Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Earphone & Earbuds Terbaik untuk iPhone di Malaysia 2024

Dapatkan earphone dan earbuds yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Memilih earphone atau earbud terbaik untuk iPhone yang bersesuaian dengan keperluan anda sememangnya sedikit leceh.

Sama ada nak digunakan untuk mendengar lagu, bermain permainan video dan sebagainya, semua itu memainkan peranan penting di dalam pemilihan earphone terbaik untuk anda.  

Kalau dah guna iPhone, mestilah kita nak beli earphone untuk iPhone atau kalau ada bajet lebih boleh beli airpod Malaysia paling bagus.

Jadi kami akan memudahkan kerja anda dengan senarai harga earphone iPhone original di bawah.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 11 Earphone/Earbuds Terbaik Untuk iPhone

Earphones terbaik untuk iPhone
Apple AirPods (3rd generation)
Apple AirPods (3rd generation)
mulai
RM714.00
Semak Apple AirPods (3rd generation) harga dibawah:
add_circle Lebih kalis air
add_circle Bunyi stereo 360
add_circle Driver saiz 12mm
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Memiliki bunyi stereo 360 darjah yang mampu membuatkan anda berasa seperti sedang menonton wayang di dalam teater studio. 

Ciri-ciri:

Pasti anda tertanya-tanya, apa yang berbeza tentang Apple AirPods generasi ketiga ini berbanding generasi sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda, earbuds ini memiliki driver dan amplifier baharu yang direka khas oleh Apple untuk memberikan anda kualiti audio lebih baik. 

Kekuatannya tidak hanya terletak pada pengalaman audio tetapi juga dari segi ketahanannya yang kini diklasifikasikan sebagai IPX4, menawarkan perlindungan sepanjang masa. 

Selain mempunyai Lightning port, ia juga mempunyai ciri-ciri wireless charging dan ‌MagSafe‌ yang memudahkan lagi proses mengecas. 

Tetapi untuk mendapatkan kualiti sebaik ini, sudah pasti anda perlu berbelanja lebih.

Namun, jika ciri-ciri ini yang anda cari dan tiada masalah berkenaan bajet, earbuds ini adalah antara yang terbaik untuk dipertimbangkan.

Review:

“Ada warranty. Dapat wayar lightning Type-C terus, dan performance memang terbaik. Dengar lagu best sebab ada spatial audio. Bateri pun tahan lama jadi tak perlu risau nak dengar lagu atau video call lama-lama.”

Earphone bluetooth terbaik untuk iPhone
Beats Flex All Day
Beats Flex All Day Wireless Earphones
mulai
RM299.00
Semak Beats Flex All Day harga dibawah:
add_circle Earbuds jenis magnetik
add_circle Bateri tahan sehingga 12 jam
add_circle Bunyi bass bagus
add_circle Boleh berkongsi audio
remove_circle Harga mahal
remove_circle Pouch tidak disertakan

Beats Flex merupakan alternatif earphone yang baik khusus jika anda seorang pengguna produk Apple tetapi tidak mahu berbelanja lebih untuk membeli AirPods.

Ini kerana, ia memiliki cip Apple W1 yang berfungsi menyelaraskan Beat Flex dengan mana-mana peranti iPhone dan iPad. 

Mikrofon binaan dalam yang canggih membantu mengurangkan bunyi angin yang membuatkan suara anda tidak jelas dan mengganggu setiap panggilan yang dibuat. 

Dan apabila anda tidak memakainya, ciri-ciri magnetiknya membuatkan wayar tidak kusut, mudah digulung dan dimasukkan ke dalam poket atau beg tangan anda.

Yang menariknya, anda boleh berkongsi muzik bersama-sama rakan anda, tidak kira sama ada peranti yang digunakan ialah Beats Flex, siri headphone Beats yang lain ataupun AirPods. 

Jika masih tidak puas mendengar muzik yang dikongsi, cas sahaja selama 10 minit dan anda akan mendapat tambahan 1 jam setengah waktu bermain. 

