Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
covid online

eMedAsia Berikan Servis Saringan COVID-19 Secara Maya

Servis ini dapat memudahkan kita bergerak dalam negara tapi pelancong luar yang keluar dan masuk juga.

Dikala penularan wabak berjangkit seperti tiada penghujung, CLEA Technology Sdn Bhd (CTSB) tampil mewujudkan satu servis memudahkan orang ramai melakukan pemeriksaan Covid-19 secara maya.

Walaupun saringan Covid-19 dilakukan secara maya tapi pemeriksaan RTK dan PCR (VCS) dijalankan secara profesional dan keputusan disahkan oleh perbadanan yang telah disahkan oleh kerajaan Malaysia.

Tujuan servis ini diwujukan kerana eMedAsia dan CLEA menjangkakan ujian saringan secara maya akan menjadi kaedah utama bagi memudahkan keperluan perjalanan.

Servis ini bukan saja dapat memudahkan kita bergerak dalam negara tapi kepada pelancong luar yang keluar dan masuk juga.

Lagipun terdapat beberapa kelebihan jika menggunakan servis ini, antaranya;

  1. Tidak perlu beratur panjang menunggu giliran semata untuk lakukan saringan.
  2. Jimat masa kerana boleh lakukan saringan dimana anda berada.
  3. Boleh terus kemaskini status kesihatan menerusi aplikasi MySejahtera.
  4. Jimat tenaga untuk datang ke klinik terpilih untuk buat saringan.
  5. Mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 

Tak perlu risau, servis ini telah pun diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KOOP MA.

Keputusan saringan yang dikeluarkan dilakukan oleh doktor perubatan bertauliah melalui aplikasi yang direka sendiri oleh barisan doktor perubatan.

Malah, terdapat juga insuran Covid-19 dari pihak mereka yang bakal dilancarkan pada hujung April 2022 ini.

Pembaharuan ini juga merupakan salah satu langkah persediaan apabila tiba fasa pembukaan sempadan semula.

Servis yang ditawarkan juga sangat mudah digunakan, anda boleh lakukan bila-bila masa asalkan menggunakan sistem mereka.

Anda tak perlu termangu-mangu pergi ke sana-sini untuk menyelesaikan prosedur ringkas ini. 

Duduk satu tempat yang selesa, kemudian boleh lakukan saringan menggunakan servis ini.

Lagipun, keputusan pemeriksaan status kesihatan daripada CLEADOC boleh digunakan sebelum berlepas atau keperluan 24 jam sesudah tiba di Malaysia.

Erti kata lain, sebelum sampai ke lapangan terbang anda sudah boleh lakukan saringan Covid-19.

Cuma jika ingin membuat saringan RTK di klinik, terdapat caj setiap kali dilakukan;

  • RM70 bagi warganegara.
  • RM90 bagi warga asing.

Apa yang menjadikan servis ini lebih bagus, aplikasi CLEADOC boleh dimuat turun di seluruh dunia khas untuk pelancong asing yang ingin datang ke Malaysia.

Hasil semenjak perlancaran aplikasi ini, pihak mereka telah berjaya menapis lebih dari 1 juta saringan ujian dan mempunyai lebih daripada 200,000 pengguna yang aktif.

Kini CLEADOC bekerjasama dengan negara jiran iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia bagi mengembangkan perkhidmatan ke seluruh Asia Tenggara.

Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi CLEADOC dalam smartphone anda.

Tempah Saringan RTK Di Sini

End of Article