Teknologi

11 Headphone Sony Terbaik & Terbaru di Malaysia 2026

Terdapat banyak produk terbaik dikeluarkan oleh Sony, antaranya ialah headphone. Ketahui senarai headphone Sony sesuai untuk gaming, musik & lain lagi.


Editor · Updated 18 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Headphone Sony Terbaik & Terbaru di Malaysia 2026

Tidak perlu dipertikaikan lagi, jenama SONY sememangnya sudah sinonim dengan produknya yang berkualiti. 

Mereka yang berkecimpung dalam bidang muzik ataupun mereka yang mempunyai hobi mendengar lagu juga sering memilih jenama ini kerana ia menawarkan variasi headphones yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat sama ada untuk pelajar yang sedang belajar online atau untuk individu yang sering bekerja dari rumah. 

Kandungan

Namun, sudah semestinya masih ada di antara anda yang tetap keliru dengan model  aksesori yang perlu dibeli untuk mendapatkan kualiti audio bertaraf professional. 

Mari  lihat 11 headphones dari SONY yang kami kongsikan hari ini. 


Isi Kandungan


11 Headphone Sony Terbaik & Terbaru di Malaysia 2026

Sony WH-1000XM3 Wireless Headphone
Headphone Sony untuk gaming 1 daripada 11
Sony WH-1000XM3 Wireless Headphone
Partnership with Sony
Dari RM1,139
Fungsi Smart Listening
Rekaan ergonomik yang selesa
Harga mahal
2 lagi
Pengecasan pantas
Boleh disambung dengan PC & komputer riba

Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 30 jam, headphone dengan fungsi pembatalan bunyi hingar ini memang sesuai untuk anda yang sering menaiki pengangkutan awam dengan bunyi enjin yang kuat kereta api dan bas kerana ia juga dilengkapi mikrofon tambahan yang akan menghasilkan audio berkualiti ketika menjawab panggilan. 

Malah, rekaannya yang boleh dipusing memudahkan penyimpanan. 

Alat audio dengan Bluetooth ini juga mudah untuk digunakan sebab ia mempunyai teknologi touch sensor, jadi kawalan mengubah kelantangan audio semuanya berada di hujung jari anda. 

Paling menarik, ia hadir dengan fungsi Unique Atmospheric Pressure Optimizing, jadi anda tetap boleh mendengar audio dengan kualiti yang terbaik walaupun berada dalam penerbangan. 

Pengguna juga boleh mengawal headphone ini dengan aplikasi Sony I Headphones Connect yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.

Sony MDR-ZX310 Headphones
Headphone Sony untuk pelajar 2 daripada 11
Sony MDR-ZX310 Headphones
Partnership with Sony
Dari RM127.78
Bunyi bass kuat
Ringan, hanya 125g
Tiada Bluetooth
2 lagi
Ada waranti setahun
Ada 4 pilihan warna

Kami syorkan anda yang lebih gemarkan headphones dengan wayar untuk dapatkan produk dengan harga yang murah daripada Sony ini kerana kualiti audio yang dihasilkan tetap bagus dan tidak mengecewakan. 

Dengan sensitiviti sebanyak 98dB dan frequency response 10 - 24,000Hz, anda dapat mendengar sebarang audio dengan jelas tanpa masalah. 

Rekaannya yang boleh dilipat pula akan menjimatkan ruang penyimpanan dalam beg, jadi ia mudah dibawa ke mana-mana.

Wayarnya yang juga agak panjang bakal memberikan anda pengalaman mendengar muzik tanpa sebarang gangguan. 

Penghasilkan bunyi dari headphones ini juga jelas kerana ia ada 30mm driver dinamik dan anda juga tak perlu risau jika aksesori audio ini akan menyebabkan telinga anda sakit kerana pad telinga pada produk ini direka khas untuk melegakan tekanan pada organ pendengaran anda. 

Sony Wireless Bluetooth Portable Headphones WH-CH510
Headphones Sony wireless terbaik 3 daripada 11
Sony Wireless Bluetooth Portable Headphones WH-CH510
Partnership with Sony
Dari RM145
Bateri tahan hingga 35 jam
Pengecasan pantas
Tidak boleh dilipat
1 lagi
Pilihan warna menarik

Produk murah dari Sony ini pula direka khas untuk mereka yang mahukan headphone pada harga yang murah. 