Earphone gaming iPhone
Apple AirPods Pro (2nd generation)
Apple
Apple AirPods Pro (2nd generation)
mulai
RM1,049.00
Semak Apple AirPods Pro (2nd generation) harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Bunyi stereo 360°
add_circle Tahan peluh dan kalis air
add_circle Teknologi Active Noise Cancellation
remove_circle Harga mahal

Bosan dengan kualiti earphone semasa anda sedang bermain game? Tidak lagi dengan Apple AirPods Pro generasi kedua ini.

Fungsi noise cancellation versi kali ini dikatakan dua kali ganda lebih baik, membantu anda mengurangkan bunyi latar yang tidak diinginkan dengan lebih efektif dan menyeluruh. 

Pakai untuk tempoh yang lama juga tidak menjadi masalah kerana putik telinganya ada empat jenis saiz yang boleh anda pilih untuk mendengar dengan lebih selesa. 

Lebih selesa lagi apabila anda boleh bermain game atau mendengar muzik kegemaran anda sehingga 6 jam walaupun fungsi Active Noise Cancellation masih dipasang. 

Jika mengecas pada bekas pengecas tahan lasak MagSafe pula, anda akan mendapat tempoh mendengar selama 30 jam tanpa henti. 

Ke mana sahaja anda pergi, pengalaman bunyi yang hebat akan sentiasa ikut bersama.

Earphone iPhone untuk muzik
Sony WF-C700N Truly Wireless
Sony WF-C700N Truly Wireless
mulai
RM419.00
Semak Sony WF-C700N Truly Wireless harga dibawah:
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Dilengkapi teknologi DSEE
add_circle IPX4 sweatproof rating
remove_circle Driver saiz 5mm

Walaupun sudah memasuki pasaran awal tahun ini, earphone Sony WF-C700N masih menjadi pilihan kegemaran dalam kalangan pengguna. 

Keunggulan earphone ini terletak pada teknologi canggih DSEE yang telah dipatenkan, membolehkan anda menikmati kualiti audio yang terbaik dan boleh menjawab panggilan tanpa sebarang masalah.

Dengan teknologi sensor bunyi dan mod Ambient Sound, ia juga membantu mengurangkan gangguan dari bunyi latar belakang, memastikan pengalaman mendengar anda lebih tenang. 

Ia juga selesa kerana selain tiga pilihan saiz putik telinga yang ditawarkan, reka bentuk earphone ini juga ergonomik.

Dari segi ketahanan pula, earphone ini mempunyai bateri yang mampu bertahan selama 15 jam, di samping penarafan IPX4 yang cukup kalis terhadap peluh berterusan. 

Mendengar muzik sama ada ketika melakukan aktiviti jogging atau bersenam di gym, earphone ini merupakan pilihan yang ideal.

Earphone terbaik untuk bass
Bose QuietComfort Earbuds II Truly Wireless
Bose QuietComfort Earbuds II Truly Wireless
mulai
RM995.00
Semak Bose QuietComfort Earbuds II Truly Wireless harga dibawah:
add_circle Sistem noise isolation yang baik
add_circle Tetapan EQ boleh laras
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal

Jenama Bose ialah jenama yang dipercayai dalam dunia sistem audio dan mereka juga memiliki keluaran earphone yang boleh tahan hebatnya. 

Pertama sekali, Teknologi CustomTune boleh menyesuaikan bunyi yang dihasilkan dengan bentuk telinga anda supaya setiap audio yang didengar bertambah jelas. 

Jika anda mahukan persekitaran yang senyap, teknologi ActiveSense dalam mod sedar dapat mematikan bunyi latar belakang yang kuat atau merendahkannya.

Tetapan EQ yang boleh diakses dalam aplikasi Bose Music membantu anda memilih tahap bass, mid-range, dan treble – sesuatu yang jarang ada pada earphone lain. 

Tinggal muat turun sahaja dan anda akan akan dapat merasai pengalaman mendengar yang sesuai dengan cita rasa muzik anda. 

Semua ini dimudahkan lagi dengan ciri-ciri Simple Touch di mana hanya dengan menyentuh sahaja earbuds, anda boleh mengubah tetapan bunyi sesuka hati. 

