jaminan, jadi jangan risau jika terdapat kerosakan pada aksesori audio dari Xiaomi ini. 

Yang paling menarik, earphones in dilengkapi dengan hearing protection yang akan melindungi pendengaran anda. 

Ia juga mempunyai input 3.5mm dan kabel sepanjang 1.35m, jadi selain boleh digunakan pada telefon pintar, anda juga boleh mendengar lagu menggunakan earphones ini pada komputer. 

Earphone Xiaomi terbaik untuk gaming
Xiaomi Redmi AirDots 3 Pro Bluetooth Earbuds
Xiaomi
Xiaomi Redmi AirDots 3 Pro Bluetooth Earbuds
mulai
RM214.53
Semak Xiaomi Redmi AirDots 3 Pro Bluetooth Earbuds harga dibawah:
add_circle Fungsi pengecasan pantas
add_circle Kalis air IPX4
add_circle Boleh disambung dengan 2 peranti dalam waktu sama
remove_circle Tiada waranti

Jika anda sering kehilangan earphones, alat audio ini memang direka untuk anda kerana dilengkapi dengan fungsi Find Your Earphones. Jadi, anda boleh mengetahui lokasi earbuds hanya dengan menggunakan Bluetooth di telefon pintar. 

Selain itu, muzik akan terhenti secara automatik jika anda menanggalkan earbuds dan akan bermain semula apabila anda memakainya. Pintar bukan?

Ia juga mempunyai fungsi khas untuk mengurangkan bunyi gangguan, jadi pengguna boleh fokus pada kerja yang dilakukan tanpa gangguan. 

Dengan fungsi pengecasan pantas pula, anda boleh mendengar muzik sehingga 3 jam walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit. 

Ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana mempunyai berat 55g sahaja bersama charging case.

Earphone Xiaomi terbaik untuk jogging
Xiaomi Mi Sports Bluetooth Earphone
Xiaomi
Xiaomi Mi Sports Bluetooth Earphone
mulai
RM60.00
Semak Xiaomi Mi Sports Bluetooth Earphone harga dibawah:
add_circle Tidak mudah jatuh
add_circle Bateri tahan 11 jam
add_circle Kalis air IPX4
remove_circle Tidak begitu sesuai untuk gaming

Masih tercari-cari aksesori audio yang sesuai dipakai ketika bersenam atau berlari setiap pagi? 

Earphone Xiaomi ini patut menjadi milik anda supaya aktiviti harian anda dapat dilakukan sambil ditemani oleh muzik. 

Kualiti audio yang dihasilkan juga tidak mengecewakan manakala baterinya pula mampu bertahan sehingga 11 jam jika dicas sehingga penuh. 

Tambahan pula, ia boleh disambung dengan peranti walaupun berada dalam jarak 10 meter. Dilengkapi dengan Bluetooth 4.1, jadi anda masih boleh mendengar lagu walaupun telefon pintar berada agak jauh daripada anda.  

Berat alat ini pula hanyalah 13.6 gram. Earphones ini tidak akan terasa seperti beban pada telinga, jadi anda boleh bersenam atau jogging dengan bebas selama yang mungkin.

Earphone Xiaomi Type C
Xiaomi Mi ANC & Type-C In-Ear Earphones
Xiaomi
Xiaomi Mi ANC & Type-C In-Ear Earphones
mulai
RM258.00
Semak Xiaomi Mi ANC & Type-C In-Ear Earphones harga dibawah:
add_circle Ada fungsi noise reduction
add_circle Audio beresolusi tinggi
remove_circle Pilihan warna terhad

Earphones jenis ini dari Xiaomi pula boleh mengurangkan bunyi gangguan di sekeliling anda yang  melebihi 25dB. 

Jadi, anda boleh mendengar lagu dengan jelas walaupun ketika berada dalam pengangkutan awam dengan enjin yang bising seperti bas atau kereta api.  

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan mikrofon jenis MEMS. Cara untuk mengaktifkan fungsi active noise cancellation juga cukup mudah, hanya perlu menekan butang yang ada pada earphones ini.