Dengan fungsi pengecasan pantas, pengguna boleh mendengar lagu atau podcast selama 90 minit walaupun ia hanya sempat dicas sekurangnya 10 minit. 

Dengan built-in microphone juga, anda boleh menjawab sebarang panggilan walaupun ketika telefon anda berada dalam poket kerana headphone ini dilengkapi fungsi hands-free calling. 

Aksesori audio ini juga boleh digunakan bersama voice assistant yang ada pada telefon pintar anda, jadi anda boleh mainkan muzik dengan mudah. 

Cara kawalan headphone ini juga cukup praktikal kerana pengguna hanya perlu menekan butang pada produk ini untuk mainkan atau hentikan muzik dan mengubah kelantangan audio yang sedang didengari. 

Sony WH-XB700 Bluetooth Wireless Headphones
Headphone Sony dengan bass terbaik 4 daripada 11
Sony WH-XB700 Bluetooth Wireless Headphones
Partnership with Sony
Dari RM579
Ada Bluetooth & fungsi NFC
Bateri tahan 30 jam
Tiada fungsi noise-cancelling
2 lagi
Ada built-in mic
Boleh dikawal dengan app Sony I Headphones Connect

Produk ini pula sesuai untuk mereka yang sering sibuk kerana mempunyai teknologi pengecasan pantas, jadi headphones ini masih boleh digunakan sehingga 90 minit walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit. 

Selain itu, ia juga menghasilkan bunyi bass terbaik yang menjanjikan penggunanya pengalaman muzik yang mengagumkan. 

Tambahan pula, anda boleh menjawab panggilan telefon tanpa menanggalkan headphones ini, hanya perlu tekan butang yang mempunyai pelbagai fungsi pada bahagian kirinya. 

Aksesori audio ini juga menyokong fungsi voice assistants seperti Google Assistant, Siri dan Alexa, jadi tugas harian pemiliknya akan jadi lebih mudah.  

Manakala dengan teknologi audio realiti 360 pula, bunyi audio muzik atau podcast yang bakal anda dengari adalah lebih jelas, ibarat seperti anda sedang berada di konsert dan studio rakaman bersama penyanyi kegemaran anda. Hebat bukan?

Sony MDR-1AM2 Hi-Res Headphone
Headphone Sony dengan mic 5 daripada 11
Sony MDR-1AM2 Hi-Res Headphone
Partnership with Sony
Dari RM1,099
Audio beresolusi tinggi
Bunyi bass terbaik
Harga mahal
2 lagi
Rekaan ringan
Tiada Bluetooth

Rekaan yang ringan dan pad telinga yang diperbuat daripada kulit sintetik yang lembut bakal memberikan pengguna keselesaan yang berpanjangan walaupun ketika anda mendengar lagu dengan headphones ini dalam jangka masa yang lama. 

Ia juga dilengkapi dengan microphone, jadi anda boleh menggunakan alat audio ini dengan telefon pintar. 

Cara penyimpanan produk jenama Sony ini juga cukup mudah kerana mempunyai ear cups yang boleh dipusing. 

Bunyi gangguan juga akan dikurangkan kerana headphones ini akan menutup telinga anda sepenuhnya. 

Ia juga direka khas untuk pelbagai genre muzik kerana mempunyai julat frekuensi yang lebar iaitu 3Hz hingga 100kHz.

Sony WH-1000XM4 Wireless Noise Cancelling Headphones
Headphone Sony terbaik dengan noise cancelling 6 daripada 11
Sony WH-1000XM4 Wireless Noise Cancelling Headphones
Partnership with Sony
Dari RM1,516
Menyokong Bluetooth 5.0
Bateri tahan 30 jam
Harga mahal bagi sesetengah orang
2 lagi
Waranti setahun
Fungsi Quick Attention

Jika anda kurang gemarkan produk yang leceh, headphones jenis on ear ini memang khas untuk anda kerana ia boleh dikawal dengan sentuhan sahaja. 

Contohnya, pengguna boleh menukar lagu atau mengubah kelantangan audio hanya dengan mengetuk bahagian sisinya. 