Earphone iPhone 15
Apple AirPods (2nd generation)
Apple AirPods (2nd generation)
mulai
RM509.00
Semak Apple AirPods (2nd generation) harga dibawah:
add_circle AirPod paling murah
add_circle Sambungan peranti yang stabil
add_circle Sesuai untuk gaming
remove_circle Tiada fungsi noise isolation

Dengan harga sedikit rendah berbanding AirPods terkini, anda masih boleh memiliki earbuds berkualiti dengan Apple AirPods generasi kedua ini. 

Dikuasakan cip Apple H1, earbuds ini mampu memberikan sambungan yang pantas dan stabil kepada setiap peranti Apple yang anda hubungkan. 

Cip ini juga memberikan gaming latency serendah 30 peratus, cukup baik sekiranya anda mahukan kualiti audio yang setanding dengan kemahiran gaming anda. 

Pengecasannya memuaskan hati kerana dalam waktu pengecasan selama 1 jam, anda dapat memainkan muzik selama 5 jam dan membuat panggilan selama 3 jam berturut-turut. 

Tidak hanya itu, anda boleh berkongsi lagu yang anda dengar dengan ciri-ciri Audio Sharing apabila anda menghubungkannya dengan AirPod lain.

Sememangnya tiada kompromi untuk mereka yang menginginkan kualiti earbuds yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Earphone lightning untuk iPhone
Apple EarPods with Lightning Connector
Apple EarPods with Lightning Connector
mulai
RM94.00
Semak Apple EarPods with Lightning Connector harga dibawah:
add_circle Ada built-in remote
add_circle Kualiti audio baik
add_circle Harga murah
remove_circle Tiada pilihan saiz

Kadang kala tidak semua perlu canggih kerana keutamaan kita berbeza-beza. 

Jadi apa kata anda dapatkan earpods dengan lightning connector daripada Apple ini. 

Bass yang dihasilkan baik dan dengan built-in remote, anda boleh mengawal volume audio dan menjawab atau mengakhiri panggilan dengan mudah.

Bagi memantapkan lagi kualiti audio, terdapat pembesar suara yang boleh memaksimumkan bunyi yang dihasilkan supaya menjadi bertambah jelas. 

Reka bentuk earpods ini juga berkualiti dengan penutup plastik keras pada putik telinga melindungi bahagian dalaman dan lapisan silikon pada kabel mengurangkan kekusutan wayar. 

Perkara yang bagus tentang earpods berwayar ialah anda tidak perlu mengecasnya.

Tidak perlu pening kepala jika hendak mendengar lagu selama mana pun anda mahukan. 

Earphone iPhone untuk jogging
Bose Sport Earbuds Truly Wireless
Bose Sport Earbuds Truly Wireless
mulai
RM789.00
Semak Bose Sport Earbuds Truly Wireless harga dibawah:
add_circle Kualiti audio yang baik
add_circle Reka bentuk fit dan ringan
add_circle Mesra peluh
remove_circle Tiada fungsi noise cancellation

Bagi mereka yang rutin hariannya tidak lekang daripada aktiviti fizikal, Bose Sport Earbuds mungkin pilihan yang anda cari.

Earbuds ini mampu memberi anda kualiti bunyi yang premium dengan mikrofon dan ciri-ciri simple touch yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon tanpa perlu mengeluarkan telefon dari poket.  

Jadi bagaimana hendak periksa hayat bateri? Lihat sahaja pada aplikasi Bose Music yang boleh dimuat turun. 

Mungkin anda tidak perlu periksa selalu kerana earbuds ini tahan selama 5 jam dan jika anda membuat pengecasan segera selama 15 minit, anda akan dapat tambahan 2 jam setengah.

Keselesaan bukanlah isu untuk earbuds ini kerana tiga saiz putik telinga yang ditawarkan memastikan ia sesuai dengan telinga anda agar tidak mudah terjatuh. 

Ditambah pula dengan penarafan kalis peluh IPX4, bersukan kini menjadi mudah dan selesa. 

Earphone JBL terbaik untuk iPhone
JBL Wave Beam
JBL Wave Beam
mulai
RM299.00
Semak JBL Wave Beam harga dibawah:
add_circle Kualiti rakaman mikrofon yang sangat baik
add_circle Memiliki teknologi audio canggih
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebagai salah satu produk yang memenangi anugerah Red Dot Design Award tahun ini, JBL Wave Beam memiliki beberapa ciri yang menarik perhatian peminatnya. 

Terkenal dengan jenama bunyinya sendiri iaitu JBL Deep Bass Sound, ia menawarkan kualiti bunyi cemerlang yang juga dikuasakan oleh saiz driver bersaiz 8mm.

Jika anda terpaksa menjawab panggilan secara mengejut, gunakan sahaja fungsi Smart Ambient yang membolehkan anda menghentikan audio yang sedang dimainkan. 

Khusus kepada mereka yang sukar berenggang daripada orang tersayang, anda akan berpuas hati dengan ketahanan baterinya yang mencapai 8 jam dengan hanya satu kali pengecasan.

Menjawab panggilan sambil berjoging di taman tidak menjadi kerisauan kerana ianya terbukti selesa dan kalis terhadap debu dan peluh.

Untuk earphone di bawah RM300, ciri-ciri yang ditawarkan adalah cukup berbaloi.

Earphone wired terbaik untuk iPhone
UGREEN Hi-tune Type C DAC Audio Jack Earphones
Ugreen
UGREEN Hi-tune Type C DAC Audio Jack Earphones
mulai
RM97.80
Semak UGREEN Hi-tune Type C DAC Audio Jack Earphones harga dibawah:
add_circle Jawab panggilan dengan jelas
add_circle Wayar panjang (3.5mm)
add_circle Mengurangkan bunyi bising
add_circle Kalis air (IPX 5)
remove_circle Tidak sesuai dengan telefon lama

Mungkin bagi pengguna iPhone sudah agak ketinggalan untuk menggunakan earphone jenis berwayar kerana penggunaan Airpod lebih sinonim dengan iPhone.

Bagaimanapun, jika anda lebih gemar menggunakan earphone yang berwayar kerana kurang rajin untuk mengecas Airpod, boleh dapatkan earphone berwayar terbaik untuk iPhone dari jenama Ugreen ini.

Apa yang bagus tentang earphone ini adalah ia mampu untuk mengurangkan bunyi bising dari luar, jadi anda boleh mendengar muzik atau audio dengan lebih jelas.

Selain itu, ia juga mempunyai mikrofon yang sangat jelas, membolehkan anda menjawab panggilan dengan suara yang sangat jelas dan tidak putus-putus.

Tambahan lagi, earphone Ugreen ini mempunyai kualiti audio HiFi yang boleh menyampaikan kualiti audio yang terbaik.

Ia juga selesa dipakai pada telinga anda, dan tidak mudah terjatuh daripada telinga.

Paling penting, earphone ini kalis air IPX 5, jadi tidak perlu risau jika terkena air hujan atau air peluh anda.

Earphone type C untuk iPhone
Baseus Encok CZ20 In-ear Wired Earphone Hi-Res Type-C
Baseus
Baseus Encok CZ20 In-ear Wired Earphone Hi-Res Type-C
mulai
RM79.00
Semak Baseus Encok CZ20 In-ear Wired Earphone Hi-Res Type-C harga dibawah:
add_circle Selesa dipakai
add_circle Sesuai untuk jogging
add_circle Ada 3 butang kawalan
add_circle Kualiti audio terbaik (Hi-Res Audio)
remove_circle Tiada fungsi pembatalan bunyi

Mahukan earphone untuk iPhone 15 anda yang memerlukan connector Type-C dan dalam lingkungan harga murah? Beli je earphone Type-C dari jenama Baseus ini.

Walaupun ianya dalam lingkungan harga mampu milik, anda jangan terkejut dengan kualiti audionya yang memuaskan dengan Hi-Res Audio.

Selain selesa dipakai, eaphone ini juga sesuai dipakai semasa anda bersenam atau jogging di taman kerana ia tidak mudah terjatuh daripada telinga.

Bukan hanya untuk jogging, tapi untuk bermain game juga sesuai kerana ia mempunyai ultra-low latency untuk meningkatkan lagi pengalaman gaming anda.


Bolehkah anda gunakan earphone/earbuds selain Apple untuk iPhone?

Jawapan yang mudahnya ialah ya, anda boleh gunakan earphones atau earbuds selain Apple untuk iPhone anda.

Secara umumnya, untuk menjamin hasil jualan yang lumayan, syarikat pengeluar earphone dan earbuds sebolehnya akan pastikan produk mereka boleh digunapakai dengan iPhone, ini kerana Apple merupakan antara pengeluar telefon pintar terbesar dan diminati ramai.

Tetapi sekadar untuk keselamatan dan jangka hayat penggunaan, anda perlu pastikan dahulu sama ada jenama dan model tersebut sesuai dengan iPhone ataupun tidak.

Kalau anda pergi ke laman web Apple Store sendiri, mereka ada menjual produk luar seperti earphone Beats dan sebagainya.

Akhir sekali, anda perlu pastikan compatibility untuk menjamin kualiti bunyi yang baik tanpa gangguan, jadi pilihlah earphones atau earbuds yang sesuai untuk anda.


Tips Pilih Earphone Terbaik Untuk iPhone

Bila sampai masa nak pilih earphone terbaik untuk iPhone yang baru kita beli, mesti ada banyak pilihan sampai tak tahu cara pilih earphone yang sesuai dan berbaloi untuk kita.

Jangan risau, ikut je beberapa tips di bawah untuk membantu anda memilih earphone yang tepat:

1. Kesesuaian dengan Ekosistem Apple

  • Jika anda mahu earphone yang sepenuhnya serasi dengan ciri-ciri iPhone, AirPods atau AirPods Pro adalah pilihan terbaik. Kedua-duanya terintegrasi dengan baik dengan ekosistem Apple, menyokong ciri seperti auto-pairing, Siri, dan audio spatial.
  • Earphone Beats, seperti Beats Flex atau Powerbeats Pro, juga mempunyai integrasi yang baik dengan peranti Apple kerana syarikat ini dimiliki oleh Apple.

2. Kualiti Bunyi

  • Tentukan preferences audio anda, sama ada anda suka bass yang kuat, bunyi yang seimbang, atau treble yang jelas. Boleh juga aca ulasan atau tonton video review untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang ciri bunyi dari pelbagai model.
  • Pastikan earphone menyokong audio codec yang baik seperti AAC yang serasi dengan iPhone untuk kualiti bunyi yang optimal.

3. Jenis Earphone

  • Jenis In-Ear memberikan isolasi bunyi yang lebih baik dan sesuai untuk penggunaan di persekitaran yang bising. Contohnya; AirPods Pro dan Sony WF-1000XM4.
  • Jenis Over-Ear/On-Ear pula selesa untuk pemakaian jangka panjang dan biasanya menawarkan kualiti bunyi yang lebih superior. Contohnya; Sony WH-1000XM4 dan Bose QuietComfort 35 II.
  • Jenis True Wireless menawarkan kebebasan total tanpa wayar, popular untuk kepraktisan. Contohnya; AirPods dan Jabra Elite 75t.

4. Ciri Tambahan

  • Jika anda sering berada di persekitaran yang bising, pilih earphone dengan ciri Active Noise Cancellation (ANC).
  • Mode Transparansi atau transparent mode pula berguna jika anda mahu tetap mendengar persekitaran sekitar tanpa membuka earphone.
  • Juga, perhatikan daya tahan bateri untuk earphone mahupun casing pengisian. True wireless biasanya mempunyai masa penggunaan yang lebih singkat berbanding earphone dengan wayar.

5. Keselesaan dan Reka Bentuk

  • Kalau boleh, cuba earphone secara langsung untuk memastikan keselesaannya. Setiap orang mempunyai bentuk dan saiz telinga yang berbeza, jadi penting untuk mencari earphone dengan saiz dan bentuk yang sesuai.
  • Pilih reka bentuk yang sesuai dengan gaya dan aktiviti anda, sama ada untuk bersukan, bekerja, atau penggunaan harian.

6. Harga

  • Tentukan bajet anda. Ada banyak pilihan dan pelbagai julat harga, dari yang mampu milik hingga yang premium.
  • Tidak lupa juga, cari ulasan dan rekomendasi untuk mencari earphone yang menawarkan kualiti dan ciri terbaik, sesuai dengan harga yang anda bayar.

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor di atas, anda boleh boleh pilihan yang lebih bijak dalam mencari earphone yang sesuai dengan keperluan anda.


Artikel Berkaitan

End of Article