Earphone Xiaomi terbaik untuk muzik
Xiaomi Mi Bluetooth Neckband Earphone
Xiaomi Mi Bluetooth Neckband Earphone
mulai
RM249.00
Semak Xiaomi Mi Bluetooth Neckband Earphone harga dibawah:
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Ada mikrofon
add_circle Bateri tahan 8-10 jam
remove_circle Waranti hanya 6 bulan

Earphone canggih ini pula mementingkan keselesaan pengguna kerana rekaannya berbentuk ergonomik dan beratnya hanyalah 40 gram. 

Paling menarik, ia mempunyai earbud yang boleh digantung pada leher anda tanpa terjatuh kerana ia magnetik. 

Tambahan pula, ia boleh disambung pada peranti anda menggunakan Bluetooth, jadi anda tak perlu memegang telefon pintar untuk berada terlalu dekat dengan anda 24 jam sehari. 

Jangan risau juga jika ada sebarang kerosakan pada alat audio ini kerana ia hadir dengan jaminan daripada Xiaomi. 

Masa yang diperlukan untuk pengecasan penuh aksesori ini pula hanya dua jam, jadi tak perlu buang masa untuk tunggu lama-lama untuk mendengar lagu dengan earphone Xiaomi ini.

Earphone Xiaomi murah terbaik
Xiaomi Mi Dual Driver Earphones 3.5 mm
Xiaomi
Xiaomi Mi Dual Driver Earphones 3.5 mm
mulai
RM49.00
Semak Xiaomi Mi Dual Driver Earphones 3.5 mm harga dibawah:
add_circle Kabel earphone fleksibel
add_circle Tahap sensitiviti 105dB
add_circle Ringan & selesa dipakai pada telinga
remove_circle Tak sesuai dengan sesetengah telefon pintar

Jangan risau jika anda mempunyai bajet yang terhad untuk membeli earphones kerana Xiaomi turut menawarkan produk yang mampu milik untuk semua tanpa mengabaikan fungsi-fungsi penting yang perlu ada pada sesebuah aksesori audio. 

Dengan harga yang murah, kabel produk ini pula adalah jenis fleksibel sepanjang 1.25m, jadi ia tak mudah rosak. 

Ia juga dilengkapi dengan tiga butang kawalan, jadi memang cukup mudah untuk digunakan. Paling unik, rekaannya juga selesa kerana ia tidak perlu masuk sepenuhnya dalam telinga. 

Memang sesuai untuk mereka yang kurang gemar dengan rekaan aksesori audio fully in-ear

Tak perlu dapatkan earphone jenis lain untuk dengar lagu pada komputer riba kerana selain boleh digunakan pada telefon pintar, ia juga boleh disambungkan pada komputer.

Earphone Xiaomi bateri tahan lama
Xiaomi Redmi Buds 3
Xiaomi
Xiaomi Redmi Buds 3
mulai
RM139.00
Semak Xiaomi Redmi Buds 3 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan 20 jam
add_circle Kalis air IP54
remove_circle Port pengecas menggunakan Type C

Sibuk dengan urusan panggilan dan video yang lama? Earphone model Redmi Buds 3 ini boleh bertahan sehingga 20 jam lamanya! 

Ia juga dilengkapi sistem pengecasan pantas, dimana hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk mengecas earphone manakala 2.5 jam mengecas casing earphone. 

Penggunaan Bluetooth 5.2, melancarkan kualiti audio walaupun 10 meter dari telefon pintar anda. Jangan lupa, ia turut mempunyai noise cancellation

Kualiti lain yang menarik perhatian ialah ia kalis air dan debu.

Model Earphone Xiaomi Yang Terbaik 

Adakah anda masih buntu atau pening kepala sebab tak tahu earphones jenama Xiaomi yang mana yang patut dibeli? 

Jika anda mahukan yang terbaik, kami syorkan anda untuk membeli Xiaomi Mi True Wireless Earphones 2 Basic kerana bateri earphone tanpa wayar ini tahan agak lama dan ia juga dilengkapi dengan dua mikrofon yang cukup sensitif. 

Selain dilengkapi dengan fungsi Pop-up Windows untuk melihat peratusan bateri, harganya pun cukup berpatutan dimana setanding dengan kualiti audio yang dihasilkan. 

Namun, ini tak bermakna earphones dari Xiaomi yang lain tidak bagus, cuma anda perlu bijak memilih produk yang sesuai dengan kegunaan harian anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article