Headphone Sony terbaik ini memang paling bagus jika dibandingkan dengan jenama lain, setanding dengan harganya. 

Yang paling penting untuk anda yang gemar mendengar lagu, headphone ini mempunyai fungsi wearing detection di mana lagu atau audio yang sedang bermain akan berhenti jika anda menanggalkannya dan akan bermain semula secara automatik apabila anda memakai alat audio ini. 

Dengan teknologi pengecasan cepat pula, alat ini boleh digunakan selama 5 jam walaupun hanya dicas selama 10 minit.

Jangan risau jika anda sering menyiapkan tugasan di tempat yang sibuk kerana alatan audio ini turut dilengkapi dengan fungsi pembatalan bunyi hingar.

Sony MDR-Z7M2 Headphones
Headphones Sony dengan wayar terbaik 7 daripada 11
Sony MDR-Z7M2 Headphones
Partnership with Sony
Dari RM2,549
Berat 340g
Jaminan produk setahun
Harga terlalu mahal
2 lagi
Audio resolusi tinggi
Tiada Bluetooth

Peminat muzik dan gajet yang mempunyai bajet lebih disyorkan untuk dapatkan Sony MDR-Z7M2 ini. Ia bakal memberikan anda kualiti vokal dan bunyi bass yang jelas. 

Pengguna juga akan tetap selesa mendengar lagu dengan headphones model ini kerana ia dilengkapi dengan pad telinga ergonomik yang diperbuat daripada kulit sintetik. 

Tambahan pula, dengan driver HD yang bersaiz 2.76” pula, ia memang direka untuk menutup sepenuhnya telinga penggunanya, jadi produk ini akan menghasilkan gelombang bahagian depan yang hampir sama dengan bunyi semula jadinya. 

Oleh itu, kualiti audionya tidak perlu dipertikaikan lagi. 

Headphones ini juga diperbuat daripada aluminium yang ringan dan mampu bertahan lama walaupun digunakan dengan agak lasak.

Sony MDR-Z1R Premium Signature Headphones
Headphones Sony ergonomik terbaik 8 daripada 11
Sony MDR-Z1R Premium Signature Headphones
Partnership with Sony
Dari RM6,500
Drivers HD 70mm
Ada kabel sambungan Φ4.4mm
Harga terlalu mahal
2 lagi
Respons frekuensi hingga 120,000 Hz
Sensitiviti 100DB/MW

Untuk mereka yang berkecimpung dalam dunia muzik, kami syorkan anda untuk dapatkan headphones premium dari Sony ini kerana walaupun harganya mencecah ribuan ringgit, audio yang bakal anda dengari adalah jelas tanpa sebarang gangguan bunyi. 

Ini kerana ia dilengkapi dengan resonance free housing di mana bunyi yang tidak diingini akan ditapis terlebih dahulu. 

Rekaan pad telinganya yang diperbuat daripada kulit biri-biri pula akan membuatkan anda rasa cukup selesa memakai headphones ini pada telinga. 

Di samping itu, pad telinga itu juga akan mengelakkan bunyi audio daripada bocor, jadi lagu atau muzik yang anda dengar tidak akan mengganggu orang lain walaupun kelantangan audio adalah pada tahap yang maksimum.  

Ia juga hadir dengan hard case, jadi anda tak perlu pening kepala untuk menyimpannya dengan baik. 

Sony WH-XB900N Bluetooth Headphones
Headphone Sony Bluetooth terbaik 9 daripada 11
Sony WH-XB900N Bluetooth Headphones
Partnership with Sony
Dari RM819.74
Ada built-in mic
Ringan, hanya 254g
Kualiti pembatalan bunyi hingar sederhana
3 lagi
Bunyi bass terbaik
Ada fungsi noise-cancelling
Kawalan Touch Sensor

Jika anda yang sering bekerja dan belajar dari rumah masih tercari-cari headphones yang sesuai untuk digunakan ketika menyiapkan tugasan, boleh cuba dapatkan aksesori audio dengan fungsi Bluetooth ini.  

Baterinya pula mampu bertahan sehingga 30 jam dan jika anda sedang sibuk, ia masih boleh digunakan sehingga 60 minit walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit. 

Paling mudah, anda boleh menjawab sebarang panggilan dengan headphone ini tau. Jadi, tak perlu keluarkan telefon pintar anda daripada poket jika mahu berkomunikasi dengan orang yang tersayang. 

Ia juga boleh dilipat, oleh itu ruang penyimpanan boleh dijimatkan. 

Ditambah pula dengan teknologi Voice Assistant seperti Google Assistant dan Alexa Built-In, tugasan harian anda akan lebih mudah dengan Sony WH-XB900N ini. 

Paling menarik sudah tentu lah kualiti audio realiti 360, jadi anda diibaratkan sedang mendengar muzik atau lagu secara langsung daripada penyanyi kegemaran.

Sony MDR-ZX110 Wired Headphone
Headphone Sony murah 10 daripada 11
Sony MDR-ZX110 Wired Headphone
Partnership with Sony
Dari RM54
Pilihan warna menarik
Ada built-in microphone
Tiada Bluetooth
2 lagi
Pad telinga berkusyen
Boleh dipusing

Tak dinafikan spesifikasi yang hebat sahaja tak cukup untuk menarik perhatian pembeli lebih-lebih lagi jika rekaan atau pilihan warna produk yang ditawarkan tak begitu menarik.

Oleh itu, dengan tiga pilihan warna iaitu merah jambu, putih dan hitam, headphones Sony model ini cukup sesuai untuk pengguna yang mementingkan nilai-nilai estetika. 

Selain itu, ia dilengkapi dengan jack audio 3.5mm, jadi anda bukan sahaja boleh menggunakannya dengan telefon, malah anda juga boleh mendengar lagu atau podcast menerusi PC atau komputer riba. 

Tambahan pula ia mempunyai julat frekuensi 12Hz-22kHz dan dome drivers 30mm, jadi anda akan mendengar bunyi yang bagus dan seimbang dari kedua-dua belah headphones ini. 

Sony WH-H810 Headphones
Headphone Sony dengan teknologi pengecasan pantas 11 daripada 11
Sony WH-H810 Headphones
Partnership with Sony
Dari RM759.29
Rekaan kompak & boleh dilipat
Banyak pilihan warna
Tak begitu sesuai untuk gaming
2 lagi
Audio realiti 360
Bateri tahan 30 jam

Mahukan headphones dengan rekaan yang sleek dan kompak supaya ruang penyimpanan dalam beg anda dapat dijimatkan? 

Headphone Sony WH-H810 dengan Bluetooth ini bakal menjadi teman baik anda. 

Selain itu, headphones ini juga jenis wireless, jadi anda tak perlu risau tentang wayar yang akan berselirat nanti. 

Tak perlu pening kepala juga jika kehilangan alat ini kerana dengan fungsi Fast Pair oleh Google, pengguna boleh mengenalpasti di mana aksesori audio ini berada  menerusi aplikasi Google Find My Device yang boleh dimuat turut di telefon Android. 

Ia juga menyokong fungsi Voice Assistant oleh Google dan Alexa. Pengecasan pantas selama 10 minit pula membolehkan pemiliknya untuk mendengar muzik selama 3.5 jam. 

Paling best, headphones ini boleh dikawal menggunakan sentuhan sahaja. 


Kelebihan Headphone Sony 

Seperti yang telah diketahui ramai, jenama Sony adalah tidak asing lagi dalam kalangan peminat gajet seperti kamera, telefon pintar dan aksesori audio kerana jenama dari Jepun ini telah lama bertapak dalam industri ini. 

Kebanyakan headphones Sony ini mempunyai jangka hayat bateri yang lama dan paling best, ia menyokong fungsi pengecasan pantas. 

Prestasi teknologi noise cancelling pada jenama ini juga merupakan antara yang terbaik dalam pembuatan headphones jika dibandingkan dengan jenama lain. 

Selain itu, aksesori audio Sony juga ditawarkan dalam pelbagai variasi harga, jadi tak kira sama ada anda ada bajet yang terhad atau tidak, anda tetap boleh mendapatkan headphones ini tanpa halangan. 

Rekaan setiap headphones ini juga sleek dan ergonomik, jadi telinga anda tetap selesa walaupun menggunakan alat audio ini dalam jangka masa yang lama. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation